Ads

Showing posts with label Entertainment. Show all posts
Showing posts with label Entertainment. Show all posts

February 14, 2012

Part 2 - Company Retreat @ Puteri Resort, Melaka





Bersambung lagi company retreat yg diadakan di Melaka.
Malam kedua kami di sana adalah malam persembahan staff. Sebelum tu semua staff dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu bhg Majalah Hiburan, Majalah Umum, Majalah Keluarga 1 & 2, Bhg Grafik dan Bhg Admin/Operasi/Brand (group aku ni). Semua staff diwajibkan mengambil bahagian untuk persembahan tu. Umpama persembahan memalukan diri sendiri di depan penonton....oh tidakkkk!!!!! Aku ni jenis gugup bila berada di depan orang ramai. Aduhaiiii.....hati tak senang...duk menghitung jam menanti persembahan malam tu.

Kalau nak tau apa aktiviti malam tu dan apakah aku buat pada diri aku ini utk memalukan diri sendiri di depan orang...jom tengok gambar-gambar di bawah. Maluuuu gilosss!!!


tadaaaaaa....cuba cari yg mana satu aku? Ngeh....ngeh...ngeh!!!! Apakah persembahan kami malam tu??? Tungguuuuuu.....!!! Masa ni kena makan dulu sebelum persembahan di mulakan.

 Bos aku kata dah mcm Kak Pah penyanyi tu...ahakss!!! Itu bukan rambut aku hokayyy.....itu rambut pelesu ajorrrr. Gambar ni pakai galaxy tab....not so clear.

Nampak tak make-up aku tu? Make-up sendiri ajor yea tuan-tuan puan-puan. Siap pakai bulu mata pelesu lagi...nak lawan Rozita Che Wan lettewww. Aku main tenyeh ajer apa2 make-up yg ada. Entah apa2 jadinya...hehehe

ni opismate aku.....bergambar ramai2 sebelum persembahan dimulakan. Masing2 suspen nak tunggu persembahan masing2.

Jom makan dulu...lapaq naa!!! Aku makan sikit ajer sebab tak selesa dgn rambut pelesu dan make-up tebal tu.

Persembahan Pertama - Unit Grafik.....mereka menggayakan style staff2 yg terpilih sahaja termasuk gaya bos besar.....hahahah lawak gilossss. Siap pakai topeng tu....memang kreatif dorang ni.

ni plak group Majalah Umum- persembahan UKSB Idol.....ayohhhhhhhh meleret-leret hampir sejam...bosan beb!!! Yang jadi Amok tu syok sendiri gamok nya hehehehe!!!!

Kumpulan Majalah Keluarga 1 - mempersembahkan sketsa dan lagu Aci-aci Buka Pintu. Oklah menghiburkan jugak.

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa....group aku lettewwwww. Over betul minah yg pakai rambut pelesu tu menggayakan Miss Datin V atau Vogue!!! Kononnya kami ni semua ratu cantik tetapi dengan gaya melucukan. Masa menggayakan fesyen masing2....siap ada make-up artis (staff lelaki) yg sibuk duk touch-up muka kita org......nama dia Shasha. So, pengacara memanggil bos kami naik ke pentas utk memilih siapakah yg paling cantik di antara ke semua ratu cantik ni. Siapakah yg terpilih????

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

si make-up artis Shasha telah dinobatkan sebagai Ratu Cantik kami (kanan sekali)....Shasha tu pun pakai ramai pelesu.....lawak bebenor masa ni.....hahahaha.

ni plak persembahan Majalah Keluarga 2 - depa wat persembahan nyanyian dan tarian. Masa ni aku tak follow sebab aku naik ke bilik duk tukar baju. Panas wei pakai baju harimau tu.

persembahan terakhir ialah group Majalah Hiburan - mereka menggayakan persembahan tiru gaya artis Juara Lagu. Siap ada Ramlah Ram, Ning/Jac/Shila, Yuna, Aishah dan Siti Nurhaliza. Huzz jadi pengacara sebijik mcm Seripah Aini hehehe. Costume depa memang dahsyat weiiii...siap sewa lagi tu. Memang gempak habislah. Pulak tu lawak yg amat....pecah perut kami. Yang paling aku tak tahan....Che Li duk menggayakan Aishah nyanyi lagu Janji Manismu siap bawak beg jamesbond....pastu dicampak nya beg tu ke cameraman.....lawak sgt masa ni hahahaha!!!!!

