Ads

January 23, 2013

Day 1 - Winter Korea Trip : Myeongdong


Salam semua.
Welcome to Korea. This was my second time trip to Korea. Why Korea again? Because i wanna feel the real winter season here. Winter Sonata gitiewww!!!! Sempat lagi jumpa Kang Joon Sang uols. Memang sejak dari dulu angan-angan aku nak jejak bumi Korea pada musim sejuk yang dipenuhi dengan snow. Akhirnya impian ku tercapai. Syukur padaMu Allah dengan rezeki yang Kau beri aku berkesempatan menjejaki negara ini sekali lagi dalam masa terdekat. My previous trip to Korea pada bulan Mei yang lepas. Rujuk link ini.

Trip kali ini aku pergi berdua sahaja. Tak ramai yang tahu tentang pemergianku ke Korea. Kalau aku buat iklan...sure berderet-deret nak ikut. Sebenarnya tak plan pun. Dalam masa sebulan tetiba aku membuat keputusan untuk terbang ke sini. Plan asal mahu terbang ke UK....tetapi takda rezekiku kesana atas faktor flight ticket yang terlalu mahal pada peak season Cuti Krismas hingga New Year. Akhirnya aku memilih ke Korea....budget pun tak banyak sepertimana budget ke UK. Dapatlah jugak main salji di Korea tu. 

Aku tiba di bumi Seoul di Incheon International Airport pada jam 8.00 pagi bersamaan Cuti Krismas. Fuhhhh punyalah ramai manusia di airport...peak season uolss. Dalam flight kebanyakannya pelancong berbangsa Cina rakyat Malaysia dan pelancong warga Indonesia. Bangsa Melayu kita takda rasanya...hanya aku berdua dengan temanku. 

Sebaik sampai di airport dan setelah mengambil luggage...kami plan nak cari pocket wifi yang boleh disewa di airport. Anda boleh menyewa pocket wifi di Gate 13 sebelum anda keluar dari airport. Agak jauh jugak nak berjalan. Kami menyewa selama 6 hari dengan bayaran sebanyak KW46,000 (RM138). Boleh dipakai seramai 6 users. Wherever you go...u can upload your travel pics immediately. Even dalam subway pun boleh dapat line. Memanglah banyak internet line di Seoul tetapi tidak semuanya free hokay. Boleh booking melalui online terlebih dahulu untuk dapatkan diskaun. Cuba google pocket wifi Korea.....boleh jumpa link di sana. Deposit KW300,000....boleh bayar pakai credit card. Sebaik kita serahkan semula pocket wifi ini pada hari nak balik...boleh cancel deposit tu. 


sampai di airport....mencari Gate 13 terlebih dahulu sebelum kami exit

sorry lupa nak snap kedai pocket wifi tu. Inilah bentuk pocket wifi yang kami sewa. Jangan pulak excited sgt dapat Egg ni sehingga anda lupakan beg luggage. Hahahah...siapakah itiewwww????

perut dah lapar. Jom cari tempat breakfast. Kami minum di Dunkin Donnut. Aku order hot choc dan jamah roti Butterscotch yang dibawa dari rumah.

jemput minum......belum kuar airport lagi ni....tetiba dah rasa menggigil. Kenapa?

Sebaik keluar di Gate 5......perghhhhh sejuk gilosss dengan temperature -12C pada jam 9.00 pagi. Dibawah paras beku. Masa ni aku dah terasa muka jadi keras dan sengal. Nak senyum pun susah. Dalam entry Korea Trip yang lalu aku dah citer detail pasal camana nak naik bas dari airport ke Myeongdong

dalam bas.....mata mengantuk tetapi tak boleh tidur sebab terpegun dengan keindahan bumi Seoul yang dilimpahi dengan salji keputihan. Sangat cantiksssssssssssss.



Kami sampai di Myeongdong...terus sorong beg untuk ke Namsan3 Guest House yang telah ditempah beberapa minggu yang lepas. Kali ni senang sikit coz dah ada traffic light untuk melintas jalan ke seberang sana iaitu di kawasan Namsan. Kalau tidak dulu masa aku ke sini bulan 5 yang lalu...kena lalu laluan bawah tanah subway...lepas tu naik tangga ke seberang jalan. Just imagine dengan beg yg berat tu korang nak naik tangga. But now dah mudah.....boleh lalu laluan atas yg ada traffic light dan juga boleh lalu bawah tanah yang dah ada escalator. Alhamdulillah trip kali ini segalanya dipermudahkan. 

