Ads

Showing posts with label Beach. Show all posts
Showing posts with label Beach. Show all posts

December 12, 2012

Day 5 - Staff Day Trip To Kuala Terengganu



Episod terakhir untuk percutian ke Terengganu ini. Hari ke 5 aku di bumi Ganu. Lama benar rasanya aku di sini. Tetiba rindukan kampung halaman...hmmmm iyalah tu. Pagi tu kami dah kena check-out dari hotel. Lebih kurang jam 10.45 pagi kami bergerak ke Pejabat MB Terengganu di atas jemputan. Last minit dapat tau MB tak dapat joint kami. So, ada wakil yang akan entertain kami...entah lupa apa namanya. Sebaik tiba kami dijemput masuk ke bilik mesyuarat. Di sini kami diberikan taklimat tentang perancangan dan pembangunan negeri Terengganu. Lama jugak tu dalam 2 jam...sampaikan aku mengantuklah terpejam mata hahaha. Bukan aku ajer yg mengantuk....aku tengok ramai gak yg mcm aku hahaha. 

Banyak jugak peruntukan yg disediakan oleh MB untuk rakyat dan anak Terengganu. Insya Allah tahun akan datang akan ada kerjasama di antara syarikat kami dan kerajaan negeri terengganu nanti. Banyak benda dalam minda aku apa nak buat nanti. Kita tungguuuuuuuuu.

Kami juga telah dijamukan dengan hidangan makanan tengahari. Sedap nya makan kat sana. Di samping itu juga setiap kakitangan dapat goody bag yang berisi mug dan keropok kering Terengganu. Terima kasih banyak-banyak. 


bos bagi cenderahati kepada wakil pejabat MB terengganu....

masa nak balik kami bergambar beramai-ramai di luar bangunan pejabat MB

siap suruh amik gambar bangunan tu penuh hehehehe


Habis dalam jam 2 petang macam tu. Then...kami semua bergerak balik ke KL. Aku balik ikut kereta bos. Singgah dulu di BTB sebab nak amik keropok lekor yg diorder 2 hari lepas. Senang citer.....sib baik dah order awal...terus ajer amik dan bayar. Dah makan kepok lekor tu...memang sangat sedap....terbaik so far!!!

Lebih kurang 3 petang jugak kami bergerak dari KT. Dalam perjalanan...sangatlah mengantuk. Aku duduk di belakang...heheheh boleh lelapkan mata. Singgah kejap di Masjid Kemaman untuk solat jamak. Then...bos kata jom kita minum-minum di Pantai Mok Nik. Tak pernah aku ke sini.....nice place. Ramai sungguh yg meniaga sata dan kopok lekor. So....kami makan sata dan kopok di sini. Sempat beli sata juga untuk dibawa balik ke rumah.

Then, bos kata jom kita turun kejap di tepi pantai. Masa ni dah lewat petang jugak. Aku snap gambar sikit.....nampak pelangi cantik. 


Pantai Mok Nik..........ramai yg bersantai di sini


gitulahhhh.....sukanyaaaa....


Kali meneruskan perjalanan lagi......dan berhenti sekali lagi di R&R Gambang untuk solat jamak maghrib & isyak serta dinner. Aku order meehoon sop ajer. Dengar citer bas rombongan ketika ini masih lagi berada di Kemaman. Entah kul baper depa nak sampai Bangi tu huhuhuh. Akhirnya aku selamat sampai KL pada jam 10.30 malam. Alhamdulillah semuanya selamat. Selama 5 hari di KT...memang best dengan pelbagai jadual yg padat. 

Next entry aku citer pasal percutian di Padang-Bukittinggi pulak kay.

p/s - Bulan Januari  2013 adalah bulan yg sangat busy





July 19, 2011

Day 3 - Perhentian Getaway Trip : Back to KL ~~Bye Perhentian!!!


