Ads

Showing posts with label package. Show all posts
Showing posts with label package. Show all posts

October 13, 2015

Trip to India-Kashmir.....Tungguuuu!!!!


Salam semua.

Baru beberapa hari saya buat entry pasal trip ke India-Kashmir yang akan saya organize ini.....saya menerima sambutan yang sangat hangat daripada pembaca-pembaca semua. Hotline sekejap nombor hp saya tu...hahaha. Terharu pun ada. Sebab saya hanya try my luck buat intoduction about this trip sambil mewar-warkan di sini sebelum saya announce harga dan itinerary minggu depan. Ternyata memang ramai pembaca yang berminat untuk travel ke India ini. Pada mulanya saya agak ragu-ragu juga....sama ada mendapat sambutan atau tidak trip ini. Sangkaan saya meleset. 

Hampir setiap hari saya menerima message dan pertanyaan melalui email dan whatsapp dan juga melalui ruangan comment di dalam blog ini bertanyakan tentang kos dan sebagainya. Bukan itu sajer...ada juga yang dah confirmed dengan memberikan nama masing-masing sebagai pengesahan untuk menyertai trip ini. Ikutkan saya nak bawa seramai yang mungkin pembaca untuk join trip ini tapi apakandaya saya tidak mampu untuk mengawal crowd yang melebihi jumlah 16 orang. Jika trip ini sukses, InsyaAllah saya akan buat lagi di masa akan datang...doa-doakan yea.

Dalam beberapa hari ini saya akan umumkan harga untuk trip ke India-Kashmir ini di dalam blog ini. Ada juga minta saya message mereka melalui whatapp dan number hp yang diberi. Insya Allah tunggu yea.

Pembaca yang paling awal message saya dan membayar deposit... saya akan terima penyertaan anda terlebih dahulu. Deposit diperlukan untuk park seat bagi urusan flight ticket. Lagi awal kita membuat tempahan...lagi mudah untuk kita uruskan hal-hal lain yang berkaitan. Di dalam entry yang akan datang ini juga saya akan nyatakan beberapa perkara :

1. Harga package keseluruhan. Harga booking pun saya akan nyatakan di sini dan tarikh bayaran.
2. Tarikh pergi dan balik. Saya akan pastikan pada tarikh ini kita dapat menikmati musim bunga di Kashmir dan merasai salji yang indah di Gulmarg. Saya akan cuba uruskan jika kita dapat melawat ke ladang tulip di Srinagar yang mana merupakan ladang tulip terbesar di Asia. InsyaAllah...doa-doakan
3. Itinerary - jadual dan aktiviti kita dari hari pertama hingga hari ke tujuh. 


Ada juga pembaca yang tanya saya sama ada saya buat trip ini pada cuti sekolah. Saya belum pasti lagi sebab tarikh cuti sekolah utk tahun depan masih belum keluar dan setahu saya cuti sekolah bulan 3 biasanya jatuh pada akhir bulan. Itu semua akan saya pertimbangkan, Saya juga kena ambil faktor harga ticket flight pada cuti sekolah...sebab harga akan naik pada tarikh tersebut.  Apa-apa pun tunggu saya update nanti.

Harapan dan cita-cita saya akan datang...jika trip ke India ini sukses dan berjaya...saya akan cuba buat lagi trip ke negara-negara lain. Yang pastinya saya bagi harga yang sangat minimum dan semua orang mampu bayar. Insya Allah. 



 sajer nak kasi bakar bila nampak gunung-ganang salji yang sangat indah dan memukau ini. En Bos belum pernah merasai salji....hati dia dah berbunga-bunga riang tak sabar nak jejak Kashmir katanya...hahaha. Hari-hari diskus dengan aku pasal trip India ni...kekekeke.


Jika ada rezeki kita semua pergi ke ladang tulip di Srinagar. Inilah moment yang aku tunggukan. Nak posing macam ni dengan En Bos...hahahaha mampu????  Sambil tu lari-lari anak di sekeliling ladang ni mcm citer Hindustan. Jangan gelak kay......kita tengok nanti...ahaksss.


Ok stop di sini dulu. Tunggu aku update pada entry akan datang. Siapa cepat dia akan dapat tempat.
Wassalam.


p/s -trip hujung tahun next year dah ada dalam perancangan...






October 8, 2015

Jom Ikut Saya Travel Ke India-Kashmir (7D 6N) : Package Murah!!!


Salam semua.
Buat pertama kalinya saya nak berkongsi dengan pembaca semua berkenaan dengan trip yang akan saya organize pada tahun depan. Saya nak ajak pembaca semua untuk join trip ini bersama-sama dengan saya buat julung kalinya. Dah lama sebenarnya saya nak buat trip bersama pembaca.....akhirnya saya nekad untuk buat juga tahun depan. Insya Allah. Ke mana tu? Mesti dah tau kan.


