Ads

Showing posts with label Kueh Raya. Show all posts
Showing posts with label Kueh Raya. Show all posts

June 5, 2015

TEMPAHAN COOKIES HARI RAYA DIBUKA SEKARANG !!!!


Salam semua.

Lama betul tak update pasal travel. Tuan tanah busy sangat sejak beberapa minggu ni. Sebabnya sangat sibuk dengan cookies. Alhamdulillah ramai betul yang order cookies untuk makan-makan sebelum raya. Tak menang tangan dibuatnya. Itu belum lagi buat untuk raya. Mood puasa dan raya dah nak sampai...tu yang semua orang pun mood nak makan kueh raya. Kami laki bini dan dibantu oleh my mum bertungkus lumus menyiapkan tempahan daripada customers tersayang. Sekarang ni pun masih banyak order masuk untuk makan-makan.

Banyak juga yang siap deliver kepada cutomers. Ada yang baru first time merasa...alhamdulillah semua kata sedap dan ada juga yang repeat order untuk makan2. Order untuk raya belum lagi tu. Bila customer suka dengan cookies kita...kita pun rasa happy. Alhamdulillah dengan rezeki ini.

Kepada pembaca blog semua yang nak order untuk raya...boleh order sekarang yea. Dah boleh calling2 atau whatsapp saya sekarang. Kepada customer saya yang order melalui poslaju...insyaAllah dalam weekend ini saya akan siapkan packing dan post ke alamat yang diberi. Minta maaf banyak2 sebab mengambil masa untuk post. Maklumlah tuan tanah busy kat dapar jer...tak ada masa nak ke pejabat post. Sabar yea. Insya Allah akan sampai ke tangan uolss minggu depan. Saya akan post pada hari Isnin ini.

Tempahan untuk raya pun dah banyak yang masuk. Saya akan mulakan cookies tempahan raya pada minggu pertama puasa. Saya tak suka buat awal sebelum raya...nanti cookies tak fresh. Saya mementingkan mutu dan kualiti cookies.


WHATSAPP ATAU SMS 013-3305023 ATAU 013-6280817

LIKE ΓΌ FACEBOOK : SESEDAP AIR TANGAN ISTERI



PROSES MEMBUAT JEM TART NENAS

A. Tart Nenas - RM25 sebalang - 46 pcs

Saya memang membuat sendiri jem tart nenas. Saya tak suka guna jem yg dibeli di kedai kerana rasanya tak sedap. Kalau buat sendiri...memang terjamin sedap dan tahan lama. Tak terkira banyaknya nenas yang kami dah potong untuk tempahan makan2 ni. Memang kerjanya rumit....tetapi hasilnya memang sedap dan meletop.


 proses memotong nenas....entah berapa trip memotong nenas ni. 

 sagat nenas bukan perkara yang mudah. En bos punya tugas ni. Tak suka pakai blender coz nanti hasil jem tidak secantik kalau sagat seperti ini.

 proses memasak nenas pulak memang tugas aku. Bukan kejap yea nak masak ni. Makan masa berjam juga.

 tadaaaa.....tart nenas dah siap cepit dan letak jem. Tunggu nak masak jer ni.


tart nenas yang dah siap dimasak. Mengancam tak??? Apa lagi....boleh order sekarang.




B. Cflakes Cookies - RM25 sebalang - 55-60 pcs

cflakes cookies yang belum dibakar

Dah bakar.....nyum nyum rasa dia.


Inilah dia cflakes cookies yang sedap, rangup dan kurang manis. Boleh order sekarang.





C. Coconut Cookies - RM25 sebalang - 60 pcs

Dah siap masak...tadaaaaa. Cookies ni menjadi door gift utk my wedding yang lepas. Ramai puji kesedapannya. Rugi tak beli.


Satu bekas ada 60 pcs...penuh dan padat sebalang.




D. Choc Cips - RM25 sebalang - 55-60 pcs or 500 gram

Rasanya memang sedap dan rangup. Sebijik macam famous amous. Campuran walnut, cashewnut dan choc cips. 

Cepat-cepat order untuk raya. Di antara cookies yang mendapat sambutan hangat penggemar choc cips.




E. Red Pearl - RM26 sebalang -   45-50 pcs


nampak macam tak cantik tetapi rasanya memang sedap, Sekali dah masuk mulut...mesti cakap...hmmm sedapnya. Betul saya tak tipu. Cookies campuran cips, nuts dan cornflakes.


Boleh order sekarang jika berminat.



tempahan untuk makan2 laris mcm goreng pisang panas. Sebaik habis baking...terus deliver kepada customer. Fresh from oven. Rugi tak order. Harga kami sangat reasonable....memang berbaloi. 


