p/s - trip ke Melaka belum update lagi...tungguuuu yea.
Ads
January 31, 2012
Thanks To My Blog Readers......
p/s - trip ke Melaka belum update lagi...tungguuuu yea.
November 14, 2010
Pemenangnya : Zaryna ...tahniah !!!
So, sekarang nak umumkan pemenang kuiz yg lepas. Mesti ada yg tertunggu2 kan.
Pemenang utk kuiz yg lepas ialah Zaryna.
Minta Zaryna untuk menghubungi saya di syarliz@hotmail.com
Sila nyatakaan alamat surat-menyurat, email dan phone number untuk urusan penghantaran hadiah yg dijanjikan.
Agak ramai yg menjawab tetapi memberikan jawapan yg salah.
Zaryna sahaja yg memberikan jawapan yg tepat. Tahniah!!!!!
Jawapannya ialah :
1. Phuket, Thailand
2. World Park Beijing, China
Terima kasih byk2 pada yg sudi coorperate di dalam kuiz ini. Pada yg tak sudi pun diucapkan terima kasih. :p
November 10, 2010
Kuiz Lagi ~ ~ Selamat Mencuba !!!!
Pembaca blog kesayanganku sekelian.....teka-teki ini terbuka kepada anda semua tak kiralah sama ada anda seorang blogger ke.....bukan blogger ke. Open to anyone!!!

June 12, 2010
Tahniah Burn/Qis......

Siap yang cepat dan tangkas...maka dialah yang menjadi pemenang.
Akhirnya....jatuh kepada Burn/Qis.
Aku pun tak pasti....yang jawab ni Burn or Qis...hehehe.
Kira 2 in 1 lah ni.
Hadiah yang anda akan menangi ialah surpriseeeeeeee!!. Yang pasti hadiah itu datangnya dari Vietnam!!. Mood nak letak soalan kuiz ni depands on me lah. Kalau mood ok nak letak...aku letak lah. Kadang- kadang aku pernah terlupa....eh..eh...dah lama tak buat kuiz kan. Pening gak nak pikir soalan apa nak tanya. Soalan yang sebelum ni aku terpaksa cancel sebab tak ramai yg dapat jawab dengan betul.
Jawapannya: Baby tu tgh MENERAN....nak yak lah!!!!
Tahniah to Burn/Qis.Kepada yang lain-lain tu. Maaf yea anda terlambat skit.
Boleh cuba lagi lain kali.
March 21, 2010
Jawapan Teka Teki ....Tahniah Catz!!!!
Tahniah kepada Catz kerana menjawab dengan betul. Andalah pemenangnya. Nanti jangan lupa contact saya yea di email ni syarliz@hotmail.com
Jangan lupa bgtau phone number and alamat anda.
Ada gak 2-3 orang lagi yang memberi jawapan yang tepat tetapi saya memilih pemenang siapa cepat dia dapat!!!.
Jawapan untuk teka teki hari tu ialah :
1. Gambar itu diambil di Beijing, China. Ketika itu rasanya pada tahun 2000...it was 10 years ago. Lama dah. Rasanya sekarang tentu dah berubah wajah kot.
2. Jawapan kedua ketika aku berusia 3 tahun. Gambar diambil bersama arwah papaku. Encem tak?? Huhuhu...
Kepada yang tak menang tu, cuba lagi yea di masa-masa akan datang. Dengan syarat, anda kena rajin singgah di blog ku ini. Babaiiiii!!!!!!
March 19, 2010
Jom Kita Berteka-Teki Lagi ..........
Kali ni senang ajer soalannya......hadiah pastinya ada. Apa hadiahnya? Huhuhu....souvenir istimewa dari luar negara. Sapa cepat dia dapat yea!!!! Ingat yea...saya hanya menerima jawapan yang tepat sahaja.
Soalan :
1. Gambar di bawah semasa aku melancong ke mana???
2. Rasa-rasanya kenal tak budak baju putih/oren di bawah ni? Itu gambar aku lerr..hehehe. Cuba teka berapa umurku ketika ini?
Hanya menerima 2 jawapan yang BETUL dan TEPAT sahaja. Jika satu jawapan sahaja yang tepat...tak boleh diterima kay!!!! SELAMAT MENCUBA!!!!!!
February 25, 2010
Tiada Pemenang.... Maaf Ibu-ibu dan Bapak-bapak!!!
1. Epelijau - Thanks, setia membaca blogku ini
2. Inzarin - Intan, wahhhh sangat bagus sentiasa peka dengan kuiz di blog ini
3. Iena Penang - Iena, rindulah bila kita nak jumpa lagi?
4. Siti - Suka tak FM tu?
5. Moly - Tak sabar nak jumpa this weekend...nak borak-borak
6. SingAsong - Jgn lupa dating kita next week kat Putrajaya...opps!
7. Rizal - Salam perkenalan, adalah saya mengenali anda? Thanks sudi participate dalam kuiz ini
8. Zarirah Zabidi - Juga salam perkenalan dan thanks sudi mengikuti blog ini
9. Engkuazam - Laaa..naper azam tak teka harga tu? Hmmm...dah terlepas hadiah..hehehe!!!
10. Miraini - Kak Aini cayang, saya beli beg tu melalui kawan yg lain dan bukan melalui Zul Vietnam
11. Paksu - Oooo main tipu yea...teka dua kali.
12. Zaidi - Salam perkenalan , adakah saya mengenali anda?
13. Sepul - Salah lah jawapan tu sepul. Anyway, nanti kak leez bagi hadiah perfume tu this weekend
14. Burn/Qis - Salah tekalah...cuba lagi yea. Jumpa both of you this saturday kay!!!..windu-windu
15. Shima Ctos - Ada silap sikitt ajer...hampir-hampir tepat. Kena buang +++ tu baru betul. Tapi maaf yea takda hadiah.
Maaf kepada anda semua....tiada siapa yang memberi jawapan yang tepat dan betul. Ada yang sipi-sipi dan hampir tepat. Tetapi saya hanya menerima jawapan yang tepat sahaja. Saya perlu adil kepada semua orang kay!!!
Jawapannya :
RM600
(harga di butik Coach = Above RM1,500)
(jawapannya disahkan oleh kawanku Nani dan Sarina)
February 23, 2010
My New Handbag ..... Cuba teka berapa harga???
January 19, 2010
Tahniah EncikSepul !!!...Andalah Pemenangnya....
EncikSepul ........ (kalau nak tahu yg mana satu orangnya...sila lihat gambar di bawah).......

