Ads

May 29, 2014

Day 1 : UK Honeymoon Trip - Gatwick, London




Salam semua.
Banyak betul entry tentang wedding. Sekarang jom kita baca entry tentang my honeymoon trip to London plak. Ikutkan planning kami nak honeymoon ke London dan Paris sekali tetapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan dan juga harga train tix ke Paris yang sangat mahal....kami cancel ke Paris...lain kalilah. Kebetulan juga my hubby tak dapat cuti panjang.....kami bercuti hampir 3 minggu juga termasuk cuti sebelum wedding. So...bila dah spent banyak utk tix tapi takat duk sehari dua di Paris....baik tak payahlah. Alang2 nak duk 3-4 hari jugak kat sana. Finally.... kami hanya makang angin di London ajer.

Sehari selepas wedding hari tu masa untuk bukak hadiah. My nephew sibuk tanya bila Along nak bukak hadiah tu. Masa malam wedding tu tengah penat lagi....nak bukak hadiah pun mcm takda jiwa gitiew. So esoknya kami berkumpul satu family buka hadiah satu persatu. Dikesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih banyak2 pada yg memberi hadiah dan sumbangan kepada kami berdua. Selepas wedding pun masih menerima hadiah lagi. Dalam gambar di bawah ialah diantara hadiah2 yang kami terima. Banyak sampai tak tau nak letak di mana. Lepas kami berpindah rumah nanti....mungkin boleh guna hadiah2 ni pelan2. 


 hadiah2 yang duiterima...terima kasih daun keladi

 banyak jugak dapat hadiah yang sama hehehe...anyway tqvm. Itu belum lagi campur hadiah2 yang diterima di majlis menyambut menantu di belah kampung suami.



Selang 3 hari selepas majlis perkahwinan kami.....kami sibuk packing baju untuk honeymoon trip yang lama dirancang. Agak kelam kabut jugak masa ni sebab....masa ni jugak sibuk nak kemas rumah...nak kemas bilik dan kemas barang2 suami yang dibawa ke rumahku. Flight kami jam 10.35 pagi.....malam sebelumnya baru aku kelam kabut packing baju. Sebelum ni pack baju tuk diri sendiri sahaja tetapi kali ni kena buat untuk 2 orang huhuhu.....pengsan ahkak. Dalam pukul 2 pagi juga aku habis mengemas...itupun ada jugak brg2 yang aku nak bawak London tertinggal kat rumah...kalut sangat masa tu. Sian hubby sampai tertidur tepi katil sebab kepenatan masa menolong aku packing...hehehe. Jam 5 pagi kami dah gerak ke stesen TBS untuk menaiki train ke KLIA. Tidur 2 jam ajer malam tu...mampu???

Perasaan aku ketika ini....happy, excited, teruja dan mcm2 lagi. Sebabnya first time gi jalan2 dengan hubby berdua. Agak kekok jugak hehehe. Yang penting mesti ada persefahaman dan saling bantu-membantu. 


 dalam train menuju ke KLIA....ada 3 luggage.

  A380 MAS ticket.....flite to London. 

 alhamdulillah flite tak delay....semuanya on time.

 hajat di hati nak dapatkan seat kat upper deck tapi apakan daya seat semua penuh. Dalam flite....kami asik ketiduran ajer sebab kengantukan dan kepenatan. Bangun hanya untuk makan ajer hehehe. Memang nyenyak giler. Petua untuk tidur nyenyak di dalam flite ialah jangan tidur sebelum nak gi airport. Memang confirm anda akan tidur nyenyak...huhuhu.

 sebaik kami sampai di Heathrow Airport London......ada teman kami dah tunggu di sini.

 di dalam airport semasa menuju ke tempat letak kereta.

 dalam perjalanan kami ke hotel di Gatwick. Perjalanan mengambil masa 1 jam ke Gatwick. Sebenarnya percutian honeymoon kami ke London adalah hadiah perkahwinan kami oleh seorang teman yang stay di sini. Kecuali flite ticket dan keperluan shopping kami gunakan duit sendiri. Accomodation dan food semuanya adalah hadiah honeymoon package kami. Tqvm my dear friend. Kami akan stay di sebuah hotel di Gatwick.

 sebaik sampai di hotel.....hari dah gelap. Hotel ini kecil jer tetapi sangat selesa untuk kami. Terletak di kawasan coutryside yang dikelilingi ladang dan rumah2 kawasan kampung. Sangat cantik dan aman jer. 

 memang sangat2 English style decoration di sini

 kami dapat suite room.....memang sangat besar utk kami berdua. Ada pulak tu xtra bed.



 malam tu terjadi satu kisah dan kejadiah yg tidak dapat dilupakan di sini. Biarlah menjadi rahsia kami suami isteri. Kami akan kenang sampai bila2. Oh suami ku...hehehe.

kami juga dibekalkan dengan hidangan nasi lemak. Isteri kepada teman kami siap masakkan kami nasi lemak lagi.....hehehe. Makan nasi lemak panas di London......korang ado??? Hehehe. Alhamdulillah dah kenyang.