Bersambung lagi. Semalam patut nak update blog tapi line streamyx kat umah aku macam hampeh. Asik duk hang tak sudah...apahal hah lately ni asik mcm ni??. Akhirnya aku logout. Buang masa aku nak menunggu upload terhegeh-hegeh. Ok sambung citer pasal perhentian lagi...yang terakhir ok diknon. Perghhh dah 2 minggu aku balik from Perhentian...tak habis2 lagi aku duk mengupdate. Ok yang ni final.


Pagi dah bangun bersiap untuk pulang ke darat. Janji dengan abg boat kami nak balik awal kul 7.30 pagi. Breakfast dulu pagi tu. Makanan yang disediakan ialah roti bakar tuna dan kuehtiaw goreng yang sedap. Biasalahkan....awal pagi masing-masing tak larat nak makan banyak. Akhirnya Azim tolong tapaukan makanan yang lebih tu. Aku sibuk menghantar kunci ke kaunter. Minah salleh yang jaga kaunter tu tanya aku... "Are you leaving now?? so early?"...hehehe aku senyum dan jawab"Our bus back to KL depart at 9.30 am actually. Anyway, i love this place...will be back next year". Minah salleh tu senyum jawab "ohhh..sure!!!". Actually aku sedih nak meninggalkan tempat ini.


Inilah satu kelemahan aku...tiap kali aku nak balik dari mana2 tempat yang aku gi melancong dan aku dah suka kat tempat tu...aku akan jadi sebak masa nak balik. Sebak kadang2 boleh menitiskan air mata. Terfikir entah bilalah aku akan kembali ke tempat itu lagi. Itulah aku seorang yg berjiwa sensitif...mudah sgt cengeng. Bila dah balik KL..aku akan teringat-ingat balik tempat tu. After a week barulah aku akan back to normal. Aku rasa korang pun macam tu kan.



kuehtiaw goreng yg cedappp...ada ayam dalam tu

makanan dihidangkan


masing-masing dah bersiap utk bersarapan dan balik ke darat




Janji Melayukan...konon nak naik boat pukul 7.30 pagi tetapi pukul 8.00 barulah kami terpacul depan boat hahahaha. Kesian pelancong yang lain dalam boat terpaksa menunggu kami. Ampun maaf yea...hehehe!!. Semasa kami nak balik ni hujan rupanya di pulau ini. Nasib baik semalam masa kami snorkeling tak hujan macam ni.


Alhamdulillah laut tidak begitu bergelora sepertimana masa kami pergi tempohari. Cuma kami basah sikit sebab terkena percikan hujan. Dalam pukul 8.30 pagi kami dah sampai di jetty Kuala Besut. Ada masa sejam lagi sebelum kami naik bas pulang ke KL. So, di kesempatan itu kami mencari souvenir FM sebagai kenang-kenangan. Aku beli sikit ajer....sebabnya mahal sangat FM kat sini...RM4 satu bijik. Patutnya boleh dapat lebih murah dari itu.





keadaan dalam boat.....


boat padat dgn penumpang dan beg-beg kami


sampai ajer terus terkam kedai ni untuk mencari FM...


cantik jetty Kuala Besut ni...bersih dan sangat striking colour bangunannya


sakan duk memilih FM...kan nani!!!!


kedai yang kami pergi ni dapat murah sedikit berbanding di kedai lain


sebelum balik jumpa dulu Kak Ana dan Abg Sani (gambar di atas)...taukeh travel agent ini. Kak Ana bgtau aku...dia try call aku banyak kali tadi tapi aku tak dengar sebab dalam boat. Rupanya dia nak tanya ada sesapa yang nak kirim kopok kering. Masa tu dia ada kat kilang buat kopok. Alamakkk...takda rezeki kami nak beli kopok. Memang aku pun plan nak beli kopok tapi kat area jetty ni takda orang jual pulak. Patutnya dorang kena jual kat sini kan...sebab ramai pelancong.



i luv Pulau Perhentian lahhh.... miss this place soooo much.





