Ads

December 22, 2011

Day 3 : Trip to Hatyai & Krabi - Floating Market Hatyai


Kembali lagi dengan trip ini. Selesai sudah kami di Krabi. Hanya satu malam di sana....tp tetap satu pengalaman yang sangat berharga. Walaupun tak puas nak teroka satu Krabi....tetapi tetap tersenyum puas di wajah kami berlima. Sebabnya......misi kami berjaya. Pada mulanya mcm rasa sukar ajer nak ke sana atas sebab....tak tau camana nak gi sana. Akhirnya berkat kesabaran dan keyakinan bahawa kami akan sampai jugak. Alhamdulillah.....walaupun amik masa 4 jam ke sana.

So, pagi tu jam 11, van kami dah standby di depan hotel. Kelam kabut kemas bag dan memulakan perjalanan ke Hatyai semula. Dari Ao Nang di tempat kami stay tu dah hujan dan sehinggalah kami sampai di Hatyai....hujan masih turun tanpa henti. Walllaaaaaa....ginilah jadinya kalau bercuti bulan 12...iaitu bulan hujan uolsss!!!. Hujan turun kejap lebat dan kejap renyai-renyai.

Perjalanan selama 4 jam tu tak terasa sangat sebab ketiduran di dalam van dan sambil tu borak sikit-sikit. Dan van ini juga singgah sebentar di R&R Trang...tempat yang sama di mana kami berhenti rehat masa pergi ke Krabi semalamnya. So, masa ni aku mengambil peluang turun ke tandas dan membeli sedikit ole-ole untuk family di rumah. As i mentioned pada entry sebelum ni bahawa makanan di sini adalah halal. Aku beli kek Krabi yg sedap, kacang dan gajus. Sorry uollsss....lupa nak snap gambar masa tu.

Sepanjang perjalanan tu....aku nampak ada kawasan yang dinaiki air. Dan jalan yang kami lalui tu pun turun dinaiki air....hampir menutupi jalan utama. Alamakkk....camana ni? Nasib baik van kami ni tinggi dan agak besar...so boleh ajer mengharungi banjir tu. Kalau tinggi lagi banjir tu.....alamat terputus jalan untuk ke Hatyai. Terpaksa tunggu banjir tu reda. Plan kami nak ke Floating Market Hatyai petang tu....tapi bila tengok keadaan cuaca macam ni risau jugak. Entah-entah sungai tu pun banjir kot...mcm-mcm yang kami fikirkan.

Sampai di Hatyai lebih kurang jam 3.30 petang. Terus kami check-in kat Sakura Grand View Hotel dengan rate hari tu 980Bhat (RM98). Sib baik masih ada lagi bilik kosong. Kami tak booking hotel pun.....gamble ajer. Mungkin sebab kami pi weekday...so tiada masalah nak dapatkan hotel. Bilik ok....selesa dan boleh tidur nyenyak. And again aku lupa nak snap gambar bilik.....sebabnya keletihan kot. Letak beg dalam bilik.....terus kami keluar mencari tuk-tuk untuk ke Floating Market Hatyai. Tawar-menawar lebih kurang.....seorang bayar 40Baht (RM4) sehala ke sana. Dah janji dengan pemandu tuk-tuk tu utk menunggu kami di sana. So, he gave us one n half hours menghabiskan masa di sana. Pada mulanya dia kata sejam ajer. Huhhhh.....aku bangkang.....hujan-hujan mcm ni mana lah cukup sejam ajer. Akhirnya dia akur dengan aku...ahaksss!!!!!



masih kehujanan......dah sampai floating market


bila dah sampai...aaikkkkk!!! mana marketnya????? lahhhhh......tutup sebab hujan katanya. Alaaaa....sedihnya aku. Datang ke Hatyai sebab nak merasai kemeriahan floating market di sini dan rupanya faktor hujan yang tak henti-henti di sini menyebabkan ia ditutup di bahagian kiri ini. Tapi..................



>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>


tapi yang belah kanan bukak lah pulak........



Floating Market in Hat Yai Thailand - This very interesting attraction is called Khong Hae Floating Market or Klonghae Floating Market and is one of the most popular tourist destinations in this region. Anyone who is heading to Hat Yai will most likely pay a visit to this unique floating market. Just about all kinds of local Thai food, snacks and drinks are sold by local Thai hawkers on little boats that dock by the river here.


