Ads

Showing posts with label Thailand. Show all posts
Showing posts with label Thailand. Show all posts

January 14, 2010

Hadyai-Perlis-Penang Trip : Hadyai Part 2






Sambung lagi jalan-jalan ke Hadyai!
Malamnya kami pi massage pulak. Memang tak sah gi Thailand kalau tak merasa Thai Massage. Aku terlupalah nak snap gambar. Mula-mula tu dok survey dari satu tempat ke tempat yang lain. Kami duk mencari tempat massage yang boleh memberi harga yang paling best. At last dapat yang kat belah atas rumah kedai. Hanya aku dan Maksu aje yang massage. Aku amik yang Oil Massage dengan harga RM50 untuk 2 jam. Ada orang tu kan teringin nak massage tetapi last minute tak menjadi pulak. Kenapa tak jadi, hanya dia aje yang tahu. Huhuhu !!!

Best woohh massage ni. Bagi relax badan dan kasi longgar sikit otot-otot yang dok penat bekerja. Aku ni kalau pi Thai atau Indon mesti massage punya. Sudah ler murah...pastu best plak tu bila di urut. Masa kat Hadyai ni, aku sampai terlelap ketika diurut. Tak sedar...tau2 aje dikejut untuk alihkan badan. Tengok tu.....sampai gitu sekali. Huhuhu....penatlah.




After 2 hours bermassage, kami bergerak ke tempat lain pulak. Fuhhhh...lega badan dan ringan aje kaki berjalan. Memang segar betul lah after dah kena urut. Kepada orang tu...rugi tau tak pi bermassage malam tu. Hehehe!!

Then, Song ajak kami pi makan "buah-buah campur". Masa ni aku blur jap. Apa benda "buah-buah campur" ni?? Kat kepala ni dok pikir campuran buah-buahan yang dipotong kecil-kecilan. Pastu bila dah jumpa tempatnya...barulah aku tahu. "Buah-buahan campur" yang disebutkan oleh Song tu ialah Thai dessert. Macam ABC gak. Kalau di Indonesia, di panggil Es Teller. Kat dalam dessert tu ada pelbagai jenis buah-buahan kering seperti buah mata kucing, cincau, kacang, cendul hijau dan merah dan macam-macam lagi. Memang sedap dan meletup. Isinya punyalah banyak. Semangkuk harganya RM4. Aku suka sangat....bila tengok kat gambar ni mcm terliur pulak..hehehe. Kalau u all nak cuba....kat Johnny steamboat ada jual.

Kenyang giler wohhh after dah makan dessert ni. Kat tepi-tepi jalan di Hadyai ni memang banyak dijual. Jangan takut kay...makanan ni halal. Maksu dan Burn plak order lai chi kang. Pun sedap terangkat.


tengah tunggu Thai dessert ni disiapkan...

ini dia Thai dessert yang sangat sedap tu.......harga RM4

lai chi kang...pun sedap



Kami jalan-jalan lagi di tengah bandar Hadyai ni. Memang happening pada waktu malam. Jalan raya yang penuh dengan kereta siang tadi telah ditutup pada waktu malam untuk memberi laluan kepada orang ramai lalu lalang. Macam gak kat Phuket...kat Bangla Street ditutup pada belah malam.

Malam tu gak kami membeli wedding gift untuk pengantin baru Sepul n Nita. Actuallay gift untuk depa kami nak bagi masa kat KL nanti. Tapi yang ni kami beli pre-gift dulu. Takkan nak mai kenduri kahwin dengan tangan kosong kan. So, kami beli baju tidur yg sangat comel untuk pengantin...heheheh. Agak2nya dah pakai ke??? Kelam kabut kami mencari kotak dan wrapping paper malam tu gak.

Sepanjang jalan di area Central ni...ada banyak gerai-gerai jualan makanan. Kami belum makan malam lagi. So, ternampak pulak ada gerai jual nasi lemak dan teh tarik. Punyalah ramai orang masa ni. Lenguh gak menunggu nak membeli nasi lemak. Akhirnya tak beli tah tarik pun sebab kena tunggu lambat lagi. Aku ni tang nak menunggu ni memang tak reti nak sabar. So, lupakan sajelah teh tarik tu walaupun nampak teh tariknya sangat mengancam. Then, aku beli juga pulut mangga dan buah-buahan. Ramai betul jumpa orang Malaysia bershopping kat sini.

Lupa nak citer, masa siang tadi, aku terjumpa dengan selebriti TV3 Norazlina Redzuan dan suaminya. Sempoi aje dia berjalan kaki di tengah-tenagh bandar Hadyai. Tak nampak macam Mak Datin pun. Kampung dia kan...kat Perlis aje.

