Ads

February 28, 2011

Cerita Contact Lens ......

Nak cerita sikit....
Untuk pengetahuan semua.....aku ni sebenarnya rabun jauh. Disebabkan tak suka pakai spec...jadi boleh dikatakan setiap hari memang aku pakai contact lens. Bukan lens biasa tetapi lens ada colour. Bukan tujuan untuk glamour pun. Aku gunakan yang ada colour untuk menyenangkan aku mencari lens tu kalau terjatuh bawah. Banyak kali dah lens aku jatuh then lesap begitu sahaja. Terjatuh masa nak pakai.....

Tiba-tiba last month.....sedang aku asyik mengadap pc di office....aku rasa lain mcm ajer mata ni. Tetiba jadi silau semacam. Aku pun dok gosok mata ni. Ehhhh...kenapa terus tak nampak ni???? Aduhhh....sekali bila aku check mata pakai cermin....lens aku dah terpecah dua....aduhaiii. Menjerit aku seketika.

Korang tau tak....apa perasaan ku ketika itu?
Panikkk!!!! Hujan lebat kat luar. Sure jalan raya gelap nanti.
Dok pikir camana aku nak balik rumah without lens. Spec mata tak bawak plak tu. Ingatkan nak balik tumpang member ajer and tinggalkan my car kat opis.
Akhirnya...pelan2 aku bawak keta dengan lens sebelah ajer......pening kepala weiii.
Nak tengok tak camana bentuknya lens yg dah terpecah dua......jommmssss!!!





Gitulah ceritanya.........so hati2 jika anda memakai contact lens. Lebih bagus bawak spec sekali dalam bag jika ada emergency mcm ni.

February 25, 2011

Day 3 - Surabaya Trip : Last Day in Surabaya



Bersantai sakan kami di Novotel Surabaya ini.
Memang tidur nyenyak banget...al-maklum bermimpikan Afgan malam tadi kan..ngeh3. Awal pagi lagi kami dikejutkan dengan laungan lagu senamrobik di perkarangan swimming pool. Jenguk kejap tengok...waduhhh ramainya orang di sini. Macam bersemangat nak joint tapi aku tak bawak baju sukan pulak..hehehe.

Masih lagi berlenggang kangkung. Pi turun bawah jap nak pi breakfast. Boleh tahan ramai orang yang breakfast pagi tu. Dalam hati duk berdoa.....minta2lah jumpa Afgan kat cafe bawah. Hmmm.....mak frust tau....tak jumpa dia pun uwakkkk. Banyak choice makanan di sini....and boleh tahan sedap jugak. Kenapa aku banyak kali jumpa mamat encem kat area hotel ni...kat dalam cafe ni pun sama....ishhhhh....menjamu mata. Jangan tak tahu....kat hotel ni rupanya ramai artis cowok Indonesia yang encem2 stay sini. Masalahnya aku tak kenal depa pun...siap senyum-senyum lagi bila terserempak. Bila sampai lobby hahhh kauuuu berpusu-pusu peminat nak bergambar. Walllaaaaaa......artis rupanya :)). Pagi ni kami memang tak plan pergi ke mana-mana pun. Just duk jalan-jalan sekitar hotel dan golek-golek dalam bilik. Best sesekali bercuti santai macam ni.

Lepas breakfast aku duk snapping sana-sini di sekitar hotel ini. Kalau ikutkan hati memang aku nak jer terjun dalam pool tu tpi swimming suit lupa nak bawak. Oppsss...silap..... baju swimming seksi aku tu lupa nak bawak. Ishhhhhh..!!!!!




breakfast time

ini yg aku jamah pagi tu


swimming pool di sini sungguh menggugat diri ku










nun di atas tu kelihatan bilik kami...



selain lepak-lepak...aktiviti kami ialah mengadap internet yg disediakan di lobby.....apa lagi check FB lahhhh




hotel lobby



Flight balik ialah jam 6.30 petang. Aduhhhh lama lagi ni. So, lepas check-out kami lepak di lobby hotel ajer sambil mengadap internet yg disediakan di situ. Catz pulak sempat lagi tu pi saloon cuci rambut kat kawasan hotel ni.