Kami sampai di Namsan3 Guest House agak awal pagi...maka bilik masih belum dikemas lagi. Kena tunggu 2 jam lagi baru boleh check-in. So, kami tinggalkan beg di bawah...apa kata kita cari makan dulu.


kami ke Myeongdong. Ramainya manusia.....

kelihatan cebisan-cebisan salji yang kelihatan di sini. Cuaca nampak terang dan bercahaya tetapi suhunya sejuk gilossss. 

peak season...maka orang pun ramai di sini

aku dressing sempoi ajer. Tetapi orang Korea dressing meletop uolssss. Fesyen musim sejuk di sini sangat meletop dan fashionable.



pada musim sejuk ni banyak sungguh kedai yang buat harga runtuh....especially product kosmetik Korea

tetiba aku ternampak Coach Premium Outlet di sini....ada sales uolss. Wajib aku stop di sini. Jadi gila kejap sebab harga murah. Sempat aku rembat satu beg Coach. Jangan expect lastest design kay. Tapi sayangnya tak dapat VAT reduction. Katanya...dah murah sangat.

butik ini terletak di bahagian corner selepas Uniqlo

Sawadikappp...ehhhh silap daaaa........

Kami plan nak makan octopus di sini. So, terjumpa kedai makan ni. Terletak di tingkat atas kedai Artbox ini.

masuk sini dah naik tangga ke tingkat atas. Sebaik sampai.....ramainya beratur. Sebab lapar punya pasal...kami sanggup beratur.

Kami order Set Spicy Octopus. Dalam set ini ada octopus masak cili yang dimasak dalam kuali, ada telur kukus, ada coslaw, seaweed dan sayur daun di atas (tak tau apa nama daun tu)

pembantu restaurant itu akan datang ke meja kita dan gaul-gaulkan ostopus di atas sehingga masak. Kami request nasi setiap orang.

masukkan nasi yg digaul dengan octopus dan makan dengan daun ini. Sanggup????

boleh juga makan dengan seaweed.

alhamdulillah dah kenyang.....overall sangat sedappppp!!!!!! Total makan untuk 2 orang KW26,000 (RM78)

dah kenyang...jom kita balik ke guest house 

sempat lagi tu nak berposing di celah-celah warga Korea.

nak balik hotel dah senang sekarang...ada escalator untuk ke jalan seberang.

Kami balik bilik dan berehat sebentar. Sempatlah jugak tidur untuk 2 jam. Kepenatan sangat...sebab dalam flight tak boleh nak tidur lena. Sebaik bangun tidur dan solat maghrib....aku plan nak jalan-jalan lagi ke Myeongdong. Temanku dah tak larat nak keluar bilik atas faktor cuaca yang sangat sejuk. Actually aku nak cari boots untuk dipakai esok. Aku cekalkan hati berjalan seorang diri ke Myeongdong dalam cuaca sejuk pada malam itu. Dekat ajer...tak jauh pun.

Sampai ajer aku pergi ke butik Nature Republic terlebih dahulu. Memang giler shopping di sini. Aku plak memang banyak benda nak beli di sini. Adik2 ku banyak kirim barangan produk ini. Aku pun banyak beli untuk diri sendiri. Apakah rahsia kulit cantik? Jom pakai produk kosmetik ini.


Butik Nature Republic paling besar di Myeongdong

Total semua aku beli ni ialah KW175,000 (RM525)

then aku nampak area ni ada orang jual banyak boots....pilih punya pilih. Aku berkenan yang colour merah itiewwww. Cantik ke???

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

cantik ke? Harganya ialah KW30,000 (RM90). Murah tak???? tak sabar nak bergaya dengan kasut ni esok. 

Jommmm. Ke manakah aku esok? Suhu mencecah ke angka -16C esok. Gilosssss!!!! Tunggu esok aku sambung lagi kayyyyyyyyyyy.


p/s - nak gi cuti2 bulan Mac ni tapi kekangan waktu...uwakkkkk





34 comments:

Anonymous said...

bestnye...

k.lin

Unknown said...

cantik snow boots tu. btw murah sangat tu kak banding sini...

Mami Little Hero

::EIDA:: said...

bestnyaaaaaas

Don't Afraid to Try said...

kak leez...

bestnya g korea lg..berbaloi beli boots tu..hehe

penunggang.bulan.putih said...

cantiknya kak boots tu...
cpt sikit sambung entri baru..hee

Rozita said...

Waaaa bestnya gi korea lagi. Cantik boots tu, sesuai dgn leez yg putih comel...

Farikica said...

Daun tu mcm daun sireh la..he..he.. Mcm manalah agaknya nk kurangkan shopping temptation kalau kat sini? ada tips x..:)?

Badar The Great said...

leez ......akak jeles. rindu nye kat korea. Pi skiing tak? tunggu ur story mory ni...

akak tak mkn lak octopus ni masa d sana dl. kena return ni utk merasai nye ,(alasan aja, hahaha)

shah_rule said...

wah murahnye kasut merah tuh.. dah la cantik.. meang cekal; tau berbelanja, ingatkan nak carik boot je tetibe berderet kosmetik.. haha

suhu -12 pun still ade sunshine.. biru langitnye..

sale die mmg bole tahan murah yer,, end of year tahun ni kalo ade rezeki nak jgak g menyoping..hehe

Unknown said...