Jika yang tinggal jauh dari KL juga boleh order. Kami sediakan perkhidmatan poslaju. Harga ikut berat cookies. Harga akan diberitahu selepas timbang nanti. 


Jika ada yg nak order hamper raya pun boleh seperti gambar di atas. Harga bergantung pada bilangan balang cookies. 
Contoh : Kalau nak 3 balang cookies dan perhiasan hamper spt bakul, reben dan net kami akan charge RM75 +RM60 = RM135. Kalau 2 balang = RM50 + RM60 = RM110. Kalau 4 balang = RM100+RM60 = RM160.



salah satu contoh hamper raya





Sesiapa yang berminat untuk order kueh raya boleh hubungi saya melalui whatsapp atau sms di nombor 013-3305023 atau 013-6280817. 

Kalau area Ampang atau Cheras kami akan hantar delivery percuma. Kalau selain daripada kawasan itu, bergantung pada kuantiti balang...kalau banyak kami akan hantar percuma. 



p/s - Alhamdulillah.


May 8, 2015

Tempahan Cookies Untuk Makan-makan Sebelum Puasa Ramadhan





Salam pembaca blog ini dan penggemar cookies sekelian,

Jika ada yang ingin membuat tempahan homemade cookies untuk makan-makan sebelum bulan puasa Ramadhan bermula.....boleh tempah sekarang.
Cookies akan sampai ke tangan anda pada awal bulan Jun ini. Insya Allah. Mana tau ada yang terliur tengok cookies masa bulan puasa nanti.....baiklah anda merasa terlebih dahulu. Nak tunggu bulan Syawal lama pulak kena tunggu sebulan lagi. 

Kali ini juga saya buka tempahan kepada yang ingin merasa dan dapatkan sampel cookies ini. Juga akan dapat pada awal bulan June nanti. Kalau anda beli dengan kuantiti yang banyak untuk tempahan Syawal nanti saya akan bagi diskaun price. Cepat-cepat jangan terlambat.

Tempahan raya bulan Syawal saya belum buka lagi. Tunggu saya akan buat announcement nanti.

Harga kami tidak berubah.....sama seperti tahun lepas. Walaupun harga barang kueh naik mendadak kami tetap tidak menaikkan harga. Yang penting kualiti rasa cookies dikekalkan dan kepuasan pelanggan diutamakan. Tak gitiewwww???

Mesti ada yang tanya sedap ke cookies ni?
Hmmm...tengok pun tau...memang sedap. Tak percaya tanya pembaca blog lain yang dah pernah merasa tahun lepas. 




 Tart Nenas Tradisional RM25 sebalang



 Choc Chips RM25 sebalang



 C'flake Cookies RM25 sebalang



Coconut Cookies RM25 sebalang




Untuk tempahan boleh hubungi saya di talian ini :

013-3305023 atau 013-6280817


Jika ada yang nak saya postkan...boleh ajer. 



Untuk keterangan lanjut tentang cookies ini boleh  :

Like Facebook - SESEDAP AIR TANGAN ISTERI - HOMEMADE COOKIES




p/s - Dah mula busy dengan cookies lepas ni.....alhamdulillah


July 17, 2014

TEMPAHAN COOKIES RAYA DITUTUP


Salam semua.
Minggu yang sangat penat sebab gigih menyiapkan tempahan kueh raya dari customers especially tempahan my beloved blog readers. Terima kasih banyak2 kepada yang sudi menempah dari saya. Walaupun kita saling tidak mengenali dan hanya melalui alam maya tetapi sudi menempah cookies raya dari saya. Terharu pun ada. Customer saya bukan sahaja di sekitar Lembah Klang tetapi ada juga di Perak, Pahang, Tganu, Melaka dan Johor....siap hantar melalui Poslaju....terima kasih banyak2. Ada sesetengah yang saya dah hantar personally di KL ni ada setengah lagi belum sempat hantar...tunggu weekend ni yea. Kalau berpuashati dengan cookies saya,......next year boleh tempah lagi yea :)

TEMPAHAN COOKIES RAYA TELAH DITUTUP.
Minta maaf jika ada yang tempah last minutes dan kami tidak dapat memenuhi permintaan anda sekelian. Bukan tak nak terima tetapi kami risau jika tidak dapat siapkan. Yang ada sekarang pun banyak lagi belum disiapkan. InsyaAllah kami nak settlekan by this weekend. Lepas tu sibuk plak nak buat moist choc cake tempahan dari customer juga. Then sibuk nak menghias rumah...nak pasang langsir dan buat persiapan sikit2 sempena kedatangan Syawal.

