July 11, 2009

Tempah Baju & Jahit Manik @ Jakarta



Baru aja terima baju tempahan dari Jakarta. Thanks ya pada temanku yang sekarang berada di Jakarta tu. Memang puashati. Lepas ni dah tak dapat nak tempah lagi coz dia dah nak balik Malaysia pun.

Baju hitam yang pada gambar bawah ini memang tempah jahit baju dan manik. Punyalah cantik manik dorang jahit. Very the creative and kemas sangat. Hmm...kalau tempah kat sini tidak lah sekemas ini. Design pun ntah apa-apa. Baju tu akan dipakai dengan kain silk batik jawa dan siap dengan selendang. Kalau nak tahu harganya....hmmm memang murah.

Baju ini dibuat khas untuk majlis perkahwinan my cousin end of this month kat Ipoh. Majlis perkahwinan dengan konsep jawa. Nanti i akan update the wedding ceremony here. Ala-ala wedding of the year juga. Betul tak Shafik???? Hehehe....



kain batik jawa ini dipadankan dengan baju hitam bermanik di atas



----------------------------------------------------------------------------




Hitam lagi...hehehe. Hitam itu menawan tau. Baju di atas pula, i tempah di jakarta untuk sulam dan manik aja. Baju kurung tu dah siap jahit dari sini. Jahitan sulamnya sangat halus dan kemas. Di sekitar sulaman itu dijahit dengan manik. Pada pandanganku memang cantiklah.

Baju ini juga akan dipakai dengan kain batik jawa seperti pada gambar dibawah belah kiri. Yang kanan tu cotton jepang. Tahun ini baju raya dengan konsep batik jawa. Saja nak buat kelainan. Pakai untuk Hari Raya tahun ini. Dah tak surprisekan...takpa saja nak tunjuk sulaman halus dan manik yang cantik tu.





-----------------------------------------------------------------------------


Baju hijau ni pulak pemberian my dear friend. Beli masa jualan Perhimpunan Agung UMNO di PWTC few months ago. Thanks, dear. Harga boleh tahan mahal. Untuk baju kain chiffon dan untuk kain pula jenis silk. Batik dari Terengganu. Ada juga design yang harganya RM900 tapi melampaulah pulakkan nak suruh dia bayar mahal macam tu.

Mama dah siap jahitkan baju kurung ini dan hantar ke Jakarta untuk jahit manik sahaja. Meriah satu baju maniknya. Tapi tak berapa nak nampak kat sini sebab warna manik seakan sama dengan warna baju. But nice...i like it.




p/s - sejak akhir-akhir ni busy betul lah .... tak cukup tidur .... tak cukup rehat

July 8, 2009

Jom Crocs !!!



Crocs Promotion (latest order on 11th July 2009) !!!! Click Here


-------------------------------------------------------------------------





Alhamdulillah sambutan hebat jualan Crocs.
Ini lah sebahagian gambar Crocs yang sempat ku ambil. Baru aja sampai dan itu hanya sebahagian sahaja. Ada lagi akan sampai hari Sabtu ini. So, kepada sesiapa yang sudah order tu, Insya Allah barang sampai on this Saturday. Ini baru first trip. Ada yang sempat dapat on Thursday and ada juga yang kena tunggu hingga Saturday.

Stok kami simpan di rumah my brother. Satu rumah dah bau Crocs..hehehe. Kepada sesiapa yang sempat menjeling-jeling Crocs entry kat my blog ini, cepat-cepatlah order yea. Jualan murah daripada harga pasaran di butik Crocs. Originality terjamin.

Kami akan buka tempahan setiap 2 minggu. Setiap kali stok baru datang ada kalanya sama dengan stok minggu sebelumnya dan ada kalanya berlainan stok. So, janganlah tunggu minggu depan plak baru nak beli. Selagi stok ada dan terpampang di blog ini, cepat-cepatlah order. Insya Allah i akan melayani panggilan, sms dan email anda. Can message me anytime and bagitau mahukan design apa, saiz dan warna. Kalau stok masih ada, Insya Allah tempahan anda akan dilayan. If not, tunggu minggu berikutnya.







p/s - Raya nanti nak jual moist choc cake and chocolate chip biscuit plak .....



July 6, 2009

Kueh Traditional - Tart Nenas



Kueh traditional - Tart Nenas.

