Ads

Showing posts with label BBQ. Show all posts
Showing posts with label BBQ. Show all posts

August 19, 2015

Raya di Besut 2015



Salam semua.
Habis dah bulan Syawal. Cukuplah tu sebulan raya. Kalau tidak setiap minggu ada ajer acara makan-makan. Tak larat nak memenuhi jemputan. Bukan tak sudi tetapi kekangan waktu dan kesendatan perut yang menyebabkan aku tidak dapat memenuhi semua jemputan. Anyway, thanks pada semua rakan taulan dan saudara mara yg menjemput datang beraya.

Tahun ini merupakan tahun kedua kami suami isteri menyambut hari raya. Tahun ini juga rasanya tahun yang sangat happening beraya. Start minggu pertama raya hinggalah minggu terakhir raya....fuhhh dari Timur ke Selatan then ke Utara kami jelajah. Tunggu cerita selanjutnya pada entry akan datang yea.

Raya kedua aku dan family beraya di Klang rumah sedara mara arwah my father. Kami keluar rumah dari tengahari hinggalah ke maghrib baru balik ke rumah. En Bos kerja malam raya kedua tu. Tinggallah aku keseorangan di rumah uhuk uhuk. Esok raya ketiga ramai tetamu dah call nak datang ke rumah my mum. So, awal pagi aku dah sampai menolong apa yang patut. Juadah utama kami di raya ketiga ialah Soto resipi my mum...hanya bulan Syawal jer dapat rasa hehehe.



kami dah bersiap nak beraya ke Klang. Sorry tak banyak pic raya kali ni sebab malas nak bergambar. 


Juadah Soto yang kami hidangkan pada tetamu pada raya ketiga. dari tengahri hingga ke malam rumah mama penuh dengan tetamu.



Raya keempat En Bos dah start cuti raya. Raya pertama hingga ketiga dia kerja shift malam.....nasib baik siang ada di rumah...so sempatlah kami beraya bersama. Raya keempat kami bersiap untuk pulang ke kampung En Bos di Besut. Lebih kurang jam 11.30 pagi kami dah gerak ke Pantai Timur. Singgah sebentar di Temerloh beraya di kampung my sis in law Azam. Memang kebetulan kami sampai dah tengahari....makanya kami dihidangkan dengan masakan kampung yang popular di Temerloh iaitu Tempoyak Ikan Patin, Ikan Talapia Goreng, Pucuk Ubi Kayu dan pelbagai lauk lain. Fuhhh sedap terangkat dan En Bos makan sampai bertambah hehe. Habis peluh semua keluar sebab sangat2 berselera dengan lauk kampung.

Sebelum meneruskan perjalanan kami sempat beli ikan patin untuk bawa balik kampung. Punyalah ramai orang membeli. Dalam perjalanan kami balik kampung kami nampak kereta punya panjang jammed nak menghala ke KL. Fuhhh.....nasib baik kami tidak termasuk di kalangan mereka. Next year siaplah...turn kami pulak uhukkk. Lebih kurang jam 7 malam kami selamat sampai di kampung. Kali ini perjalanan agak cepat sebab Highway LPT dah dibuka untuk pengguna jalanraya tetapi masih belum dikenakan bayaran tol....fuhh selamat. Next year....memang pasti kena bayar.



En Bos punyalah happy nak balik kampung. Sepanjang perjalanan dia asyik nyanyi lagu raya. Adoiiii tak larat mendengarnya......bingit. Padahal dia baru balik kerja pagi tadi tapi mata dia segar bugar sepanjang perjalanan....happy lah tu. Takpa...layankan ajer.


nampak menarik tak? adakah anda rasa lapar?


inilah juadah lauk kampung yang disediakan oleh family adik ipar bila kami dtg beraya di Temerloh.


Kami sampai Besut dah malam. Esoknya ibu mertua masak nasi dagang...permintaan khas anak dan menantu. Slurrpppp...sedap sangat. Sempatlah jugak belajar camana nak masak nasi dagang. Percaya tak akhirnya aku berjaya buat nasi dagang dan sempat menjamu rakan2 yang datang ke rumah.



Lauk nasi dagang....ikan tongkol atau ikan aya.


Tengok pun tau memang sedapkan.


