Ads

August 5, 2010

Day 1 - Terengganu-Redang Trip : Paka & Rantau Abang



Bercuti lagi...hehehehe!!! Gitu lah...
Percutian yang tidak dirancang...tetiba ajer nak gi. Percaya tak? Kami merancang dalam masa seminggu ajer...terus buat keputusan nak ke Terengganu. Pastu boleh pulak nak singgah ke Pulau Redang sekali. Kerja gilerrr...hahahaha.

Percutian ini dihadiri oleh kami berenam iaitu Kak Rose dan anak-anaknya Kak Yong & Alia...juga dihadiri oleh teman kesayangan ku Qis dan Burn. Plan nak naik keta aku ajer...akhirnya naik kereta Kak Rose pulak...hahahaha. Sungguh tepat dan mantap. Kami sangat-sangat enjoy dengan percutian ini. Hilang kejap stress di kepala. Percutian yang aku sememangnya tak boleh lupa sampai bila-bila. Pulak tu semua kepala giler-giler....gelak, gurau senda dan lentuk...semua ada.

Kami bertolak dari KL pada jam 4.30 pagi. Aku ulang sekali lagi ya...pukul 4.30 pagi. Plan nak bertolak malam tetapi Qis pulak kerja malam tu. So, lebih kurang pukul 4.30 pagi barulah bertolak. Percaya tak ....aku tak boleh tidur malam tu sebab baru nak berkemas bag. Mata pulak terkelip-kelip tak leh nak lelap...takut tak terjaga nanti kang. Kak Rose yang memandu pagi tu. So, aku kena lah temankan dia. Nanti terlelap plak akak kita ni ketika memandu...naya ajer...hehehe. Masa tu kepala aku dah tiong-tiong skit sebab menahan ngantuk kan.



aku duk depan menjadi co-pilot menemani Kak Rose selaku driver kami pagi tu..

tadaaaa.....semua termasuk dalam gambar kecuali aku...huhuhuhu...silap teknik daaaa!!!



Kami berhenti di daerah Paka, Kerteh di rumah sepupu kepada Kak Rose untuk breakfast. Rupanya Kak Rose buat surprise kat kami...kononnya nak breakfast kat kedai paling murah dan tersedap di Paka. Terpaksalah kami menahan lapar sampai pukul 10 pagi. Aleh-aleh dia kata nak gi rumah cousinnya. Hehehe...dia dah berjanji dengan cousinnya nak breakfast di sana rupanya. Patutlah beriya-iya nak singgah kat Paka...hahahaha. Luv u kak!!!

Kami dihidangkan dengan nasi lemak yang sedap dan lazat. Tambah 2 pinggan kami semua makan. Then dihidangkan lagi dengan buah-buahan seperti rambutan dan manggis. Aduhhh...rasa terharu sangat dengan layanan orang Ganu ni. Terima kasih banyak-banyak!!!



rambutan dan manggis yang fresh baru dipetik.....

bergambar dengan anak tuan rumah...comel dan gebu...

perjalanan diteruskan lagi....

singgah sebentar di Rantau Abang utk posing session.....


Kami dah tiba di Rantau Abang. Tempat penyu wei!!!. Tetiba Kak Rose berhenti dan belok ke kanan. Rupanya dia kata nak bergambar di sini. Subhanallah cantiknya permandangan laut di sini. Aku terpaku seketika. Wahhh...sakan gitu kami berposing. Aku mengambil kesempatan utk menunjukkan skill fotography di sini. Hasilnya...aku sangat berpuashati.

Pelbagai aksi kami ambil. Siap naik atas bukit lagi untuk permandangan yang lebih jelas dan indah. Bestnya sehingga tak terkata aku ketika itu. Sangat cantik, indah dan nyaman. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyambut kedatangan kami warga KL. Alhamdulillah cuaca ok dan tidak hujan pun.


berposing dengan Qis... kau ada???

nampak tak bukit comel tu...sempat lagi kami memanjat di sini...

Subhanallah cantiknya.... terpegun seketika..



masa nak mendaki tu...sempat lagi berposing...hahahaha...

permandangan dari atas bukit..... cantiks!!!

kami berlima.... che burn satu-satunya jejaka dalam group kami...tukang amik gambar ler...

tempat penyu bertelur di sini.... Rantau Abang



i'm here babe!!!!





dua orang anak dara Kak Rose...sakan korang yea...hehehehe



tiupan angin laut yang sungguh nyaman dan segar...



Selepas puas berposing di sini...kami pun beredar dan meneruskan perjalanan. Kali ni Kak Rose nak berehat pulak dan Che Burn pengganti menjadi driver kami. Masa ni semua dah bersemangat nak turun ke laut esoknya. Dah tak sabar-sabar. Redang Island here we come!!!!!

Dah lama sebenarnya aku tidak turun ke Terengganu. Last aku gi beberapa tahun yang lepas. Itupun masa tu menaiki flight...so tak dapatlah menikmati keindahan begini. I miss Terengganu so much!!!

2 comments:

sepul said...

wahh chanteknya. kak leez bila nak ajar saya fotografi ni

Hidayahsalleh said...

kak leez dah boleh jd photographer berjaya mcm ni..cunlah gmbr..-kak nor-