Malam tu kami melepak di bilik si jejaka sambil makan makanan yang dibeli tadi. Biasalah sambil borak...sambil tengok gambar kat camera...sambil tu gelak bagai nak rak. Hahahaha. Masa ni kami pun dah terlalu penat. Maksu dalam diam dah terlelap...walaupun sepanjang jalan tadi dalam kereta dia tidurrrrrrrr ajerrrrrr..hehehehe.


nasi lemak Thai..... biasa aje rasanya...

berjalan-jalan pada waktu malam di Hadyai...

ni dia pulut mangga...pulut durian tak jadi beli coz duriannya belum masak..huhuh..

untuk pengantin baru Sepul n Nita..

pre-gift yang dibeli khas di Hadyai...



Esoknya jam 8.30 pagi kami dah check-out. Then, kami breakfast di sebuah restoran Muslim yang berdekatan dengan hotel kami iaitu Muslim Food Maliam. Jangan tak tau...kami makan roti canai. Aku order teh tarik lagi. Boleh tahanlah tapi macam tak cukup aje...kecil sangat roti canainya. Takpa simpan perut untuk kenduri Sepul nanti. Lupalah berapa total semua.

Masa kami duk bersarapan tu...tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Pastu masa kami dah habis makan...just nice hujan pun berhenti. Then, kami plan nak ke station bas untuk mencari van balik ke Hadyai. Sekali tersalah station lah. Kami pergi ke train station pulak..hehehe. So, terpaksalah naik tuk-tuk untuk ke bus station pulak.



ni dia train station yang tersalah tu...hehehe

ni tempat yg kami berhenti untuk amik van ke Hadyai....sebenarnya bukan bus station

si jejaka duk belakang sekali....

si jelita duk kat tengah2...opsss!!



Sepanjang perjalanan 45 minit ke Hadyai, aku terlelap lagi. Bukan aku aje, kami semua memang terlelap. Yang paling sakan tidur siapa lagi...Maksu lah. Hehehe...jangan mare yea!!! Kami bayar sebanyak RM5.50 seorang untuk naik van ni. Sampai aje di Danok, kami jalan-jalan beli belah apa yang patut untuk menghabiskan duit Baht.

Che Burn dari tadi duk bgtau nak makan ayam goreng. Akhirnya tertunai gak hajatnya. Kami beli ayam goreng dan meehoon sop Thai yang sedap dan makan kongsi ramai-ramai. Sedap banget ayam goreng dan meehoon sop Thai tu. Memang terangkat dan aku memang suka. Uikk...makan lagi kami ni.


aku di pasar Danok..

ayam goreng yg sgt sedap...

meehoon sop...



Then, masa nak cop passport di Thai border, kami plan tak nak bayar apa-apa. Melampaulah nak kena bayar pergi dan balik. So, kami berpecah kepada 2 kaunter yang berbeza. Aku dan Qis di kaunter belah kiri dan yang jejaka kat belah kanan. Sekali tu Burn pulak kena minta RM2. Kat kaunter aku tak minta apa2 pun. Tapi muka masam nak mampus....main campak aje passport aku. Melampau betul lah orang Thai ni...kaki rasuah! Kenyang makan duit rasuah. Bengang betul si Burn kena bayar RM2 kat depa.


p/s - Kepada Sepul, sorry lah kami tak ajak pi Hadyai...sajer nak surprise kat pengantin baru. Lain kali kita ramai-ramai pi jalan sama-sama yea...

January 13, 2010

Hadyai-Perlis-Penang Trip : Hadyai Part 1





New Year 2010 baru ni, aku bersama-sama dengan teman blogger berkelana satu kereta ke nun jauh ke utara. Kami ke sana untuk meraikan majlis perkahwinan teman blogger kami juga iaitu Sepul yang diadakan di Kangar, Perlis. Teman-teman blogger yang joint for this trip ialah Maksu, Song and Burn & Qis. Sian Lily dan Nurman tidak dapat ikut kami sama-sama coz tidak dapat cuti masa ni. Lain kali kita jalan sama-sama yea Lily....

Plan ke utara ni memang last minute baru jadi. Kami tak plan stay kat Perlis, so we decided to melepasi border ke Hadyai pulak. Aku pernah dah sampai ke Hadyai dulu beberapa tahun lepas. Ingat tak masa kejadian banjir besar kat Hadyai tahun 2002 tak silap aku...akulah antara mangsa banjir tu. Aku and family terperangkap dalam hotel selama 4 malam tanpa elektrik, air, talian telefon dan juga tanpa makanan. Kami hanya makan bubur yg disediakan hotel. Darurat giler. Memang kenangan pahit aku bercuti ke Hadyai. Masih segar dalam ingatan ku. Nanti senang2 aku ceritakan di sini pengalaman aku tu.

