Sampai di Hatyai selepas kami lunch di sana....kami pergi travel agent yang berhampiran dengan area Lee Garden Hotel (lama). Boleh ajer pilih mana-mana travel agent and tanya camana nak pergi Krabi. Mereka akan menyediakan perkhidmatan ke Krabi dengan menaiki van. Waktu bertolak ke Krabi akan di beritahu juga....depands kita nak pergi jam berapa. Masa tu kami still ada sejam sahaja sebelum bertolak iaitu jam 1 tengahari. So, ada masa untuk membeli apa-apa yang patut untuk bekalan perjalanan selama 4 jam. Apa??? 4 jam??? Yea tuan-tuan dan puan-puan...perjalanan dari Hatyai ke Krabi mengambil masa 4 jam dengan menaiki van. Kami dikenakan tambang sebanyak 250 Baht (RM25) untuk seorang. Anda kena bgtau nak turun di mana. Kami bagitau nak turun di Ao Nang iaitu kawasan tepi pantai di Krabi yang menjadi tarikan pelancong. Kami tak booking hotel lagi tau...so pikir nak walk in ajer.
semasa di dalam van. Van ini selesa tau dan penuh dengan pelancong dan penduduk tempatan juga.
Semasa di dalam perjalanan ke Krabi ni...hujan turun renyai-renyai. Kat sana pun highway jugak tetapi takda tol dan tidak dapat menandingi keselesaan highway di Malaysia. Sepanjang perjalanan aku tidur ajer hehehehe. Pastu driver tu berhenti selama 15 minit di R&R untuk berehat sekejap dan buang air. Kat R&R ni ada tempat makan Muslim, surau dan supermarket yang menjual barangan makanan buatan tempatan seperti kek, kerepek, kacang dan macam-macam lagi. Aku plan nak membeli sedikit tetapi terpikir plak...baik aku beli time nak balik. Untuk pengetahuan semua....barangan tersebut tadi adalah halal.....merupakan perusahaan makanan buatan masyarakat Muslim di selatan Thai. Tempat yang kami berhenti di sini ialah Trang.
Lebih kurang jam 5 petang kami dah sampai bandar Krabi. Untuk sampai ke Ao Nang...mengambil masa 30 minit lagi. So, masa berhenti di bandar Krabi tu....kami dipanggil turun di satu tempat travel agent. Rupanya mereka nak rekemen kami mana-mana hotel yang kami nak stay di Ao Nang. Hmmm...sama ajer masa aku gi Phuket dulu. Pada mulanya malas nak layan dorang ni...tetapi memikirkan kami tak nak buang masa sangat untuk mencari hotel....finally kami akur jugak. So pilih punya pilih...akhirnya kami decide untuk stay di Hotel Baan Pulaoon dengan harga sebanyak 120Baht (RM120) untuk bilik twin bed. Entahlah aku tak tau murah atau mahal...sebabnya aku sangat berpuashati dengan bilik tu. Nampak dari luaran mcm biasa ajer...tetapi dalamnya standard 5 star uolssss!!!!!. Hotel ini bukan di tepi pantai...kena jalan lebih kurang 500 meter dari kawasan pantai. Tak kisahlah sebab area ni happening jugak pada waktu malam
Malam tu after maghrib plan asal nak gi bandar Krabi untuk jalan-jalan di night market di sana...tetapi memandangkan malas nak naik tuk-tuk ke sana...lagipun jauh sikit. So, kami decide nak jalan-jalan di area Ao Nang ni ajer. Jangan tak tau...kawasan Ao nang ini sangat happening pada waktu malam...mcm Phuket jugak tetapi bagi aku secara peribadi berpendapat Ao Nang lagi best drpd Phuket. Sebabnya....lebih teratur, lebih bersih, lebih selesa dan lebih kelasssss berbanding Phuket. Kalau di Phuket....aku mcm nampak geli sikit tgk mat salleh dan minah Thai di sana. Tapi di Krabi pulak aku nampak ramai pelancong in family group. Pelancong Malaysia pun ramai uolssss...berduyun-duyun. Ramai gak yang bawak kereta ke sini.
Kalau nak makan pulak....makanan Muslim agak terbatas jika dibandingkan di bandar Krabi. Difahamkan penduduk Krabi majoritinya adalah penduduk Islam. So, jangan risau tentang makanan di sini. Cuma nya aku tak tau mana kedai makan yang sedap di Ao Nang ni. Restoran seafood memang banyak.....nampak agak mahal sedikit. Almaklumkan kawasan pelancongan.
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
jejaka yg sedang hangat di Mesia ketika ini. Hangat kenapa yea? Kalau korang baca paper minggu lepas mesti tau kisah jejaka ini. Katanya....dia membawa diri ke Krabi utk mencari ketenangan seketika......
Ok sekian dahulu hari kedua aku di Krabi......esok masih ada lagi aktiviti aku di sana. Insya Allah aku sambung lagi esok. Memang aku nak habis kan entry ni secepat yg mungkin. Sebab lepas ni ada lagi trip bulan Januari akan datang.
p/s - Alhamdulillah dengan rezeki Allah....syukur sangat!!!!!
13 comments:
di hatyai kejap je ke leez?
tak sabar nak tengok gambar pantai krabi :)
I tak pernah ke krabi dan hatnyai.. tapi nampak macam best jer tempatnya. Tak sabar nak tunggu citer seterusnya.
yeayyy! dah taw cm ne nk ke sana..hehe :)
tenkiu kakk..mcm best je :)
tak sangka lak dekat je krabi n hadyai ye... dulu saya pegi naik flight direct to Krabi..
kak hanim -
satu mlm di krabi dan satu malam di hatyai kak....dan 2 malam di dalam train hehehe.
rozita -
i suka dgn krabi....sebab nampak santai dan tak sibuk sgt. Dan i tak suka sgt phuket...
aida4eva -
jgn lupa ikutan blog ini seterusnya....ada byk lagi citer hehehe
shaza -
4 jam tu dekat ke? hehehe....i plak ingatkan 2 jam ajerr...rupanya lagi jauh hehehe.
Assalam...nk tnye...klu nk drive dr malaysia ikut p.hulu...nk ke krabi jauh x kak.. Then kt sne senang x nk jumpe agent pelancongan..
bez dapat info kat sini...jika semuanya berjalan lancar, ujung bulan ni dpat la ke krabi...yahooooo...x sabar2 nih...
Ok..
Yg roslan tu..mcm.kenalll je..macam.penah nampak jee..
Ohohohohooo..rasenya tgk pic roslan kat blog kak Catz..hehehehe
Glamer roslan.
hye nk tnye..ade x cntct no travel agent yg arrange van ke krabi dr hat yai?
nak tnya..pergi sne by pkej or wht...dan dri hatyai ke krabi nek van sndri kn...ad nme or contct no org tu x...sebb murh la
Post a Comment