Ads
February 8, 2012
Santai Bowling Mangga @ Alamanda Putrajaya
December 12, 2011
Part 1 : Lunch Gathering & Bowling With Cabaran Sihat Team
Hai semua. Rasa macam dah lama sangat tak update blog. Cuti 3 hari tetapi still tak sempat nak update blog....banyak sangat urusan aku lately ni. Hari sabtu lepas aku busy baking cake and berjumpa dengan one of my blog reader di Ampang Point....first time jumpa. Thanks Eyta....akhirmya dapat gak jumpa dengan kak leez and borak-borak pasal travel. Dia nak travel ke Europe next year and minta aku kongsi2 experience kat sana. Alamak lupa nak snapping pic..hehehe.
Then hari Ahad pulak aku busy bergathering dengan my beloved adik2 yang menjadi peserta Cabaran Sihat dan tidak lupa Kevin Zahri pun ada jugak. Memang dah janji dengan Kevin nak bawak dorang pi makan-makan after dah habis event tu. Tak semua dapat hadir....maklumlah cuti sekolah banyak hal masing-masing. Kepada yang hadir...thank you so much guys!!! Muahh..muahhh.... sayang kat korang lah!!!
Plan asal nak lunch kat Shangri-La Hotel atas cadangan Kevin. Last minit cancel sebab mahal sangat weiiii....walaupun dah tolak discount. Akhirnya....di manakah arah tuju kami???. Jom tengok...tadaaaaaa...kami makan di Marmalade Restaurant yang terletak di Publika, Solaris Dutamas. Area ni yang aku selalu pergi utk berspa...huhuhu.
tengoklah gelagat mereka bila tengok cake yg aku buat tu.....hehehe
lagi dan lagi pic kami bersama Kevin....Anyway, thanks to Kevin for spending your time and having lunch with all of us. Insya Allah ada rezeki panjang umur kita jumpa lagi for next season. Habis ajer makan tu....kami pecut ke Endah Parade di Sri Petaling utk acara bowling pulak. Kali ni Epul yang arrange kan everything. So....aku sambung next entry plak yea.
December 6, 2011
Jalan-jalan Cari Makan @ KL
Ok tuan-tuan dan puan-puan sekelian...kali ni aku nak cerita pasal aktiviti makan-makan ku bersama teman-teman seperjuangan. Sebelum tu aku nak mintak maap pada tuan punya gambar ni....aku cilok tanpa keizinan dia. Elehhhh...berani dia nak marah aku??? Tengok tu....dengan adanya watermark nama dia pada gambar-gambar ini boleh membantu menfemeskan semula blog dia yang semakin sendu tu...hehehe jangan marah. Jangan sesekali overshadow hokay!!! :p
Aktiviti makan2 ni baru ajer berlaku....weekend baru ni. Kebetulan plak aku pun tak berapa sihat dan agak sibuk dengan tetamu jauh. So, aku selitkan sedikit aktiviti makan2 ini bersama teman-teman dalam gambar ini.
Malam minggu yang lalu kami pi makan di Restoran Pak Ya Chinese Muslim Food yang terletak di Galaxy Ampang. Aku pernah makan di restoran ini masa di gerai lama lagi...tapi masa tu aku selalu order takat goreng2 ajer. Kali ni restoran ni dah pindah ke tempat baru yang lebih selesa dan mantap. Nak tau tak apakah masakan istimewa di sini? Tadaaaaaa....KETAM TELUR MASIN. Jujur cakap....first time aku rasa terus jatuh cinta. Dah mcm addicted dgn ketam plak. Nak tau alamat nya??? sila ke bawah
Venue: RESTORAN PAK YA CHINESE MUSLIM FOODS CORNERAddress: Galaxy Ampang, Taman Dagang, hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, near the well known TT place Restoren Bonda GPS Coordinates: N3° 8' 53.50", E01° 45' 20.92"
inilah ketam telur masin yg sedap itu....yg warna kuning tu ialah telur masin yg telah dijadikan pelengkap makanan ini. Kalau nak resipi...sila gugel....memang ada.
aku gi makan dengan pak ajuan dan pak ajim. Tapi maaf yea....lupa plak nak letak pic pak ajuan....kat bawah ada byk pic dia.
tengok tu kesedapannya hingga menjilat jari.....licin wei!!! kesan tangan ajim pada dulang ketam tu...heheheh-------------------------------------------------------------
gambar kami bertiga....masa ni tak habis2 gelak ajer....adohaiii itulah kami bertiga bila berjumpa. Orang kata banyak gelak boleh buat awet muda kan...hehehe.
satay station here we come.....sebab nak jumpa pengantin baru di sini.
walaupun restoran ini dekat dengan rumah aku tetapi lama dah aku tak makan di sini. Nak tau kenapa?? sebab harganya bertambah mahal. Secucuk ialah RM1 uolssssssss!!!!! Kau mampu???
yeahhhhhh...pengantin baru dah sampai....bawak red velvet cake and butter scotch cake...yummyyyy!! Thanks Buzu and Dzul...selamat pengantin baru!!!!!!
sementara menunggu satay sampai...kami berbual2 dan mengusik pengantin baru...hehehe. Sambil tu amik sikit aura pengantin...kot2 melekat nanti....ahakss!!!
baru perasan baju kami semua sedondon....kebetulan ajer.
pastu majlis penyerahan hadiah untuk pengantin....special tak? Cuba tengok kotak kanan tu...burberry uolssss....mampu ke?







