Ads

December 6, 2011

Jalan-jalan Cari Makan @ KL


Ok tuan-tuan dan puan-puan sekelian...kali ni aku nak cerita pasal aktiviti makan-makan ku bersama teman-teman seperjuangan. Sebelum tu aku nak mintak maap pada tuan punya gambar ni....aku cilok tanpa keizinan dia. Elehhhh...berani dia nak marah aku??? Tengok tu....dengan adanya watermark nama dia pada gambar-gambar ini boleh membantu menfemeskan semula blog dia yang semakin sendu tu...hehehe jangan marah. Jangan sesekali overshadow hokay!!! :p


Aktiviti makan2 ni baru ajer berlaku....weekend baru ni. Kebetulan plak aku pun tak berapa sihat dan agak sibuk dengan tetamu jauh. So, aku selitkan sedikit aktiviti makan2 ini bersama teman-teman dalam gambar ini.


Malam minggu yang lalu kami pi makan di Restoran Pak Ya Chinese Muslim Food yang terletak di Galaxy Ampang. Aku pernah makan di restoran ini masa di gerai lama lagi...tapi masa tu aku selalu order takat goreng2 ajer. Kali ni restoran ni dah pindah ke tempat baru yang lebih selesa dan mantap. Nak tau tak apakah masakan istimewa di sini? Tadaaaaaa....KETAM TELUR MASIN. Jujur cakap....first time aku rasa terus jatuh cinta. Dah mcm addicted dgn ketam plak. Nak tau alamat nya??? sila ke bawah

Venue: RESTORAN PAK YA CHINESE MUSLIM FOODS CORNERAddress: Galaxy Ampang, Taman Dagang, hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, near the well known TT place Restoren Bonda GPS Coordinates: N3° 8' 53.50", E01° 45' 20.92"




inilah ketam telur masin yg sedap itu....yg warna kuning tu ialah telur masin yg telah dijadikan pelengkap makanan ini. Kalau nak resipi...sila gugel....memang ada.


aku gi makan dengan pak ajuan dan pak ajim. Tapi maaf yea....lupa plak nak letak pic pak ajuan....kat bawah ada byk pic dia.


tengok tu kesedapannya hingga menjilat jari.....licin wei!!! kesan tangan ajim pada dulang ketam tu...heheheh



-------------------------------------------------------------


Keesokan harinya belah petang lebih kurang pukul 2 kami bertiga berjumpa semula. Itupun selepas mereka berdua pulang daripada aktiviti marathorn ajim...aku tak ikut masa tu. Then lunch hour kami pergi makan pulakkkk...adoiiiiiiiiii asik makan ajer. Orang jauh datang kenalah entertain kan...hehehe.


Masa ni kami makan di Restoran Wong Solo Ayam Bakar yg terletak di Dagang Avenue. Lama jugak melepak di sini. Aku meratah lauk dan ayam bakar sahaja sebab masa breakfast aku dah makan dengan seseorang. Masih kenyang tapi gatal sangat nak ratah-ratah lauk yea...hehehe. Lama gak kami spent time di sini sementara menunggu sepasang pengantin baru sampai.....yang baru menjadi pengantin. Bestnya kawin!!! Hehehe.




gambar kami bertiga....masa ni tak habis2 gelak ajer....adohaiii itulah kami bertiga bila berjumpa. Orang kata banyak gelak boleh buat awet muda kan...hehehe.


maaf gambar makanan aku tak letak...sebab tak nak bagi korang terliuqqqqq!!!



Dah habis dan sakan berbual...ke mana plak arah tujuan kami??? Jom lah ke bawahh


>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>


satay station here we come.....sebab nak jumpa pengantin baru di sini.


walaupun restoran ini dekat dengan rumah aku tetapi lama dah aku tak makan di sini. Nak tau kenapa?? sebab harganya bertambah mahal. Secucuk ialah RM1 uolssssssss!!!!! Kau mampu???

Dulu masa aku pertama kali kenal satay station ini...harganya hanyalah 60 sen tau!!!!


yeahhhhhh...pengantin baru dah sampai....bawak red velvet cake and butter scotch cake...yummyyyy!! Thanks Buzu and Dzul...selamat pengantin baru!!!!!!



sementara menunggu satay sampai...kami berbual2 dan mengusik pengantin baru...hehehe. Sambil tu amik sikit aura pengantin...kot2 melekat nanti....ahakss!!!


baru perasan baju kami semua sedondon....kebetulan ajer.


pastu majlis penyerahan hadiah untuk pengantin....special tak? Cuba tengok kotak kanan tu...burberry uolssss....mampu ke?



Ok sekian sahaja aktiviti kami di hujung minggu. Sebenarnya ada lagi aktiviti lain...tetapi tak payahlah kami citer di sini. Hanya kami bertiga ajer yang tahu...biarlah rahsia ahakss!!!!!!




p/s - entahlah...apa lagi yg aku nak cari dalam hidup aku ni????




10 comments:

@xiM said...

berani kata blog saya semakin sendu???huhhuu..tak sempat lagi nak hapdet blog terus dah keluar entri ni.haha

anyway thanks spend masa together gether..

jom 3008!!

@xiM said...

haiyooooooo semua gambar kena cilok ni.royalti plissss..

Janggel said...

Huishhh ketam tu...menggamit!

Anum said...

syoknya jalan2

azam said...

Wahh...Bagi alamat kedai makan siap ada koordinat GPS lagik..nak kena try nih...ketam2 nya sangat mengujakan...

Leez M. Saaid said...

axim -

hehehe...taklah gurau jer pasal sendu tu. Kamu sebenarnya blogger yg femes dan dikenali di mana2. Ramai peminat gitiewww!!!

Jangan mare hah pic semua kena cilokkk....hehehe

Leez M. Saaid said...

janggel -

ketam tu mmg terbaik!!!!
menggamit gigi..hehehe

Leez M. Saaid said...

anum -

tu namanya syoknya makan-makan dan menghabiskan duit hehe

Leez M. Saaid said...

azam -

hehe supaya senang sesapa nak datang ke sini...baik punya promosi.

M@Y@ said...

akak ketam dia mmg best kan tp x suka daun kari...klu dia guna daun limau or daun sup lg buka selera hehee....