Sila tengok gambar di atas. Mahligai 'Airline' dah menanti kami untuk bergerak ke KL. Wahhh dapat naik bas baru.....cuma tak dapat naik bas double decker ajer. Masa ni sedihnya nak meninggalkan tempat ni. Ikutkan hati nak mai sini every month. Gilor apa minah ni...ahaksss!! Susah tul kalau dah jatuh cinta dengan pulau ni. Asik duk teringat pulau ajer. Hehehehe....itulah aku....sangat meminati laut dan aktiviti dalam laut.


Lebih kurang pukul 9.45 pagi kami pun bertolak balik ke KL. Bas ini ikut jalan Gua Musang. Masa pergi hari tu gelap tak nampak. Kali ni nampak lah jugak permandangan hutan dan kampung. Aku tak dapat nak lelap mata sangat sebab aku memang susah tidur dalam kenderaan...tak kiralah dlm bas ke...flight ke or dalam kereta sekali pun. Aku hanya senang tidur atas katil aku sendiri sambil memeluk bantal bucuk ku ahakss(apa kau merepek ni??? :p).



bersiap sedia nak naik airline...what??? airline? kau buta kah??? hahahah...inikan Mahligai Express.



masa ni kami yg paling awal sampai...so kami duk sakan bergambar sebelum orang lain sampai. Cantik pulak colour kusyen bas ni kan....sangat the meriah uolsss.



Ok guyss...sekian sahaja coretan tentang percutian aku ke Pulau Perhentian yang sangat indah ini. Pengalaman yang aku tak boleh lupa dan sangat-sangat berharga. Dengan harga RM330 aku dapat mcm2 di sini. Dapat melihat permandangan laut yg cantik, dapat memasuki dasar laut dengan hidupan air yg jinak dan comel, dapat menjamah makanan yg sedap-sedap dan akhir sekali dapat kenal rakan-rakan baru yang sangat sporting, best dan happening. Insya Allah panjang umur kita jumpa lagi after raya ni. Muaahhhh semua.


Alhamdulillah percutian ini sukses walaupun pelbagai dugaan, suka dan duka yang aku tempoh. Allah tahu niat dan kesungguhan aku untuk sampai ke sini....akhirnya tercapai dan termakbul jua...syukur. Bak kata pepatah Melayu..."Hendak Seribu Daya...Tak Hendak Seribu Dalih" ~~~ tepuk dada tanya diri masing-masing ahakssss ... :p



p/s - perangai aku satu ajer...kalau dah janji mesti ditepati....kalau mungkir janji boleh blah...cukuplah sekali aku nak ajak lagi...muahahahah






July 17, 2011

Day 2 - Perhentian Getaway Trip : Lunch & BBQ Dinner



Ada coretan sedikit. Doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Allah. Semoga Allah memakbulkan doa-doaku. Tunggulah pembalasan Allah. Jika tidak kena pada diri kamu sendiri....tak mustahil akan kena pada anak cucu kamu. Ingatlah Allah mendengar dan melihat. Eh tetiba kan....sajer jer bagi usrah sikit pada seseorang yg sedang baca blog aku ni. Tak sangka eh...nak ugut aku pasal blog....do i care??? Siap....see u in court idiot!! Sejak beberapa hari ni hati aku panas tetapi Alhamdulillah aku tetap ingat pada Allah....Allah sentiasa bersamaku dan melindungiku. Jika kita tak buat salah...nak takut apa kan.


Ok sambung cerita Perhentian. Lepas kami balik dari acara snorkeling..tak balik bilik pun. Sebabnya...perut lapar bebenor...dengan baju basah tu kami terus lunch. Ketika ini sudah hampir jam 3 petang uolsss. Patutlah lapar kan. Kami terus ke B'First Cafe untuk menikmati makan tengahari. Sambil tu kami jemput Mizi makan sekali dengan kami.


