Ads

Showing posts with label South Korea - Nami Island. Show all posts
Showing posts with label South Korea - Nami Island. Show all posts

February 5, 2013

Day 2 - Winter Korea Trip : Nami Island Part 2


Salam semua.
Sambung lagi hari kedua kami di Nami Island. Tujuan asal ke Nami Island ialah nak jumpa Kang Joon Sang ahaksss. Walaupun tak dapat jumpa secara realiti....dapat jumpa batu dia pun dah kira bersyukur. Jujur cakap....aku jadi obses tengok citer Winter Sonata. Walaupun cerita itu dah lebih 10 tahun lepas...but still aku rasakan ia tetap wujud di kala ini. Aku tetap kata Kang Joon Sang masih sama dulu dan sekarang. Aku tengok berulang kali drama tu...tetap menangis jugak (mengada aihh). Aku tetap kata Kang Joon Sang hero drama Korea paling hensem kalau nak dibandingkan hero drama skrg ni. Tetap tak leh lawan dia. Tall hensem guy...cuma mata sepet ajer hahaha. Nampak sangat obses kannn. Hehehe

Ok jom kita tengok gambar-gambar di Nami Island pada musim sejuk. Agak-agak korang musim apa yg cantik di sini? Banding kan gambar yg aku snap dulu di musim bunga dan musim sejuk.




saki baki salji yang masih kelihatan

sesapa yg tak tahan sejuk....memang boleh pengsan dibuatnya

Winter Sonata yg telah menjadi satu fenomena dunia satu ketika dulu

pokok pine di Nami Island yg menjadi mercu tanda di kalangan pelancong luar



muka jadi merah menahan kesejukan. Dalam 6 hari aku berada di Seoul....di Nami Island paling sejuk



kesian pada my travel buddy....kena dera snap gambarku huhuhu

taraaaaaaaaaaaa.....jangan jeles. Masa ni malu2....taknak peluk dia. Simpan tangan dalam kocek

pastu buat buat style "i feel goodddd"....ahhhh apa kelasssss

akhirnyaaaaaaaaaaaaa...tak boleh jadi. Takkan ku lepaskna peluang memeluk Kang Joon Sang dan memegang lengannya. Kesejukan dalam pelukan ahakssss. Lepas tu........tangan mcm nak krem...sebab batu tu sejuk melampau. Harap jangan muntah tengok ketiga2 gambar di atas kekekee.



di antara monumen batu yg sempat dirakamkan...maaf agak 18sx

termenung jauh....di kelilingi salju

auwww malunyaa.......ada lagi yg sempat aku snap...tapi cukuplah 3 pic sahaja

maaf gambar-gambar di bawah agak kekwat sikit. Kekwat sebab dapat main ais salji. 

gitiewww lah...mcm anak2 kecil hahaha

feeling tengah main salji dengan Kang Joon Sang di dalam drama Winter Sonata. Aku lontar salji kat dia....dia lontar kat aku...errrrrkkkkk minah ni biar betul.

udah-udah lah tu........



masa kami nak balik....nampak lagi unggun api ini. Aku lepak sekejap di sini nak panaskan badan. Masa nilah aku nampak seorg budak kecil menangis kesejukan. Puaslah bapak dia pujuk anaknya. Dia peluk anaknya sambil hulurkan tangan di unggun api ini. Sian tengok budak tu. Yang kami org dewasa ni pun tak tahan sejuk...apa lagi budak kecik. 

masa nak tunggu feri sampai....kelihatan air tasik ni dah beku...nampak tak?



bye Nami Island. Entah bila aku akan jejak tempat ini lagi....nak jumpa kekasih hati si batu tu ahakssss

kelihatan ais pada air tasik

dah sampai kawasan daratan.....jom kita gi tempat tunggu teksi, Nampak tak serpihan ais yg dah dikumpulkan

kami menunggu teksi di sini

sebaik sampai di kawasan Gapyeong Station...nak naik train balik ke Seoul





semasa menunggu train di station subway


oklah serba ringkas catatan di hari ke-2. Esok aku sambung lagi entry di hari ke-3 pulak. Apakah yg buatkan aku frust menonggeng di sini? Sedih hingga mengeluarkan air mata. Kenapakah??? Tungguuuuuuuuuuuuu...........


p/s - nak main salji lagiiiiii......uhukk uhukk



January 30, 2013

Day 2 - Winter Korea Trip : Nami Island Part 1


Salam semua.
Hari kedua kami di Seoul.
Malam tu memang aku tidur mati sebab terlalu penat. Satu lagi hati berbunga girang sebab dah dapat boots yg diidamkan. Hajat dihati nak beli boots di KL ajer...tukar fikiran last minute ahhhhh baik beli kat Seoul ajer. Mesti banyak pilihan kan. Akhirnya jumpa jugak. 

Malam tu lebih kurang jam 3.30 pagi tetiba.............grengggggg...grengggggg...grenggggggg.....bunyi apa ni???? aku terjaga dari tidur. Bunyi siren tu bukan sekali...tetapi banyak kali. Pulak tu ada announcement dalam bahasa Korea memberi arahan supaya kami meninggalkan bilik dengan kadar segera (agak2 ajer walaupun tak faham bahasa Korea hehe). Aku gegas membuka pintu bilik dan kelihatan jiran2 bilik kami semua berlari sambil bawa beg. Hahhhhhhh...mesti kecemasan ni. Kalut giler masa tu. Udah lah dalam keadaan mengantuk...kesejukannn....maimai...semuanya ada. Aku dengan baju tidur terus capai jacket, handbag dan kasut terus berlari keluar bilik. Ehhhhh...kenapa kepala rasa ringan ajer ni...alamakkkkkk lupa nak pakai tudung. Aku masuk balik bilik capai tudung...main sarung ajer. Ya Allah panik giler masa ni. Memang keadaan masa tu kecoh, kelam kabut, panik dan ketakutan. Dalam hatiku berkata..."Ya Allah...aku ni di temput orang kalau ada apa2 bencana terjadi camana ni??" Biasanya kalau bunyi siren mcm tu menunjukkan amaran kebakaran berlaku. Panik woitttt.

Kami terus meluru ke tangga kecemasan dan berkumpul di tingkat bawah iaitu bahagian kitchen. Tak nampak pulak apa2 yg berlaku kat bawah tu. Tunggu sekejap...then pihak guest house pun sampai dan memberi sedikit announcement bahawa berlaku masalah litar pintas di tingkat 3. So, penghuni bilik Tingkat 3 dikehendaki tunggu sebentar dan penghuni bilik lain boleh balik ke bilik masing-masing. Fuhhhhhhhh...lega giler masa ni. Biasalah kalau jadi traveller ni mcm2 benda nak charge....hp lah....cameralah lah...laptop lah...tab lah...sebab itu berlaku litar pintas. Tapi aku salute dengan management hotel ni sebab sangat alert dengan masalah yg berlaku. At least sebelum perkara yg lebih berbahaya berlaku....dorang dah alert benda ni lebih awal. 

Balik bilik...aku sambung tidur semula. Mengantuk uolsss. Kat sini kalau musim sejuk waktu solat subuh ialah jam 6.30 pagi. Ingat lagi dulu masa kami gi bulan lima...kul 6 pagi dah terang benderang dan masa tu kami dah ada di jalan raya sebab nak gi shopping hehehe. Musim winter ni pukul 7.30 pagi baru lah terang.

Pagi tu lepas subuh aku terus bersiap untuk ke destinasi hari kedua. Kami plan nak ke Nami Island. Dulu dah pergi...kali ni nak pergi lagi. Sebab??? Nak jumpa kekasih hati Kang Joon Sang dan feeling Winter Sonata hahahaha. Dengar citer winter season sangatlah cantik di Nami Island. Lebih kurang pukul 9.30 pagi baru kami bertolak.....to avoid kesesakan di subway di waktu orang pergi pejabat. 


sebaik sampai di Gapyeong Station...sejuk gilossssss. Suhu hari ini sangat sejuk berbanding semalam. Aku check di tab...suhunya ialah -16C....percaya tak????? Pecah rekod aku dalam keadaan suhu paling sejuk dalam hidup.


di luar ketika ini nampak cebisan salji yg dah turun minggu lepas. Selalunya kalau cuaca sangat sejuk memang tidak akan turun snow. Tetapi nampak matahari terpancar sinarannya. Kalau nampak cuaca fogging tu...maknanya snow akan turun. 

di sekitar Gapyeong Station kami berposing sebentar. Plan nak ambil bas...selain pergi ke Nami Island kami plan nak ke English Village dan Hanok Village....tapi tak jadi. Sebabnya...takut tak sempat dan tidak tahan cuaca yg sangat sejuk ini. Then, kami amik teksi ajer ke Nami Republic

dalam perjalanan di dalam teksi...aku snap gambar ini dan kelihatan disepanjang jalan dipenuhi dengan snow.....nampak cantik sangat.


masa sampai bulan lima yg lalu...pokok-pokok di sekitar kawasan ini dipenuhi dengan daun-daun kehijauan dan bunga-bungaan. Tetapi kali ini...tinnggal ranting pokok ajer. Suasana sunyi tidak ramai orang berbanding dulu.



sakit muka sebab menahan kesejukan....bisa tulang muka

sebaik masuk dalam ferry....nampak diluar tasik tu dah membeku. Memang nampak real air tasik dah jadi ais. 

takda sapa yg sanggup bersadai di luar ferry...sejuk yg mencengkam diri. Nampak tak air tasik yg dah jadi ais. Just imagine camana ferry ni menlanggar ais-ais tersebut.....tidak semudah itu. Kami dalam ferry ni memang dapat dengar bunyi ferry menlanggar ais. Risau jugak kalau ada apa2 berlaku.

sebaik sampai di Nami Island...kami nampak timbunan ais yg membeku ini...sangat cantik uolsss

maka ahkak ini pun tergedik-gedik nak berposing di sini...ala-ala winter sonata gitiewww.

di belakang tu ialah tasik yg membeku itiewww

pokok pine dah togel takda daun...tetap cantikkkks

berhati-hati ketika berjalan di atas ais dan salji ini. Kalau pakai kasut biasa yg takda tapak yg sesuai memanglah akan tersungkur. Ada 2-3 kali gak orang tergolek depan aku sebab licin. Alhamdulillah boots merah aku tu memang best.....tak sakit kaki....dalam nya lembut ajer dan tidak licin jika berjalan atas ais dan salji.Yang selalu pesan aku pasal boots ni ialah my friend yg kat London tu. He always reminds me to wear boots during winter season.

permandangan di Nami Island yg dilitupi dengan salji

nampak ajer ada matahari...tetapi sejuknya ya ampunnnnnnnn...kalau yg tak suka sejuk memang tobat taknak gi lagi. Tapi bagi aku... i likeeee winter season. Alhamdulillah aku sihat walafiat...tak demam...tak batuk...tak sakit kaki...tak penat....semuanya okay. Agaknya sebab udara bersih dan takda gangguan bakteria. 



percaya tak...di sebalik tanah bawah tu sebenarnya ais yg membeku. Licin hokay!!!

dari kejauhan aku nampak orang berkumpul...ada apa tu? oooo rupanya ada unggun api untuk memanaskan badan.



masa ni teman travel ku dah tak tahan sejuk katanya pada ku...jom kita pekena hot coffee. So...kami stop jap di sini.

aku order hot coffee dan hot choc....sejuk yg amat. Tengoklah mukaku dah jadi merah menahan sejuk

Then....kami berjalan lagi untuk mencari food pulak...at least bagi bakar balik haba dalam badan. Jom kita makan di sini. Kami dah check...ada halal food di sini...vege food. Kami tak jumpa plak restoran halal yg jual nasi goyang tu.

kami order bibimbap di sini. Aku plak bawak sambal tumis dan sambal ikan bilik. Kami gaul sama sambal...fuhhhhh sedap berapi heheheh

jemput makan yea. Harga set makanan tu ialah KW9,000 (RM27)

di luar nampak timbunan salji yg dah jadi ais

jom posing di sini.....belakang tu ialah musolah..tempat solat

kami jalan lagi...nampak timbunan ais ni lagi...cantikssss



cantik kan tempat ini......memang puashati sangat


ok....next entry aku sambung lagi part 2 di Nami island. Banyak sangat gambar di sini...harap jangan ada yg termuntah tgk gambar aku yg banyak tu ahakssss. Siapakah aku jumpa di sini????? Tungguuuuuuuuuuu


p/s - saya nak cotiiiiiiiiiiii....tapi tak bolehhhhh