Ads

September 29, 2011

Day 1 - Penang Trip 2011 : Nasi Lemuni Kak Bedah




Mari kita spent time membaca blog aku tentang percutianku kali ini. Cuti-cuti Mesia ajo hehehe. This year aku tak pi bercuti ke oversea sebab nak kumpul duit for next year trip. Insya Allah banyak menunggu tahun depan. Panjang umur dan murah rezeki nanti...Insya Allah aku akan berkelana ke negara orang pulak next year. Lagipun aku busy sangat hingga hujung tahun ni.


Jom citer pasal Penang...jalan-jalan cari makan. Actually percutian ini dah lama plan ...sejak sebelum puasa lagi. Kali ini percutian aku dengan geng PI. Apa tu? Korang ingat tak tentang percutian aku ke Perhentian Island yang lepas.....inilah dinamakan Geng PI. Sejak balik Perhentian...kami dah so close dan bercadang nak jalan-jalan ke Penang. Kebetulan kebanyakan geng kami orang Penang....so kami jalan beraya sekali. Tetapi yang sedihnya Nani pulak tak dapat joint coz bertembung dengan percutian dia ke Bandung. Takpa...next time kita gi lagi bawak Nani pulak kay!!!!.


Dari KL...kami bertiga iaitu aku, Azuan dan Zaharah bertolak ke Penang after balik dari kerja. Lebih kurang pukul 7 malam kami dah bergerak....supaya cepat sampai...idok ler orang Penang tertunggu2 kami lewat pagi sangat nanti. About 12.30 malam kami dah sampai di Penang. Terus ke Villa Azim di kawasan perumahan TNB Seberang Perai. Lepak-lepak kejap minum air gas dan kopok goreng Azim buat. Sedap kopok hang ajim ahakss!!! Esok acara kami banyak...so after dah minum dan borak-borak....Azim & Azuan hantar aku & Zaharah ke rumah abg Zaharah yang juga tinggal berdekatan dengan Villa Azim. Esok pagi depa datang lagi amik kami sekali lagi. Lupa nak citer....Villa Azim besaq sangat naaa. Jeles tengok Azuan tiduq di sini...hehehe. Lihat-lah gambar2 di rumah Azim ni.....sangat besaq dan selesa.


rumah orang bujang ni cantik dan kreatif




Pagi itu lebih kurang jam 9.30 pagi kami semua bertolak ke pulau pulak. Dah janji dengan Kak Bedah nak breakfast kat gerai dia. Katanya nak menjamu kami makan Nasi Lemuni yang terkenal belah Penang sana nun. First time aku tau pasal nasi lemuni ni. Asalnya dari daun lemuni iaitu kumpulan daun atau pucuk ulaman yang digunakan untuk ubatan tradisi orang Melayu. Boleh mengubati pelbagai jenis penyakit dan berkhasiat untuk wanita yang baru lepas bersalin. Itulah yang aku dengar pasal daun lemuni ni.


Tak sangka yea....dengan kreatifnya orang Melayu kita hingga boleh buat daun tu sebagai makanan yang sedap iaitu nasi lemuni.. Cara buatnya...amik perahan daunnya dimasak dengan nasi...cara seperti buat nasi lemak..masukkan santan, hirisan halia dan garam sikit. Rasanya pun lebih kurang nasi lemak. Cumanya nasi lemuni yang aku makan di gerai Kak Bedah ni tidaklah sehitam warnanya di tempat lain. Nasi tu boleh dimakan dengan sambal tumis dan pelbagai lauk-pauk lain. Ok...mencuba sesuatu yang baru.



inilah dia gerai Kak Bedah yang terletak di Kompleks Lebuh Nipah iaitu bersebelahan dengan Hotel Vistana Penang. Kat situ ada food court dengan pelbagai jenis makanan di jual.



Nasi Lemuni resipi Kak Bedah...sedappp!!!. Mai semua pakat pi makan nasi lemuni kat gerai ini....highly recommended.


terkezutttt...punyalah banyak makanan yang dijamu oleh Kak Bedah. Terima kasih bebanyak kak....semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki. Memang rezeki kami juga nak makan sedap-sedap di sini. Terharu dengan layanan istimewa orang Penang untuk kami.



Ada juga nasi impit, rendang, kek coklat, puding jagung, kueh talam dan juga

pelbagai jenis kueh raya yang lain.



kenal tak yang mana satu Kak Bedah? From left- Zaharah, Kak Bedah, Syazanah, me and Norma.....semua kami ni yang pergi Perhentian tempohari. Kak Bedah juga merupakan kakak kepada Zaharah.




Masa kami sampai tu...Mat Noor pun ada (abang kepada Zaharah). Sangat peramah dan sangat mengalu-alukan kehadiran kami. First time jumpa mcm dah kenal lama. Nice knowing you and family!!!!



pompuan ni dah tak sabar nak makan nasi lemuni....sakan nak snap dengan nasi lemuni tu...ahaksss!!!


ni pilihan lauk yang aku pilih utk dimakan dengan nasi lemuni. Aku amik sambal udang, sotong, daging, ikan bilis dan ayam goreng....lengkap semua ada hehehe. Azim kata.....semuanya RM8.00!!! Over hang hokay!!!! :P



Jemput makan semua.....cheq dah lapaq noo!!!


kembaq yg mempunyai tarikh lahir yg sama tetapi muka tak serupa...camna tu???