Belah tengahari En Bos kata jom kita buat BBQ kat pantai Bukit Kluang. Ok aku terus masuk dapur buat rempah untuk merinate ayam. Berpeluh ahkak kat dapur sebab by 1pm kami nak pergi dah. Sempat juga aku buat sayur colslaw. Tapi sedihnya di bumi Besut pada hari tersebut seharian hujan...seperti tak nak berhenti. Kami dah sampai pantai tapi masih hujan. Akhirnya kami tukar plan....bakar ayam di rumah kakak ipar ajer. Rumahnya tak jauh dari pantai. Uhukkk...uhukkk.


nyum nyum....anda terliur tak? hehehe. En Bos ambil tugas membakar ayam.



kami bentang tikar di tengah laman parking rumah kakak ipar dan berkelah kat situ. Oklah jugak...yang penting enjoy.


makan 2 ketul ayam dah kenyang. Sempat juga aku repeat makan nasi dagang yang sedap itiewwww.




Petang tu sebelum balik aku dan En Bos sempat singgah bandar Jerteh untuk membeli sesuatu. Uolss agak apa yg kami nak beli?? Sebab esok kami nak beraya di satu tempat ini. Ikan-ikan dan penyu dah bersedia menanti kami.....cuba teka.



p/s - rasa mcm sedih tengok Ringgit jatuh menjunam...camana nak terbang ni????? Sedihhhh.




June 17, 2012

Day 1 - Family Trip to AFamosa Melaka







Adakah anda terliur pabila melihat durian di atas? Sila terliur yea. :)
Bestkan sekarang ni musim durian sudah kembali. Aku memang suka durian sejak dari kecil lagi tapi skrg ni tak boleh makan byk dah....pastu cepat muak. Tapi lepas 2-3 hari teringin nak makan lagi. Gitulah.

Masa cuti sekolah yang lepas my bro izam ajak jalan-jalan cuti-cuti malaysia di Melaka. Nak bawak anak-anak makan angin. So, all my family members joint this trip. My bro kata nak bawak anak-anak dia tengok animals dan mandi manda....so tempat yang sesuai ialah di AFamosa Melaka. Actually aku dah pergi ke tempat ini masa company brainstroming few years ago. So, taklah excited sangat...cuma excited nak berkumpul dengan family aku ajer.

Sebelum sampai ke AFamosa di Alor Gajah kami singgah tepi jalan jap untuk melayan durian. Banyak jugak aku nampak orang meniaga durian kampung di sepanjang jalan menuju ke AFamosa ni. Jom kita tengok gambar-gambar yg aku sempat snap pakai hp...huhuhu.


 jual pakai kg....hmmmm mahal gak. 

 my beloved 4 nephews....mereka lah yg membingitkan suasana.

 kami makan durian kat pondok ni ajer.....



 ramai gak yg berhenti di sini utk melayan durian...kebanyakannya plat number singapore.

 banyak sungguh pokok durian di sini.....

 dah sampai banglo yg kami sewa. Ada 4 bilik tidur di mana setiap bilik boleh masuk 2 orang dan 4 orang. Memang just nice utk family aku semua.

ruang duduk tetamu. This banglo house is fully accondition. Harga ialah RM700. My bro booking melalui orang persendirian dan bukan directly dengan AFamosa.

 ruang makan...di sebelah tu ialah swimming pool tertutup

 dapur ni boleh memasak. Ada disediakan dapur gas dan kettle. Tetapi periuk nasi takda yea. Kami ingatkan ada periuk nasi...sekali dah sampai memang takda..alamakk. Terpaksalah aku pi pekan Tampin pi beli periuk dengan harga RM30.....what to do!!!

 maaf yea...bilik bersepah plak hehehe.

 petang tu dorang semua berkubang dalam pool ni hahahaha...dah tak sabar.

 pool ni tak besar mana but it just nice for my family. Privacy and tak campur dengan sesapa.

 aku ni jenis pantang nampak pool tapi kali ni aku buat tak tau ajer....sebab aku dinasihatkan doktor utk jgn berenang. Sebabnya aku ada masalah tonsil...takut jangkitan lagi. Tengah tunggu nak buang tonsil tu.

 baby ariesya pun nak swimming jugak tu...siap ada swimming suit hokay!!!



