Ads

November 23, 2012

Day 1 - Staff Day Trip to Kuala Terengganu



Salam semua.
Berjumpa lagi di arena alam maya. Dah seminggu jugak blog ini bersawang yea. Aku baru ajer baik dari demam virus yang dibawa dari Indonesia huhuhu. Untuk pengetahuan semua...aku baru ajer balik percutian dari Padang-Bukittinggi hari Isnin yang lepas. Balik ajer terus demam.....demam buka sikit2 punya. Demam virus yg membawa suhu ke 40.3C.....just imagine baru balik bercuti kena amik MC pulak. Balik bercuti bawak penyakit uolsss...ishhh ishhh apa lah aku ni. Memang aku ni jenis antibody sangat lemah...mudah sakit. 

Next timelah aku citer pasal percutian itu. Aku nak habiskan percutian di Terengganu dulu kay. Memang busy giler sampaikan susah sangat nak update blog. Maaf sangat2 pada pembaca semua. Ok....pasal percutian di Terengganu ni...sebenarnya percutian staff day sambil bekerja. Aku pergi awal 2 hari bersama rakan sekerja dan bos. Kami bertiga naik kereta bos gitieww. 

Kami stay di Hotel Tanjong Vista yang terletak di Kuala Terengganu. Hotel ini terletak di tengah bandar KT...oklah aku suka hotel ini. Sebabnya? Selesa....aircond sejuk (hehehe)...makan sedap (sungguh!!)....permandangan pantai dan bandar KT.


lobby di Hotel Tanjung Vista.

suasana di dalam bilik

kami sampai KT jam 3 petang. Lepas check-in berekat sekejap di bilik.....bos ajak keluar pekena ikan celup tepung. Okay ajer!!! Then...kami pi ke pantai Batu Rakit. Tempat ni memang aku dah biasa pergi.

semua ni kami makan bertiga okay. Ada ikan, udang, ketam, kopok lekur dan pisang goreng. Makan ni cicah dengan sambal pencicah yg sedap itiew. Aku minum air jagung parut.

Ikan fresh sedap....cuma area ni agak byk lalat sikit masa kami pergi tu. Total kami makan ialah RM35.00

Memang busy....malam tu kami ada dinner plak di Hotel Primula bersama-sama team Marketing cawangan Kuala Terengganu. 

Borak-borak sambil berbincang perkara-perkara yg berkaitan dengan kerja. Bagi aku food di sini...biasa ajer. Tak leh lawan food di Hotel Tanjung Vista yg sgt sedap. Malam tu ada live band jugak di sini

Sebenarnya dah kenyang masa ni sebab dah makan ikan celup tepung agak byk jugak. So, masa dinner ni aku just makan yg ringah2 ajer. Dapat diskaun price seorang RM38 untuk buffet dinner di sini.


Okay...habis cerita hari pertama di KT. Agak padat schedule aku masa ni. Overall...memang enjoy sebab...suasana yg lain....orang2 yg lain dan makanan yg lain....tidak seperti biasa di KL. Nanti sambung lagi.

p/s - pening banyak benda nak buat.....letih!!!




8 comments:

Anum said...

bestnya jalan2

Mie said...

ICT dan yg sewaktu dengannya tu nampak sedap. Boleh singgah sini nanti. Cadang nak gi masa cuti TBC tahun dpn... :D

crescent said...

yg goreng goreng tu nampak sedap je...huhu...

Cawan said...

bersua kembali, eh bukan musim tengkujuh ke skrng..

Leez M. Saaid said...

anum - dah nama kaki jalan...mestilah best kann

Leez M. Saaid said...

mie - next year tahun melawat ganu....jom kita ke sana

Leez M. Saaid said...

crescent - yea mmg sedap....hanya ada di ganu.

Leez M. Saaid said...

cawan - masa sy pergi tu belum lg....tp ada jugak hujan sikit2