Ads

February 27, 2013

Day 3 : Winter Korea Trip - Insadong & Namdaemun Market


Salam kerinduan pada pembaca blog ku yg disayangi.
Dekat sebulan tak update blog. Maaf sekali lagi. Macam-macam hal dan kesibukan melanda. Mood pun malas jugak. Maaf yea.

Ok sambung cerita di Seoul. Lupa dah apa nak tulis dan lupa dah apa aktiviti di sana. Yelah setelah berbulan aku tinggalkan Seoul.....byk benda aku dah lupa. Banyak benda aku nak pikir lately ni.  Ikutkan hati nak pencen jadi blogger.....tapi aku tetap tak pencen jadi traveller. Sian plak dengan pembaca ku yg merindui tuan tanah blog ini ahakssss.

Hari ke 3 aku di bumi Seoul. Hari ni kurang sikit sejuk berbanding hari2 sebelumnya....lebih kurang -5C gitiewww. Pagi kami bergerak ke Insadong nak cari barang2 souvenir. Kali ni tak beli banyak benda sebab masa first time hari tu dah beli banyak. Sajer nak jalan-jalan kat sini sebab nak beli kueh gula tarik (ntah apa namanya lupa dah).

Nak citer kesedihan ku di hari ketiga di bumi Seoul. Sepatutnya ikut perancangan awal kami plan nak main ski di Yongpyeong. Akan tetapi terpaksalah aku berendam air mata sebab tak jadi pergi. Sebabnya teman seperjuangan ku di Seoul ini tidak dapat menahan kesejukan. Dengar cerita di puncak nun sana nanti cuacanya akan mencapai -20C ketika itu. Korang mampu tahan sejuk? Hahahah. Takat badan aku yg ala-ala minah salleh ni okay ajer....tetapi temanku tidak bisa ya tuan-tuan puan-puan. Makanya aku mengigit jari berendam air mata tidak dapat jejakkan kaki ke sana. Ikutkan hati nak jer gi sorang...tapi apakandaya ahkak tak berani ke sana. Sebenarnya berangan kot2 terjumpa jejaka idamanku di sana Kang Joon Sang...mana tau rezeki kan. Nampaknya takda rezeki ku ke sana....takpa tunggu main ski kat negara lain plak yea. Perangai aku ni...kalau aku kata nak gi....aku tetap akan pergi. Huhuhuhu.


semasa menunggu train di subway

 
okay dah sampai Insadong. Tempat ini terkenal dengan jualan barangan kraftangan dan souvenir Korea. Harganya memang murah dan highly recommended.

geram tak? saya pun geram tauuuuuuuu.

nak beli mafla, pashmina dan mcm2 lagi. Kalau nak jumpa benda ni pada musim sejuk shj

jom kita cari brg2 souvenir

dulu aku beli brg2 kat kedai ahjussi ni..........kali ni aku cari lagi kedai ni.......jumpa gak. Okaylah harganya murah.



nak cari kueh tradisional gula tarik...........jom singgah jap. Dulu aku gi gerai yg belah kanan....kali ni aku gi yg belah kiri plak.


sebaik aku sampai....oppa ni tegur aku "Apa khabar?". Tahu ajer muka kami ni org Malaysia....huhuhuhu.

dia tunjuk cara2 nak buat kueh ni. So, aku beli 8 kotak di sini dengan pelbagai perisa

nak ambil gambar dgn dia.....sajer buat muka mengada. Tapi geramnya sebab sebaik balik KL...kueh ni dah cair.....pelik pun ada. Dulu tak jadi mcm ni....entah2 dia bagi yg dah lama...gerammmmmmmmm. 

Masa ni kami lapar nak makan lunch. So, kami jalan2 ceruk kedai di sini....cari kat tempat kedai makan. Ternampak restoran yg jual makanan seafood. So....apalagi kami order set ikan dan sayur.

jemput makan...aku dah lapar sangat masa ni. Memang sangat menyelerakan.......ikan tu sangat mantoppp!!!!

taraaaaaaaaaa....entah tak tau ikan apa ni. Yang pasti isinya lemak dan fresh

kekenyangannnn....hancur ikan tu aku kerjakan hehehehe

jom kita balik..........kita shopping kat Namdaemun Market plak yeaaa.. Masa ni dalam train sgt sesak

sebaik sampai.........tetiba jer aku rasa sesak nafas....sebabnyaaaa tempat ini sgt sesak dengan manusia. Lebih sesak daripada dulu. Kenapa yea?

Barang2 yg dijual juga lain daripada dulu....semuanya barang2 untuk musim sejuk.



tergoda tengok pelbagai jenis boots.............pengsan ahkak!!!!

nampak kedai jual seaweed......apa lagi jom kita borong. Dulu aku eksyen sebab tak suka....tapi skrg aku dah suka hehehe

ada juga kedai jual kimci.........tapi tak beli yg ini.

mari kita posing di sini.............cantik tak boots ahkak tu?? hahahah...ramai plak yg berkenan. Nasib baik berkenan boots ajer...hahahaha.

kami cari bangunan yg jual brooch plak...jom pilih yg mana berkenan di hati

stock brooch aku dah banyak giler...........so aku belikan for my mum ajerrrr.

harganya mmg murah kalau kita pandai tawar harga.....ada gak yg mahal tetapi pandai2 lah korang mintak tawar.

ahjuma ni suka sgt bergurau senda dengan aku yg terlebih peramah ni. So, aku ambil gambar dgn dia....suka sgt tuuuuuuuuuuu. Cuba tgk kulit muka dorang? Cantik kannn ....walaupun dah berusia.

aku masuk kedai jual jacket ni. Plan nak beli tetapi mahal sgt selepas aku tawar-menawar. Akhrnya aku tak jadi beli. Bengang jer muka ahjussi tu. Maaf yea pakkk!!!!