 pic aku takda sebab aku yg tukang snap huhuhu

 baby ariesya tak nangis masuk dalam pool....adorable baby!!!

 dia tengok org lain buat aksi lompat...dia pun nak jugak tu

 si kecik zarief ni takut air....tak macholah mcm tu.

 heheheh sian dia....kesejukan. The one and only niece

 aksi terjun dan lompat oleh my nephews

 my bro idham dengan aksi lompatnya.......

 alamak perutnya hehehe. My bro izuan dengan aksinya pulak

 malam tu kami wat bbq...

ada lamb, chicken, hotdog dan nasi arab yg dimasak oleh my mum....sorry pic x sempat amik.

 3 orang tukang bakar yg setia menanti.....

nyummmm...nyummmm...sangat sedap.!!!


Tunggu esok aku update apakah aktiviti kami seterusnya. Pengalaman naik lori.....korang ada? Hehehe.
Jumpa esok kay...........tatatatata.


p/s - menghitung hari detik demi detik........


January 11, 2012

Day 2 - Weekend Getaway @ Saujana Janda Baik, Pahang





Hari kedua kami di Saujana Janda Baik. Malam tadi tidur dalam keadaan kesejukan dan sangat nyenyak. Kebetulan pulak hujan lebat malam tu. So, pagi kami bangun sangat segar bugar. Aku bangun jer.....my mum bagitau 2 orang maid adik aku dah gi dusun petik buah. Whattt???? sejuk-sejuk mcm ni? Lepas suboh masih gelap 2 orang maid adik aku tu siap mandi sungai lagi tu. Siap berkemban hahaha. Sib baik kami semua masih ketiduran selepas suboh.  

Mereka berdua naik ke atas bukit belakang villa ni untuk memetik buah rambutan. Kat sana ada 2 pohon rambutan yang sangat lebat berbuah. Siap panjat pokok rambutan tu jangan tak tau. Bawak guni sekali untuk kutip durian yang gugur. Dapatlah lebih kurang 10 biji durian yang agak besar saiznya. Disebabkan semalam hujan lebat...so rumput agak licin. Maid adik aku tergelongsor jatuh ke bawah...sian dia. Kalau aku yang jatuh...apa jadi??? Ohh...tidak!!!



Nampak tak pohon rambutan dan durian di sebalik bukit belah kiri pada gambar di atas? Agak tinggi jugak bukit tu. Kalau aku turun naik bukit tu setiap hari...agak2 boleh kurus tak?? ahaksss.....

seguni rambutan yang berjaya dibawa turun ke bawah oleh 2 orang maid adik aku. Ya Allah sedapnya rambutan ni....rupa rambutan ni dah mcm buah pulasan. Rasanya manis dan tidak berair. Best giler!!!!

inilah sebahagian rambutan yang juga berjaya dibawa turun ke bawah. Sedap nak mampus durian ni...tetapi amatlah payah nak kopek sebab baru jer gugur.....kulit masih bergetah.


Pagi tu mama masak nasi lemak. Sambal, ikan bilis, telur timun dah siap bawak dari rumah. Cuma tinggal masak nasi ajer kat sini. So, pagi tu kami breakfast nasi lemak serta lauk-pauk semalam yang masih berbaki.  Panaskan di microwave ajer. Tengahari kami tak masak apa....sebab boleh ulang makan nasi lemak yang mama ku masak tu. 

Lepas lepas tu ialah acara memakan durian dan rambutan pulak. Slurrpppppp...sedap giler uolssssss!!. Then acara yang seterusnya ialah mandi sungaiiiiiii!!. Anak buah aku yang 2 orang tu dah sabar-sabar nak terjun dalam sungai tu....ishhhh sejukkk. Apa dorang kisah....yang penting dapat main air...hehehe.


yeaaaaaaaaaaa.....dah siap pakai baju mandi.....jom kita mandi sungai.

masa ni aku tak mandi lagi...duk sakan snap gambar depa...

kena jalan hujung sikit.....baru nampak air terjun yang comel ini. Aku tengok dari atas jerrkkkk....mak sejuk tau!!!!


Anak-anak dan bapak-bapak sakan mandi air sungai. Villa ini juga menyediakan pelampung tapi kena bayar iaitu RM10 seunit.

 wehuuuuuuuuu......naik atas pelampung dan dibawa arus hingga ke tebing sungai depan villa kami tu. My bro izuan dan anaknya Daniel.

