Ads

Showing posts with label Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson. Show all posts

June 4, 2010

Family Gathering @ Port Dickson - Part 5



permandangan di pantai Teluk Kemang Port Dickson....






Pagi masa hari nak check-out tu...kami sempat bermandi-mandi di pool lagi. Pagi tu aku dah rasa badan sakit lain macam. Sakit sana sini akibat terjatuh masa naik banana boat semalam. Rasa susah nak bangun pagi...badan sengal. Tidur pun tak cukup...

Then, after check-out adik aku ajak pergi Melaka pulak. Kononnya nak petik buah rambutan kat kampung alya adik ipar aku. So, dengan bangganya kami 3 kereta berkonvoi ke Masjid Tanah ikut jalan belakang Port Dickson tu. Hanya 65km dah sampai ke Masjid Tanah. Jalan pun tak banyak kereta.....ikut jalan kampung.

Dalam perjalanan tu dok tengok pokok rambutan punyalah banyak tetapi buahnya tak merah lagi. Baru berbuah kecik ajer. Mungkin lagi sebulan lebih merah lah tu. Ayooooo...buat penat ajer. Udah lah aku mengantuk di sepanjang perjalanan. Akhirnya kami melepak kat pantai Pengkalan Balak. Ketika itu jam menunjukkan pukul 2.30 petang.

Angin pantai bertiup kuat masa ni. So, kami lepak kat gerai makan tepi pantai tu. Sambil order ABC, laksa, goreng pisang, cucur udang dan karipap. Syokk gak makan tepi pantai sambil lepak-lepak. Laksa kat sini sedap meletop..dah mcm kat Penang plak yea...padahal kat Melaka tu..huhuhu.


melepak sambil tunggu makanan sampai
tu dia...laksa penang dah mai...sedap meletop........

makan mcm ni pun dah cukup kenyang bagi kami...murah pulak tu.....

aku bersama mamaku....huhuhu

si kecik tu first time berjalan jauh.......sib baik dia baik tak buat perangai...good boy

permandangan di pantai Pengkalan Balak...



Masa balik KL aku ikut jalan Highway PLUS turun di Alor Gajah. Sepanjang perjalanan aku mengantuk sangat-sangat.....bukan main2 punya ngantuk. Kami ni berkonvoi...so, takkan aku nak berhenti kot. So, teruskan jugak perjalanan. Sampai ajer rumah, aku terus masuk bilik terbongkang atas katil...memang tak leh nak tahan lagi. Tak pernah2 aku jadi begini....aduhhhh!!!!




June 3, 2010

Family Gathering @ Port Dickson - Part 4



Yehaaa BBQ time..
AFter dah penat berhempas pulas mandi manda dan banana boat aktiviti...balik bilik bersiap untuk BBQ plak. After maghrib aktivit BBQ bermula. Adik-adik aku dah siap kat luar menyalakan api untuk BBQ. Sebelum tu mamaku dah siap masak nasi beriyani dan nasi ayam untuk dimakan dengan BBQ chicken and lamb.

Menu kami malam tu ialah :
1. BBQ chicken
2. BBQ lamb
3. hotdog
4. ikan kembung
5. nasi beriyani
6. nasi ayam
7. coslaw
8. jagung bakar
9. choc cake

Kenyang giler dengan pelbagai jenis makanan ini. Siap berlebih lagi boleh dimakan for breakfast esok. Aku sempat buatkan choc cake untuk meraikan besday my cousin Shafiq and my uncle. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Malam tu tidur lambat gak coz berborak sakan kan..huhuhuh.



coslaw....buat sendiri

nasi beriyani...pun buat sendiri

BBQ Chicken... merembesss.....kalau nak lagi sedap...merinate dgn ABC sauce...sedappp!!!

BBQ lamb ni pun sedap.......panas kami malam tu lepas makan lamb

ketika aktviti membakar.....



aku bersama2 dengan my bros.....

2 orang nephew yg tak boleh duduk diam...huhuhu


potong cake..besday my cousin and uncle..

2 org si kecik yg tak tau apa2.....siaplah nanti bila dah besar...huhuhu

bersama 2 org nephew yg sebaya......

baby zarief....

baby rayyan..

si abang dan si adik yg muka berbeza.....

aku bersama2 dengan anak buah yg 4 orang ni...semua lelaki!!!!!!!
next entry...aktiviti lepas PD trip.....jom ke Melaka!!!!

June 2, 2010

Family Gathering @ Port Dickson - Part 3



Suatu ketika di Pantai Port Dickson.....
Ketika itu aku baru ajer turun dari boat melintasi Selat Melaka bersama-sama saudara-mara ku yang perempuan. Pening kepala pun tak hilang lagi naik boat. Sampai ajer pantai aku telah dipaksa oleh adik-adik ku untuk menaiki banana boat. Pertama kali dalam hidup ku. Sebelum ni macm takut jer. Disebabkan tidak cukup orang....dalam debaran keterpaksaan naik ajerlah. Sportinglah kata kan.