Ok back to this trip plak. Kami bertolak dari KL jam 5.00 pagi. Aku yang memandu dari KL hinggalah sampai ke Bukit Kayu Hitam. 2 kali juga kami berhenti di hentian PLUS highway. Sampai di Bukit Kayu Hitam jam 10.30 pagi. Perjalanan melalui highway tak banyak kereta pun sebab kami bertolak awal pagi. Memang smooth dan relax aje.

Sebab dah lama tak ke sini, aku dah tak cam camana nak masuk border ni. After tanya orang, baru aku faham. Mula-mula kami kena melepasi imigresen Malaysia untuk cop passport. Pastu jalan sedikit barulah nampak bangunan Free Duty TheZone. Kami parking kereta di sini. Sewa simpan kereta di sini ialah RM12 sahaja untuk satu malam. Alhamduillah selamat kalau simpan kereta di sini.

Then, kami masuk bangunan tu untuk menukar duit Baht. Aku dah awal tukar duit di KL. Huhh bengangnya....lagi murah kat sini. Biarlah malas nak pikir. After dah settle semua, kami bergerak ke parking dalam kawasan bangunan The Zone ni untuk mencari kereta sewa ke Hadyai. Mengikut kata orang di sana, akan dikenakan charge RM40 seorang ke Hadyai....fuhhh mahal giler. So, Che Burn cuba cari alternatif lain tanya orang, then kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki aje ke Thai border. Alaaaa....dekat aje lebih kurang 5 minit berjalan. Kalau nak bawa kereta ke Thailand boleh aje tetapi kena bayar insuran kereta untuk ke sana. Pastu sudahlah tak paham bahasa Thai...mau sesat kami ke sana. So, baik naik kereta sewa aje.


Ini lah permandangan berjalan ke Thai border....kena jalan sikit dalam 5 minit. Sampai dah.....
posing dulu.....I'm here babe....Thailand

posing lagi....


Wahh...dah sampai Thailand. Lihat gambar di atas keadaan pondok imigresen Thailand untuk cop passport. Sebelum tu, kami dikehendaki mengisi borang putih untuk masuk ke Thailand. Hmmm..nak isi borang pun kena bayar. Actually boleh isi sendiri tapi dah terjebak ke meja orang yang menulis tu...akhirnya kami bayar RM2 untuk seorang. Hangin gak!! Pastu nak cop passport pun nak bayar RM1..kena selit duit RM1 dalam passport...memang kuat rasuah lah orang Thai ni.

Masa kami dok mengambil gambar tu, kena sound dengan pegawai imigresen tu tidak membenarkan mengambil gambar. Yelahh...korang dah kenyang makan duit orang..tau plak takut kami nak amik gambar. Hangin aje!!!


orang beratur untuk masuk ke Thailand...cop passport dulu...


Kami dah pun sampai ke sempadan negara Thai. Nama tempat ni Danok. Banyak kereta/teksi sewa di sini untuk pergi ke mana-mana area yang berdekatan. Ada seorang ni approach kami naik teksi dengan harga RM80 untuk sebuah kereta. Nak mintak kurang punyalah siksa. Ohh...tak payah yea. Kami nak cuba tanya tampat lain pulak. So, kena berjalan ke depan sikit.

Akhirnya dengan inisiatif Che Burn, akhirnya dia berjaya dapatkan harga yang murah untuk ke Hadyai. Kami naik van hanya dengan bayaran RM6 seorang. Murahkan!!! Kalau nak tau kat mana tempat tu. Sepanjang jalan besar area Danok ni...ada kedai 7Elevan...depan tu aje. Di situ ada didirikan meja untuk bayaran. Depan tu aje vannya. Cuba lihat gambar di atas. Van tu lah yang kami naik. Jangan risau...selesa dan beraircond. Thanks Che Burn atas usaha kamu!!!

Perjalanan ke Hadyai dari Danok mengambil masa 45 minit sahaja. Aku terlelap gak dalam van masa tu. Yelah penat memandu dari KL ke Bukit Kayu Hitam dan malam sebelum tu aku tak cukup tidur. Sampai di Hadyai just bgtau driver tu nak turun di mana. Kami ambil keputusan nak turun di area Central Department Store. Kiranya tempat paling happening kat Hadyai ni.

