Ads

March 30, 2016

Day 2 : Pattaya Honeymoon Trip - Pattaya Beach Road & Walking Street


Salam semua.
Masih lagi hari ke - 2 kami di bumi Pattaya.
Kenyang sudah makan tomyam. Cuaca pulak panas terik ketika ini. Memang best kalau kita balik hotel tidur ni hahaha. Tapi rugilah pergi travel kalau takat duduk dalam bilik. En Bos kata jom kita lepak tepi pantai sambil minum air kelapa. Jomlah.

Masa nak balik aku rasa macam dekat jer berbanding masa pergi tadi. Di sini memang banyak motor dan kereta persendirian. Tidaklah jammed mana pun. Aku rasa relax jer naik motor di sini. Tak mcm naik motor masa kat Bali....fuhhh pening. Sebab jalan kecil dan motor banyak. Bilangan motor tidak sesuai dengan saiz jalanraya. Memang agak letih jika memandu di sana. 



jalan raya besar dan tak payah menyelit selalu. Relax ajer aku rasa.


Dah sampai tepi pantai. Jom kita letak di sini. Banyak betul orang melepak di kerusi malas ni. Satu kerusi kena bayar 50Baht. Duduk lah sampai bila2...nak tidur tak bangun2 pun boleh. Walaupun cuaca panas terik tetapi angin bertiup kencang. Kita tidak rasa badan berpeluh di sini.


 Kami rehat sebentar di sini sambil memerhatikan telatah tourist di sini. Mat salleh tua dgn minah Thai...hahaha.


Order air kelapa dan buah-buahan....pastu relax.  Nak duduk di kerusi depan tapi dah penuh plak.





tu dia...betul2 berjemur mat salleh ni. Tetiba aku rasa mcm geli plak hahahaha.



sebab itu orang kata Pattaya City Never Sleep....siang mereka rancak di pantai dan malam plak mereka rancak di pub. 



bangunan yg tinggi2 tu kebanyakannya ialah hotel 5 bintang.



Lebih kurang sejam jugak kami lepak di tepi pantai tadi. Jomlah kita gerak tempat lain pulak. Jom kita masuk tempat beraircond. Kami masuk bangunan Mike Shopping Mall yang berada betul2 di depan pantai.



Pintu masuk bangunan ini betul2 mengadap laut. 



kat dalam building ni banyak kedai jual local product Siam. Aku bukan nak membeli sgt pun. Sajer tengok2. Akhirnya terbeli jugak sikit2. Kena pandai bargain harga jika berada di Pattaya ni. Mereka tau kita tourist. Ketuk harga giler2 punya. Lepas satu kedai ke satu kedai...akhirnya aku beli di sini. Bagus pekedainya....mudah bagi diskaun dan seorang yg ceria,



Sempat plak bergambar dengan pekedai ni. Aku tanya dia sales camana? Dia kata susah nak cari makan sini. Owhhh,....bukan ke ramai tourist datang setiap tahun. Dia kata tourist datang Pattaya bukan utk shopping....datang utk pompuan, pub dan minum ajer. Ooooo patutlah aku tengok kedai2 di sini tak ramai orang dtg membeli. 



Barangan souvenir pun banyak ada jual. Aku rekemen korang datang sini ajer kalau nak membeli souvenir atau local product...sebabnya tempat ni bersih, selesa dan beraircond. Harga pun boleh bargain. Jangan membeli kat luar tepi2 jalan depan beach tu....panas dan tak selesa.






aku beli seketul jer FM Pattaya....utk diri sendiri.


piring hiasan beli di sini...dapat harga 150Baht. Murah dah tu. Tempat lain mahal.


dalam building ada food court belah atas sekali. Ada indian food kalau nak try. Tapi orang yang datang sendu ajer.


Dapat jugak membeli winter jacket di sini 1000Baht ajer. Murah dah tu. Nak pakai utk next trip huhuhu....ke manakah?
Pashmina shawl tu harganya 100Baht.....cantik2 belaka designnya.



Lebih kurang jam 3 petang kami dah kepenatan. Cuaca panas sangat di luar. Jomlah kita balik hotel. Rehat kejap dan solat....nanti petang sikit baru keluar balik. Naik motor kan...memang lah terasa kepanasannya...pulak tu tepi laut. Panas lain macam. Aku tengok mat salleh kat sini naik motor pakai seluar dalam ajer...aduhai pencemaran betul. Sukati dia ajer...hahaha. 