Satu yang bagus tentang hotel ni...depa melayan guest sangat bagus. Walaupun kami dah check-out and melepak di situ sementara menunggu petang sikit b4 gi airport tetapi still sediakan drinks untuk kami. Baguslah macam ni. Lain kali rasa mcm nak datang lagi ke hotel ini Insya Allah.


bersedia untuk pulang ke KL






orang di hotek ni tolong kami snapkan gambar......thanks!!!






novotel surabaya in the house!!!!






Perjalanan ke Juanda International Airport dari hotel ini mengambil masa 30 minit lebih kurang jika menggunakan jalan highway. Bayarannya lebih kurang Rp70,000 sahaja. Senang ajer nak dapatkan teksi. Di depan hotel memang banyak teksi Bluebird dah standby dan mereka menggunakan meter. Kami bertolak dari ini lebih kurang jam 3.30 petang gitu.

Perut pun dah laparkan. Sampai airport nak lunch dulu sebelum check-in. Kami makan ayam penyet lagi tapi rasanya kureengggg!!! Pulak tu perut ku sebu semacam. Hmmm...tidak memenuhi citarasaku langsung. From the pic above u can automatically know how the taste was look like.


semangat nak makan tapi hampehhhh!!!


ini kek surabaya dan brownies yg aku beli kat bakery....sedap banget deh!!!!!


ini rupa bentuk kek surabaya


pisang salai my mum's favourite


kerepek apple yg aku beli..


keropok udang



sekian sajer entry tentang Surabaya. Fuhhhhh berhari-hari aku nak habiskan walaupun percutian ini mengambil masa 3 hari sahaja. Overall aku rasa cukup puashati dan enjoy with this trip. Cuma satu ajer.... aku terkilan tak dapat nak berjalan-jalan ke Mount Bromo yang sangat cantik itu. Kenapa? Difahamkan gunung tersebut masih meletus dna mengeluarkan debu asap...so amat merbahaya kepada pelancong untuk ke sana. Insya Allah aku akan ke tempat ini lagi nanti fokus untuk melihat keindahan Mount Bromo yg sangat indah itu.

February 22, 2011

Day 2 - Surabaya Trip : Ayam Penyet Ria, Novotel Surabaya & Tunjungan Plaza



Ayohhhh...bersawang dah blog aku ni. Sangat bercinta nak update skrg ni. Kemalasan melanda diri ini. Satu lagi lately ni sangat sibuk dengan pelbagai perkara. Maaf yea semua!!!

Ok aku smbung lagi cerita Surabaya ini.
Ketika ini dah dekat jam 5 petang hokay. Sempat singgah bakery untuk membeli kek Surabaya yg aku sangat suka itu. Sib baik Pak Marji pandai mencari bakery yang sedap. Dan sangat menyesal aku beli satu kotak sahaja...haisssshhhh!!!

Pastu kami mencari rumah makan untuk lunch pulak. Apa???? lunch???? Yea tuan-tuan dan puan-puan sekalian.....jam 5 petang baru lah nak lunch. Aku ada bgtau Pak Marji kami nak makan makanan sunda...yg menjadi favourite aku. Akhirnya kami terdampar ke rumah makan Ayam Penyet Ria....oklah tu aku suka gak. Perut lapar giler masa ni uolssss......sila tengok yea makanan kami itiew. Overall aku rate makanan di sini sangat sedap i likeeee :)

di dalam restoran ini....tak ramai org sebab ketika ini petang sapa lah nak makan nasi kannnn


aku order cendul and catz order alpokat....


ayam penyet yg sangat sedapppppp....


ni plak....sayur pecel...pun sedapppp!!!


kuah soto.....pekat!!!




muka ku berminyak ketika ini.....penat dan lapo kannnnn....,.



