Ads

Showing posts with label Futsal. Show all posts
Showing posts with label Futsal. Show all posts

October 30, 2011

Cabaran Sihat - Futsal @ Sports Planet Ampang


Cabaran Sihat bersambung lagi. Kali ini ialah aktiviti minggu ketiga iaitu perlawanan futsal. Perlawanan ini diadakan di Sports Planet Ampang. Selain daripada para peserta, kami juga menjemput penaja, staff dan jemputan utk joint this match. Gamat wei...sbb saingat sangat sengit. Pening masa aku nak wat groupping....kejap tukar mcm ni dan kejap tukar mcm tu. Finally aku pecahkan ikut 2 kategori lelaki dan wanita. Barulah adil sikit. Kalau aku buat campuran lelaki dan pompuan.....jawabnya pompuan kena buli...hahaha.


Terima kasih juga kepada para penaja, staff dan jemputan yang sudi joint utk menggamatkan futsal match ini. Yang group lelaki memang nampak pro lah tetapi group wanita sangat lawok hokay. Di mana ada bola...di situlah group wanita berkumpul...hehehe mcm semut. Faham...faham sebab boleh dikatakan semua peserta baru first time nak main futsal.


Setiap kategori dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu warna putih, hitam dan merah. Kami juga menyediakan hadiah untuk juara setiap kategori iaitu juara lelaki dan wanita. Kami juga menjemput 5 orang artis dan setiap kumpulan ada wakil artis. Sajer nak memeriahkan suasana.


Bila tengok gambar2 ni...memang tak boleh blah....lawak sangat.



kevin duk bagi explanation kpd peserta yg berat badan tak turun....

kumpulan merah lelaki. Artis ialah Amar baharin


group warna putih. Dalam group ni ada peserta, penaja dan artis. Yang kebetulan pula....kebanyakkan nya ialah golongan international...ada org pakistan, turkish, germanic, british dan melayu.....patutlah depa menang hehehe. Artis ialah Zain Saidin


my bro joint sama.....mewakili penaja.


Zain dan Amar berentap....


group wanita putih.....caiyokkkk hampa terror. Artis ialah Nisha Dirr


aksi Nisha Dirr.....boleh tahan gak dia main.


group wanita merah vs putih. caiyokkk maya....


group lelaki hitam.....sorry group ni takda artis....


aksi Amar bermain...terror mamat ni main.



group wanita hitam. Artis ialah Fida Ibrahim


group wanita merah. Artis ialah Putri Mardiana


cewahhh itha menggelecek. Kelassss ko jah!!!


Fida pun boleh tahan bermain futsal. Thanks for your support.


kali ni friendly match pulak antara peserta sahaja....diserikan dengan artis juga. Perlawanan campuran lelaki dan pompuan.


cayalah artis-artis ni main......


kesemua artis yg mengambil bahagian dalam futsal match ni bergambar bersama.......kevin pun ada.


organizer pun nak bergambar gak.....from left: zain, me, kak rose and che li.



dalam pada aku sibuk ke sana ke mari masa match ni...sempat gak posing dgn Zain Saidin. Ada kata mcm muka adik-beradik. Ye ke? ahaksss


dengan Fida Ibrahim pun aku bergambar gak. Comel dan kecik ajer dia ni.


dengan Putri Mardiana....dia ni pelakon filem Santau


Setelah 3 jam berlalu dari jam 9.00 pagi hingga jam 12 tengahari....habis dah futsal match ini. Just nice on time. Keputusan berdasarkan kepada markah kumpulan mengikut perlawanan liga Then lepas habis match, kami mengumumkan pemenang. Juara kategori lelaki ialah kumpulan warna putih dan wanita juga dimenangi oleh kumpulan warna putih.


Hadiah bagi perlawanan ini ialah tajaan Temasek Growth Sdn Bhd dan bip, bola dan baju pengadil perlawanan ditaja oleh Arora Sports. Terima kasih kepada penaja.



pemenang kumpulan lelaki putih....my bro lettiewwww...hehehe



ni pulak pemenang wanita putih...tahniah uolssss


habis sudahhh...sessi gambar beramai-ramai. Thank you for your support guys!!!!!



selamat menjamu selera semua....muahh..muahhh



Alhamdulillah telah selesai aktiviti Amazing Race semalam di FRIM. Nanti aku wat entry plak pasal aktiviti keempat ini. So far...semuanya berjalan dgn lancar. Alhamdulillah. Ada lagi satu aktiviti lepas Raya Haji ni. Then, majlis penutup dan pengumuman pemenang. Banyak lagi kerja aku nak buat lepas ni.....stresssssss!!! Selagi event ni tak habis.....selagi tu aku dalam keadaan stress. Ya Allah, semoga kau permudahkan segala tugasan kerjaku ini, Ameen.



p/s - lepas balik dari Amazing Race di FRIM...badan aku sakit2 dan mcm nak demam. Risau gak ni.






June 25, 2010

Futsal Tournament @ The Challenger Sports Centre


Futsal tournament opis aku telah berlangsung last week. Ia diadakan di The Challenger Sports Club, Cheras. Berpusing-pusing aku nak cari tempat ni. Sib baik aku sempat sampai awal. Masa ni ramai dah berkumpul mengikut team masing-masing. Ia berlangsung pada awal pagi. Tengahari jer aku dah balik..hahahah..sebab dah kalah kan. Tak da nasib kami nak menang. Pakaian dah gah...merah menyala gitu tapi tidak segarang warnanya.

Aku jadi goal keeper. Aku turun sekali....bolos satu biji bola kat celah kangkang aku. Masa tu aku one to one dengan pihak lawan. Panik aku...terus ke depan konon nak tangkap bola...akhirnya bola masuk celah kangkang...tau-tau ajer...orang dah sorak goal. Aku pulak macam tak percaya...alih-alih bola kat belakang aku. Boleh????

So, bila dah kalah....nak sedapkan hati...kami berposing ler. Malas dah nak pikir. Oh yea lupa nak cakap, untuk kejohanan ini kami mendapat sponsor kasut, sock, baju, seluar dan cap. Bagi aku yg goal keeper ini juga dapat sponsor glove. terima kasih kepada company yang sponsor tu. Barangan kami semua menggunakan jenama Figos. Makanan tengahari juga department aku sponsor gak....makan nasi kukus...cedappp!!!



team kami....ceria sebelum perlawanan

aksi pun bermula...aku snap aksi kawan-kawan aku bermain

posing jap dengan team korporat... Wan Fariza dan Zana..

shikin, nik, nini and me.....

after kekalahan...sempat tersenyum...muka aku yg jadi kemerahan lepas perlawanan

apa lagi...berposing lah kami....

ina, kak ros, me, mai and zilla..... you go girl!!

sakan korang posing kan....gitu lah!!!





team lelaki opis aku...pun dah kalah...longlai terduduk.....

kawan-kawan yg close dgn aku...... shila, kak ros and me

shila, aku saja letak pic ko banyak2 kat sini.......nak bagi ko glamer kat blog aku...huhuhu!!!!