Petang sikit cuaca dah redup barulah kami keluar semula meronda Pattaya City. Masa mula2 pakai motor tadi memang berpandukan kepada waze. Pusing-pusing lama2 anda boleh hafal jalanraya di Pattaya ni. Senang nak ingat. Segala celah kami belasah. Best jugak ada motor ni.



di lorong yg sempit.....agak jammed jugak. Kedai massage bersepah-sepah.


kalau nak beli belah waktu malam....Pattaya Night Bazaar ni ada buka. Tapi kami tak masuk pun...sama ajer semua barang dalam ni.


Inilah tuk tuk pengangkutan awam yg terkenal di sini. Setiap tempat yg anda pergi berbeza harga. Kena tanya driver dulu nak pergi mana...nanti dia tetapkan harga.



dah malam sikit kami ke sini pulak. Tempat paling happening di Pattaya iaitu Walking Street. Tempat inilah yang apek tu beriya-iya nak pergi masa hari pertama kami sampai semalam. Kita tengok apa ada dalam ni. Lepas jam 7 malam....nak masuk dalam ni hanya jalan kaki ajer. Tidak dibenarkan naik kenderaan...walaupun motor. 



Manusia punyalah ramai dalam ni. Ramai tourist dari China. Aku memang allergic kalau jumpa group tourist dari China. Bingit dan bising. Kalau boleh kita ni di tolak-tolaknya. Mereka memang takda disiplin. Pergi travel mana2 mesti jumpa group from China ni. Ishh...



memang susah nak bergambar dalam area ni...mesti kena tolak dengan mereka ni.



mesti ramai tertanya apa ada dalam Walking Street. Biasanya kalau orang lelaki datan Pattaya...di sinilah tempat yang dituju. Segala mcm jenis show orang dewasa ada. Terpulang pada diri masing2...apa tujuan you travel....kalau datang semata2 nak buat maksiat....lupakan sajer.  Tak pasal- pasal nanti tak sempat balik Msia.



Nampak tak tu? Good guys go to heaven, Bad guys go to Pattaya. Kalau nak datang boleh...tapi kena bawa isteri hehehe.





pertunjukan boxing pun ada di sini. Kami tengok dari jauh jer.




aku ambil gambar mamat ni curi-curi. Dia tengah offer kami show yg ada di sini. Tengok tu....ada isteri di sebelah pun dia boleh offer...siap kata isteri pun boleh tengok show gak. Hahaha...tak payahlah. Baik kita shopping duit tu. So kaum lelaki...make sure kepit lengan suami ketat-ketat bila datang sini. Hahaha.


Jomlah kita keluar dari sini. Kejap ajer kami di sini...sajer tengok-tengok apa yang ada. Datang sekali cukuplah. Perut pun dah lapar. Nak makan apa yea? Nak gi area masjid jauh plak malam-malam ni. Kami plan nak cari kedai dekat-dekat ajer. Aku google internet....ada satu kedai halal di area Pattaya Road...dekat Soi 13. Berpusing jugak kami mencari Soi ni (soi maknanya lorong). Jumpa dah...tapi kedai makan tu tak wujud...alamak. Udahlah kami lapar sangat masa tu. Aku tengok blog pasal kedai tu...rupanya entry ttg kedai ni pada tahun 2007. Lama dah....tak mustahil ia tidak wujud lagi.  Masa ni kami mcm dah give up nak mencari. Then last option aku try search halal food dekat google maps pulak. Then kami follow direction yang di beri. Belasah ajer lah.

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>


jumpa dah...alhamdulillah.


Ini kedainya. Gambar ni kami snap esoknya waktu siang. Masa kami sampai mencari ni ialah waktu malam. Lega sangat masa ni. Alamat kedai halal ni : Pattaya Sai Sam Road ...ia berada di tepi jalan besar. Kena memandu pelan2 utk mencari kedai ni. Dekat dgn Soi 14.



di dalam menu ada mcm makanan. Kami nak rasa tomyam lagi......sajer nak rasa kat kedai ni pulak. Makanan di sini agak mahal sebab ia terletak di dalam Pattaya City.



susah betul masa nak order. Again masalah yang sama...umpama ayam dan itik. Nasib baik tukang masak boleh faham sikit...anaknya yg dalam gambar ni...sepatah haram tak tau. 



Ini lauk yg kami order. Tomyam dan ayam masak apa entah. Rasanya biasa ajer. Sedap lagi makan yg siang tadi. Harga pun mahal jugak. 350Baht semuanya. Mahal kan. No choice...belasah ajer.



Balik dari dinner kami survey kedai massage pulak. Sajer nak survey harga. Kalau kedai yang berdekatan dengan Pattaya Beach Road harganya 300Baht sejam utk oil massge. Kalau dalam city di tepi main road harganya 250Baht. Tapi kalau di lorong-lorong....harganya murah 200Baht. Kami dah jumpa kedai yang murah. Esok plan nak massage pulak. Malam ni tak sempat sebab kedai tutup jam 11 malam dan lagipun kami masih kekenyangan. Tak pasal-pasal termuntah nanti plak.