Kami tak booking hotel lagi tau. Mulanya Song dah booking thru email kat Regency tapi depa tak reply for confirmation. Pergi gak ke Regency tu but ramainya pelancong masa tu. Harganya RM80 aje. After berbincang, kami plan nak cari hotel lain pula. Ada lah 2-3 hotel yang kami tanya....lebih kurang RM60-RM80 harga untuk semalam. Kami nak cari yang budget punya coz bukannya nak melepak lama-lama dalam hotel pun. Esok pagi dah nak check-out.

Akhirnya kami jumpa Indra Hotel...sebelah Central aje. Harga untuk satu malam ialah RM50 sahaja. Oklah tu. Murahkan hotel di sini. Walaupun masa ni cuti tahun baru tetapi masih ada lagi hotel yang kosong. So, u all kalau nak cuti-cuti di Hadyai tak perlu risau tentang hotel. Hotel memang banyak choice dan harga pun tak mahal. Kami ambil 2 bilik sahaja. Satu bilik untuk si jejaki dan satu bilik lagi untuk si lady. Huhuhu..


Posing jap di depan pintu hotel



Sampai hotel kami terus mandi-manda membersihkan diri. Barulah segar sikit untuk memulakan perjalanan ronda-ronda bandar Hadyai. Perut kami dah lapar masa ni. Nak cari makanan Muslim di sini tiada masalah coz ada beberapa restoran yang menyajikan masalah Thai halal yang sedap. Tapi aku dah lupalah kat area mana.

Kami kena gak tanya orang camana nak cari restoran halal. Dulu aku pernah makan di Hamid Restaurant. Puaslah dok menanya orang Thai ni mana lokasi restoran ni. Depa tak taulah. Agaknya orang sini tak makan di restoran kot...tu pasal tak tau. Jenuh gak kami berjalan sana-sini. Akhirnya aku cuba tanya tuk-tuk plak. Tau plak!!! Kami naik tuk-tuk RM2 seorang. Harganya sama aje untuk ke mana-mana sahaja. Rupanya restoran tu belakang hotel kami aje...kalau berjalan kaki dari hotel memang sampai lah. Tapi sebab kami dah berjalan jauh tadi ke arah lain...memang kena naik tuk-tuk ler.


mcm kat Jepun kan!!!

yehahhh..... naik tuk-tuk

from left : Burn, Qis, Song and me

aksi sengal Che Burn...huhuhuh...

ni dia Hamid Restaurant.....jumpa akhirnya!!!

Maksu n Burn dok tengok menu dulu...



Dengan perut yang lapar, dalam jam 2.30 petang gitu kami amik lunch di restoran ini. Kami order makanan wajib di Thai iaitu Tom Yam. Makanan lain yang kami order ialah Siakap Tiga Rasa, Kerabu Mangga, Kailan Ikan Masin dan Ayam Kunyit. Mula tengok ingatkan tak cukup...rupanya lebih dari kenyang.

Hmmm...nak kata terlalu sedap....tidaklah sangat. Kat KL pun ada yang lebih sedap. Tapi boleh lahhh!!. Dulu masa aku makan di sini...memang sedap giler tapi sekarang ni aku rasa macam dah kureng aje. Dah lain tukang masak kot. Jumlah semua ialah RM80. Reasonable lah. Kenyangnya masa ni.


tomyam seafood

siakap tiga rasa

kerabu mangga

kailan ikan masin

ayam kunyit

wahh...tak pandang kiri kanan...lapar sangatlah tu...



Then, kami pi jalan-jalan di sekitar bandar Hadyai ni. Aku dah beberapa kali pi Thailand dan aku dapati sama aje barang yang di jual di mana-mana...baik di Bangkok...atau di Phuket atau di Hadyai pun. Cuma bezanya yang aku suka tentang Thailand ni...aku suka buah-buahannya yang manis. Aku mesti beli buah kat sana.

Kat Hadyai ni aku beli 2 helai t-shirt, buah gajus, buah jambu jeruk dan beberapa souvenir spt fridge magnet. Masa ni ada gak sale kat shopping complex tapi tiada yang berkenan di hati. Banyak betul perubahan yang aku nampak compare masa aku gi dulu. Shopping bazar dah besar dan luas. Tetapi aku perhatikan orang yang membeli mcm kurang lah. Tak macam dulu. Agaknya sebab kat KL ni...barang-barang Thai pun dah melambak-lambak kan. Mudah nak dapat.

banyak betul dijual bakul macam ni kat Hadyai...

beg buatan Thai...LV gitu!!

jom borong buah gajus.....

kami singgah minum air kelapa.....RM4 untuk sebiji..

di bazar jualan pakaian......dulu pun aku gi kat sini...