Di sini i hendak memperkenalkan kueh tart nenas resepi turun-temurun my mum. Sudah lama dia hendak turun resepi ini kepada anak dara dia seorang ni tetapi masih tak lulus lagi. Hehehe. Sebenarnya bukan tak lulus tetapi anak dara dia ni malas nak belajar sebenarnya. :). Insya Allah sekarang ini i dalam proses nak gigihkan diri dapatkan ilmu buat kueh tradisional ini from my mum.
Dulu masa arwah my father ada lagi, kueh tart nenas ini memang menjadi business utama kami setiap kali tiba hari raya. Sampai tak memang tangan kami dibuatnya. Satu rumah penuh dengan kueh tart. Tetapi sejak kebelakangan ini kami macam malas nak buat jualan besar-besaran macam dulu sebab my mum dah tak larat. Setakat nak jual kepada regular customer memang dia ambil lah sedikit.

Nak tahu rasanya bagaimana? Fuhhh....memang sedap. Bukan puji sebab dia my mum tetapi memang puji seikhlas hati ni. Sekarang ni dah jarang orang jual tart nenas sebab kebanyakkannya orang jual tart gulung. Rasanya memang berbeza. Kalau makan tart gulung, mesti berterabur kan. Penuh mulut. Tetapi kalau makan tart nenas my mum ni, boleh makan sedikit demi sedikit. Wahhh...terasa kesedapannya. Jem nenas tu memang kami buat sendiri. Beli nenas muda, sagat nenas tu secara manual dan masak dengan api perlahan. Letaklah gula dan kayu manis. Kacau sehingga baunya wangi. Memang terangkat.

Satu lagi yang paling mahal ialah my mum sepit sendiri keliling kueh tart tu. Dia tak pakai acuan pun seperti kita nampak pada mana-mana kueh tart di pasaran. Itu yang masalahnya sebab i masih tak lulus nak sepit kueh tart secantik yang my mum buat. Kami hanya takat membantu letak jem, letak bunga atas jem dan bakar ajalah.

Jom kita tengok camana cara-caranya membuat tart nenas.




selepas dah uli tepung semua. Ambil sedikit adunan itu dan gelek perlahan2 menggunakan penggelek kayu.

then tekap dengan acuan bulat untuk membentukkan ia bulat seperti gambar di atas

menggunakan jari, bentukkan ia seperti ada lubang di tengah-tengah....untuk letak jem.

sepit di sekeliling kueh tu bentuk serong..kena guna dua tangan

wahh...dah jadi pun....nampak tak betapa kemasnya my mum sepit kueh tart ini. Part ini yang i tak lulus...hehehe.

meletakkan jem nenas di bahagian tengah

letakkan adunan tepung di dalam acuan bunga untuk membentuk bunga di atas jem nenas itu.

dah siap.... sekarang boleh di bakar dalam oven

inilah dia kueh tart nenas yang sudah masak dan memang sedap untuk di makan. Sekali dah rasa memang nak rasa lagi.


p/s - Sesiapa nak order dan rasa tart nenas ini, boleh lah hubungi saya. Tunggu nak raya nanti ya !!!!

July 5, 2009

Musim Buah-buahan




Crocs Promotion (latest order on 7th July 2009) !!!! Click Here


---------------------------------------------------------------------------


Buah laici...cedapppp
wahh...rambutan....i likeee..

ohhh...manggis......tak suka sgt...

laici.... look so mengancammm.....

dokong......bestt!!!

anggur........ my favourite!!!!

mangga lemak manis...........pun suka...



p/s - lupalah nak snap durian...... nanti ya!!!!


July 3, 2009

Wedding @ Dewan Bahasa Pustaka


Crocs Promotion (latest order on 7th July 2009) !!!! Click Here


----------------------------------------------------------------------------




Last week on Saturday menghadiri majlis perkahwinan Dilla's sister di Dewan Banquet, Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sudah lama tidak melalui jalan di sekitar area ini, sampaikan terlajak ke jalan depan. Aduhh... kena wat u-turn lagi. Pulak tu tempat ini jam yang amat...especiallay traffic light kat depan simpang empat depan bangunan ini.

I went there with my mum. Di samping menghadiri majlis perkahwinan ini, harap juga dapat jumpa kawan-kawan lama X-BBGS. Ternampak Norlee aja. Sempat snapping gambar sama-sama kejap. Kawan-kawan lain tak nampak pulak. Anyway, congratulation to Dilla's sister.