Keputusannya....group aku dapat number 2 ajer....wahhhh tak sangka pun ada. Kami dapat duit RM400....yehaaaaaa. 

Juaranya ialah group Majalah Hiburan.....dah agak dah. Cuba cari yg mana satu gaya Siti Nurhaliza nyanyi lagu Jerat Percintaan?. Nak tau jawapannya???? Tunggu gambar di bawah.

group aku yg vogue hahaha. Masa ni aku dah salin baju hehe. Aku sorang ajer yg pakai baju biasa masa ni.

 Para artis kita yg cun melecun. Kanan sekali tu Ramlah Ram....nyanyi lagi Ku Kunci Cintamu Dalam Hatiku.

Siapakah ini??? Inilah dia Siti Nurhaliza celup dan seksi nyahhhhh!!! Make-up tebal lagi tu. Cayalahhh Abg Joha. Heheehehe....lawak sgt.


Ok habis dah. Itulah persembahan kami pada malam tu. Entahlah tak tau kenapa tetiba aku jadi sgt sporting malam tu sebab tergedik-gedik atas pentas. Gaya gedik depan bos besar plak tu. Dalam kehidupan realiti aku tidaklah begitu....malah sangat malu di atas pentas....errkkkkkk. Takpalah sesekali kan....bukan selalu nak menggedik diri mcm tu.

Next entry plak......pasal trip aku ke Genting pada weekend baru2 ni. Sedang menghitung hari untuk perjalanan aku seterusnya. 


p/s - ada seseorang wish me Valentine's Day....maaf aku tak celebrate. 



June 20, 2011

Smurfs Day @ IPC Shopping Centre


Happy Smurfs Day. First of all nak minta maap kat Littlewing Destinations coz i cilok this pics kat FB without your permission...hehehe. Lupa nak tanya masa i call you that day. Takpa dear...i bagi kredit blog you kat sini. Sure ramai masuk blog u nanti..hehehe.


Actually this event organized by Sony Pictures. I selaku one of ManggaAd team dengan kerjasama Sony Pictures telah bermurah hati invite bloggers under ManggaAd untuk participate in this event yang diadakan di Ikano Power Centre. So, kiranya aku gi sana atas urusan kerja. Semua dikehendaki memakai baju biru to give your support for this event. Aku datang untuk serahkan invitation card disamping berkenalan dengan bloggers. Masa tu they dont know that i'm a blogger too..hehehe.


Nak citer pasal Happy Smurfs Day ni. InsyaAllah tayangannya di cinema pada awal bulan Sept ini. This was something like...nak wat promotion tentang tayangan tersebut sempena Move Carnival 2011. Tunggguuuuuuuu!!!!.Maskot Smurfs pun ada ketika ini. Selain daripada itu di sini juga ada pameran tentang movie yang sedang di tayangkan di cinema dan juga movie akan datang.


Thanks guys...u made my day more cheerful. Sempoi dan kelakar jugak geng2 blogger yang aku jumpa hari tu. Baru kenal beberapa minit tapi mcm dah kenal bertahun-tahun. Asik tergelak ajer aku dibuatnya. Till we meet again guys... :)



event dah start...

Movie Carnival kat Ikano


Maskot Smurfs yang sangat cuteee...


my new friends....Tina (tuan punya pic..hehe) and Laila.....nice knowing you guys!!!


ni lagi 2 orang geng blogger gak...Iera and Bro Framestone


tgh tunjuk smurfs cupcake yg comel itiewww


kami dijamu dgn smurfs cupcakes yg kiut miut ini.....amik ajer mana nak


hello smurfs....you're so cute


hehehe geram....syg nak makan cupcake ni




sekian dulu laporan untuk hari ini. So, anda semua jangan lupa menonton Smurfs di pawagam awal bulan Sept nanti. Byeeeee.....








January 21, 2010

Anugerah Juara Lagu ke 24 @ Stadium Bukit Jalil



Maaf buk udah lama baru nak masukkan gambarnya. Huhuhu!!!
Banyak betul cerita-cerita yang pending. Kena take turn ok.

Anugerah Juara Lagu Yang ke 24 lepas diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Aku gi dengan 2 orang adik ipar aku Nor and Lya dan seorang lagi my cousin, Yat. Four of us ni memang pantang kalau ada ticket mana-mana entertainment event....mesti nak gi punya. Kami ni memang suka muzik and entertainment. Sesekali apa salahnya kan. Buat menceriakan minda kita yg penat bekerja seharian.

