Ads

February 1, 2011

Day 1 - Surabaya Trip : Banjir Lumpur Panas Sidoarjo

Salam semua!!
Aku kembali bersiaran dengan satu semangat dan nafas baru.
Sampai bila nak stress dan hilang mood kan. Kesian plak tengok pembaca blogku semua yg ternanti-nantikan entry Surabaya ini.
Sebelum tu nak citer skit....sudahkah anda mendapatkan majalah Harmoni yang terbaru di pasaran (cover gambar Tiz, Lisa & Fiza). Kenapa yea agaknya?
Ngeh..ngeh....ada tulisan dari aku di kolum Diari Kembara tentang percutian ke Melbourne...aku suka banget!!!. Nanti senang-senang aku selitkan di sini.

Balik kepada trip ke Surabaya ini...what i can say...this trip was great, fun and awesome!!!!!
Flight aku ke Surabaya di awal pagi lagi...jam 5 pagi aku dah tercanguk di LCCT sambil menunggu my travelling partner....juga seorang blogger... Catz Cafe !!!.

Flight kami jam 7 pagi dan sangat mengantuk hokay sebab kena bangun awal kan. Alhamdulillah flight on time and kami sampai di Surabaya dengan selamatnya. It took about 2 and half hours dan landed di Juanda International Airport. Mungkin ada tertanya Surabaya ni terletak di bahagian mana yea??? Sila refer google map...ngeh..ngeh..ngeh. Ia terletak di bahagian Jawa Timur. Kalau nak tahu pasal Jawa Timur...dorang ni suka makanan yg pedas berbanding orang Jawa Tengah makanannya agak manis sedikit. Di Surabaya ini juga terkenal dengan penempatan Sunan Ampel dan Wali Songo. Nanti aku citer yea....



ketika ini kami di airport.....sempat ler posing jap.


sarapan atas flight ajer....Beriyani Ayam


arrived Juanda International Airport....alhamdulillah.



Sebelum bertolak ke Surabaya...beberapa hari tu aku dah contact perkhidmatan sopir untuk perjalanan kami selama 3 hari ini. Tapi kami hired for 2 full days only. Sempat contact Pak Asyirin dengan kosnya Rp500,000 sehari termasuk sewa van, sopir dan minyak. Tol dan parking atas biaya anda sendiri ok. Entah tak tau mahal ke murah coz agak susah juga nak dapatkan sopir yang betul-betul bagus. Lagipun tak ramai orang kita yang melancong ke sini.

Kami sampai airport di jemput oleh Pak Marji.....sopir yg disediakan oleh Pak Asyirin. Kesian dia menunggu kami hampir sejam di airport atas gara-gara aku yg tersilap isi borang putih tu. Ada ke stewardess tu bagi aku borang putih for locals. Am i look like Indonesian??? Mcm hampehh kan!!! Kalau muka aku ala-ala Luna Maya.... aku tak kesottttt nyah!!! Yang aku plak membabi buta main isi ajer borang ni....dalam hati dok pikir apasal borang ni dah lain....bongok tul!!!!! Tak pasal-pasal kena pi belakang balik and isi borang lain. Buang masa tul......

Kami disediakan dengan mobil Inova gituu...bersih dan amat besar buat kami berdua. As usual aku duk depan sebelah Pak Marji. Sebab??? Aku memang suka duk depan utk senang merakamkan gambar dan melihat suasana perjalanan dengan lebih luas dan selesa.

Perjalanan kami dimulakan ke arah daerah Batu dan Malang. Ia mengambil masa 3 jam jika macet. Kalau tak macet can be earlier than that. Cuaca pun bagus dan perjalanan sedikit macet ajer....not that heavy. First check point kami berhenti di daerah Sidoarjo untuk melihat banjir lumpur panas.

Untuk pengetahuan anda semua....jika anda ada terbaca di dada akhbar atau di internet tentang peritiwa banjir lumpur ini.....pasti gerun mendengarnya. Nah ini memang realiti terjadi. Aku lihat sendiri bagaimana keadaan sebenar ia terjadi. Masa on the way itu, Pak Marji bawa kami ke tempat tersebut. Kami dikenakan bayaran Rp10,000 utk parking dan entrance. Macam-macam cara orang nak cari duit.....tu pun nak charge.






Peristiwa banjir lumpur panas di Sidoarjo ini telah menenggelamkan sebanyak 16 buah kampung dari 3 kecamatan di sekitarnya. Serta merta ia telah mempengaruhi aktiviti ekonomi di Jawa Timur. Peristiwa ini telah menghampiri 4 tahun sejak 26hb Mei 2006......lama jugak tu.