Balik bilik kepenatan. Ooo lupa nak cerita pasal plan kami. Sepatutnya plan kami masa di KL pada hari kedua ni kami memang plan nak ke Bangkok day trip. Maknanya kami gerak pagi ambil bas dan terus gerak. Malam baru balik semula ke Pattaya. Tetapi semalam bila kami sampai di sini...kami rasa Pattaya ni kami patut jelajah cukup-cukup...nampak tempat ni so happening. Rugi plak gi Bangkok tapi tak habis berjalan di Pattaya. Lain kali ajer gi Bangkok.

Next entry apa pulak plak kami yea. Tunggu aku update lagi nanti. 


p/s - jom kumpul duit ikut aku ke Italy next year.




March 25, 2016

Day 2 : Pattaya Honeymoon Trip - Halal Food

Salam semua.
Bersambung lagi hari ke 2 kami di bumi Pattaya.
Selepas subuh kami berehat-rehat santai di bilik sambil melihat permandangan indah laut di tepi balcony. Fuhhh tak sangka pulak awal pagi aktiviti pantai dan laut memang serancak ini. Kami boleh mendengar deruan bot laju dan sukan parasailing di tengah laut. Memang meriah uolsss. Tak sunyi kami pagi tu. En Bos meronta-ronta nak turun ke tepi pantai. Tapi wife is malas....cuaca panas terik, 

Kami tidak mengambil breakfast di bawah. Harga bilik tidak termasuk breakfast. Buat apa membazir bayar breakfast sedangkan kita tidak boleh makan meals yang dihidangkan. Non-halal food. So kami hanya breakfast roti di bilik. Malam tadi beli di 7E. Alhamdulillah more than enough sebab lunch nanti kami nak meronda mencari Thai food pulak.

Pukul 9.00 pagi kami turun di bawah untuk mandi di pool. Dah lama rasanya tidak membuat aktiviti ini. Hotel ini mempunyai compound yang besar. Memang berbaloilah stay di sini. I love this place so much. Tempatnya sunyi dan sangat privacy....walaupun di luar tepi pantai sana rancak dengan pelbagai aktiviti air. Spent time sejam swimming dan bersantai. Pukul 10 lebih kami dah naik ke atas bersiap untuk keluar.




duduk santai di tepi balcony sampai memerhatikan aktiviti air yang sedang rancak di laut nun sana.


cukuplah letak pic laki di sini. Kita jadi tukang amik gambar ajer,


aktiviti ini yang menbuatkan En Bos ternganga seketika ...ngeh ngeh





kami turun bawah tiada siapa mandi dalam pool. Mat dan minah salleh hanya bersantai menjemurkan badan di tepi pool. 


hotel kami yang diambil dari pandangan bawah...di kawasan pool. Semua bilik mengadap laut. 




tourist gitiewww. Nasib baik matahari block kawasan ini. 


nurul huda abdullah sedang menunjukkan skill berenang. Skill dah karat sbb lama tak swim,


En Bos suruh posing...majalah Mangga sangat 


Tu dia....Jeffry Ong menuju ke garisan penamat. Dah 20 lap dia berenang. Leh caya ke?


Jomlah kita naik atas. Sambil tu lalu di tepi cafe hotel. 


Tadaaaaa....kami dah siap mandi. Turun bawah jalan kaki. Pintu yang kat area pool tadi mengadap laut. Kali ni kami keluar hotel ikut pintu jalan utama masa sampai semalam. Kami menapak jalan kaki menuju jalan besar


Nampak tak bangunan hotel tu....kami menapak di laluan ini menuju jalan besar. Ke manakah kami nak pergi?


 Kami nak cari motor sewa. Semalam ada tanya di tepi pantai berapa harga utk 24 jam...fuhhh 400Baht uolsss. Kali ni kami cari di tepi jalan pulak. Di depan jalan besar hotel kami byk kedai-kedai massage. Kami tanya orang sana kat mana kedai yg boleh sewa motor. Dia tunjuk di tepi lorong tu ada kedai sewa motor. Kami berjalan kaki menuju ke sana. Jumpa dah...ini kedainya.


 kedainya di sebelah kanan gambar dan sebelah kiri ialah hotel budget. Kami dapat sewa motor di area ini 200Baht utk 24 jam. Murah uolssss. Pekedai ni pun baik orangnya. Sekali dia tunjuk motor ni...fuhhhhh mcm basikal. Pink colour plak tu hehehe. En Bos kata ringan giler naik motor ni. Aku suggest kalau sesapa nak sewa motor....carilah di lorong-lorong. Jangan cari di jalan besar.


 ahkak dan abam nak merempit sat naaaa.....


 tetiba En Bos kata dia jatuh cinta dengan motor ni. Ringan dan mantop.