Ok petang tu kami balik ke bilik. Tak tahan sejuk duk lama-lama di luar. Balik balik tidur lagi best. Malam tu aku dinner makan maggie ajer....siankan. Aku tak suka makan maggie...tapi kat Seoul aku paksakan diri huhuhuhu. Malam tu kat guesthouse kami.... berbunyi lagi siren..........aku panik wohhhhh. Udahlah teman bilikku takda di bilik....aku kelam kabut jadinya huhuhuhu. Sib baik takda apa2 yg berlaku. Buat suspen ajer.

Ok....esok plak...ke manakah arah tujuan kami???? Tungguuuuuuuuuuuuuu.....

p/s - i need a break plsssssssss.....


February 5, 2013

Day 2 - Winter Korea Trip : Nami Island Part 2


Salam semua.
Sambung lagi hari kedua kami di Nami Island. Tujuan asal ke Nami Island ialah nak jumpa Kang Joon Sang ahaksss. Walaupun tak dapat jumpa secara realiti....dapat jumpa batu dia pun dah kira bersyukur. Jujur cakap....aku jadi obses tengok citer Winter Sonata. Walaupun cerita itu dah lebih 10 tahun lepas...but still aku rasakan ia tetap wujud di kala ini. Aku tetap kata Kang Joon Sang masih sama dulu dan sekarang. Aku tengok berulang kali drama tu...tetap menangis jugak (mengada aihh). Aku tetap kata Kang Joon Sang hero drama Korea paling hensem kalau nak dibandingkan hero drama skrg ni. Tetap tak leh lawan dia. Tall hensem guy...cuma mata sepet ajer hahaha. Nampak sangat obses kannn. Hehehe

Ok jom kita tengok gambar-gambar di Nami Island pada musim sejuk. Agak-agak korang musim apa yg cantik di sini? Banding kan gambar yg aku snap dulu di musim bunga dan musim sejuk.




saki baki salji yang masih kelihatan

sesapa yg tak tahan sejuk....memang boleh pengsan dibuatnya

Winter Sonata yg telah menjadi satu fenomena dunia satu ketika dulu

pokok pine di Nami Island yg menjadi mercu tanda di kalangan pelancong luar



muka jadi merah menahan kesejukan. Dalam 6 hari aku berada di Seoul....di Nami Island paling sejuk



kesian pada my travel buddy....kena dera snap gambarku huhuhu

taraaaaaaaaaaaa.....jangan jeles. Masa ni malu2....taknak peluk dia. Simpan tangan dalam kocek

pastu buat buat style "i feel goodddd"....ahhhh apa kelasssss

akhirnyaaaaaaaaaaaaa...tak boleh jadi. Takkan ku lepaskna peluang memeluk Kang Joon Sang dan memegang lengannya. Kesejukan dalam pelukan ahakssss. Lepas tu........tangan mcm nak krem...sebab batu tu sejuk melampau. Harap jangan muntah tengok ketiga2 gambar di atas kekekee.



di antara monumen batu yg sempat dirakamkan...maaf agak 18sx

termenung jauh....di kelilingi salju

auwww malunyaa.......ada lagi yg sempat aku snap...tapi cukuplah 3 pic sahaja

maaf gambar-gambar di bawah agak kekwat sikit. Kekwat sebab dapat main ais salji. 

gitiewww lah...mcm anak2 kecil hahaha

feeling tengah main salji dengan Kang Joon Sang di dalam drama Winter Sonata. Aku lontar salji kat dia....dia lontar kat aku...errrrrkkkkk minah ni biar betul.

udah-udah lah tu........



masa kami nak balik....nampak lagi unggun api ini. Aku lepak sekejap di sini nak panaskan badan. Masa nilah aku nampak seorg budak kecil menangis kesejukan. Puaslah bapak dia pujuk anaknya. Dia peluk anaknya sambil hulurkan tangan di unggun api ini. Sian tengok budak tu. Yang kami org dewasa ni pun tak tahan sejuk...apa lagi budak kecik. 

masa nak tunggu feri sampai....kelihatan air tasik ni dah beku...nampak tak?



bye Nami Island. Entah bila aku akan jejak tempat ini lagi....nak jumpa kekasih hati si batu tu ahakssss

kelihatan ais pada air tasik

dah sampai kawasan daratan.....jom kita gi tempat tunggu teksi, Nampak tak serpihan ais yg dah dikumpulkan

kami menunggu teksi di sini

sebaik sampai di kawasan Gapyeong Station...nak naik train balik ke Seoul





semasa menunggu train di station subway


oklah serba ringkas catatan di hari ke-2. Esok aku sambung lagi entry di hari ke-3 pulak. Apakah yg buatkan aku frust menonggeng di sini? Sedih hingga mengeluarkan air mata. Kenapakah??? Tungguuuuuuuuuuuuu...........


p/s - nak main salji lagiiiiii......uhukk uhukk