Dilla's sister...pengantin baru
pelamin...nice and simple
with Dilla....tuan rumah..
sempat lagi jumpa Norlee....






July 2, 2009

It's My Birthday

Crocs Promotion (latest order on 7th July 2009) !!!! Click Here


---------------------------------------------------------------------------------




This birthday cake from my brother, Izam and my sis in-law, Azam !!!!! Thank you, dear.

Alahai...dah tua lah nak potong kek ni. Sorry ya, kalau nak tau birthday yang ke berapa. Biarlah rahsia. With my family celebrate my birthday kat Pizza Hut Ampang Point. Oklah tu. Yang penting terima kasih banyak-banyak atas tanda ingatan semua. Itupun rasanya sudah memadai dan bersyukur.

Seperti tahun-tahun dahulu, i mesti akan dapat bunga and present from someone on my birthday. Tetapi tidak pada tahun ini, tidak apalah. Memang tak ada jodohkan nak buat macamana. Celebrate birthday dengan family tersayang pun sudah cukup menggembirakan hati ini. I love my family !!!

Satu lagi nak mengkhabarkan berita gembira iaitu i'm gonna have one more anak sedara. Congratulation to my brother, Idham and wife, Alya ... she's pregnant. Alhamdulillah. I tak ada anak sendiri but ada anak sedara pun sudah cukup menggembirakan hati ini.







with my mum...
my brother, Idham and wife, Alya
my brother Izam, wife Azam and nephew Danish...

anak sedara kesayangan...danish





p/s - Tiba-tiba rasa sedih pulak.....

July 1, 2009

Thank You So Much For The Birthday Wishes !!!!




Thank you so much guys... for all the birthday wishes. Really happy and appreciate it.
These are some of the wishes that i received today (1st July 2009).


1. Wirda Yusof : Mek, Samat Ari Jadi... smoga panjang umo, murah rezeki, :)

2. Shirma Hasan : HAPPY BIRTHDAY!

3. Lily Lulu : Happy Birthday Kak Leez !!!!Semoga dipanjangkan umur, dirahmati olehNya & happy2 selalu. Stay cute & sweet !!! :D

4. Nor Fazillah Mohd Zin : Happy Birthday Leezzzzz!!!!

5. Ku Hussein : Slmt hari lahir..!!!! semoga bertambah success dalam bidang yg diceburi

6. Noraini Ishak : Selamat Hari Lahir .semoga dimurahkan rezeki and dipanjangkan umur.....

7. Wan Mahalim : selamat hari lahir kepada Syarliz. semoga panjang umur dan murah rezki.

8. Nurhaniza Mokhtar : Happy Birthday My Dear. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Take Care.

9. Aida : Happy Besday. Moga dimurahi rezeki selalu.

10. Lily : HAPPY BIRTHDAY :-)

11. Alya : Happy Bday ! Moga panjang umur & dimurahkan rezeki. Makan besar ke malam ni. He..He..He..

12. Idham : Happy Birthday...macam biasa...moga hidup lama & rezeki crocs bertambah..

13. Yati : Hepi bday beb! Semoha pjg umor and mudah2an ko akan dapat jodoh sebaik2 lelaki utk ko...

14. Song : Leez, hepi birthday.

15. Zubaidah : I will not forget your birthday every year. Happy Birthday.

16. Manimaran : Happy Birthday my dear friend.

17. Fizza Mahmood : Happy Birthday Syarliz! Here is a gift for you in memory of Michael Jackson!

18. Lily : happy birthday kak leez !!!

19. Hazrul : btw. today is your birthday ke? happy birthdayyyyy

20. Alin : hppy besday kak leez...moga2 cpt bertemu ehem..ehem...

21. Rosli : happy b"day ..semoga panjang umur,murah rezeki...bila lagi nak .ehemm,ehemm

22. Wanie : Selamat Hari Lahir kak liz....smoga ceria2 slalu...dan dimurahkan rezeki hendaknya..Amin..

23. Isme : Happy Birthday, Semoga panjang umur, sihat, dimurahkan rizkynya n dilancarkan dalam pekerjaannya. amin. Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday to you... 1 juta x


Thank you to my dear brother, Izam and my dear sis in-law for the birthday cake !!!!!


p/s- Kalau boleh malas nak celebrate befday coz makin lama makin bertambah nombor tu. Ohhh tidakkk !!!!