Ads

October 2, 2013

Day 1 : Sydney Trip 2013 - Malaysia Hall & Central Station


Salam semua.
Hari ini mood okay untuk berblogging sebab teruja tengok gambar2 semasa percutian Sydney & NZ ni. Terus semangat membara nak update blog hahaha...propa sangat kan!!!!. Sebenarnya kena gi travel barulah ada semangat nak update blog....kalau tidakkk.....jangan harap!!! Entahlah...sejak balik dari bercuti ni aku jadi pemalas pun iya...malas nak kuar umah sebab panas hehehe. Duk oversea best sebab sejuk jerrkkkk. Entah bila mesia nak turun salji ni yea.

Kita lupakan bab merapu tu yea. Jom kita citer pasal Sydney trip ni. Plan asal memang aku nak pi New Zealand sahaja dengan teman2 seperjuangan. Tetapi bila dipikirkan semula....ada baiknya kita singgah Sydney kejap dan sambung ke NZ lepas tu. Dapatlah jugak merasa 2 negara sekali gus. Budget agak banyak jugak....takpa kita plan lambat lagi. So maknanya trip ini telah dirancang 2 tahun yang lepas dan syukur alhamdulillah perancangan berjalan dengan lancar. At least ada masa untuk kumpul duit dan plan secara terperinci.

Ahli jemaah percutian ini seramai 6 orang termasuk aku....semuanya teman2 baru kenal  kecuali Siti yang aku dah biasa bercuti dengan dia sebelum ini.Semuanya okay...sekepala dan sikit lebih kurang.....alhamdulillah. Kami bertolak dari KL menuju ke Sydney dengan menaiki penerbangan AA...beli masa offer dapatlah murah skit. Penerbangan mengambil masa 8 jam. Yang bestnya.....dalam flite tak ramai orang. Maknanya setiap orang boleh tidur baring dalam tu hehehe....best kannn. Kami sampai di Sydney International Airport pada jam 8 malam waktu sana. Perbezaan waktu ialah 2 jam ke hadapan. 


menanti flite dengan penuh kesabaran.....thanks pada en tunang yang menghantarku ke LCCT. Sian dia kena tinggal 2 minggu....sampai merajuk dia kat aku. Hehehehe....merajuk manja namanya. 

sebaik kami sampai di Sydney Airport. Dah ada transport yang menunggu. Cuba tengok di belakang kami tu ada apa? Jangan terkezut sebab belakang tu ialah tempat simpan beg hokay!!! So dalam mpv tu hanya amik kami penumpang ajer.

Setelah di buat perhitungan dan perkiraan perbelanjaan pergi dan balik dari airport ke tempat penginapan kami ialah ialah AUD25 (RM75) seorang. Anda boleh hubungi Mr Ken +61419638346. Dia akan ambil kita di airport dan hantar ke hotel penginapan....dan balik ke airport pun dia akan amik juga. Untuk pengetahuan semua...kami stay di Malaysia Hall (MH) selama 2 malam. Kalau ada yang nak naik bas dari airport  ke Malaysia Hall pun boleh...tapi agak susah nak heret beg semua. Ni info nak ke Malaysia Hall : Dari airport naik train dan turun di Central Station. Keluar dari bangunan Central Station tu dan pergi ke arah Eddy Avenue (dari bus stand nampak  ada menara jam besar). Ambil bas nombor 373, 377, 374 untuk ke Allison Road (bgtau kat driver). Perjalanan dalam 12 minit. Bila nampak Caltex belah kiri...terus tekan loceng. Malaysia Hall berada di sebelah Caltex.

Rate bilik di MH ialah AUD20 seorang untuk satu malam dan AUD15 untuk service charge/seorang. Deposit seorang ialah AUD50. Wifi takda untuk bukan student tetapi ada disediakan internet di bilik computer.


nice weather keesokkan harinya....alhamdulillah

cerianya kami semua nak gi jalan2....hari ni kami nak ke Blue Mountain

satu bilik untuk 3 orang di tingkat atas....selesa lah jugak untuk stay 2 malam di sini. Harga pun murah berbanding kalau kami stay di hotel. 

ni hall di tingkat bawah....

pintu masuk ke Malaysia Hall

tempat makan aka tempat study utk student. Kami menunggu breakfast daripada Hang Kuah. Siapakah Hang Kuah tu? Dia ialah student Malaysia yang meniaga makanan mesia kepada student....kami yg bukan student pun nak order jugak hehehe. Kami dah booking food selama 2 hari berada di Sydney sejak di KL lagi. So Hang Kuah akan bagi menu2 yang kami nak. Kami order untuk breakfast, lunch and dinner sahaja. Jam 6.30 pagi dia datang ke MH untuk hantar brekafast dan lunch. Untuk lunch tu...kami tapau masuk dalam beg. Manakala untuk dinner dia hantar belah malam sebaik kami balik ke MH. Harganya murah hokay...lebih kurang AUD5 utk satu meal. Untuk delivery dia charge AUD1 sahaja. Kalau makan di kedai luar lebih kurang AUD15 sekali makan uolsss.