Jom kita sama-sama travel ke India-Kashmir. 
Kenapa saya pilih India dan bukannya negara-negara lain? Sebabnya.....

1. Nak sangat menjejaki Kashmir yang merupakan syurga dunia dan merupakan kawasan pelancongan yang sangat cantik. Kita akan stay dalam boat house yang unik dan cantik yang terletak di Dal Lake. Gulmarg pula merupakan kawasan tanah tinggi yang dikenali sebagai "Meadow of Flowers". Anda akan menaiki cable car untuk ke sini dan dapat merasai salji serta bermain ski di sini. 
2. Ingin melihat keindahan Taj Mahal yang merupakan salah satu Seven Wonders of the World
3. Ingin mencoret banyak perkara tentang gaya hidup dan budaya penduduk India
4. Syurga membeli belah fabrik seperti kain sari dan kain ela cotton yang murah dan cantik. Boleh beli banyak-banyak dan meniaga di Malaysia.


Menarik tak ??
Harganya saya akan update lagi 2 minggu akan datang. Yang pasti ia murah dan sangat berbaloi.
Bilakah agaknya?

Hujung Bulan March atau Awal bulan April tahun 2016. Ada beberapa bulan lagi untuk kumpul duit. Trip ini merupakan kerjasama saya dengan sebuah travel agent. Saya memilih untuk mengikut travel agent kerana negara India ni berbeza dengan negara lain yang kita boleh pergi sendiri. Kita akan mudah kena tipu dan sistem pengangkutan awam sana tidak efficient. Kalau ikut travel agent ia memudahkan sebab mereka akan uruskan segala-galanya. Kita cuma bawa diri dan duit shopping ajer.

Pakej ini selama 7 hari dan 6 malam
Lokasi : Delhi - Srinagar - Agra- Delhi
Airline - MAS

Saya akan limitkan seramai 16 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat. 


Jika berminat dan jika ada sebarang pertanyaan boleh hantar email pada saya : syarliz.saaid@yahoo.com atau whatsapp 013-3305023

Jika dah dapat harga nanti baru anda boleh confirmkan persetujuan untuk join trip ini. Untuk entry ini saya hanya nak war-war kan terlebih dahulu. Syarat-syarat untuk join trip ini saya akan bagitau 2 minggu lagi bersama dengan harga pakej.



Taj Mahal...sangat cantik seni binaannya


Gulmarg - ada macam kat Swiss tak? Jangan lepaskan peluang anda. Kalau nak pergi Swiss mahal sangat...so jom ke sini..lebih murah harganya.


Fuhhh.....jatuh cinta dah...walaupun saya belum menjejakkan kaki lagi.


 Gulmarg


 naik cable car untuk sampai ke sini



ada berani? Belasah ajer...nanti ada guide yang akan tolong kita.



Dal Lake....kita akan stay di dalam boat house di sini.



Fuhhh cantik sangat...indahnya ciptaan Allah. Rugilah kalau anda melepaskan peluang ini. Kalau nak pergi sendiri memang tidaklah. Alang-alang saya organize trip ini dan open pada pembaca semua....jom ramai-ramai kita pergi.


 Boat house di Dal Lake yang kita akan stay nanti. Ni salah satu contoh.,....saya google gambar ni.



Ini pulak salah satu design di dalam boat house tersebut, Ini pun saya google di internet.



suka shopping? Nanti di Agra kita akan bawa uols semua ke kedai borong jual kain cotton yang sangat murah. Beli banyak-banyak boleh bawa balik meniaga di Malaysia. Actually tidak termasuk dalam itinerary...tapi saya sendiri yang request untuk ke tempat ini. Kalau pergi sendiri...mesti uols tak tau nak ke kedai mana. Tapi jika ikut trip ini....kita akan bawa ke tempat yg dinyatakan tadi. 
Menarik tak? Cepat kumpul duit dan kita ke India pulak.



kain sari di sana memang murah tapi bergantung pada kualiti kain dan material. Kalau nak cari kain sari cotton pun banyak....boleh buat baju kurung. Nanti kami akan bawa uols. Bawa duit banyak2 kita boleh beli borong dan dapat harga lebih murah.



Ada masa lagi untuk berbincang dengan kawan-kawan atau family kalau nak join trip ini. Siapa cepat dia dapat. Kalau misalnya trip ini dah penuh dan anda tetiba last minute nak join...saya minta maaf banyak2 sebab saya selesa dengan bilangan yang dinyatakan tadi. Kalau lagi ramai....susah untuk jaga dan kawal the crowd. 

Okay....saya stop di sini dulu. Jika ada pertanyaan boleh contact saya. 


p/s - menghitung hari lagi.