As usual...makanan memang terangkat dan memuaskan hati kami. Sambil makan kami berborak dan bergurau senda. Masa ni kami dah makin rapat dengan Mizi. Kami asik duk sakat dia jer. Dia cerita....pada musim cuaca elok ni rezeki dia memang di laut bawa orang pi snorkeling. Dia ada PADI licence tau....kelas kau maria. Then, bila musim tengkujuh laut bergelora...dia balik ke darat cari rezeki di sana. Jangan tak tahu.....raya ni dia akan bertunang. Tahniah untuk kamu. Sesiapa yg mahu menggunakan perkhidmatan snorkeling dgn Mizi...boleh message kat aku. Nanti aku bg phone number dia.



paprik seafood......sedap terangkat. Gambar di atas sup ayam...pun sedap


kangkung belacan


sebelum makan....posing tu wajib ahakss






Lepas makan...masing-masing pulang ke bilik masing-masing. Mizi pun balik ke rumah dia di Perhentian Kecil. Sebelum tu aku ada amik phone number Mizi. Ntah camana aku sempat amik phone number ajer sbb bateri hp dia dah kong. Dia lupa apa email addressnya. Aku janji nak call dia semula. Tetapi aku terus terlupa sebab penat sangat kan. Lepas mandi bersihkan diri aku terus membuta sampai petang. Bukan aku ajer membuta....semua pun macam tu. Penat wei snorkeling ni.


Rupa-rupanya si Mizi tertunggu-tunggu aku menelefon dia. Dia plan nak datang balik and bawakkan durian pulau untuk kami. Nampaknya takda rezeki kami nak makan durian pulau kat Perhentian ni. Mizi ingatkan dia nak mai ajer....tapi takut kami semua dah penat katanya. Takpalah Mizi...Insya Allah ada rezeki kami ke sini lagi....jgn lupa bawak durian sekali ehhh...Hehehehe...tak malu tul pompuan ni. Baik hati budak Mizi ni.....dia ikhlas buat kerja dia...so kami ada bagi dia sikit tips.....memang rezeki dia kan.








Petang lebih kurang kul 7 malam aku terjaga dari tidur dan terus ke tepi pantai. Semua ada duk melepak kat sini. Aku jer terhegeh-hegeh baru nak sampai ahakss. Best dan mendamaikan cuaca ketika ini. Angin pun bertiup sungguh menyegarkan.


Ketika ini terpancar kepuasan di wajah setiap Geng Pee Ai. Yelah duk sakan bersnorkeling siang tadi..dapat pulak tengok penyu, shark, nemo dan ikan-ikan yang comel itiewww. Esok dah nak balik....sedihnya. Ikutkan hati nak stay lagi satu malam kat sini. Hmmm...nampaknya aku kena cari laki taukeh chalet perhentian lahh...ahaksss. Berangan jerrkkk.




cewahhh.....choc blended uolssss...sedap aku tak tipu



wajah-wajah kami yg sangat ceria...dan puas


ketika ini dah nak masuk maghrib....jap lagi kami nak menikmati BBQ dinner pulak



lihatlah suasana petang di B'First Cafe...happening dan meriah dengan mat salleh.



Sebelum kami menikmati juadah BBQ Dinner kejap lagi...aku, Azim dan Azuan berjalan di sepanjang tepi pantai ini untuk melihat package yang ada untuk diving licence. Sejak dah terror wat skin dive ni....tetiba nak amik licence kan. Insya Allah plan kami next year nak cuba diving plak. So, duk survey mana-mana package yang menarik. Lagi setahun lagi boleh plan masa dan kewangan. Actually aku plan ni dah lama sejak tahun-tahun dulu. Masalahnya aku tak jumpa geng-geng yang nak joint. Alhamdulillah dah jumpa geng...bolehlah plan next year kan. Sesapa yang nak joint aku amik PADI licence...message me please. Lagi ramai lagi meriah kannnn.


