Ads

Showing posts with label Kuching. Show all posts
Showing posts with label Kuching. Show all posts

June 1, 2011

Day 4 : Journey to Kuching - Back to KL


Hari terajhir kami di Kuching. Bangun pagi-pagi lagi aku dah keluar dari hotel untuk mencari breakfast. Kali ni aku pi dengan mamaku sahaja. Yang lain masih tidur lagi hehehe. Kami pi makan kat Coffee O Corner tempat yang aku gi makan MeeKolok hari tu. Actually aku teringin nak makan Laksa Sarawak. Tempat lain aku tak berani nak mencuba sebab takut tak sedap. Kat restoran ini dah tentu memang sedap.


Yezzaaaa memang sedap. Aku dah jatuh cinta dengan Laksa Sarawak uolsss. Rasa mcm nak tambah satu lagi pinggan...sabar ehhh sebab lunch hour nanti ada orang nak belanja makan....mana nak letak perut hehehe. Masa ni mamaku makan rojak. Pun sedap rojaknya uolss. Memang rugi sesapa yang tak merasa makanan di restoran ini. Ketika kami di sini banyak makanan yang dah habis coz orang ramai sangat.


rojak yg sedap itiew.....





Balik semula hotel untuk berkemas dan siap sedia untk ke airport. Flight kami balik ke KL ialah jam 3 petang. Sebelum ke airport kami nak lunch dulu di Pizza Hutt sebab ada orang nak belanja makan. Thanks kepada N.... boss besar Pizza Hutt Kuching kerana sudi belanja me and my family. Total makanan kami pada hari tu ialah RM98.00. Sangat kekenyangan sehinggakan lebihan pizza tu kami bawak balik ajorr.

Masa ni lunch hour dan jalanraya agak macet dan menggelabah jugak kami masa tu. Pulak tu aku terlupa nak call tuan penyewa kereta ini untuk serahkan kereta di airport serta menyerahkan wang untuk 3 hari tu. Dah nak sampai kat airport barulah aku call. Terpaksalah adik aku bawak semua brg2 untuk check-in sementara aku tunggu di luar menunggu tuan penyewa kereta ini. Nasib baik just nice on time. Aku punya perangai tak suka dalam keadaan kelam kabut. Aku suka gi aiport awal dan dalam keadaan tenang. Jika kelam kabut aku akan cepat panik dan tak tentu arah hehehe.


my favourite food - Spaghetti Carbonara di Pizza Hutt


alhamdulillah kami tak tunggu lama....sampai ajer waiting room...terus naik atas pesawat


tersenyum girang sebab dapat hot seat...ngeh3


budak kecik ini pada mulanya mcm seronok ajer ketawa berdekah2...pastu? apa dah jadi???


dah start menangis dan mengamuk sebab dah time nak tidurrrrrr......sepanjang dalam flight dia ketiduran ajer...hehehe.



Sekian sahaja trip aku di bumi kenyalang. Oklah cukup dah 2 kali aku ke Kuching. If nak pergi lagi next time....tunggu dululah. Mungkin bertahun2 lagi kot. Frankly speaking aku lagi enjoy trip ke KK.....entahlah agaknya sebab aku suka laut kot. Satu yg aku suka trip ini ialah aku dapat merasa segala mcm makanan Sarawak...walaupun ada yg tak boleh nak masuk ke dalam tekak aku. Anyway....aku tetap puas dan enjoy.



Next entry - trip aku ke Singapore pulaksss....tungguuuuuuuuuuu.



May 31, 2011

Day 3 : Journey to Kuching - Pantai Santubong & Top Spot Seafood


Wellcome to my blog. Aku nak sambung lagi kisah di Kuching. Was away for 3 days...jalan-jalan cari makan di Kota Singa. Semalam baru balik. Hari ni baru aku ada masa nak update blog.


Hari ketiga aku di Kuching. Lebih kurang jam 4 petang barulah kami keluar dari bilik hotel dan menuju ke Pantai Santubong. Perjalanan dari bandar Kuching lebih kurang 45 minit gitu. Waktu ni dah petang dan cuaca agak redup ajer. Aku memandu dalam keadaan tenang dan tidak rushing. Oklah sesuai nak gi pantai. Kalau gi tengahari tadi....aduhhh mesti panas terik tidak tertahan gamaknya. Terima kasih GPS yg banyak membantu perjalanan kami di bumi Kuching. Kalau nak ke Kampung Budaya juga menggunakan arah jalan yang sama. Tapi kali ni aku tak gi pun....hmmmm cukuplah dah pergi sekali dulu. Kali ni aku tak bagi mama ku pergi coz kesian dia penat berjalan nanti.