Kali ni kami sampai awal sikit konon nak dapatkan tempat di depan sekali. Huhuhu. Finally lambat gak masuk. Aku dah citer pasal beberapa kejadian kat sana. Klik kat sini.



yat, nor and me

yat, lya and nor

all of us...ada org yg sudi ambilkan gambar kami...thanks!!

masa ni dah dapat tempat duduk....hangin aje aku dgn adik yg duk sebelah aku belah sana tu...ada ke dia nyanyi kuat2 sambil enjut2 kaki...pening kepala aku..isshhhh budak ni



lautan manusia...memang penuh sampai ada yg takda tempat duduk.....kawan aku yg duk bawah hangin jer coz kena naik atas tingkat 2 ...depa bagi seat kat penari mat rempit yg iring Hujan menyanyi tu...lerrr ada ke gitu...

siti and lan perform...fuhhhh vocal siti superb gilerr

pengacara yg sangat serasi dan mantap

Lagu "Pergi" nyanyian Aizat yg tidak disangka menjadi juara. Tau tak...aku tak pernah dengar lagu ni. Tapi sedap gak pertama kali dengar. Ada yg tak puashati lagu ni menang coz juri malam tu ramai yg kroni arwah Yasmin Ahmad (masa nyanyi lagu ni ada pic arwah kat skrin)

Black memang Vokal Terbaik. Hmmmm aku no komen sebab ada yg lebih bagus daripada Black sebenarnya. Adakah sebab dia penyanyi ciptaan TV3 ? Apa kata anda????

Wow penyanyi indie menang tempat kedua. "Dan Sebenarnya" my favourite song. Tahniah Yuna. Aku suka lagu ni menang. Yuna tak perlu buka mulut luas2 utk menyanyikan lagu ini. Sangat santai dan bersahaja. !!!

Persembahan Terbaik daripada Aizat. Lagu "Kau dan Aku". Sangat cute dengan kanak2 pakai baju sekolah. Yang paling cute ialah budak badan sihat yg kononnya Aizat masa kecil. Sangat cute!! Katanya Aizat dah train budak tu beraksi cara dia masa kecil2 dulu. Memang menjadi betul. You rock babe!!!

Faizal Tahir lagu Bercinta tempat ketiga. Bagi aku lagu ni biasa aje. Vokal Faizal memanglah mantap tetapi lagu ni bagiku tidak begitu mantap untuk bergelar juara. Sorry yea peminat Faizal Tahir.




December 21, 2009

Teater Natrah @ Istana Budaya



Sibuk sangat membuat entry tentang percutianku di Europe, terlupa pulak aku nak paparkan di sini tentang kehadiranku menyaksikan Teater Natrah arahan Erma Fatima di Istana Budaya. Lupa dah tarikh aku pergi tu tapi rasanya 2-3 hari selepas aku pulang ke tanahair. Masa tu aku masih tidak beberapa sihat dan mindaku pun tak sihat sangat. Asik rindu aje dengan orang tu...opsss. So, sesekali kena alih sikit minda aku dengan menonton teater.

Aku menyaksikan teater ini berempat iaitu bersama dua orang adik iparku Lya & Nor dan seorang lagi sepupuku, Yat. Plan nak dapatkan ticket harga RM50 pada hujung minggu tetapi sayangnya ticket dah habis. So, dapat yang harga RM30 aje pada weekdays. Aduhh...duk atas sekali. Pengalaman aku ke Istana Budaya selalunya duk bawah bahagian depan. Tapi kali ni first time duk belah atas. Tak berapa clearlah but apa nak buat....itu aje ticket yang ada.

For me this teater...oklah. Masa start tu agak boring sedikit dan part akhir tu baru datang klimaxnya. Aku bagi 4 bintang kepada Erma Fatima. Lakonan Maya Karin bagus tetapi kena kurangkan sikit menjerit. Kenapa ada beberapa dialog dia seperti terjerit. Itu pandangan aku lah. Lakonan Remy Ishak pun oklah sebab tak banyak sangat scene dia. Yang paling bagus ialah lakonan Umie Aida dan Samantha Schubert. Kalau sini aku pastekan sinopsis kisah Natrah ni.


Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh. Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.

Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.

Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura.