Ads

Showing posts with label dinner. Show all posts
Showing posts with label dinner. Show all posts

July 10, 2015

Day 2 : Hubby's Birthday Trip to Melaka


Salam Ramadhan.
Sekejap jer masa berlalu...minggu depan dah nak raya. Tapi aku masih sibuk dgn cookies yang belum disiapkan. Fuhhh....masa begitu pendek bagiku utk siapkan semua. Pulak tu ada juga yg last minute baru nak order. Aduhai minta maaf byk2 lah. Bukan taknak amik...tapi aku yg tak tau boleh buat ke tak. Susah nak layan kalau last minute baru nak order. Kalau yg nak order coconut cookies masih ada lagi....sbb stock mmg banyak. Lepas raya nak order pun boleh. Tapi cookies lain...minta maaf byk2.


terjamin rasanya sedap dan rangup



Ok nak sambung cerita pasal birthday En Bos. Esok paginya kami bersedia untuk breakfast di bawah hotel. Jujur cakap..memang sedap makanan di sini. Sebelum ni aku ada baca review kat Agoda....yes ramai kata sedap. Walaupun tak byk choice mcm 5 start hotel....but then more than enough. Balik bilik kami melepak lagi...malas nak keluar. Memang betul2 fully used bilik kami ni...tak rugi bayar hahaha.

Jam 12 tengahari kami bergerak balik. Nak singgah bandar Melaka jap untuk beli ole-ole Melaka. Kami singgah di area Padang Pahlawan...kat sana byk jual mcm2 ole2. Lupa plak apa nama tempat ni. Kat sini juga ada kedai makan yang menjual pelbagai jenis makanan istimewa negeri Melaka. Tapi kami tak singgah makan pun sebab masih kekenyangan masa breakfast tadi.








 singgah beli belacan Melaka. I likeee....sbb sedap berbanding belacan lain.








 ole-ole belacan dan gula melaka utk bagi my mum dan ibu mertua.


Lepas membeli kami terus balik. Rasanya mcm tak sesuai nak keluar highway PLUS ikut Ayer Keroh. Sure jem teruk sbb hari ni ialah cuti Hari Buroh. Katanya kat highway jem teruk. So kami decided untuk lalu jalan kampung melalui Klebang dan terus ke Alor Gajah....maknanya exit Alor Gajah.
Jalan memang smooth giler dan tak jem langsung. Sempat singgah beli air coconut shake yg terletak di area jalan kampung...sedap giler.

Then baru kami sampai di bandar Alor Gajah. Masa ni perut terasa lapar. Jomlah kita makan cucur udang di Food Court Alor Gajah yg dikatakan sedap tu. Org punya ramai uolsss.
Tapi rasanya biasa2 ajer...ada lagi tempt yang sedap. Lepas makan...mata mengantuk plak. Then kami proceed ke Highway Plus melalui Alor Gajah. 

Sebaik sampai di highway.........fuhhhhhhhhh jem macam cuti nak balik kampung raya. Tapi belah kami yang menghala ke KL okay ajer tak jem. Tapi menghala ke selatan.....melekat uolssss. Aku hanya mampu melambai ratu kat kereta2 sebelah hehehe.



cucur udang alor gajah yg katanya sedap....hmmm...rasanya aku buat lagi sedap kottt.


lambaian ratu kat lane sebelah...hahaha


Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai KL. Eventhough only short trip...tapi aku rasa puas dapat meraikan birthday En Bos. Hope you like it.

Okay entry ini stop seketika untuk memberi laluan kepada cuti Raya. Nanti lepas raya aku sambung lagi InsyaAllah. 
Kepada yg balik kg utk berhari raya tu...berhati2 memandu dan ingat yg tersayang.
InsyaAllah aku akan beraya di KL dulu...lagipun En Bos on night shift duty dari raya pertama hingga raya ketiga. So, raya keempat barulah kami pulang ke kampung En Bos hingga hari Khamis. Jumaat aku dah start bekerja semula.

Di kesempatan ini kami berdua ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada pembaca blog ini. Jika saya ada terkasar bahasa harap dimaafkan. Kepada blog readers yang ada membeli cookies raya yang saya jual ni...saya mengucapkan byk2 terima kasih di atas sokongan terhadap business kami ini. Appreciate it so much and tanpa anda semua mungkin saya dah lama pencen jadi blogger. Tapi alhamdulillah saya masih mampu meneruskannya.






p/s - counting months for next trip.



December 4, 2012

Day 3 - Staff Day Trip to Kuala Terengganu



Salam semua.
Entah bila lah nak habis entry terengganu ni....sebabnya banyak sangat. Aku berada di sana sampai 5 hari...jadi ceritanya pun banyak nak ditayangkan di sini. So, aku cut short ajer lah. Aku tunjukkan mana yang penting ajer. Ada lagi satu percutian aku yg belum tunjuk lagi. Kena habiskan cerita terengganu dulu kay.

Hari ke 3 aku di bumi Kuala Terengganu. Pagi selepas breakfast kami bertiga bergerak ke Masjid Kristal, Tamam Tamadun Islam untuk sesi lawatan. Pagi tu kami juga dijamukan dengan hidangan sarapan pagi yang ditaja oleh TTI. Katanya nasi dagang di sini sangat sedap. So, aku sajer nak rasa jugak walaupun dah kenyang masa ni. Hmmm.....tetapi tak leh lawan nasi dagang di Hotel Tanjung Vista. Masa ni teman-teman pejabat aku yg menaiki bas dah sampai. Maka bermulalah staff day kami hari pertama di Kuala Terenngganu. Okay...masa utk berjimba pulak. Sebelum ni 2 hari masa utk bekerja.

Lawatan kami di Taman Tamadun Islam merangkumi lawatan ke Masjid Kristal, menaiki cruise dan melawat monumen masjid terkenal di seluruh dunia. Semuanya ditaja oleh Taman Tamadun Islam. Terima kasih banyak-banyak.


cuaca mendung ketika ini...seperti nak hujan ajer

hidangan sarapan kami ditaja oleh TTI...makan mengadap laut.

sebaik sampai....aku terus merasa nasi dagang yg sedap diperkatakan....hmmmm biasa2 ajer sebenarnya

cantik juga panorama di sini semasa nak naik cruise menyusuri lautan di sepanjang bandar KT

tu dia dah nampak masjid Kristal sayup- sayup di hujung sana

cantik dan menakjubkan

ketika berada di dalam cruise......okay pengalaman yg seronok

bersama teman baik...Kak Rosecun yg sentiasa cun huhuhuhu

sebaik habis turun dari cruise...kami bersiap untuk melawat monumen masjid pulak

naik tram semasa lawatan ke monumen....penat jugak kalau nak jalan kaki...sebab agak besar tempat ni

lupalah masjid di mana ni....rasanya masjid di Brunei....

monumen Taj Mahal

masa ni hampir nak hujan lebat......kami stuck di dalam studio monumen masjidil haram...hujan turun selebat-lebatnya

kami bergambar beramai2

tengahari balik semula ke hotel untuk berehat. Then jam 3.30 petang kami bergerak pula ke pantai Hotel Primula utk acara telematch.....oren gitiewwww

group aku utk telematch...hahahaha tetiba aku tgk aku yg terlebih semangat kesukanan.....tapi tetap kalah hahahah...baru selesai acara bowling buah kelapa

acara terompah gergasi...aku tak masuk

here we are............................telematch

malam after maghrib pulak....acara bbq dinner dan pertandingan karaoke

tema kami malam tu ialah "Batik Glamour"

bersama teman2 di meja aku

salah seornag peserta karaoke Deel Anjer....hahahahah drag hoiiii

bersama Deel anjer yg sangat sporting.....seksi you auwwwww



ok sekian sahaja acara utk hari pertama staff day kami. Nanti aku sambung pulak utk acara hari kedua hokayyy. Jumpa lagi...tata titi tutu..................



p/s - menghitung hari ...huhuhuhu


November 23, 2012

Day 1 - Staff Day Trip to Kuala Terengganu



Salam semua.
Berjumpa lagi di arena alam maya. Dah seminggu jugak blog ini bersawang yea. Aku baru ajer baik dari demam virus yang dibawa dari Indonesia huhuhu. Untuk pengetahuan semua...aku baru ajer balik percutian dari Padang-Bukittinggi hari Isnin yang lepas. Balik ajer terus demam.....demam buka sikit2 punya. Demam virus yg membawa suhu ke 40.3C.....just imagine baru balik bercuti kena amik MC pulak. Balik bercuti bawak penyakit uolsss...ishhh ishhh apa lah aku ni. Memang aku ni jenis antibody sangat lemah...mudah sakit. 

Next timelah aku citer pasal percutian itu. Aku nak habiskan percutian di Terengganu dulu kay. Memang busy giler sampaikan susah sangat nak update blog. Maaf sangat2 pada pembaca semua. Ok....pasal percutian di Terengganu ni...sebenarnya percutian staff day sambil bekerja. Aku pergi awal 2 hari bersama rakan sekerja dan bos. Kami bertiga naik kereta bos gitieww. 

Kami stay di Hotel Tanjong Vista yang terletak di Kuala Terengganu. Hotel ini terletak di tengah bandar KT...oklah aku suka hotel ini. Sebabnya? Selesa....aircond sejuk (hehehe)...makan sedap (sungguh!!)....permandangan pantai dan bandar KT.


lobby di Hotel Tanjung Vista.

suasana di dalam bilik

kami sampai KT jam 3 petang. Lepas check-in berekat sekejap di bilik.....bos ajak keluar pekena ikan celup tepung. Okay ajer!!! Then...kami pi ke pantai Batu Rakit. Tempat ni memang aku dah biasa pergi.

semua ni kami makan bertiga okay. Ada ikan, udang, ketam, kopok lekur dan pisang goreng. Makan ni cicah dengan sambal pencicah yg sedap itiew. Aku minum air jagung parut.

Ikan fresh sedap....cuma area ni agak byk lalat sikit masa kami pergi tu. Total kami makan ialah RM35.00

Memang busy....malam tu kami ada dinner plak di Hotel Primula bersama-sama team Marketing cawangan Kuala Terengganu. 

Borak-borak sambil berbincang perkara-perkara yg berkaitan dengan kerja. Bagi aku food di sini...biasa ajer. Tak leh lawan food di Hotel Tanjung Vista yg sgt sedap. Malam tu ada live band jugak di sini

Sebenarnya dah kenyang masa ni sebab dah makan ikan celup tepung agak byk jugak. So, masa dinner ni aku just makan yg ringah2 ajer. Dapat diskaun price seorang RM38 untuk buffet dinner di sini.


Okay...habis cerita hari pertama di KT. Agak padat schedule aku masa ni. Overall...memang enjoy sebab...suasana yg lain....orang2 yg lain dan makanan yg lain....tidak seperti biasa di KL. Nanti sambung lagi.

p/s - pening banyak benda nak buat.....letih!!!