Kami lepak di pantai ini lebih kurang setengah jam mcm tu. Masa ni bagi peluang anak buahku Reef berjalan merata-rata di tepi pantai ini tanpa kawalan. Wahh-wahh bukan main dia seperti dunia ini ana yg punyaa....hahahha. Berlari-lari sakan dia.....memang budak-budak suka lepas bebas kan.



kat belakang tu ialah Gunung Santubong.......ada cerita dongeng tentang gunung ini. Kisah seorang puteri yang menjadi penjaga gunung negeri sarawak. Kalau anda menyanyi lagu Puteri santubong ni berulang2 kali...mesti seram semacam...ishhh !!!



Pantai santubong ni tak cantik pada pandangan aku...airnya surut




dengan mamaku...


budak kecik ini memang seronok masa ni...berlari2 tak hingat punya





tengok tu...sakan berlari-lari. Nak amik gambar dia punyalah susah





leez @ pantai santubong


orang pun tak ramai





tiga beranak..







Selepas itu, kami terus balik ke bandar Kuching. Plan nak makan seafood plak malam tu. Ada yang rekemen makan di satu kampung ni untuk makan seafood...murah dan sedap. Ia terletak kat area Santubong ni...jalan menuju balik ke Kuching. Lupa plak aku apa namanya kampung ni. Then, kami cubalah masuk ke dalam kampung ni....hmmmm ada beberapa restoran style tepi pantai. Tapi mcm tak berani nak gi makan.....mcm tak bersih dan byk kedai cina. Walaupun restorannya jual makanan seafood...kami mcm tak confident ajer. Terus chow dari tempat ini.


Tempat yg kami tuju di Kuching ialah di Top Spot - tempat makan makanan seafood yang sangat terkenal di bandar Kuching. Senang nak cari tempat ini. Ia betul-betul di sebelah Pullman Hotel. Tempat makan ini di atas roof top. So, pastikan anda lihat signboard ke bangunan Top Spot ini untuk parking. Masuk kawasan parking dan terus naik lift ke tingkat paling atas.


Ikutkan di sini semuanya adalah chinese restaurant tetapi makanannya dijamin halal. Aku ada jumpa satu ajer gerai Melayu di sini. Tempat Top Spot ini besar dan banyak pilihan yang mana satu. Ada yg rekemen aku gi gerai ABC atau No. 25. Aku dalam duk memilih tu...aku gi gerai ABC. Makanannya memang sedap dan sangat murah hokay. Puashatilah makan kat sini. Jom tengok ikan-ikan di sini dan apa yg aku makan...




pelbagai pilihan ikan ada


rambang mata nk pilih ikan yg mana satu...





entah apa nama ikan ni...besornyaaaaa





udang pun ada....


beginilah keadaan gerai-gerai makanan seafood di Top Spot ini


aku makan di gerai ABC ini...highly recommended


aku nak ikan siakap tapi dorang kata takda. So, kami pilih ikan Kerapu Masak Tiga Rasa - sedappp sebab ada letak mangga atas ikan tu.


kami ada order ikan pari bakar...sedappp. Tapi order di tempat lain bukan di kedai ABC.


Sotong Goreng Tepung - sedap gak


my favourite Sayur Midin Goreng Belacan - paling sedapppp


Wet Butter Prawn - sangat-sangat sedapppppppp. Yang dry punya aku kureng sikit.


Ketam Sweet Sour - ok boleh tahan


Harga keseluruhan makanan di atas ialah RM110 sahaja. Murah tak? Kat KL nak dapat harga mcm ni? Hmmm jangan harap hokay. Overall makanan ni yg paling aku puashati. Balik hotel pastu dalam keadaan kekenyangan perghhhhh.


Next entry hari terakhir kami di bandar Kuching.





May 26, 2011

Day 3 : Journey to Kuching : Pasar Pagi Satok



Cuba anda semua tengok harga pisang pada gambar diatas. Murahkan!! Kalau kat sini harganya dalam RM5 utk sesisir pisang. Kat mana tu? Harga tu ialah di Kuching uolsss. Pagi di hari ketiga aku di sini...aku telah meronda-ronda di Pasar Pagi Satok. Pasar ini dibuka setiap hari tetapi pada hari Sabtu dan Ahad lagi meriah dan best coz dorang akan meniaga di luar daripada bangunan pasar tu. Bukan sahaja ada sayur dan ikan semua...malah turut dijual barang2 kraftangan Sarawak, pakaian, kasut dan macam-macam lagi.


