Ads

July 12, 2010

Day 1 : Ho Chi Minh City Trip



Sekali lagi aku bercuti di negara orang. Kali ini destinasi yang aku tunggu-tunggukan ialah ke negara Vietnam. Aku memang nak sangat jejak ke negara ini sejak beberapa tahun dulu. Katanya shopping di sini murah-murah belaka. Itu sebenarnya tujuan aku nak sangat ke sini. Biasalah aku ni kalau gi melancong...wajib bershopping.

Kali ini aku pergi berempat dengan Kasma, Shima dan anaknya Sabrina. Flight kami sepatutnya jam 4 petang tetapi telah dilewatkan ke jam 6 petang. Sib baik aku check itinerary AA pada email aku tu. Dari rumah adikku Izuan hantar aku dan Kasma ke KL Central selepas solat Jumaat. Then dari sana naik bas kami terus ke LCCT. Just nice sib baik tak lambat. Jumpa Shima dan anaknya di LCCT. Flight delayed 15 minit macam tu.


sempat lagi aku bertenet dan berFB di airport LCCT...kali ni aku bawa netbook aku tu.
sempat lagi berposing dalam flight...


perut lapar sebab aku tak amil lunch pun hari tu...so aku mamam chicken beriyani di dalam flight....


Perjalanan dari KL ke Ho Chi Minh City atau Saigon mengambil masa 1jam 50 minit. Agaknya pilot tu pakai gear 5 ...kami sampai awal lah pulak. Lebih kurang 6.45 malam (waktu sana -lewat sejam dari M'sia) kami dah jejak bumi Vietnam. Uikk...bagus ni.

Semasa di kaunter imigresen aku telah di tanya beberapa soalan oleh orang sana.
1. Adakah ini pertama kali aku sampai di Vietnam? ( jawapan lepas balik dari sana - cukuplah sekali aku datang sini.....aku dah tak nak tgk muka org2 vietnam...kenapa? nanti aku citer)
2. Untuk apa aku ke sini? (mestilah untuk holiday sambil bershopping - tapi aku jawab kat org imigresen tu...aku gi holiday ajer)
3. Kat mana aku tinggal? (mestilah kat hotel - mengong lah org imigresen ni. Dia ingat aku ada sedara mara kat sana kot...hmmm sorry lah aku takkan mengaku sedara dengan org2 vietnam. ..kenapa? nanti lah aku citer)
4. Berapa hari aku berada di Vietnam? Cukuplah 4 malam di sini. Kalau tau....cukuplah 2 malam ajer. Menyesal aku melabur duit banyak2 ke negara ini. Ada sebab kena aku berkata demikian.

Lepas dah melepasi kaunter imigresen, aku tanyalah kat Kasma dan Shima...dorang ada tanya apa-apa tak? Takda pun...uikkk. Agaknya dorang tanya randomly. Huhhh.....adakah muka aku ni ada unsur-unsur mencurigakan? Hmmmm lantak depalah kan. Yang penting aku dah selamat sampai ke negara ini.


Ho Chi Minh City ...here i came!!!!...
ini di airport mereka....cantik gak....mcm airport baru jerkk.

Apabila kami keluar dari airport ini, kami nak mencari taxi. Nak ingatkan disini...jangan ambil taxi dari dalam airport ini...mahal hokay!. Ambik yang kat luar. So, anda kena keluar dari pintu utama airport dan terus menuju ke arah kiri. Di situ anda akan melihat tulisan Taxi Stand. Ada banyak orang menunggu untuk menaiki taxi. Nak bgtau...orang Vietnam ini takda undang-undang. Nak naik taxi pun kena berebut hokay. Pandai-pandai koranglah nak potong Q.
Taxi yang boleh dipercayai di sini ialah Vinasun dan Mai Linh sahaja. So, jangan pandai-pandai nak naik taxi jenama lain...alamatnya korang akan ditipu hidup-hidup hokay!. Orang Vietnam ni kuat menipu...aku citer terus-terang ni. Nanti aku citer apa pengalaman aku di sana.
Semasa aku nak naik taxi di airport tu, ada seorang lelaki dari syarikat taxi Vinasun dan Mai Lind ini akan tolong dapatkan taxi untuk anda. Tetapi anda kena ke depan sikit untuk senang dilihat oleh orang itu. Kalau takat diam ajer tunggu sampai depa panggil...alamat sampai ke esok pagi anda tidak akan dilayan. Gitulah aku nak bgtau tentang sistem taxi di airport Vietnam ni. Siapa cepat....dia dapat taxi. Siapa lambat....tidur ajerlah kat airport tu.
Pastu kenderaan di sini ialah left hand drive. Bukan macam kat negara kita right hand drive. So, aku ada pengalaman memalukan sebab termasuk kat tempat driver...hahahaha. Sib baik driver tu takda...masa tu tengah betul-betul kan bag kat belakang. Alamak malunya aku....semua orang yg tunggu taxi tu pandang aku tersenyum-senyum..hahahaha.

Tambang taxi dari airport ke hotel aku di area Ben Thant Market ialah 100,000 Dong atau 6USD (RM20). Tambang ikut meter dan bergantung kepada jauh mana anda menetap di hotel di sini. Aku stay kat Hotel Saigon Pink 2...dekat yang amat dengan Ben Thant Market...hanya beberapa langkah ajer.


rate bilik ini untuk Triple Room ialah 30USD (RM110)...murah kan. Bagi aku hotel di sini agak murah lah. Dekorasi dalam bilik pun not bad.....cantik gak.






Untuk pengetahuan semua, kebanyakan bangunan rumah kedai di sini kecil-kecil belaka tetapi bangunan tu memanjang ke atas. Ini adalah atas faktor harga tanah di sini agak mahal. So, kita akan lihat bangunan mereka kecil-kecil jer.

Ok cukup untuk entry di hari pertama aku di tanah Saigon. Nanti aku sambung lagi destinasi seterusnya kami di sini.




8 comments:

Anonymous said...

ha i pon ade bad experience pergi vietnam. tapi dkt hanoi. and tak rase pon nk repeat lagi pegi sana

Anonymous said...

hi..mcmana nk book hotel saigon pink 2 tu ye? i cari dlm internet takde website hotel tu..TQ.

Reena Azahar MY said...

a good introduction about ho chi minh... hahaha.. saspen la plak pergi this oct.. actually, ada kawan org malaysia tinggal kat sana ajak tidur aje rumah dia for 4d 3n tu.. tp dh tolak.. nmpak gayenye mcm kne tidur rumah dia jgk la kalau nk selamatkan..

iedayah said...

wa..ms sy smpi kt shghai ritu pn kn tny soaln sebijik gitu..sbb dorg tgk sy pki tdung..membe xpki tdung lpas je..huhuhu

zack said...

..zack baca akak pnyer blog nie tergelak2 sy..kelakar gak akak nie an..sy akan ke vietnam 10-15 april nie..tgh survey blog2 yg dah pegi ke vietnam..akak gak yang terpilih..

luvmommies said...

ermmm..x lama lg nak pi, thanks ye empunya diri..info2 ini sgt membantu :) muakssss

sheera said...

salam akak,

kalau nak pg vietnam bwk RM500 cukup ke? untuk duit belanja? 3days 2 night

Anonymous said...

Thanks for sharing your thoughts. I truly appreciate your efforts and I will be waiting
for your further post thanks once again.

Here is my blog post :: ทีเด็ดฟุตบอล