Ads

Showing posts with label sports. Show all posts
Showing posts with label sports. Show all posts

August 8, 2011

Jom Futsal @ Sports Planet Ampang !!




Mari kita beriadah dengan aktiviti sihat.....jom kita berfutsal. Gambar futsal ini merupakan aktiviti riadah kami sekeluarga...adik-beradik aku dan anak buah aku semua ada. Ia diadakan di Sport Planet Ampang...berdekatan dengan Ampang Point dan bersebelahan dengan Bora Ombak. Dah few months ago...baru kesempatan nak buat review. Gelanggang futsal di sini memang bertaraf antarabangsa....dan diiktiraf.

Untuk sewa di gelanggang ini aku tak pasti berapa harganya tapi kalau anda ada membership ratenya ialah RM120 sejam. Kalau nak buat perlawanan futsal di sini boleh berurusan terus dengan pihak Sports Planet Ampang.

Baru-baru ni aku ada berurusan dengan dorang utk menganjurkan satu event...ada perlawanan sekali. Sesapa di sini nak joint friendly match boleh contact aku eh. Event ini akan berlangsung after raya ni bulan Oktober....so sesapa nak joint as one group or individual boleh ajer. Takda di kenakan bayaran kay.....friendly match ajer. Yang pasti ada artis yang akan joint. Nanti minggu depan aku bgtau event apa.




my bro and nephew sdg menggelecek bola


masa ni si kecik tu belum pandai jalan....tapi dia bersemangat nak main jugak

gelanggang futsal di Sports Planet Ampang


aku suka dengan flooring gelanggang ni....bertaraf antarabangsa






maaf kualiti gambar tak bagus...sebab aku guna hp camera ajer



cewahh anak buah aku bersemangat....yg sorang lagi tu semangat Malaysia....siap nyanyi lagu Negaraku....patriotik sungguh hehehe


ini player utama...striker gitu...hahaha boleh percaya? kau mampu? ahaksss


rest sekejap minum air


masing-masing sakan...huhuhu


yg kat belakang sekali tu....over sangat huhuhu


penat gitu.....



Sesapa yang nak joint futsal friendly match ...email aku kat syarliz@hotmail.com

Nanti kita bincang-bincang camana....tattititutu....






June 30, 2010

Majlis Penutup Sukan Inter-Department 2010


Majlis Penutup Sukan tahunan opis aku telah pun berlangsung minggu lepas di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi. Actually aku malas nak joint perbarisan sebab ada hal minggu tu. Akan tetapi hal aku tu tak jadi kan..so aku terpaksalah joint perbarisan. Kami dapat tracksuit sepasang, tshirt dan cap. Majlis bermula belah petang. Bermula dengan acara padang trek, diikuti dengan perlawanan akhir bola sepak dan acara akhir tarik tali lelaki.

Keputusan keseluruhan department aku tidak mendapat tempat utama atau juara...huhuhuhu. Yang penting semangat mesti ada. Yelah semangat kesukanan. Before this tahun-tahun yang lepas dengan department lama aku...aku jarang joint acara perbarisan. Baru kali ni aku tergerak hati nak joint...seronok jugak kan.

Jom tengok gambar-gambar pada majlis penutup sukan tu. Aku sebenarnya takda mood nak tulis panjang-panjang. Ok enjoy the pictures guyss!!!



acara lumba lari..

acara bola sepak pun bermula...Production vs UMES....(2-0)...yeahhhaaaaa..

penalti pulak kan.....yess!!!

ni plak acara tarik tali lelaki...Editorial vs Production

aku bersama teman baikku...Ahkak Rose

dah siap berpakaian untuk perbarisan

kumpulan perbarisan wanita yg vogue!!!

ni plak kumpulan perbarisan lelaki...macho kah????

bersungguh-sungguh kami.....konon nak dapatkan perbarisan terbaik...tapi hampehhh


konsep Satu Malaysia...barisan model/penari kami

konsep Satu Malaysia

gitulahh......


majlis penyampaian hadiah lah pulakk...

juara tarik tali...jadilahhhhhh

June 25, 2010

Futsal Tournament @ The Challenger Sports Centre


Futsal tournament opis aku telah berlangsung last week. Ia diadakan di The Challenger Sports Club, Cheras. Berpusing-pusing aku nak cari tempat ni. Sib baik aku sempat sampai awal. Masa ni ramai dah berkumpul mengikut team masing-masing. Ia berlangsung pada awal pagi. Tengahari jer aku dah balik..hahahah..sebab dah kalah kan. Tak da nasib kami nak menang. Pakaian dah gah...merah menyala gitu tapi tidak segarang warnanya.

Aku jadi goal keeper. Aku turun sekali....bolos satu biji bola kat celah kangkang aku. Masa tu aku one to one dengan pihak lawan. Panik aku...terus ke depan konon nak tangkap bola...akhirnya bola masuk celah kangkang...tau-tau ajer...orang dah sorak goal. Aku pulak macam tak percaya...alih-alih bola kat belakang aku. Boleh????

So, bila dah kalah....nak sedapkan hati...kami berposing ler. Malas dah nak pikir. Oh yea lupa nak cakap, untuk kejohanan ini kami mendapat sponsor kasut, sock, baju, seluar dan cap. Bagi aku yg goal keeper ini juga dapat sponsor glove. terima kasih kepada company yang sponsor tu. Barangan kami semua menggunakan jenama Figos. Makanan tengahari juga department aku sponsor gak....makan nasi kukus...cedappp!!!



team kami....ceria sebelum perlawanan

aksi pun bermula...aku snap aksi kawan-kawan aku bermain

posing jap dengan team korporat... Wan Fariza dan Zana..

shikin, nik, nini and me.....

after kekalahan...sempat tersenyum...muka aku yg jadi kemerahan lepas perlawanan

apa lagi...berposing lah kami....

ina, kak ros, me, mai and zilla..... you go girl!!

sakan korang posing kan....gitu lah!!!





team lelaki opis aku...pun dah kalah...longlai terduduk.....

kawan-kawan yg close dgn aku...... shila, kak ros and me

shila, aku saja letak pic ko banyak2 kat sini.......nak bagi ko glamer kat blog aku...huhuhu!!!!

June 22, 2010

Intro - Futsal Tournament 2010



Ini baru introduction futsal tournament last Sunday. Aku kasi intro 3 gambar dulu. Esok ada banyak lagi gambar yang akan aku masukkan. Disebabkan hari isnin kemalasan melanda, so aku masukkan 3 gambar ajer. Virus malas dan mood aku kureng hari ni. Down giler...macam-macam hal berlaku siang tadi.

Nak share mood happy plak. Thanks my dear!!! . Your call just now make me soo happy. Good news from him and it is confirmed. As a birthday present for me. I know that u work soooooooooooooo hard just because of me. Here i come. Muahhh!





June 18, 2010

Go.. Go.. England !!!






Semangat kan !!! Seebab Rooney ada kat sebelah.
Go.. Go.. England !!!!