Cantik boots tu, kalau akak tdo pun pakai kot, dah sejuk sgt.

zila@akulovetravel said...

Tertunggu entry korea..and lastly..hehe. Awal2 sampai dah shopping sakan..fuhh!!! Makanan agak mahal ye..2 org makan dah nak cecah RM80. Saya tgk 1 cter korea ni..daun tu kalo xsalah daun pokok labu.

Ntah angan2 saya tercapai ntah tak..saya nak gi korea time musim munge..hehe.

kembara destinasi said...
This comment has been removed by the author.
kembara destinasi said...

Ada lebih tak kosmetik tu coz nak order ler.nak cantik cam kulit k leez gak lah

putriyantie said...

Salam kak syarliz.im ur silent reader tp tgk gmbr boots trus ingin comment..ni saiz brp..sy pun sdg cari boots utk ke korea mid feb ni..mudah x dpt size 10?n leh x specific nama kedai yg jual boots ni tq love ur blog....

Leez M. Saaid said...


k.lin -

yea best....cept2 booking ticket hehe

Leez M. Saaid said...


mami little hero -

boots tu mmg murah sbb ada sales. Depands on pattern rasanya.

Leez M. Saaid said...


eida -

yea best....mcm tak puas lagi.

Leez M. Saaid said...


Dont Afraid To Try -

Mmg berbaloi sgt. Sib baik i x beli kat sini hehehe

Leez M. Saaid said...


penunggang bulan putih -

hehehe thanks baca blog ni. Tulah...sokmo busy. Ni pun curi2 update after office

Leez M. Saaid said...


Rozita -

hehehe malu i dibuatnya. Boots tu jer yg cantik...tuannya biasa ajer

Leez M. Saaid said...


Farikica -

heheh bukan daun sireh tu....tak sanggup i nak makan.

Kalau nak kurangkan shopping kat sana...jgn bawak duit shopping heheheh....

Leez M. Saaid said...


Badar The Great -

kak....kena repeat tu namanya. Wajib rasa octopus tu.
Ni pun rasanya nak repeat lagi...tapi tunggu lain tahun lah hehehe.

Leez M. Saaid said...

shah_rule -

hahaha....tuan tanah ni mmg kaki shopping...pantang tgk yg menarik di mata especially kosmetik tu. Kebetulan sales pula tu

kalau temp sampai bawah tahap beku mmg ada sunshine. Kecuali kalau nak turun snow....cuaca mendung ajer.

Leez M. Saaid said...


zana -

hahahah...kalau tdo pun pakai boots..nanti org kata aikkk biar betul.
Cukup pakai stokin jer lah hiks

Leez M. Saaid said...


zila -

wahhh best tu....cepat2 gi korea.
ohhh betul ke daun labu??? sbb masa makan tu ada gak tanya....dorang bantai jawab bahasa korea...mana nak faham hehehe.

Leez M. Saaid said...


azima -


alamakk dah takda lah. Saya pun tak beli lebih. yang tu semua dah ada yg order.

Leez M. Saaid said...


putriyanti -

i pun dah lupa saiz kasut tu sbb tak sama dengan saiz yg biasa kita pakai. Tapi kaki i saiz 7.
Kat sana banyak choice,....u pilihlah nanti mengikut pilihan sendiri dan budget yg ada.
Kasut tu boleh dikatakan byk kedai yg jual...

Ako Retna said...

oh my, syiok nya dia pegi lagi!!!
psstt boot merah tu memang cantek and murah!!!

Anonymous said...

Salam,

Plan nak gi bulan Dis 2013. Nak tanya pakaian musim sejuk apa yang perlu dibawa...sebab plan nak beli kat seoul

Kalau pakai sweater je cukup tak sebelum beli pakaian sejuk di sana

Anonymous said...

Ni u pergi ni travel sendiri je ye? X guna tracel agency ye? Mana rasa2 lagi murah?

hazel flowersha said...

Nk tya..sy nk g awl bln 12 ni.nk tau kmera pe yg bleh di bawa ke sna ek sbb ktanye klo gna hp rosak kn..sbb musim winter kn

Mohd Saiful Izwan said...

Salam. Terima kasih atas info yg bermanfaat. Salam perkenalan dari saya dari Ulsan, Korea.

Untuk musim sejuk saya cadangkan untuk ke Pyeongchang Trout Festival di Pyeongchang. Waktunya dari pertengahan disember hingga penghujung January. Antara aktiviti menarik kat sini ialah memancing ikan Trout dibawah ais. Selamat mencuba.

Unknown said...

slm,saya nak tanya selalunya salji turun bulan brape?

Anonymous said...

Good blog post. I absolutely appreciate this website.
Thanks!