Untuk pengetahuan semua...gerai Kak Bedah ni sentiasa dipenuhi dengan pelanggan. Tak caya?Cuba tengok gambar di atas. Ada ajer pelanggan datang nak bersarapan...walaupun ketika itu dah jam 11 lebih pagi. Gerai ini hanya di buka pada waktu sarapan iaitu dari jam 7 pagi hinggalah ke jam 12 tengahari.


Pasal harga nasi lemuni aku tak pasti....sebab kami makan free ahakss!!. Aku rasa harganya berpatutan juga kot...sebab gerai ini dikelilingi dengan kawasan perumahan dan kedai deretan. So, sesiapa sahaja boleh datang dan menikmati hidangan makanan yang lazat ini. Disebelah kawasan gerai ini ialah restoran Nasi Kandar Kayu...punyalah panjang orang beratuq. Wahhhh...Kak Bedah saya promote baik punya. Ada komisen tak??? ahaksss...gurau ajer.




lepas makan...sessi bergambar pulak. Snap sana sini dengan sakannya.



Ni kami berposing di hadapan gerai Nasi Lemuni. Selain daripada nasi lemuni di sini juga ada dijual nasi ulam, nasi kerabu dan nasi kacang. Kami tak sempat makan sebab nasi2 tersebut tu hanya dijual pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Nasi Lemuni pulak setiap hari ada.



kami bergambar disamping tokeh gerai..Kak Bedah!!!



best dan seronok masa ni sebab kami dapat berkumpul semula.....masih teringat kenangan kami di Pulau Perhentian...penuh dengan gelak ketawa dan kenangan indah.



sakan gitiewwww.



bergambar lagi sebelum kami beredar ke destinasi seterusnya.



Perut pun dah kekenyangan dengan juadah istimewa daripada Kak Bedah. Terima kasih banyak kak...terharu sungguh dengan layanan 1st class owang2 Penang dan makanan pun sedap2 belaka. Masa ni ialah hari Jumaat dan dah nak hampir masuk waktu solat Jumaat. So, kami bertiga iaitu aku, Zaharah dan Norma telah dihantar ke Queensbay Mall utk bershopping dan yang lelaki pulak gi solat Jumaat.


Di Queensbay, aku sempat lagi bershopping tu...hehehe. Shopping apa??? Surpriseeee!!!!! Nanti entry2 akan datang aku citer kat korang...apa yang kami shopping. First time aku mai ke mall ini...sorry yea gambaq takda sebab aku terlupa naaa.


Selit sedikit.....ketika aku berada di sini aku telah menerima penggilan call dari teman di KL...yang membawa satu khabar berita. He asked me about somebody yang aku pernah sayang dulu. Rupanya......what a small world!!! Tak payahlah aku citer panjang lebar.....dia membawa perkhabaran berita yg Dr K nak kawin esoknya. Wahhhh...what a surprise news also!!! At the same time...kawan aku tu MMS to me his wedding card....yea benar dia orangnya!!!! Anyway....congratulation...kawin jugak kan.




p/s - Kat twitter anak2 dia siap comment....abah look so weird with baju pengantin pinkish and purple colour. Hahaha....so kampung!!!! Takda taste langsung...ahaksss!!! Oppssss!! Terima kasih kerana anda masih sudi membaca blog saya walaupun kita dah putus kasih. Aikkk...udah2 lah tu....baik ngadap muka bini puas2....tak payah ngadap blog ini.....hati kamu yg sakit nanti. Ahaksss!!!





9 comments:

Miss. Tina said...

Amboi cik kak kite nih beraya sakan sampai ke Penang tuh...anyway the food make my mouth watering.....:-)

h4ni3 said...

owhh.. i've been here!
dulu baca cerita hcmc as my reference.

keep in touch ya :D
(hanie)

Leez M. Saaid said...

Tina -

heheh..sesekali beraya sampai penang....heaven with food...i likeee.

Leez M. Saaid said...

hani -

oh ye ke u pernah singgah sini...hehehe

keep in touch kay!!!!

nice knowing you.....

Riyadh Zuhdi Loksin said...

Assalamualaikum, akak ada no tel. Kak Bedah yg jual Nasi Lemuni ni tak?

Riyadh Zuhdi Loksin said...

Assalamualaikum, akak ada no contact Kak Bedah yg jual nasi lemuni ni tak? really need it. nak buat program Sarapan TV3. TQVM

Riyadh Zuhdi Loksin said...

Assalamualaikum, akak ada contact no Kak Bedah yg jual nasi lemuni ni x? saya perlukan sangat sbb nak buat program Sarapan TV3 kt sana. TQVM

Riyadh Zuhdi Loksin said...

Assalamualaikum, akak ada contact no Kak Bedah yg jual nasi lemuni ni x? saya perlukan sangat sbb nak buat program Sarapan TV3 kt sana. TQVM

Leez M. Saaid said...

riyadh -

Ni phone number anak kak bedah 0164063201