Aktiviti semburan lumpur panas ini masih berlaku sehingga sekarang. Puncanya?? Menurut orang kampung yg duk melayan kami tu.....puncanya bermula daripada kerja-kerja mengorek dasar bumi untuk mendapatkan gas and minyak. Yang keluar bukannya minyak tapi banjir lumpur. Habis 16 kampung di tenggelami banjir lumpur. Kos kerugian telah dibiayai oleh golongan orang kaya minyak ini kepada orang kampung...baru bayar 20% sahaja. Orang-orang kampung tersebut terpaksa mengontrak di daerah lain yg lebih selamat. Kesian kann...habis rumah dan segala tanaman dan ternakan. Adakah ini satu bencana alam???

Kalau korang nak tau....banjir lumpur ini akan naik dan terus naik hingga paras tertinggi. Kami terpaksa panjat tangga untuk naik ke atas dan melihat banjir lumpur ini. Mereka terpaksa membuat halangan daripada tanah dan batu daripada lumpur panas ini terus melimpah menyimbah daerah lain. Kalau tak....habislah Surabaya di tenggelami banjir lumpur. Terfikirkah anda sampai bilakah ia akan terus menyemburkan banjir lumpur??? Apakah agaknya usaha-usaha yg dilakukan oleh pihak berkuasa untuk menangani keadaan ini?? Memang kesian.... !!!! Aku sendiri dapat melihat banjir lumpur panas ini terus mengeluarkan isi perut bumi....membuak-buak keluar...negeri plak tengok. Tak caya?? Sila tengok gambar-gambar di bawah. Subhanallah....lindungilah Malaysia dari kejadian ini.


tebing yg tinggi...kami terpaksa panjat tangga yg curam ini...


sempat lagi berposing tu......padahal berdebar-debar nak naik...


inilah keadaan banjir lumpur itu di atas...


banjir lumpur panas yg telah menenggelamkan 16 buah kampung





nampak tak yg berasap-asap di belakang kami???


banjir lumpur panas keluar dari perut bumi membuak-buak....gerun tengok !!!!


lihat belah kiri ialah jalan raya (bawah) dan belah kanan ialah banjir lumpur (atas)...leh imagine tak????


gambar jalan raya yg diambil dari atas.....






Bila anda lihat jalan raya, kedai-kedai dan rumah-rumah di bawah tu......sebenarnya tempat ini tidak selamat lagi. Banyak berlaku kebakaran sebab ia terdedah pada pengeluaran gas dari perut bumi. Maka mudah berlaku kebakaran. Kesian kan...... Sedih plak aku tengok dorang ni. Hidup pun kais pagi makan pagi...kais petang makan petang....di timpa pulak bencana macam ni...maka hidup pun tidak tentu arah. Rumah habis ditenggelami.....memang kesian sangat.

Setelah beberapa minit kami diatas ini, kami turun ke bawah semula dan meneruskan lagi perjalanan kami ke Malang dan Batu. Dalam mobil, minda aku terus berfikir dan masih tidak percaya apa yg aku lihat tadi.



p/s - next entry plak...makan-makan di sini.



14 comments:

kasihredha said...

Kat sini baunya bucuk kan leez..akibat gas sulfur..
Kuasa Allah.

Yan said...

welcome back. ngerinya dengar. Yelah..kemana lah depa tu nak p. terpaksa gak duk situ kan..

kasihredha said...

Leez
akak dah beli majalah harmoni ...demi Leez..hihi
Cantik le penulis tu..ditengah2 bunga tulip...:)

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

hari tu gi mcm tak bau pun kak....

Leez M. Saaid said...

kak yan -

mmg sgt kesian kak.
sudahlah miskin...rumah dan kg kena banjir lumpur plak tu...

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

hehe thanks kak beli majalah tu..
penulis tu biasa2 aje (malunyaa)

Abu Mansur said...

sedih tgok..hu..hu..hu

Asmara said...

kesian dan sedih tgk jd mcm tu. hmm..

LaiLa Emas said...

Salam.. boleh dapatkan no telefon pak marji x? plan nak jalan2 g surabaya n tengah nak carik supir utk jalan-jalan di sana... TQ.

Aida said...

Salam..

Enjoy sgt baca citer u jalan-jalan kat Surabaya sana. Dan kami juga akan pergi bercuti pada 29Mac-2April nanti.

Boleh tak nak dapatkan no contact supir Pak Marji tu?...kami juga perlukan kereta sewa dan supir sepanjang berada di sana.

T.kasih ya....

Aida said...

Salam Perkenalan,

Thanks for sharing byk info. Enjoy baca ur story masa kat Surabaya nun. Kami pun akan pergi bercuti ke sana pada 29Mac-2April nanti...

Boleh x nak dapat no ctc Pak Marji? Kami sedang mencari kereta sewa dansupir sepanjang berada di sana nanti...

T.kasih ya..

KIA said...

cantik....

Bali Hotels said...

Postingan yang sangat menarik

edenproperti@yahoo.com said...

nice post