The beauty about this market is that these floating hawkers line up side by side and number to about 100 boats at any one time. Visit at about 6pm and you can witness these boats that paddle in to set up their floating shop and once they finish selling their items, the simply row away with the days takings.


sedihhhh...yang ada hanyalah banyak ni ajer.....tu pun nasib baik depa bukak...uwakkkkk!!!!!! nampaknya kena repeat hatyai lagi uhukkk...uhukkk!!!!


masa sampai tu aku bingung kejap....mana pergi org meniaga dalam sampan yg ramai2 tu.


takpalah...pasrah ajer...walaupun yang meniaga beberapa kerat sahaja. Tapi yang meniaga dalam gerai still ada. Manusia punya ramai....hmmmmm aku jadi tak selesa. Masa ni hujan turun selebat-lebatnyaaaaaaaa....habis kami lencun satu badan...baju basah kuyup.

masa ni hujan dah reda sikit.....aku still ok sebab berteduh di dalam gerai....manakala kawan-kawanku yang lain semua dah habis lencunnnnn....comel dan seksi auwwww!!!!


sotong bakar cicah air asam makcik ni sedap gilosssss...hanya 20Baht (RM2)


style depa serahkan makanan...dengan menggunakan kayu dan dihujungnya ada bakul kecil. Kita just masukkan duit dalam bakul kecil tu....unikkann!!!


walaupun makanan dorang ni nampak pelik...tetapi percayalah semuanya SEDAP!!!!! Kami yang kelaparan seharian tak makan tu.....kekenyangan jadinya


kak ros dengan aksinya......


sebelum tu masa hujan lebat kat gerai aku beli ayam goreng yg sgt sedap...meratah ajer. Then aku turun plak kat area sampan ni,....aku beli meehoon sop.....pun sedap...makan tepi pangkin tu ajer.


boleh dikatakan sesapa yang pergi floating market ni mesti beli air yang dalam tembikar ni. Harganya 25Baht (RM2.50)....boleh bawak balik tembikar tu sekali.


seronok makan dalam hujan-hujan ni kan...hehehehe.


nampak tak mangkuk tu....dalam tu ada meehoon sop yang aku beli.


fish cake.....


meehoon soap daging 30baht (RM3)....makanan di sini memang murah-murah belaka


puding ni nampak cantik kann...tetapi aku tak boleh masuk sebab rasanya lain mcm ajer...harganya 30Baht (RM3)


member aku yg lain memborong benda ni banyak....tapi aku bawak balik satu ajer.


sotong bakar yg sedap itu...20Baht (RM2)


otak-otak ikan ...ia dibakar dalam daun pisang...sedappp!!! 30Baht (RM3)


kami pun dah nak beredar pulang....hari dah beransur malam. Untuk pengetahuan semua....floating market ini hanya di buka hujung minggu iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Mula dibuka jam 2 petang hingga 10 malam. Kalau aku salah tolong bgtau....aku dapat info ni daripada driver tuk tuk tu.


cantik pulak bila dihias mcm ni kan......ada pelbagai bentuk dan rupa.




Driver tuk-tuk tu setia menanti kami di tepi jalan tu. Kalau kami tak berjanji dengan dia mcm ni...susah jugak. Sebabnya aku tengok agak sukar nak dapatkan kenderaan untuk pulang semula ke bandar hatyai. Lagi pulak waktu hujan mcm ni.......azab !!!! Kami terus pulang ke hotel untuk berehat kejap dan mandi-manda. Kesejukan kami malam tu. Ok nanti sambung lagi citer pasal aktiviti malam di Hatyai........



p/s - nak wat apa weekend ni yea??? Jommm kita sopinggg!!! Am looking for ipad2/samsung galaxt tab....which one the best??????


8 comments:

Azian Elias said...

akak teringin nak pegi tempat ni.. sebab food dia lahh.. macam serronok je.. INSYALLAH one day kot..



P/s: Leez,

ada nak sumthing goes wrong tak wt my blog. Akak pelik. new n3 akak publish, but kat blog list org, my blog still N3 yang 2 hari lepas. Kenapa ek?

kasihredha said...

leeeezzzz
syokkkkkkkknyerrr
makanannya tu sgt mengoda
air apa dalam tembikar tu?

Nieda said...

best,best

Leez M. Saaid said...

kak yan -

harap blog akak dah ok...saya rasa mmg selalu mcm tu.
Food sini ajer yg sedap...tempat lain tak sedap punn

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

mmg menarik tembikar tu...ada air mcm2...pilih ajer yg mana nak.
Ada air kelapa, longan, orange dll...

Leez M. Saaid said...

nieda -

thanks you :)

zila@akulovetravel said...

Floating market tmpat plg best kt hatyai. Ritu kat sana sy mkn pulut ayam goreng...perhhh ...sedap sgt. Somtampun sedap.

Unknown said...

Uwaaaaa hjg mgu je ke yg ada....isk3x...
Silap hb la kitorg gi..sbb isnin-jum(da blk)....TT