Awal pagi di Krabi. Pagi-pagi dah bangun untuk meneruskan aktiviti di sini. Gambar di atas ialah hotel yang kami stay. Nampak dari luar mcm biasa ajer tapi dalam bilik...superb!!!. Hotel ini ownernya ialah wanita Muslim Thai (nampak tak wanita yg memakai tudung putih duduk di kerusi pada gambar di atas??). Dia kahwin dengan lelaki Mat Salleh dan membantunya mengusahakan bisness perhotelan ini. Wahhhhhhh!! Bestnyaaaaa.... (tetiba!).
Pagi tu kami jalan-jalan ke pantai. Dari hotel kami nak ke pantai lebih kurang 500 meter. Tapi masa jalan tu tak boring sebab leka singgah-menyinggah di kedai-kedai jualan tepi jalan tu. Trip kali ni aku tak banyak shopping...hmmmm biasalah kan aku kurang minat barangan Thailand. Aku hanya sempat beli tshirt Krabi dan FM sahaja. Yang lain aku spent utk food dan massage.
Ketika kami sampai di pantai cuaca agak tidak mengizinkan.....hujan renyai-renyai. Nak berposing sakan pun susah...sebab camera habis basah. Hmmmm.....walaupn renyai-renyai....aku tetap berposing tak hingat dunia. Dah namanya blogger kan....berposing adalah acara wajibku. Trip ini adalah sangat singkat.....so kami tidak berkesempatan nak gi island hopping di sini. Lagipun cuaca amat tidak mengizinkan uolssss. Plan nak repeat Krabi lagi sekali....sebab aku rasa mcm dah jatuh cinta dgn Krabi...bukan org Krabi hokay....ahakssss!!!!
Untuk pergi ke Phi Phi Island pun boleh jugak.......melalui pantai Ao Nang ini. Rasanya rate dalam 1300Baht (aku tengok kat papan tanda) utk seorang. Dulu masa aku gi Phuket...aku dah merasa gi Phi Phi Island. Insya Allah nanti nak gi lagi sekali ke Phi Phi island ini. Katanya..... boleh juga wat aktiviti snorkeling di sini. Tapi kalau dah cuaca mcm ni.....nampak ke ikan dalam laut tu. Pantai Ao Nang ni cantik tau...sebab nun di hujung sana ada juga pulau kecil yg boleh buat pelbagai aktiviti.
Ok.....aku dah sampai semula ke hotel. Pastu nak packing bag sebab van sudah menunggu kami di bawah. Kami kena pulang awal sebab petang tu bercadang nak ke Floating Market di Hatyai....kalau lambat alamat terlepaslah kami. Actually kami dah booking van untuk pulang semula ke Hatyai semalamnya iaitu di travel agent yang kami booking hotel tu. Harganya sama jugak 250 Baht (RM25) seorang. Senang skit......taklah kami membuang masa nak mencari transport utk pulang.
Perjalanan seperti biasa mengambil masa 4 jam. Ok..nanti aku sambung lagi di entry akan datang.
p/s - Semalam tetiba aku termimpi orang tu. Hmmm...dia dah lama hilang dalam ingatan aku.
7 comments:
akak nak jawap soalan leez boleh?
sebab merah tu warna hati atau "love"...org yg hantar surat biasanya dgn penuh cinta:))
cinta leez tertinggal di krabi ke? hihi just kidding ;-)
leez, makasih la share psl Krabi. aku baru plan nak ke sini sebab haritu gi Phuket hujan menggila. nasib baik aku tak amik pakej island hopping, kalau tak nyesal.
ps : kdg2 bila mimpi orang yg penah kita syg ni buat kita rasa sedih sebenarnya kan? aku paham perasaan tu. bersabarlah
kak hanim -
ooooo gitieww ke kak? hehehe
cintaku bukan tertinggal di krabi lah kakkkk....cuma jatuh cinta dgn krabi ajerr..heheheh
fatt-
tulahh....menyesal plak gi time musim hujan mcm ni....segala2nya terbatas. Tu yg aku nak repeat lagi ke krabi ni. Dorang kata gi bulan 2 atau 3 sesuai....aku gian nak gi snorkeling plak ni.
tulah pasal mimpi tu....tetiba plak. Padahal aku tak ingat apa2 pasal org tu.....ada lah jugak rasa sedih skit. Cuma aku malas nak pikir benda yg tak mungkin terjadi...hehehe.
mmg u kena ripit krabi.. phi phi island biasa2 je.. tp pulau2 yg sekitarnye yg best... antaranye Maya Bay, Poda Island, Bamboo Island... rainy season kat sana biasanya May-Oct... tp skrg cuaca tak menentu...
salam akak, saya nak tanya pasal hotel kat krabi tu boleh bagi nama dan alamat dia tak. May be this chinese new year saya akan ke sana. Tgk akak posing nampaknya best giler nih.
Syok jugak KRABI ni..
Saya baca entry akak pun teros jatuh cinta dgn Krabi..InsyAllah..akan dtg nk plan ke sini jugak bwk ankk2
Post a Comment