Ke manakah kami nak pergi? Kami nak mencari Thai Halal food yang sedap. Kami menggunakan waze untuk ke tempat yang dituju. Yang penting mesti tahu alamat.
Tips mencari halal food di sini ialah search masjid. Di kawasan masjid selalunya mesti ada kedai makanan halal. Kami gamble ajer mencari masjid....tengok waze katanya dalam 15 minit sampai. 

First place yang kami tuju ialah are Masjid Abroar. Alamatnya : Sukhumvit Pattaya Road 53 Soi 9. Di kawasan ini juga ada satu lagi masjid....tapi terlupa plak ada nama masjid tu.  Kawasan ini terletak di luar kawasan Pattaya City.....tepi highway. Pada mulanya cuak jugak masa kami terjumpa highway. Alamak kami ni dah sampai mana sebab mcm jauh sikit dari kawasan bandar.


Bila kami masuk jalan ni....barulah nampak meriah sikit. Ni macam kawasan perumahan dan kedai2 untuk local. Bukan tempat pelancong. Jalan ni namanya Sukhumvit Pattaya Road 53. 


 Masuk Soi 9 ternampak masjid Darul Abroar ini. Tapi kedai halal di depan ni mcm tak buka lagi. Agaknya buka malam. So kami tanya seorang pekedai jual kueh bertudung...kat mana kedai makan halal di sini. Di kata  depan sikit 50 meter mcm tu.


 terjumpa kedai halal ni. Oklah makan di sini ajer. 




 Belah kiri gerai ini jual pelbagai jenis mee dan air yang sedap. 


 Yang belah kanan ada jual pelbagai jenis nasi dan makanan panas. Akhirnya kami pilih nasi. Tapi perbualan kami mcm ayam dan itik sebab mereka tak pandai English, Nak tanya nama lauk pun susah....sbb tak tulis bahasa rumi. Order ikut gambar dan nombor ajer. Tomyam takda dalam gambar tapi kami order ajer. Yang nasi berlauk tu kami order ikut gambar. Fuhhhh terangkat. Nasib baik sedap. Order air bandung dan thai green tea.....mantop uolsss. Total harga 260Baht.



Masa sedang sedap makan tetiba ada orang panggil aku "kakak". Masa dengar tu....aku buat dek ajer. Sebab aku fikir takkanlah org Thai panggil kakak. Masa aku toleh ke kanan...rupanya ada seorang gadis duduk di meja sebelah memandang ke arahku dan panggil kakak lagi utk kali ke dua. Dia cakapa bahasa Kelantan pekat. En Bos memang faham lah. Aku faham lah juga sikit2. Dia tanya kami dari mana. Oooo...dia ni orang Golok. Datang Pattaya rumah makcik dia. Dia bgtau kedai yg kami makan ni memang sedap dan murah. Lama juga berbual. Dia bgtau kat depan lagi ada sebuah masjid dan kedai makanan hala. Kebanyakan buka waktu malam.

Lepas makan kami bergerak ke depan lagi nak tengok masjid satu lagi dan mencari kedai halal yang lain. Kenyang dah....bukan nak makan pun. Sajer nak tengok masyarakat Muslim di sini.



jarak 200meter ke hadapan...jumpa masjid ini. Lupa plak tengok nama masjid.



 masa ni belum masuk waktu zohor lagi. Tapi ramai dah berkumpul di luar verandah. En Bos masuk masjid dan kami beri sumbangan derma sikit untuk masjid ini.


 di sebelah masjid ni ada sekolah pondok agama. Ramai jugak student aku tengok kat dalam ni.


 dalam kawasan masjid ini juga ada beberapa gerai makan halal. Tapi masa ni tak buka. Kedai ni buka belah malam rasanya.



 kedai pau halal



 di jalan yg sama masa on the way balik kami singgah di satu pasar. Konon nak beli buah. Mahal jugak aku tengok. Mangga water lily tu 65Baht sekilo. Ingatkan mahal....rupanya di KL lagi mahal cekik darah,. Menyesal tak beli.


 Pasar ni banyak betul meniaga binatang tak halal tu....puas kami mengelak sana sini.


 strawberi pun ada. Cuaca panas plak tu. Tak plak layu buah tu.






Lepas kami dah kekenyangan....lepas singgah di pasar....ke manakah arah tujuan kami. Naik motor kan...panjanglah langkah kami uolssss. Lepas ni aku nak share gambar censored....hanya untuk umur 18 tahun ke atas sahaja. Budak2 pi main jauh2...ahaksssss.

Tunggu nect entry yea.


p/s - sibuk dgn persiapan next trip.