Esoknya......pengalaman yang sangat berharga buat kami suami isteri ketika berada di tengah2 kota London. Apakah itu? Nak tau tak? Tunggu next entry kay.


p/s - syukur dapat suami yang juga kaki travel. Plan nak terjah London lagi...entah bila lah.




May 26, 2014

My Wedding @ Majalah 3 (TV3) and URTV Magazine



Salam semua.
Hajat dihati nak upload video sedutan rakaman semasa kejutan my wedding yang lepas....tapi ada masalah semasa nak upload.  Takpalah nanti dah okay baru aku upload. Tengok gambar2 ajer lah yea.











Di bawah pula ialah beberapa keping gambar yang di masukkan dalam majalah URTV keluaran 1 Mei yang lepas. Terima kasih banyak2 pada Huzz.








Ingatkan nak letak gambar2 masa honeymoon. Tunggu next entry kay.


p/s - I need a vacation. Nak jalan2 lagi...uhukkk.




May 15, 2014

My Wedding - Outdoor Photography @ Taman Tasik Perdana

Salam semua.
Untuk entry kali ini ialah semasa sesi outdoor photography di Taman Tasik Perdana KL. Kami bertolak dari dewan pada jam 4.00 petang. Penatnya masa ni hanya Allah yang tahu. Seharian kami di dewan melayan tetamu dan sesi mengambil gambar. Memang masa sangat suntuk....then kami kelam kabut nak buat sesi outdoor pulak. Seharian jugak aku pakai high heel....pengsan mak!!. 

Semasa photography ini aku kena berjalan atas akar pokok dan jalan yg tidak rata.....memang sangat azab. Penat sungguh jadi pengantin ni kan. Masa ni aku terbayang nak berendam dalam swimming pool kan best...hehehe. Muka berpeluh jangan cakaplah...sib baiklah make-up kak sai ni meletop....cover muka penat aku tu hehehe.

Balik dari sini kami terus ke dewan semula untuk check apa yang patut. Fuhhh...dewan bersepah dengan sampah sarap bagaikan baru lepas konsert. Masa ni aku terus call adik2 aku mai turun padang kita wat gotong royong membersihkan dewan. Kalau tak habis deposit aku RM500. Kami berdua dengan baju pengantin dan adik2 aku menyapu dewan dan bersihkan apa yg patut. Siankan pengantin uhukkkk. 

Malam tu aku lepak rumah adik aku dan membersihkan diri....kerananya rumah aku takda air...uwakkkk. Dugaan betul buat kerja kawin time takda air ni. Majlis perkahwinan kami 2 hari 2 malam dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang masalah...alhamdulillah. Terima kasih byk2 family aku yg banyak membantu. 
















Habis dahhhhhhhhhhhhhh.....next entry citer pasal honeymoon kami plak. Hari selasa kami dah terbang utk honeymoon.


p/s - kalau boleh tiap bulan kami nak honeymoon hehehe.....






May 9, 2014

My Wedding - Majlis Resepsi Part 4



Salam semua.
Untuk entry kali ini aku nak share gambar2 bersama family dan teman2 seperjuangan. Gambar dgn sedara mara sangat banyak....tak larat nak letak semua kat sini. Aku just share gambar2 dengan teman2 rapat dan sedara mara rapat sahaja. Harap jangan ada yang berkecil hati sebab gambar terlalu banyak. Pening nak pilih. Album gambar aku pun pening aku nak pilih....lebih puashati pilih gambar sendiri daripada gambar yang dipilih oleh photographer. Tunggulah hasilnya nanti....tunggu.


 with my beloved family....love them all.

 sakan ber free style

 with my beloved mum...selamat hari ibu

 with my beloved family in-laws....love them all.

 teman-teman media satu pejabat...

teman-teman media di HQ

 teman-teman di UiTM Shah Alam

 teman-teman blogger.....

 teman2 tenaga kerja yang sama2 menolong di dewan

 ibu saudara dan sepupu di Klang

 sepupu di PJ dan Shah Alam

sepupu2 di Singapore

 sepupu2 di Johor Bahru

sepupu2 di Ampang, Cheras dan Ipoh

 my beloved bro Izam and family

 my mum and 3 brothers

 my beloved bro Idham and family

 geng KRU....oppsss 

 my hubby's UIAM friends

my pengapits and flower boys

with popular blogger...Neenaanuar

 with teman2 di MRSM Jasin

 with teman2 media dari office lama.....NSTP

with my bibik.....dia dah balik Indon uhukkkkk

Next entry aku share video ketika rakaman tv3 utk majalah 3 dan juga gambar2 kami di majalah URTV.


p/s - alhamdulillah rezeki kami.....tiap minggu ada jer dapat hadiah perkahwinan. Terima kasih byk2.