Pengalaman yang sungguh menakutkan dengan gelombang ombak yang agak kuat di tengah laut. Melayang-layang kami di tengah laut. Masa ni kepala aku dah pening mcm nak pitam. Akhirnya kami telah dijatuhkan sebanyak 3 kali. Terhempap kami antara satu sama lain. Ada 6 orang lelaki yang terdiri daripada my brothers and my cousins. Ku hanya seorang perempuan. Badan aku sakit sangat....sampai lebam sana sini tau tak. Adoiiiiiiiii...serik dah. Minta ampun tak nak naik banana bot lagi.

Jom tengok aksi-aksi kami saat dijatuhkan.


begitu asyiknya di atas laut...

ini jatuh kali yang ketiga....sempat dirakamkan oleh adik ipar aku...huhuhu

cewahhh...adik2 aku...selamba ajer...macam juara pulak yea....

anak buah aku danish....menangis bila tengok daddy dia jatuh dari banana boat...hahahahah lawak tul...sayang dia kat daddy yea..

inilah dia sang juara menaiki banana boat......

apa lagi...jom melompat......





si kecik zarief....tiba-tiba ajer percikan air laut datang ke depan muka dia...terus melalak..hahahaha

2 budak kecik yang suka sangat main pasir pantai...

anak buah aku dgn daddy dia.... :P
Entry lepas ni.....BBQ pulak...tungguuuuuuuuuuu...

June 1, 2010

Family Gathering @ Port Dickson - Part 2


Kami satu family memang suka swimming. Sangat enjoy dan sakan semua orang. Semua dalam family aku memang pandai swimming. So, takda masalah kalau campak kami ke tempat dalam ke...hehehe. Bila masing-masing dah anak ni.....jawabnya kena layan anak lebih lah.

My nephew, Daniel yang berumur 5 tahun dan boleh swimming kat tempat dewasa. Malah sakan menyelam sana sini. Papa dia yang susah hati dengan keberanian anaknya. Dulu aku memang tak pandai swimming but sejak aku attend swimming class last 2 years.....alhamdulillah dah boleh swimming sekarang. Cuma masalahnya aku ni...tiap kali lepas swimming kat pool mesti hidung aku sok sek...pastu sakit tekak. Specis sensitif pada pool. Sekarang ni aku tgh merana menahan sakit tekak yang amat sangat.....sabarrrrr!!!


ni dia anak buah aku yg dah terror swimming mengalahkan orang dewasa....

sakan berenang....

aku yg tukang snapping...sebab tu muka aku takda..huhuhu..


tengok tu aksinya.....sampaikan papa dia dah tak boleh kawal.....hehehe

maaf buk...ini bukan berposing utk majalah mangga hokay.......




Tunggu next entry....aksi aku naik banana boat. Sampaikan badan aku sakit dan lebam. Huhuhuh.


Family Gathering @ Port Dickson - Part 1


Pada cuti Hari Wesak yang lepas kami satu family dan juga saudara-mara ku yang lain sama-sama pergi bercuti ke Port Dickson. Yelah kan percutian yang paling dekat dengan KL...PD ler. Adik-adik yang lain bertolak awal sebelum waktu solat Jumaat lagi. Aku dan mamaku bertolak lambat sikit coz sibuk membuat persiapan BBQ dari rumah.

Highway PLUS punyailah jem giler. Selalunya sampai PD lebih kurang sejam suku ajer. Tetapi kali ni 2 jam setengah baru sampai. Adoiii...penat aku drive. Kat Malaysia ni pantang cuti panjang...highway mesti jem. Tak kiralah...ke utara ke...ke selatan ke ..or ke pantai timur ke.

Kami check-in kat Sri Pena..milik NSTP. Sapa yang booking? Adik aku, Izuan yang kerja kat NSTP tu yang tolong bookingkan. How much per unit? Hmmm...itu kena tanya adik aku kerana dia dapat staff rate. Dah lama sebenarnya tak datang sini. Dulu hampir tiap tahun kami bercuti ke sini semasa arwah papaku masih ada. Bila datang balik tempat ni...terus teringat pada arwah. Banyak kenangan kami di sini. Aku dengan opismate lama pun banyak kenangan di sini. Family Day pun buat kat sini. Dulu aku jadi orgenizer for Family Day. Memang meletup dan sangat happening. Eventhough aku dah tukar tempat kerja lain tetapi Sri Pena tetap the best lah.

Jom kita tengok gambar-gambar Sri Pena yang aku sempat snapping. Sri Pena terletak di Batu 8, Teluk Kemang. Lokasi betul-betul tepi laut dan pantai di sini memang happening setiap hujung minggu.






setiap unit ada 2 bilik. 6 orang dewasa boleh menetap dalam satu unit.

balcony mengadap ke swimming pool....

memandangkan aku duk level floor...so BBQ dinner kami kat depan pintu bilik ajer..

ni persiapan BBQ untuk malamnya...

kasi intro dulu......huhuhu...