Jawapannya ialah :
HRC Bali
HRC Singapore
HRC Jakarta
HRC Bangkok
HRC Paris
HRC Amsterdam
HRC London
HRC Penang
Hadiahnya ialah : Perfume Ben Sherman yang dibeli di London.
So, kepada yang lain tu...sorrylah anda terlambat sikit. Aku saje nak bagi surprise apa hadiahnya. Kalau yg menang tu pompuan...aku bagilah perfume pompuan..huhuhu. Sure ada yang menyesal lambat jawabkan..... :p :p
Jangan lupa masuk blog aku lagi nanti....ada lagi kuiz menanti anda. Tunggguuuuuuuuuuu!!!!

January 18, 2010
Kuiz Jom Meneka Kembali Lagi .......................
Wahhh dah lama juga Kuiz Jom Meneka tidak ada di blog ini. Sejak aku balik dari Europe bulan Dec lepas, agak sibuk sikit. Sehinggalah aku diingatkan oleh seseorang bila nak buat kuiz lagi..huhuhuh. Barulah den teringat!!!
Soalan kali ni senang aje actually. Tetapi jika anda adalah follower tegar blog ini dan selalu memerhatikan baju apa yang aku pakai. Sure korang dapat tahu jawapannya. Huhuhuh. Pasal hadiah pulak...surpriseeeee!!!! Mesti ada hadiah punya. Cuma aku tak dapat nyatakan di sini apa kah bentuk hadiahnya. Anda jawab dulu soalannya...nanti barulah aku bgtau apakah hadiahnya. Wokay!!!!!
Soalan :
Aku ni adalah pengumpul baju t-shirt Hard Rock Cafe. Setakat ini aku sudah mengumpulkan 8 helai baju dari pelbagai negara. Baru 8 aje!!! Tak banyak lagi tu. Dan baju-baju tu aku dah selalu pakai ke mana-mana aje aku pergi. Ada juga yg aku belum pakai tetapi aku pernah cerita kat sini yang aku ada beli di tempat-tempat tersebut. Dan sesapa yg follow blog aku, sure nampak aku pakai baju dari negara mana. Sah-sah terpampang nama tempat tu di depan baju aku. Jadi, nyatakan kelapan-lapan tempat Hard Rock Cafe tersebut. Cepat jawab!!!!!! Ada hadiah menanti anda.

p/s - Pemenangnya yang memberi jawapan yg betul dan cepat akan disiarkan namanya esok malam ok!!!
November 4, 2009
Special Souvenir From Paris For You......

