Ads

March 20, 2012

Kembara Umrah 2012 : KLIA - Jeddah - Madinah


Salam semua.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah dengan limpah rezekiNya aku telah selamat menjejakkan kaki sekali lagi di tanah haram Mekah dan Madinah. Sebaik aku tiba....titisan air mata mengalir di pipiku. Dan sekarang aku telah selamat tiba ke tanah air. Rindu dengan rakan blogger semua dan pembaca blog aku yg dikasihi. Maaf jika aku lambat nak update blog ini...maklumlah sebaik tiba di tanahair...aku tidak berapa sihat (asik pening ajer) dan mengalami jetlag. Waktu tidur pun tidak menentu.

Pada pagi sebelum aku bertolak ke KLIA...kami sekeluarga berkumpul di rumahku. Kebetulan pada hari yg sama ialah hari kelahiran my nephew, Emir Rayyan. So, mama ku masak special skit pagi tu. Sempatlah jugak kami potong kek beramai-ramai dengan besday boy. Seronok sangat masa ni dan di samping tu terharu sebab semua ahli keluarga berkumpul untuk sama-sama sebelum aku bertolak ke tanah suci. Thanks my lovely bro, izuan yg telah menghantar ku ke KLIA. Budi baikmu sangat dihargai dan aku tak pernah lupa untuk berdoa kesejahteraan kau dalam hidup. Mama tak dapat hantar sebab keadaan kakinya yang tidak begitu kuat untuk berjalan. 


Happy 2nd Birthday to Rayyan

Inilah telatah anak buahku seramai 4 orang ni....happy besday Rayyan. Sekarang Rayyan dah ada adik baru. Welcome to the world my lovely new born niece- Ariesya Sofia (masa ni belum lahir lagi)

 bersama kak Zila yg sama2 menunaikan umrah

 Mama Juwie turut datang ke KLIA untuk menghantar jemaah ke tanah suci - kami mengikuti agensi Irna Yakin Travel and Tours

kami berempat stay di dalam bilik yang sama - sebilik 4 orang

 risalah tentang umrah disediakan oleh Mama Juwie - thanks mama!!



Untuk pengetahuan semua aku menunaikan umrah ini bersama-sama dengan teman sepejabat. Alhamdulillah semuanya okay dan kami sama-sama tiada masalah di sana. Kami berjumpa di KLIA dan sampai di sana lebih kurang jam 12 tengahari. Masa ni ramainya umat Islam yang nak menunaikan umrah. Kami mengikuti agensi Irna Yakin Travel and Tours dengan menaiki MAS. Flight ini bertolak pada jam 3.15 petang. Penerbangan ini direct ke Jeddah dan ia mengambil masa 8 jam untuk sampai ke sana. 

Di dalam flight aku tidak begitu nak melelapkan mata....agaknya terlalu excited nak sampai cepat ke sana. Makanan disediakan sebanyak 2 kali - siap ada ais krim Walls Magnum...nyum2 sedapnya. Masa ni aku dah mengalami sakit tekak dan selesema yang teruk...tapi belasah jugak ais krim kan. Terus terang cakap aku takda selera nak makan sebab keadaan tekak yg sakit dan makanan yg tidak begitu menepati citarasa aku. Aku mcm fobia nak makan dalam flight ( teringat masa flight ke Stansted (London) dimana aku terasa mual dan nak muntah masa tu). So, masa dalam flight ni pun aku dah terasa nak muntah jugak bila terbau lauk-pauk makanan tersebut. Memang aku takda selera langsung. 



on board - MAS flight

makanan dalam flight - serius aku takda selera masa ni. Aku bawak bekal sandwich sardin - lebih berselera makan ini hehehe. 

selepas 8 jam perjalanan....akhirnya kami sampai di Jeddah Terminal Haji. Masa ni kami terpaksa menunggu lama kerana ada diantara jemaah yang kehilangan beg. Terpaksalah kami semua menunggu di luar sementara menantikan jemaah yang kehilangan beg tu cuba dapatkan beg tersebut. Alhamdulillah jumpa jugak akhirnya.       Cuaca sangat sejuk masa ni - mcm di Genting sejuknya.

reason flight kami mendarat di Terminal Haji - untuk mengelakkan kesesakan di International Airport Jeddah. Ketika ini jemaah yang mengerjakan umrah sangat ramai seperti musim haji.

setelah semuanya selesai. Kami terus menaiki bas dan meneruskan perjalanan ke Madinah. Bas berhenti di tepi highway untuk mengambil mutawwif yang akan membawa kami ke Madinah. Rupanya hanya bas sahaja yg boleh masuk airport haji....mutawwif tidak dibenarkan menunggu di dalam airport. Kami disediakan bungkusan makan malam - makan dalam bas. Rupa-rupanya ada seseorang memerhatikanku ketika ini. Siapakah itu??? Tungguuuuu........

