Episod terakhir aku di tanah harom. Fuhhhhh berentry-entry nak habiskan. Al-maklum stay di sana 12 hari maka banyaklah cerita-cerita dan gambar-gambar nak dipaparkan di sini. Banyak lagi cerita lain yang pending sebab aku nak habiskan dulu entry di tanah harom ni. Aku ni jenis kalau boleh nak habiskan memblog sesuatu trip as soon as possible. Aku tak suka simpan lama-lama....pastu mesti aku lupa dah.
Hari ini ialah hari terakhir kami di tanah harom. Malam sebelum tu kami ada briefing untuk penerbangan balik esoknya. Ketua rombongan kami, Ustaz Halim ada penerangan sikit pasal air zam zam, beg kami yg berat sarat barat tu, jadual bertolak dan pasal tawaf widak esoknya. Flight kami jam 9.45 malam keesokan harinya tetapi jam 11.30 pagi kami dah berangkat meninggalkan tanah harom. So, pagi-pagi tu kami diwajibkan melakukan tawaf wida' iaitu tawaf selamat tinggal ......meninggalkan tanah harom. Kepada yang keuzuran, cukuplah hanya melakukan doa selamat tinggal sahaja.
Lepas kami ada briefing pasal flight malam tu...aku singgah kedai beli tali ikat beg dan apa-apa benda yang patut untuk kali terakhir sebab esok selepas melakukan tawaf dan doa wida' kami dah tidak boleh membeli-belah apa-apa. Malam tu aku sempat singgah beli burger. Padahal kat bilik tu beg tak kemas lagi...masih ada saki baki barang yg aku belum packing.
Pagi tu lebih kurang jam 9 pagi kami dah berkumpul di bawah lobi hotel bersama-sama dengan beg kami. Simpan beg kat lobi dan masing-masing menuju ke Masjidil Haram menunaikan tawaf wida'. Aku pulak masa ni memang uzur...bersama-sama 2 orang lagi teman iaitu Kak Zila dan Fazlina...kami ikut Ustaz Mohammad menaiki teksi menuju ke bahagian pintu luar di tempat saie. Ikutkan boleh ajer kami jalan kaki tapi Ustaz kata jom ikut dia naik teksi sebab dia nak singgah di hotel belah sana nak ambil barang pada temannya.
So, kami berempat turun di bahagian belakang Masjidil Haram iaitu pintu nak masuk ke tempat saie. Dulu masa aku gi umrah tahun 2005, hotel yg aku stay memang kat area sini. Aku memasuki pintu Babus Salam setiap kali nak masuk masjid. Kali ni bila aku sampai pagi tu...terkejut sekejap sebab dah lain bebenor. Sekarang ni tempat ni dah tinggi terus menuju ke tingkat dua tempat saie. Dulu satu tingkat ajer.....jalan ajer terus ke bahagian bawah.
Tujuan kami melalui pintu di tempat saie ini ialah kami tak boleh memasuki Masjidil Haram sebab dalam keadaan uzur datang bulan. Jadi, kami masuk melalui laluan saei dan dicelah-celah tu kami boleh nampak baitullah. Maka di situlah kami berdoa selamat tinggal. Ustaz suruh kami pergi sendiri dan jumpa dia balik di tempat tunggu teksi tadi.
kalau tak silap aku ni hotel-hotel di kawasan Masjid Kucing....tak lama lagi kena robohlah tu
bersama Kak Zila. Kalau tak silap aku kat belakang itulah rumah dimana Rasulullah dilahirkan.
kat belakang aku ni ialah tempat saie (dari luar). Kalau kita jalan terus boleh masuk ke pintu tempat saie tingkat atas. Kami turun bawah tangga tu untuk melalui saie yang tingkat bawah.
bersama dengan Fazlina...teman jemaah di sana. Faz, I know you're reading my blog...come we set one day to meet up. Make yourself free yah!!!
Alhamdulillah dah sampai tempat saie. Maaf gambarnya kurang sharp....bergoyang pulaks
di celah-celah tempat saie ini kami boleh melihat kaabah dan pintu multazam. Kami bertiga berdoa selamat tinggal di sini. Tanpa disedai air mata aku menitis lagi disini....sebak rasanya hendak meninggalkan kaabah dan tempat suci ini. Ingat lagi dulu....disinilah tempatnya aku selalu bersolat...senang dan mudah sebab masa tu tak ramai lagi jemaah membuat umrah ke tanah suci berbanding sekarang ni.
sempat lagi tu berposing di sini. Kena hati2 sebab tidak dibenarkan ambil gambar di sini. Aku sorok-sorok ajer.
Habis sudah kami di sana....naik teksi sekali lagi dan balik ke hotel kami. Masa ni kami berkumpul di lobi hotel sekali lagi sementara menantikan bas kami sampai. Aku just lepak dengan teman-teman jemaah lain. Tepat jam 11.00 pagi mcm tu bas kami pun sampai.
kami standby di depan hotel bersama-sama dengan jemaah lain
beg kami semua dah beranak-anak hehehe
beg aku yg bawah sekali warna coklat tu....perghhhh berat giler. Ada lagi satu beg isi kurma dan satu lagi hand carry beg.
air zam zam untuk jemaah2 semua.
masa ni.....sedih plak rasanya sebab dah nak meninggalkan tanah harom. Entah bilalah aku dapat dtg ke sini lagi. Insya Allah aku akan dtg lagi.
bersama Fazlian...kenalan jemaah di sana
perjalanan ke Jeddah mengambil masa sejam setengah. Kami berhenti di Masjid Terapung Jeddah untuk solat jamak Zuhor-Asar dan makan tengahari di sini.
berposing sakan di Laut Mati. Over kan minah ni.
masa ni angin sejuk bertiup. Walaupun panas terik tetapi hawa sejuk angin
Kami sampai awal di Terminal Haji Jeddah. Masa memang banyak lagi....so hanya melepak ajer di luar.
Alhamdulillah urusan check-in kami di sini berjalan dengan lancar. Beg aku memang excess pun dah jadi 35kg huhuhu. Aku tumpang beg kat jemaah satu family ni...fuhhh selamat tak kena bayar.
kami jemaah wanita mengambil gambar beramai-ramai. Kumpulan jemaah aku ni ramai orang muda....tu yg kami jadi rapat sepanjang berada di sana.
ni pulak jemaah lelaki....Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka.
Makcik Ina, Makcik Azmah dan Kak Zila. Sayang anda semua!!!!
Di dalam flight perjalanan selama 9 jam....aku hanya tidur ajer. Tidur tak sedar diri...bangun hanya untuk makan ajer. Siap steward tu kejutkan aku nak bagi makanan...hahahaha. Alhamdulillah semua dah selesai ibadah aku di sini. Aku juga selamat sampai ke tanahair. My brother fetched me kat airport.
Terima kasih banyak-banyak pada rakan pembaca blog ini yang sudi bersama aku mengikuti dari entry pertama hinggalah ke entry yg terakhir ini. Segala comment dan ucapan doa untuk aku semua tu....aku sangat hargai dan terima kasih banyak-banyak. Love all of u muahhh!!!!!


