Ada pelbagai package yang kami jumpa. Ada yang 3 hari 2 malam dan ada yg 4 hari 3 malam. Yang lebih daripada itupun ada juga. Semuanya bergantung kepada kita nak pilih package yang mana. Menurut dive master yang kami duk bual tu....better amik package yang 5 hari...so that kita akan lebih cekap diving dan ada kepuasan di situ. Kalau amik package yang singkat...everything in rushing dan kita akan jadi kurang mahir. Package ini termasuk teori class, exam, diving 4 kali, makan minum dan accomodation.




kami tanya package di Bayu Dive and di sini (lihat gambar di atas). Kalau kat Bayu...instructornya mat salleh....kalau kat sini Melayu. Tak kisahlah kat mana-mana pun...asalkan kami dapat licence kan. :)




package yang ditawarkan





Jam dah menunjukkan 8 lebih...masa untuk makang malam. Kami bertiga pulang semula ke B'First Cafe untuk dinner. Kelasssss uolsss makanannya sangat mengancam. Ada nasi goreng yg sangat sedap (lihat pic diatas), ikan kembung bakar, ayam bbq, sotong bbq dan hotdog. Portion sangat banyak dan tak larat nak habiskan semua. Masa duk makan ikan kembung, kami request cili kicap. Sekali sampai...ambik kau....semangkuk cili kicap dia bagi...sedap dan pedas tak hingat. Ikan kembung ada lebih...kami duk ratah ikan yg fresh dan sedap itu dengan cili kicap. Bestlah sesekali di tepi pantai dan makan bbq macam ni. Hilang segala masalah di ibukota dan tenang sangat kepala otak ni.


Ada lagi makanan berlebih...kami tapau kot2 boleh masuk lagi masa melepak nanti. Alhamdulillah dengan rezeki Allah dan sangat berpuashati dengan makanan yang dihidangkan. Terima kasih Sunny Travel.




ayam bbq yang sedap......


hotdog bbq...


sotong ni sedap dan fresh....puashatilah


ikan kembung bakar...cicah dgn cili kicap memang terangkat uolsss


hidangan kami malam tu


ewahhh...pegang ikan mcm tu macam nak bawak lari ke bilik ajer...ahakssss.


bergambar sebelum sessi santapan......


gitulah...dah mcm ikan perana hancur habis makanan semua...hahaha




Lepas habis makan...takkan nak balik bilik terus kan. Haruslah kami jalan-jalan tepi pantai lagi. Walaupun di luar tu gelap gelita tetapi still happening. Malam tu agak ramai orang berjalan-jalan di tepi pantai...almaklum malam minggu kan....ramai pelancong.


Misi kami malam tu ialah survey package diving lagi. Lagi banyak info yang kami cari...lagi senang nak pilih yang mana sesuai dan worth it. Diving package di Flora Bay Divers seperti gambar di atas ialah 5 hari 4 malam sebanyak RM1,400++. For me....ok and reasonable. Reasonnya ...walaupun agak lama hingga 5 hari tetapi berbaloi. Mcm plan nak amik kat sini ajer...tengoklah nanti camana.


Then, malam tu kami bertiga duk melepak lagi di beranda bilik 2 jejaka itieww. Bilik aku di sebelah ajer. Yang lain dah masuk tidur. Malam semalam lepak kat lobby Bayu Dive dan malam ni lepak di beranda bilik ajor. Malam-malam buta duk mengilai dan ketawa tak sudah. Aduhaiiii.....korang memang kelakar. As usual kami duk tengok gambar dalam air yang kami duk snap siang tadi. Azim sempat lagi tu upload dalam FB dan update blog sikit. Tak sedar sampai kul 2 pagi kami duk sakan berborak lagi. Esok pagi dah nak balik coz bas kami balik KL ialah jam 9.30 pagi.








ok habis dah hari kedua di Perhentian....esok aku sambung lagi masa kami nak balik ke KL....sedihlah. Kenangan indah di Perhentian takkan di lupakan.