Ikutkan perjanjian dengan suami...kami akan berhari raya di kampung suami di Besut, Terengganu. Tetapi masih lagi tak pasti boleh balik ke tidak...sebab suami saya baru sahaja melaporkan diri sebagai penjawat awam pada 1 July yang lepas....maka sudah tentu susah untuk mendapat cuti panjang. Tengok keadaan...jika dia dapat cuti...maka baliklah kami ke Terengganu dan jika dia tak dapat cuti....kami beraya di KL ajer bersama-sama keluarga saya di sini.












Nanti bila-bila free saya akan sambung lagi journal percutian honeymoon di London. Sekarang tgh mood raya...so kita citer pasal raya plak yea.


p/s - excited pertama kali beraya sebagai suami isteri...alhamdulillah.




July 7, 2014

JOM TEMPAH COOKIES RAYA ....CHOC CHIPS, TART NENAS, RED PEARL & COCONUT COOKIES



Salam teman-teman pembaca blog semua.
Maaf lama dah tak update blog. Saya baru ajer baik dari demam virus yang agak teruk. Badan suhu tinggi, muntah, sakit2 sendi dan batuk yg agak teruk. Dah check darah, influenza dan xray. Alhamdulillah takda apa2. Cuma demam virus biasa doctor kata.

Di dalam entry kali ni nak buat promosi raya sikit. Kepada sesapa yang hendak menempah cookies raya boleh lah tempah dengan saya. Mutu dan kesedapan adalah terjamin. Ni adalah homemad cookies dan kami mementingkan kualiti rasa dan bahan2 yang digunakan untuk membuat cookies ini kebanyakannya imported dan berkualiti.


1. COCONUT COOKIES
HARGA : RM25 (60++ pieces)

Coconut cookies ini saya pernah bagi kepada tetamu yg hadir pada majlis perkahwinan saya ...as wedding gift. Memang ramai yang puji kesedapannya. So, untuk tahun ini pertama kali saya mengambil order cookies ini di atas permintaan yang tinggi daripada rakan2 dan saudara mara yang pernah merasa


Untuk tempahan boleh whatsaapp atau sms di no ini 013-6280817
atau boleh
LIKE Page FB Sesedap Air Tangan Isteri

Penghantaran percuma di sekitar KLCC, Ampang, Cheras, Bangi dan Putrajaya.


satu balang ada 60++ pieces dengan harga RM25

siap untuk dihantar kepada customer di Terengganu





2. RED PEARL CONFLAKES COOKIES
HARGA : RM25 (45-50 pieces)

Red Pearl Cornflaked cookies ini sangat sedap dan rangup. Bahan-bahan yang digunakan ialah campuran cornflakes + walnut dan choc chips. Sekali dah rasa...memang nak rasa lagi. Tidak rugi anda membelinya. Jom tempah sekarang.


Untuk tempahan boleh whatsaapp atau sms di no ini 013-6280817
atau boleh
LIKE Page FB Sesedap Air Tangan Isteri

Penghantaran percuma di sekitar KLCC, Ampang, Cheras, Bangi dan Putrajaya.







2. TART NENAS
HARGA : RM25 (50 pieces)

Tart nenas ini ialah resipi turun temurun dari keluarag belah my mum. Jem nenas yg digunakan kami buat sendiri. Tart ini sekali dah rasa...memang nak rasa lagi. Tidak rugi anda membelinya. Jom tempah sekarang.


Untuk tempahan boleh whatsaapp atau sms di no ini 013-6280817
atau boleh
LIKE Page FB Sesedap Air Tangan Isteri

Penghantaran percuma di sekitar KLCC, Ampang, Cheras, Bangi dan Putrajaya.








4. CHOC CHIPS COOKIES
HARGA : RM25 (60++ pieces)

Choc chip cookies ini sangat sedap dan rangup. Bahan-bahan yang digunakan adalah bermutu dan imported...seperti chips, hazelnut dan serbuk koko. Rasanya sebijik macam cookies Famous Amos. Sekali dah rasa...memang nak rasa lagi. Tidak rugi anda membelinya. Jom tempah sekarang.


Untuk tempahan boleh whatsaapp atau sms di no ini 013-6280817
atau boleh
LIKE Page FB Sesedap Air Tangan Isteri

Penghantaran percuma di sekitar KLCC, Ampang, Cheras, Bangi dan Putrajaya.











JANGAN LUPA TEMPAH KAY.....THANKS.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN YG MULIA INI.






