Ads

June 13, 2011

Part 1 - JB-Singapore Tour : JB & Vivo City Singapore




Sekali lagi aku bersiaran di Johor Bahru dan Singapore. Sebulan yang lepas aku berada di sini dan sekali lagi aku turun ke tempat ini. Kali ini hanya untuk jalan-jalan cari makan di seberang Tambak. Trip kali ini asik terkenang-kenang orang di JB ni ajer. Takpalah semoga dia bahagia dengan kehidupan dia di tempat ini. Aku hanya mampu doakan yang terbaik untuknya. Sedih dan sebak pun ada setiap kali aku pass by his housing area dan setiap kali aku ternampak Toyota Altis colour hitam on the road...terus ingat dia. Sedih banyak kenangan :( miss you so much. Semoga Allah memberikan ku petunjuk yg baik dan kekuatan untuk meneruskan hidup ini Ameen.


Aku pergi ke sini bertiga bersama 2 orang teman. Sampai JB jam 2 pagi dan tidur di Kulai. Pagi tu bersiap untuk ke majlis kahwin kawan Qis di JB. Habis makan kami salin baju yg lebih selesa di masjid yang berdekatan. Now, we are ready for our trip to Singapore by car......day trip ajer. Tujuan utama ialah jalan-jalan cari makan. Terima kasih GPS Garmin yang banyak membantu perjalanan kami sepanjang di Singapore. Tanpa GPS...hmmm tak mungkin kami bawak keta. Naik bas and MRT ajorlah jawabnya. Cuaca ketika ini...panas berdeting perghhhhh.


di majlis kahwin di JB

sudah kenyang....pas ni gi Singapore plak






Lebih kurang jam 3 petang kami bertolak ke Singapore. Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa kesesakan di imigresen Causeway Link. Destinasi pertama kami ialah ke Vivo City Shopping Complex...sebelah Sentosa Island ajer. Walaupun tak gi Universal Studio tapi jengok dari jauh pun jadi lah hehehe. Tunggulah next year baru nak ke sana Insya Allah. This was my second time visit this place-Vivo City. Kebetulan pulak ketika ini bermula cuti sekolah di Malaysia dan Singapore dan ada pulak Mega Sales di Singapore. Orang memang ramai di sini. Budget ciput tidak mengizinkan dan hanya window shopping ajor hehehe.


Untuk pengetahuan sesapa yang pertama kami hendak ke Singapore dengan membawa kereta. Semasa di imigresen Singapore anda hendaklah mendapatkan kad Autopass dengan bayaran $10 untuk memasuki Singapore. Kad ini boleh digunakan selama 5 tahun dan boleh digunakan untuk satu kereta itu sahaja. Anda boleh top-up kad ini dimana-mana 7Eleven di sana. Kegunaan kad ini ialah untuk membayar tol sama ada di Causeway Link atau di Tuas Second Link. Juga boleh digunakan untuk membayar parking jika pergi ke mana-mana shopping complex atau parking area yang mempunyai mesin autopass ini.


So, masa kami ke Vivo City ini...tak pening nak pikir camana nak bayar parking. Yang penting duit ada dalam autopass itu. Jika sekiranya duit anda tidak mencukupi ketika anda gunakan kad ini semasa balik dari Singapore untuk bayaran tol.....anda akan dikenakan denda. Duit tol itu akan ditolak semasa kita keluar dari negara itu. So, pastikan autopass anda ada duit hokayy!!!


di Vivo City....penuh dan padat dengan manusia

di luar Vivo City sambil melihat Sentosa Island dari kejauhan....lambai-lambai ajer ahaksss

wahh nampak tak USS tu......jalan menuju ke Universal Studio Sentosa Island


kalau nak gi Pulau Batam.....naik dari sini pun boleh


lepak-lepak jap kat luar jeti tepi Vivo City ini....






saat gembira..... :(


masuk balik dalam bangunan Vivo City ini.....ehhh dapat air coke free...heheheh



menghilangkan dahaga dengan air coke yg free ini......




Bersambung lagi next entry - perjalanan kami ke Singapore Esplanade plak...tunggguuuuuuuuuu






2 comments:

Anggerik Berduri said...

vivo city ni best kan?kiter suka sbb boleh tgk sentosa island..hiks tp org mmg ramai sangat..dah lah escalator dia laju smacam.hahahaha

Leez M. Saaid said...

qilah -

akak pn suka gi vivo city...best!!!
tak perasan plak escalator dia laju...heheheh...