Pada pagi tu....kami pergi bertiga ke pasar ini. Adik lelaki aku dan anaknya tinggal di hotel ajor. So, aku, mamaku dan Alya nak cari apa benda yg boleh dibeli dan dimakan di sini. Memandangkan kami pun belum breakfast lagi...jom tengok apa yg aku jumpa di pasar ini.



ada jual segala jenis sayur-sayur....bagi aku sayur di sini sangat murah. Buah-buahan pun murah juga uolsss.


ulam raja ini hanya 50sen seikat....perghhhh. Patutlah masa makan nasi penyet hari tu...bukan main byk dorang letak ulam raja ni...murah rupanya.


jangan tak tau...mama ku sempat beli cili lagi utk dibawa balik KL...murah!!! Selonggok tu RM1 sahaja. Kat KL RM2 tauu....aku selalu gi pasar so aku tau memang murah cili di sana


jeng jeng jeng...benda ni sebenarnya yang kami cari. Ikan terubuk masin.


ada pelbagai harga di sini...ada yg 3 ekor RM10...ada yg 2 ekor...ia bergantung kepada saiz ikan. Actually kami tak tau nak masak apa dgn ikan ni....just beli ajer. Dulu pernah beli...mamaku goreng dan letak cili n bawang. Aku tanya orang sana...dorang suggest kukus dalam periuk nasi dan campurkan cili bawang. Hmmm sedap ke?



brother ni duk sibuk membungkus ikan terubuk masin yang kami beli.


segala jenis ikan dan ayam pun ada....meriah uolsss. Tapi aku lupa nak tengok harganya.


kau hadoh? hehehe ayat menyampah kan...


ikan bilis pun banyak dijual....mahal gak harganya. Rasanya kat KK lagi murah


segala jenis ikan masin mak nenek pun ada......




Kami duk pusing pasar ini untuk mencari sesuatu. Agak-agaknya apa yang kami nak cari eh? Nanti kat bawah ni aku citer. Sekali tu kami ternampak gerai menjual kueh-mueh kat dalam pasar ni. Wahh....banyak choice. Tetapikan kueh-mueh di sini agak pelik sikitlah. Ada yg sama mcm kueh semenanjung dan ada yang lain sikit. Gambar yang kat atas tu ialah murtabak sayur.....beli gak just nak try. Kueh mueh lain pun kami ada beli gak.


Yang meniaga kek lapis Sarawak pun banyak. Aku ada try 2-3 gerai....hmmm rasanya tak berapa sedap. Peliklah dorang ni....orang meniaga kek, awok pun nak meniaga. Tetapi kalau sedap takpalah gak...yg peliknya rasa mcm hampeh tak sedap langsung...kering semacam. Mahal pulak tu. Hmmm.....





entah kueh apa....pulut kot


nasi lemak dorang unik skit. Bungkus dalam plastik jarang ajer. Bila nampak dari luar kononnya boleh agak ...wahhh nampak mengancam. Dlam tu ada ikan masin.Tapi yg nyatanya...hampehh tak sedap langsung. Frankly speaking aku cakap...orang Sarawak ni tak pandai masak. Dorang hanya pandai masak makanan dorang sendiri ajer. Makanan lain...totally out. Maaf aku cakap yg betul ni.






jeng jeng jeng....benda ini lah yg aku duk mencari ke sana ke mari. Dok tanya orang kot2 ada jual kat sini ke. Ohhhh banyakkkkk dorang kata. Tapi yang peliknya aku tak jumpa pun. Sekali tu ada sorang ahkak ni bgtau....kat lorong sana banyak jual dik....akak nampak tadi banyak. Sekali aku pun terjumpa lah ia. Anda boleh teka sayur apakah ini????





Ini namanya ialah Sayur Midin. Korang ada nampak tak yg aku makan masa hari pertama aku sampai hari tu. Yes.....aku beli ni ...yang sayur mentah. Balik KL kami pun masak lah. Rasanya mcm pucuk paku ga. Sedap dimasak goreng belacan. Kat semenanjung tak jual hokay. Hanya terdapat di bumi Sarawak ajer. Kami borong sampai 3 bungkus. Sekali dah masak...alamak jadi sikit ajer. Kalau tau....kami beli banyak sikit.


Then, dah berjaya mencari apa yang kami nakkan. So, balik hotel dan kami pun bersarapan dengan kueh-mueh dan nasi lemak yang tak sedap itu. Esok aku sambung lagi ke mana destinasi seterusnya. Chowwwwwwwwwwww.