August 28, 2012

Raya Oh Raya 2012



Selamat Hari Raya pembaca semua.
Semalam dah start bekerja selepas cuti panjang. Aku beraya di KL ajer. Takda kampung....sian kan. Tapi penat beraya di KL tak usah cakaplah. Sapa kata beraya di KL tak meriah. Meriah wei. Meriah dengan sanak saudara yang datang beraya. Rumah aku tidak sepi dengan kunjungan saudara mara dari serata tempat. Masa ni lah nak jumpa mak sedara...pak sedara dan sepupu-sepupu yang dah lama tak jumpa. Jumpa setahun sekali ajer walaupun tinggal di KL huhu. Gitulah warga kota. Sibuk sangat dengan karier mencari rezeki.

Kat rumah aku ni boleh dikatakan setiap hari memasak menu yang berbeza. Hari pertama raya kami masak ketupat dan lontong yang dimakan dengan kuah lodeh, rendang daging+limpa+hati+paru, ayam percik, sambal goreng, kuah kacang dan tidak lupa menu nasi arab yang dimakan dengan bbq kambing dan salad arab. Menu nasi arab tu dimasakkan khas untuk tetamu kami warga Turki iaitu business partner my bro. Depa ni tak pandai makan ketupat rendang walaupun dah duduk di sini few years. Sorry lupa nak snap pic makanan hahaha. Penat sangat raya pertama tu sebab tetamu datang tanpa henti dari pagi sampailah ke petang. Malam kami tutup rumah sebab nak pi beraya pulak.

Disebabkan kesibukan menyediakan juadah utk tetamu...kadang kala tu ada juga aku tak sempat nak snap gambar tetamu yang datang. Yang sempat tu...memang ada gambar. Maaf yea kepada sedara mara yg gambarnya aku tak sempat nak snap. Menu-menu lain yg mama ku masak di hari lain ialah soto, nasi tomato, mee kari dan mcm2 lagi. Jom tengok gambar raya family aku dan gambar-gambar tetamu yg sempat di snap.



 moist choc cake aku setiap tahun. Tahun ni banyak jugak tempahan daripada regular customer. Alhamdulillah rezeki. Terima kasih semua.

 cake2 lain ialah layer cake, fruit cake, rainbow cake and sandwich cake

 kueh raya kami tahun ini...meriah sebab ada yg buat sendiri dan ada juga yg aku beli.

 dekorasi rumah tahun ni agak berlainan skit....classic contemporary design..... main belasah ajer tu

sajer nak share dengan readers curtain yg aku beli tu....jahit sendiri tu uolss. 

 my family photo bersama my atuk yg berusia dekat 95 tahun dan 2 orang maid kami

my beloved family. bertambah lagi ahli keluarga kami tahun ni...my niece ariesya sofia

 bermaafan di pagi raya dengan bonda tercinta

 my bro, izuan....love him and my nephew. Sesungguhnya Allah mengetahui segalanya. Pity him.

 my bro izam and family. Meriah baju colur pink

 my bro idham and family. meriah jugak colour biru ni

 with my sis in law, Lya

 my 2 sis in law....Lya and Azam. Lupa plak nak snap dengan my niece Ariesya sekali

 my 3 brothers...izam, izuan and idham

 my 3 brothers and anak lelaki masing2

 tetamu pertama kami...my auntie and family from Ipoh

 family from Ipoh

 mak arah and family from Ampang...raya pertama

 raya kedua...my uncle and family from Singapore.

 my cousins and family from JB...thanks semua.

 cousins from PJ and Shah Alam....thanks semua

 my old friend masa zaman belajar UiTM...Zurita and family from Shah Alam. Thanks for coming dear.

my family friend from Mantin. Dah lama lost contact about 10 years...tetiba datang mengunjungi kami sekeluarga. Thanks kak aziah and family. We appreciate it so much.


Kepada saudara mara lain yg aku tak sempat snap pic minta maaf banyak-banyak dan juga kepada my blog reader Ogy and family yg aku lupa jugak nak snap pic. Kalut sangat masa tu sebab tetamu lain plak datang. Tak sempat nak berborak panjang. 

Anyway...kepada semua yg kunjung beraya ke rumahku itu sangat-sangat berterima kasih dan kami sekeluarga menghargainya. Semoga ada rezeki dan panjang umur kita jumpa lagi di lain masa. Kepada teman-teman blogger dan my blog reader yg nak datang ke rumah ku....bgtau yea. Tengoklah kalau ada kesempatan masa aku jemput sesapa yg sudi beraya di rumah ku...tunggu aku plan dulu Insya Allah.


p/s - this weekend aku beraya di JB and Singapore....sesapa org JB yg nak jemput aku beraya ke rumah korang...bgtau yea hehehe. Insya Allah aku cuba hadir.