 My bro izam dan anaknya Danish...yang kecik Rayyan tak bawak sebab masih kecil lagi.

 my bro Idham solo ajer sebab anaknya Zarief masih kecil lagi.....lagi satu dia takut air sejuk hehehe

 mereke terus dibawa arus hingga ke hujung...best giler!!!



Selepas mandi sakan dan bersiap dengan pakaian...kami get ready pula untuk BBQ. Kami sengaja memilih wat BBQ waktu petang jam 3 kerana kalau malam agak gelap sikit kat sini. Kesian kat budak-budak tak bebas. So, petang tu kami ramai-ramai membuat acara membakar-bakar. Di antara yang kami bawa dari rumah ialah ayam, daging kambing, daging lembu dan hotdog. Aku juga menyediakan makanan sampingan lain seperti coselaw, potato salad dan nasi minyak. Nasi minyak ni masak di sini ajer.

Sedang asyik membakar...hujan turun dengan lebatnya di sini. Sejuknya masa ni. Air sungai yang jernih menjadi keroh dan sangat deras mengalir. Selang beberapa minit...ia jernih kembali. Lepas habis membakar, acara makan-makan pula. Bestnya makan kat verandah villa ni. Kami makan dalam jam 4.30 petang gitiewwww dan diselangi dengan makan durian lagi. Durian baru gugur uolssss....



tempat BBQ betul-betul di tepi sungai ini.....masa ni cuaca mendung tanda nak hujan.

aummmmmm.......ayam sedang dibakar.....tetiba jadi lapaqq.

coselaw ini aku yang buat...sedappppppppp!!!

potato salad ini kurang menjadi sebab kentang direbus terlalu lama..huhuhuhu. Tetapi tetap sodappppp.

yeahaaaaa ayam dan kambing dah siap dibakar............sodap hingga menjilat jari.

hotdog ini sangat menggoda. Sebabnya dalam tu ada cheese.....auummmmmmm!!!!

permandangan di sekeliling taman villa.....pandangan di bahagian depan. Luas kawasan di sini.

inilah kolam ikan talapia yang aku kata tu. 

sambil berehat dan menikmati keindahan kampung dan kehijauan pohon sekeliling...sangat tenang jiwa dan hati ini.

petang tu dorang pi cari durian di dusun. Tengok tu kena mendaki untuk sampai ke dusun. Petang tu dapat 12 biji durian...auummmmmm!!!!

aku kat bawah ajer...duk kutip durian yang dibaling dari atas bukit. Bestnya pengalaman ini....maklumlah org bandar tak pernah ada pengalaman kutip durian hehehe.



Selepas maghrib sambil melepak dalam villa, kami adakan acara memotong cake pulak. Kebetulan hari sebelumnya ialah besday my sis in law Azam dan Nor. Same date uolsssss. Aku yang belikan cake ni. Cheese and choc cake beli kat Secret Recipe. My bro suruh buat cake......hmmm aku tak sempat nak buat.

As usual tiap kali ada cake...my two nephews tu yang akan duduk di depan cake untuk tiup lilin. Dah mcm depa punya besday kan hehehe. Malam tu sakan masing-masing makan cake. 


muka ceria di depan cake.....





Gambar di atas bersama family tersayang pada malam tu. Lepas makan cake ialah acara bergumpal atas tilam. Siapa mangsanya?? Ahkak lah!!!! Percaya tak keempat-empat anak buah menghempap mak sedara ni beramai-ramai. Sib baik masih bernafas sampai sekarang. Kelemasan ahkak dik non hoiiiii. Budak kecik yang 2 orang tu pun sama joint.....hahahah memang sangat lawak masa tu.

After acara bergumpal dengan anak sedara....kami lepak tengok tv. Malam tu ialah malam tahun baru. Uhukk uhukkk takda bunga api kat dalam hutan ni. Tapi kedengaran gak letupan bunga api dari arah Genting Higland....cumanya tak nampak. Nampaknya kami celebrate new year di dalam suasana kampung. Hehehe...best apa.

Esok sambung lagi......ada acara lain pulak...tungguuuuuuu!!!!!!!