Ads

October 17, 2010

Trip to JB-Singapore : Beriani Batu Pahat & Stulang Laut

Hai semua...bersiaran semula di laman blog ini.
Setelah seminggu aku hilang dari dunia maya, maka hari ini aku muncul semula. Busy yang teramat sangat. Pertama, aku busy dengan majlis perkahwinan cousin ku di Singapore. Bermalam di JB sehari dan esoknya lepas wedding terus pulang ke KL. The next day aku fly to Melbourne for holiday selama seminggu. Now, I'm back!!!
Citer pasal Melbourne....tunggu!!!!!




Aku ke JB pada hari Sabtu pagi yang lepas bersama dengan mamaku. Adik-adikku yang lain sudah ke sana awal lagi hari Jumaat . Mereka semua stay kat Singapore. Aku and mamaku decided nak bermalam di JB ajer dan esoknya barulah ke Singapore untuk majlis perkahwinan my cousin tu. Sebenarnya aku ada hal nak lepak-lepak di JB malam tu. Sajer jer nak jumpa kawan-kawan. Maklumlah sebelum ni aku memang tiada kesempatan berbuat demikian. Biasalah bila dah gi dgn family...most of the time spent dgn sedara-mara ajer.

Dalam perjalanan ke JB tu....kami singgah sebentar di Batu Pahat untuk memenuhi hajat mamaku untuk makan Nasi Bariani Power tu yang terletak di Taman Soga, Batu Pahat. Sebelum ni dah pernah pergi tapi masa tu nasi barianinya sudah habis. Tapi masa tu ada orang yg tolong bawakan ke tempat ini. Kali ini pula pergi sendiri berpandukan dgn GPS yg baru ku beli, akhirnya kami sampai juga ke restoran ini. Kami sampai jam 2 petang dan ramainya orang masa ni. Masing-masing bawa family. Nasib baik kami cepat sikit dan ada tempat kosong.




ini menu yang ada...

tadaaa.....akhirnya dapat gak makan.


Bariani Gam Ayam harga RM8.50. Bagi aku...oklah sedap jugak tapi taste aku more pada bariani style mamak....huhuhu.


ni plak kambing bariani.....sedap. Harganya RM5.00


Bersama set nasi bariani tu ada dalca dan acar timun.


ni pandangan di belakang restoran....sempat plak aku snap.


--------------------------------------------------------------






Sampai di rumah cousinku di Mutiara Rini, JB petangnya. Sempat minum teh dan makan kueh karipap. Then, after mandi dan solat maghrib aku terus gerak ke Danga Bay dengan berpandukan GPS ku itu. Maksu dan Johan dah menunggu ku di sana. Parking kereta kat sana dan aku naik kereta Johan terus ke Stulang Laut untuk makan-makan.

Sebaik sampai di Stulang Laut, kami singgah di stesen teksi untuk mengambil Intan yang juga teman blogger ku. First time kami berjumpa setelah sakan berborak di alam maya. Intan ni rajin menegur ku di FB. Dia juga rajin membaca blog ku ini dan pernah menang kuiz yang aku buat dulu. Disamping tu aku memang nak jumpa Intan untuk menyerahkan story books yang aku pinjam dari dia tempohari. Akhirnya memang kesilapan aku yg agak kelam kabut masa bertolak ke KL .....aku terlupa nak bawa story books itu. Padahal dah siap letak dalam paper bag. Adussss...kenapalah aku ni?? Kesian Intan...terpaksalah aku post kan nanti. Malam tu ada sorang lagi teman kepada Johan iaitu Wan juga joint kami makan.



Yang pakai tudung hitam tu lah Intan....ok jugak dia ni peramah. Nice meeting u dear!!! Keep in touch kay...


menu kami.......sajer surprise kan.....balut dgn daun pisang.


tadaaaaa...inilah dia nasi goreng daun pisang...besar udangnya. Sedap!!. Maksu yang rekemen.


ini pulak ikan pari bakar bercili...merembess!!!


juga yang ini..... Sotong bercili.


habis kami makan.......



Selepas makan dan kekenyangan, kami beredar ke tempat lain. Sebabnya kami tak tahan dengan asap ikan bakar yg sangat menyesak pernafasan kami. Sampai aku terbatuk-batuk dan semua kami berpeluh-peluh. Perhhhhh!!!

Then, kami singgah di Restoran Singgah Selalu kat area Danga Bay. Yang menurut orang JB tempat ni happening time malam. Ia dibuka 24 jam. First time aku lepak di sini walaupun aku tau tentang kewujudan tempat ini. Sambil minum, lepak dan borak-borak.....tak sedar rupanya dah jam 12.30 tengah malam. Esok pagi aku nak berangkat ke Singapore plak...huhuhu.

Thanks to Maksu, Johan, Intan dan Wan coz sudi melepak dan makan-makan dengan Kak Leez. Nanti kita plan lagi kay. Seronok sesekali jumpa member macam ni. Next plan....Pulau Batam kay!!!!!


cerianya Intan.....hehehe...Maksu maintain!!!!

Maksu, Wan dan Johan.......... thanks uols!!!


minum manggo tea ajer......cedap!!!!



next entry - majlis perkahwinan cousinku di Singapore !!!!




10 comments:

fatt said...

welcome back!

laparnya tgk nasi beriani tu...napela tak penah tau ye walhal kg mak kat BP je..balik nti nak cuba carila :)

leez,camne melben?seronok tak?cant wait to read ur story (theee...hee..myself jgk tak tulis2).. :P

Yan said...

selamat kembali..


amboi3..seronoknya makan.. akak org johor pun tak penah sampai kat tpt tu semua.

kasihredha said...

rindu dengan blog leez yg sepi seketika...tak sabar nk dengar cerita melbourne pulak.

@xiM said...

salam kak leez..
wahhh pi melbourne yaa..tak sabar nak dengar citer pasal melbourne nih..:o

hannahsarah said...

bestnye org bujang ni...asik jejalan je. Jeles i.
Ape2 pun cant wait to read ur next n3

Syarliz M. Saaid said...

fatt -

kena try nasi beriani ni...mmg power!!!

tunggu yea entry melben ni...kena settle kan entry lain dulu..hehehe.

Syarliz M. Saaid said...

Kak Yan -

saya tahu pasal beriani ni pun dari org Batu Pahat jugak. Kalau tak...mmg tak tau pun.

Syarliz M. Saaid said...

Kak Hanim -

blog ni nak berehat kot...saya bagi rehat selama seminggu...hehehe.
Tunggu yea kak..entry Melben yg dinanti2 kan.

Syarliz M. Saaid said...

Axim -

tungguuuuuuuuuu...... akak pening dah nak start camana.

Syarliz M. Saaid said...

hannah -

org bujang ni borang dah duk KL...tu pasal sentiasa nak cari peluang berjalan merata dunia.