Perjalanan ke kota Madinah mengambil masa 6 jam. Kami bertolak tadi dalam pukul 9 malam. Berhenti di tepi highway hanya sekali sahaja untuk membuang air kecil. Pabila kami masuk sahaja kota Madinah....tetiba  aku terdengar bunyi yang tidak menyenangkan.....tayar meletup uolsss!!! Ya Allah dugaan yang tidak diduga sama sekali. Nasib baik ia berlaku di kota Madinah. Kalau di tengah padang pasir tadi???...alamat kami berkhemah di padang pasir mcm orang Badwi lah kami uolsss. Tunggu sekejap ajer...nasib baik ada bas lain yang menggantika bas kami yg tayar meletop ini. Syukur kami semua selamat.


Lebih kurang jam 3 pagi kami semua sampai di hotel ini. Dugaan kedua datang lagi....bilik kami takda. Uwakkkkkkk.

Hotel Jawharat Al Fayroz ini terletak hanya 150 meter untuk sampai ke Masjid Nabawi. Lebih kurang jam 9 pagi barulah kami dapat kunci bilik. Masa nak gi solat Suboh di Masjid Nabawi...kami meninggalkan beg-beg kami tu di bawah lobi ajer. Fuhhhhh,.....memang betul2 dugaan. Kepenatan ketika itu hanya Allah yg tahu. Yelah selepas 8 jam dalam flight...kami terkandas di airport Jeddah 2 jam....lepas tu perjalanan ke Madinah pulak tambah lagi 6 jam. Tak ke melepek kami dibuatnya hehehehe. Dugaan kerana Allah....aku redha. Mungkin Allah menjanjikan yang tebaik untuk kami semua....ada hikmah sebenarnya.

kami duduk 4 orang sebilik.....ok selesa sangat hotel ini.

Pagi tu selepas breakfast sepatutnya kami ada ziarah dalaman masjid (Raudah dan Makan Rasulullah)....tetapi kami gi lambat sedikit sebab pagi tu baru nak check-in bilik. Next entry nanti aku ceritakan bagaimana keadaan kami ketika menjejaki Raudah dan mengunjungi makam Rasulullah. Syukur semuanya selamat.

Tunggu yea next entry.





13 comments:

kasihredha said...

selamat kembali leez
tak sabar nak tunggu story berikutnya...tertanya2 sapa yg memerhati dan leez berjumpa siapa...akan ku tunggu story berikutnya...suspen2 hihi

chazully said...

Alhamdulillah Leez...Kak Chah pun tak sabar nak menunggu siapkah gerangan orang yang tak disangka itu...

chazully said...

Alhamdulillah...selamat kembali ke tanah air. kak Chah pun tak sabar menunggu saperkah gerangan orang yang tak disangka-sangka itu...

azima said...

Dugaan dan ujian yg diberi untuk menguji keimanan dan kesabaran kita.memang di Mekah dan Madinah mcm2 ujian diberi.Syukur kerana Allah permudahkan urusan Leez sepanjang ibadah.

Rozita said...

Syukur dah selamat sampai ke tanah air. Ceh ceh ceh...suspennya siapakah itu ? Tak sabar nak ikuti citer seterusnya

Anum said...

alhamdullilah selamat sampai

zila said...

Buk Leez dah pulang ya.. Alhamdulillah. Nanti buk cter cosnya buk..

regards,
Zila
Jakarta :P

ANR said...

kak leez, knape MAS international still pakai mangkuk² utk ltak fruits tu sume? mse kite naik pgi KK hari tu dah baru tau. :)

glad to hear u met someone there. kite doakan yang terbaik. auuwww

Alin Marlini said...

alhamdulillah kak leez. Seronok kan dpt jejak ke bumi Allah.

Tak sabar nak tengok org yg skodeng2 tu..hehehehe

!eNa PnG said...

Alhamdulillah dah selamat sampai...

!eNa PnG said...

Alhamdulillah dah selamat sampai...

Yanti Othman said...

alhamdulillah dah selamat kembali ke tanah air..

Leez M. Saaid said...

salam kawan2 semua -

terima kasih atas doa kalian dan saya dah selamat sampai ke tanahair. Syukur alhamdulillah. Maaf jika saya tak sempat nak reply satu persatu message. Syg anda semua...muahhhh