Lepas dah makan semua.....kami pun beredar untuk check-in hotel pulak. Kami dah booking awal melalui online. Kami stay di Novotel Surabaya. Memang puashati duk sini sebab hotelnya style resort dan memenuhi percutian kami yang sajer nak bersantai dan bermalas-malasan di hotel.

Cantik sangat hotel ini dan servicesnya pun sangat bagus. Highly recommended for those ppl yg nak bercuti ke sini. Ratenya pun tidaklah mahal mana...not even touch RM200 untuk satu malam. Kami stay di sini untuk satu malam sahaja dan esoknya dah nak balik. Tapi esok pagi kami memang free tidak kemana-mana...just lepak dan golek-golek di hotel.


deluxe room


bathroom yg cantik



tengok tuu...siap ada yoga untuk hotel guest...pic taken frm our hotel balcony


cantik kannn




Malam tu selepas bermandi-manda semua, kami keluar lagi. Kali ni, kami nak pi ke shopping mall paling besar dan top di Surabaya iaitu Tunjungan Plaza. Besar giler dan memang boleh sesat. Bangunannya bersambung-sambung. Orang punya ramai tak hengat. Kalau tanya aku.....taraf mall ni macam apa? Tarafnya macam KLCC tapi lagi besar tauuuu! Barangan yang dijual adalah berjenama sungguh. Aku tak sangka orang Surabaya ni ramai gak yg kaya-raya. Kalau gi fast food restaurant sentiasa penuh dengan manusia.

Jeng jeng jeng tetiba aku ternampak kat ruang legar punyalah ramai manusia bertenggek di setiap level. Ghopanya kat ground floor tu ada show dari artis terkenal. Aku try masuk dicelah-celah manusia yang ramai tu...perghhhh still tak boleh. Bila aku dengar lagu yg didendangkan......mcm biasa dengar ajer lagu tu. Peminat dah menjerit-jerit bingit. Happening siuttt kat sini. Teruja plak aku. Sempat tanya orang kat sana sapa tu? Jawapannya : Afgan.... hahhhh betul seperti jangkaanku. Heheheh....malas nak rebut-rebut kat situ....aku pun blah.

Perut dah lapaq ni.
Jom makan bakso lagi...sebab semalam mcm tak puashati pekena bakso meleset tu. Kami pi food court kat sana. Cantik siuttt tempat ni...memang kelassss. Catz beli bakso dan aku tumpang sekaki suap beberapa sudu ajer. Actually aku mood takda malam tu...sebabnya???? adalahhh......ia melibatkan hati dan perasaan dengan org kt Malaysia. Entah kenapa hati tetiba tak tenteram dan merajuk..heheheh.





Dah makan bakso....kami jalan-jalan lagi nak pekena es-teller plak. Tadi mcm ternampak ada satu restoran Es Teller 7.... byk cawangan restoran ni. Dulu masa aku gi Melbourne pun pernah singgah cabangnya di sana. Kami pekena Es teller yg sedap di sini. Beli satu ajer dan share berdua. Dalam Es Teller ni ada pelbagai campuran buah-buahan iaitu nangka, avocado dan kelapa. I likeeeee.

Tetiba perut ni rasa lapar lagi...hehehe. Kami pi pekena Pizza Hut plak. Terus terang cakap...aku memang enjoy makan Pizza Hut kat Indon. Banyak choice and tak macam kat negara kita. Bukan nak makan pizza pun sebenarnya...tapi kami nak makan benda lain yg ada kat Pizza Hut tu. Nak tengok apa yg kami makan...jom tengok bawah ni.


ni dia es teller yg sedap itieww


Pizza Hut in the house...enjoyyyy giler aku masa ni


choice aku and also my favourite..... fettucini carbonara...sedap gilerr


Catz pilih yang ini....pun sedapppp.


inilah makanan kami...




aku dah citer hari tu kan pasal camana aku boleh terjumpa Afgan di lobby hotel kami. Malam tu aku tidur dengan nyenyaknya sebab dapat berjumpa dan ngobrol dengan artis pujaanku dari Indonesia....Afgan in the houseeee!!!!!!!!