July 14, 2011

Day 2 - Perhentian Getaway Trip - Snorkeling Session2






Hai semua...bersambung lagi. Maaf dua hari tak update blog coz busy yang teramat plus mind agak tak berapa stabil. Bila aku dalam keadaan stress memang satu apa pun aku tak boleh buat. Kurang tidur...kurang rehat dan kurang makan. Cuma berat badan ajer tak kurang..hehehe. Alhamdulillah burden dalam kepala aku dah terlerai. Memang aku agak shock dengan berita ini but aku lihat dari sudut positif...memang itu petunjuk yang sangat baik Allah dah bagi kat aku. Now mind dah clear and i can move on... bernafas dengan keadaan lega sekali. Hikmah Allah itu indah sekali...malah memberikan aku semangat untuk meneruskan hidup. Syukur Alhamdulillah. Apa tu yea? Mesti korang blurkan...hehehe abaikan. Hanya luahan hati seketika.


Ok citer pasal Perhentian pulak...ada 2 entry lagi nak habis. Pagi hari kedua....bangun awal walaupun mata mengantuk. Hehehe pasal apa tidur lambat. Jam 8 pagi kami breakfast di B'First Cafe. Menu kami ialah nasi goreng, mee goreng dan keropok yg sedap. Fullamak sedap banget makanan yg disediakan. Tapi pagi tu kami nak gi snorkeling takkan nak makan banyak kan. Lepas makan ....masih ada baki makanan kami tapau ajer. Kot-kot lapar kat atas boat nanti. Selalunya lepas swimming and snorkeling memang akan cepat lapar.





sedapnya mee goreng ni....


keropok ni sedapppp sangat...aku suka



Masa kami sedang breakfast, kami ternampak Mizi dah sampai awal. Patutnya jam 9.30 pagi dia sampai tetapi dia datang jam 9.00 pagi. So, kami ajak dia breakfast....sambil tu aku balik bilik tukar baju mandi. Tak sabar nak gi snorkeling sebab kali ni kami bawak roti...huhuhu. As usual aku yang last naik atas boat..hehehe. Gitulah organizerkan.


Masa ni rupanya Mizi pun ada bawakkan roti untuk kami. Baiknya hati dia....orang lain tak mcm ni pun. Yelah kalau kita ikhlas dengan kerja kita....tak mustahil rezeki kita akan bertambah lagi. Terima kasih Mizi...anda memang seorang instructor yang sangat baik dan kami sangat berpuashati. Agaknya ke mana kami nak snorkeling kali ini? Semestinya nak cari penyu....shark....nemo dan melihat coral yang cantik-cantik. Jom tengok gambar-gambar kami.


laut kebiruan


ikan apa ni yea? Cantik berbelang kuning


bila kami keluarkan roti...inilah hasilnya. Ikan-ikan akan menjadi jinak dan menghampiri kita....cayalahhh aku suka.


tapikan....kenapa asik jumpa ikan banduan ajer....masa kat Redang pun ikan ni gak.


coral yg cantik...ikan belang tu pun cantik


tengok ikan belah kanan tu duk menjeling kat camera


anak sapolah ni duk main-main dengan ikan. ahakss


tiga orang pakar skin dive.....tapi pakar ke? hehehe


yang kat belakang tu lagi pakar....pakar ketawa...hehehe.




Dah puas bergambar dan main-main dengan ikan....Mizi bawak kami ke tempat lain pulak. Kali ini nama tempatnya ialah Lighthouse.....di tengah-tengah laut tetapi ada menara kat situ. Sesiapa nak buat acara terjun...bolehlah ke situ. Masa ni laut agak tenang tetapi tetiba macam hujan renyai pulak. Ahhhh....peduli...kami terjun ajer ke laut. Sekali dah masuk dalam laut.....perrrghhhhhhhhhh memang superb!!!! Coral di sini memang terbaiklah!! Sangat cantik uolsss. Ikan pun banyak dan berwarna-warni. Memang puashatilah.