sabar menanti Hang Kuah sampai. Perut dah lapau niiii,.....hehehe

2 orang lelaki yang berdiri tulah Hang Kuah.....student Msia di Sydney. 

pagi tu kami makan meehoon.....alhamdulillah kenyang.

jom kita naik bas ke Central Station. Masa ni kami belum beli kad daypass lagi...so kena bayar lebih kurang AUS3.80 ke Central Station.

suasana di dalam bas menuju ke Central Station.



kena beli kad ini di kaunter Central Station dengan harga AUD22....kami stay di sini 2 hari ajer....so berbaloi kalau guna kad ini. Kad ini boleh digunakan untuk menaiki bas, train dan cruise. Valid sehari sahaja hingga jam 4 am. 


choiiiii.....style aku jika berada di oversea. Selesa pakai serkup ajer....yang penting menutup aurat.

Dah sampai Central Station.....jom cari platform untuk ke Katoomba. Jika hendak ke Blue Mountain kita kena berhenti di Katoomba Station. Lupalah platform berapa.....no. 4 agaknya. Jangan lupa check di signboard yang tertera di dalam Central Station.

actually aku nak cari phone card untuk buat call ke Msia tetapi tak jumpa....pasrah ajerlah. Terpaksa cari wifi free.....rupa2nya kat Central Station ini ada wifi free....maka berjemaahlah kami beramai2 di sini mengada hp hahaha.

dalam train ke Blue Mountain. Kalau tak silap aku...train ke station Katoomba hanya sejam satu train. So pandai2 lah anda merancang waktu perjalanan anda. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Permandangan sangat menarik dimana kita boleh melihat perkampungan di sini. Rumah depa cantik, luas dan sangat selesa. Udara pun sejuk aman damai. Memang best lah. 

aikkkk...mat saleh ni tersenyum bila lensa dihalakan hehehe.Kami duduk bersepah sebab agak penuh masa ni dalam train. Tapi memang enjoylah.....tenang ajer suasananya.


Penat menaip.....sambung lagi nanti. Banyak lagi citer nak dihighlitekan di sini. Tunggu yea......


p/s - masih bermimpi berada di NZ lagi...hahaha





18 comments:

Jari Manis said...

Makin berseri bakal pengantin niee....so sweet

JM pun baru balik dari Sydney last month...tapi entry berkaitan tak keluar lagi..yeay Three sisters at Blue Mountain

Kopiolimauice said...

tahniah sis dh jadi tunangan ;)

Muhammad Khairuddin Lim said...

tahniah...sikit masa jadi isteri orang.

zila said...

wahh..dah mcm wanita inggeris..hehehe. Saya kalo pakai serkup2 gitu ntah2 mcm wanita negro..hahahah

rainini said...

gebus dan berserinya bakal pengantin,
haishh tak sabar ni nak tatap cerita NZ, rasa macam nak repeat sekali lagi.

Pak Lang Mie said...

Tumpamg gumbira... dah bertunang...

Harap2 en. abe tu nanti kaki jalan jugak, mesti dapat cerita makan angin yang best2...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

tahniah liz..hari bersejarah nti jgn lupa jemput aku kat umes nie..

Leez M. Saaid said...


Jari Manis -

Dah update entry sydney belum? Cepat...nanti lupa plak apa nak tulis hehehe

Leez M. Saaid said...


Kopiolimauice -

hehehe thanks. Neves menghitung hari.

Leez M. Saaid said...


M. Khairuddin -

hehe...Insya Allah...doakan yea

Leez M. Saaid said...


Zila -

jangan kata mcm tu...kalau u pakai serkup tu pun nampak comel nanti. Cubalah....stylo apa.

Leez M. Saaid said...


Pak Lang Mie -

terima kasih....hehe

Alhamdulillah sy dapat bakal suami yg kaki jalan jugak. Lepas ni berjalan dgn dia lah.

Leez M. Saaid said...

BSB -

Insya Allah aku jemput mu nanti....tungguuu.

Leez M. Saaid said...


Rainini -

cerita pasal NZ....tungguuu...kena siapkan satu persatu hehehe.

tinytoes said...

Hi Leez,

I'm a new stalker to your wonderful traveling blog :)

Actually I have a few questions to ask you about your recent Sydney trip.

Can we further communicate via email?

Please drop me an email yah.

Thanks in advance!

~ Diyana

Leez M. Saaid said...


tinytoes,

This is my email : syarliz@hotmail.com

DaTuRa said...

Salam, Mohon penerangan.. Berapa lama ya trip by bus dari Malaysian Hall ke central station? Tq

aienmh said...

Bulan berapa sis pergi ni?