Ok dah ada pemenang untuk Jom Meneka Ke-2.
Wahhh.....ada yang bersemangat nak menang sampaikan hantar lebih daripada 2 kali...hehehe. Ada sorang tu lagi best...siap hantar sms kat i jam 4 pagi tau nak bgtau dah jawab...hehehe. Siapa tu??? Anak cina makan pengat...jangan pulak buat-buat tak ingat!!! Huhuhuhu. Takpa....thank you guys for your responds and suppport me in this quiz...untuk suka-suka aje.
Orang yang pertama memberi respond ialah Eyza tetapi malangnya minta maaf dear coz jawapan yang you beri tidak lengkap. As i said before, i nak jawapan yang betul dan lengkap. Di sini i nak annouce pemenang bertuah kita....kenapa bertuah?? Sebab dia dah 2 kali menang tau. Pemenangnya ialah ......
Inzarin
Thanks dear...good effort. Dah 2 hadiah you dapat. Tahniah !!!
Kepada lain-lain yang terlambat sikit menjawab tu.......jangan sedih dan hampa kay. Jangan serik tau!!! Ada lagi hadiah nanti....tunggguuuuu!!! Rajin-rajinlah singgah my blog ni kalau nak hadiah. I will update my blog tak kira masa dan waktu....kadang-kadang petang ke...malam ke....pagi ke...
November 3, 2009
Mari Menjawab Soalan ....... Ada Hadiah Lagi !!!
Senang aje soalannnya. Jika anda adalah follower blog ini sejak beberapa bulan yang lepas, pasti anda tahu jawapannya (kalau masih ingatlah!!!).
Jangan risau. Pasti ada hadiahnya. Tetapi kali ini saya akan beri SATU hadiah sahaja. Hadiahnya ialah special souvenir from Paris. Siapa cepat dia dapat okay!!!!
Soalannya :
Nyatakan nama-nama negara yang saya akan pergi melancong dalam masa terdekat ini?
Saya mahukan jawapan yang tepat dan lengkap.
Berikan jawapan anda di bahagian comment (bukan di Shoutbox!). Jangan lupa beri email anda sekali untuk senang saya hubungi.
Cepat...cepat.... hantar jawapan anda sekarang!!!!
October 29, 2009
Jawapannya.....
Ya betullll.....semua yang menghantar jawapan pada bahagian comment memberikan jawapan yang betul. Uikk...you all boleh cam jugak yea muka i masa kecil. Ingatkan ada yang tak boleh nak cam. Yelah... berbeza bebenor muka masa baby dan muka sekarang kan. My mum kata gambar tu masa i baru beberapa bulan...belum jalan lagi.
Di sini i nak wat announcement nama-nama yang telah berjaya memberi jawapan yang betul. Actually seorang sahaja yang telah memberi jawapan yang betul. Yang lain pun betul tapi cuma ejaan aje yang salah sikit. Walaubagaimana pun i tetap akan bagi hadiah kepada 2 orang pertama tu.
Pemenangnya ialah :
1. Maksu
2. Inzarin
Maksu, hadiah yang menang ni...tetap special for this entry tau. Sorry Song, hang terlambat skit.
Kepada Inzarin pula, sila hubungi saya di email syarliz.saaid@yahoo.com. Bagi phone number and your address. I akan postkan hadiah itu selepas balik dari Europe nanti. Insya Allah.
Kepada yang lain, jangan hampa dan kecewa. Selepas ini akan ada lagi kuiz teka-meneka bersama ku. Hadiahnya pasti ada. So, jangan lupa untuk drop by kat blogku ini pada setiap hari dan setiap saat...cewahhh. Pasti ada kejutan untuk anda. Apa hadiah yang akan ku beri??? ...tungguuuu!!!!!
Siapa cepat dan pandai jawab...dialah yang dapat!!!
October 28, 2009
Gambar Siapakah Ini ?? Ada Hadiah Untuk Anda ...

Cuba teka gambar siapakah ini?
Kepada sesiapa yang nak cuba meneka....sila hantar jawapan anda pada bahagian comment. I nak jawapan yang lengkap iaitu nama penuh budak yang dalam gambar itu.
Kepada 2 orang pertama yang memberi jawapan yang betul....i akan bagi special souvenir from London. I promise hokay!!!!
Nanti i akan bagitau di sini siapa yang dapat memberi jawapan yang betul.
Selamat meneka !!!!!!