Mizi bagi kami masa agak lama gak di sini sebab terpegun dengan kecantikan coral di tempat ini. Reason why i said perhentian is better than redang......inilah jawapannya. Di lighthouse ini menjadi sebab aku kata dasar laut di perhentian lagi cantik. Puashatilah.



nampak tak puncak menara tinggi tu....inilah dinamakan lighthouse...ooooooo...


jangan jeles uolsss.....aku jumpa siti dan datuk k di sini. Depa pun snorkeling mcm kami. Jeles ler tu !!!!!!......hahahaha...aku tipu ajer. Gambar ni aku curik kat internet....mmg Datuk Siti pun pernah snorkeling di sini...ngeh3...sajer wat suspen tadi.


pic aku dgn mizi...


di lighthouse....tengoklah coral dia....cantikkan.


hi Nemo...kami jumpa anda di sini.....soooo comel...


alahai malu ke?? hehehe



Then, kami ke turtle area.......sangat superb gambar ni. Sebabnya.....penyu ni tengok duk take off ke atas.



jumpa lagi penyu lain...gambar ni memang terbaik lah. Comel pulak penyu ni kan. Penyu menangis siapa yang tahu.


gi tempat lain...nampak pulak ikan colourful ini.


kami bergerak pula ke shark point. Sempat amik gambar dari jauh....yang putih kat belah atas tu. Laju bebenor shark ni berenang. Mizi siap pesan...sesapa tengah period jangan turun bawah laut sebab shark amat sensitif dengan darah. Ayohhhhh.....masa ni aku memang tengah period...tapi aku degil turun gak hehehe....tapi masa ni tak heavy dah hujung-hujung. Selamat...nasib baik shark tak gigit...ahaksss.



sampai hati ikan tu duk menjeling kat aku...motif??????


tengoklah ikan tu dengki kat aku...dia duk halang tangan aku buat good!!....mengadakan....


masa kat shark point...kami terjumpa ikan pari bintik putih. Fuhhhhh...memang rezekikan. Tapi awas...ekor ikan pari berbisa tau.





Habis dah acara snorkeling kami pada hari itu...semua kami dah tengok dan ambil gambar. Memang puashatilah. Ehhhh....motif aku letak pic mereka bertiga kat blog aku???? Sajer jer nak bagi depa glamer di sini..hehehe. Jejaka hot trip ini....dari kiri miji, ajuan dan ajim (sengaja tukar huruf z kepada j....ahakss). Penat giler mereka bertiga ketika ini...sebabnya masa turun ke shark point depa berenang melawan karen yg kuat dalam laut. Si ajim pulak tak pakai life jacket.....letih diknon. Masa ni aku dah tersadai dalam boat .....penat giler.


Habis snorkeling Mizi bawak kami ke satu tempat yg cantik. Namanya ialah Pantai Air Berani. Apakah istimewa tempat ini? Sebabnya di sini ada mengeluarkan air mineral dari celah-celah batu di tepi pantai ini...so miraclekan. Bukan air bukit tau. Siap Mizi siram kami semua dengan air ini. Sejuk giler air ini....dan bagus diminum untuk kesihatan. Best betul lepak kat sini. Kami tapau makanan breakfast tadi....kami siap berkelah makan makanan tersebut. Yang pening kepala naik boat....lega kepala lepas siram dengan air berani ini.



boat tersadai di tepi Pantai Air Berani


air itu bukan keluar di celah-celah batu ini....


tetapi di batu-batu ini air itu keluar...nampak tak kat belakang tempat kami duduk tu?? Ada kepungan air mineral tersebut.


Geng Pee Ai yang happening dan best!!! Miss all of you....pas raya kita lepak penang yea. Gambar diatas menunjukkan kami berjaya dengan trip ini...Alhamdulillah.


Habis dah untuk entry ini. Sambung lagi esok Insya Allah...aku dah mengantuk ni hehehe.