Ads

Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

June 14, 2012

Hari Ibu Ratu Hatiku Bersama Anuar Zain @ Sunway Putra Hotel KL



Salam semua.
Pemenang untuk cuba teka telah pun di ketahui. Terima kasih banyak-banyak sebab anda semua sangat setia bersama blog ini dan sangat sporting untuk menjawab soalan cuba teka tu. 
Wowwwww...kebanyaknnya telah menjawab dengan betul. Maknanya anda semua ialah pengikut setia blog ini. Sebabnya...uols tahu ajer apa yg aku akan cari setiap kali ke overseas.
Jawapannya ialah koleksi HRC - tshirt dan short glass.
Nampaknya pemenang yg bertuah ialah - Farah (Mami Little Hero). Boleh tak u hubungi i di email ni syarliz@hotmail utk menyerahan gift yg dijanjikan. But, if am not mistaken you stay kat UK kan? Camana i nak post tu? Ada address di Malaysia tak?

Mesti anda semua tertanya-tanya kenapa aku tak beli HRC Collections kat Seoul ni. Nak tau jawapannya? Sebabnya ialah HRC Seoul baru beberapa bulan yg lepas ditutup...uwakkkkk :((
Melepas aku nak menambahkan koleksi HRC yg ada. Apa nak buat...aku terlambat sedikit datang ke Seoul ni. Katanya HRC Seoul ditutup kerana tak laku. Orang Korea ni very proud with their local produk...tak kisahlah cafe ke...cosmetic ke...fabric ke...fesyen ke....anything about Korea....they are so proud of it. Ok stop kisah Korea.

Kali ni aku nak share dengan uols ttg majlis Hari Ibu Ratu Hatiku anjuran majalah Harmoni yg diadakan di Sunway Putra Hotel di KL. Artis jemputan yg membuat persembahan ialah Anuar Zain perghhhhhhh!!! Aku telah ditugaskan menjadi ushere menyambut jemputan VIP ke pentas. First time experience...best jugak. Boleh tengok muka Anuar Zain face to face bertentangan mata masa penyerahan bunga. Tapi sedihnya aku tak berkesempatan nak bergambar dgn dia. Sebabnya.....tengah sibuk. Anuar plak tergesa-gesa nak balik cepat after habis performance. Peminat dia mcm histeria bila dia tengah menyanyi....duk panggil dia nak ambik gambar walaupun dia tengah nyanyi masa tu.

Kalau korang nak tengok gambar-gambar ketika majlis ini boleh dapatkan dalam majalah Harmoni terbaru di pasaran  - gambar pengantin Nurul dan suami.



 gambarku dan teman-teman ketika menjadi usherer. Make-up tebal masa ni...ishhh tak biasa ahkak tau. Kami semua didandan oleh make-up artist.

 ohhh abang Anuar ku...........

 jelinganmu menggetar jiwaku...ahakssss

 Anne Ngasri & anak-anak serta Rozita Che Wan pun ada...menggayakan fesyen baju.

Sasha Saidin bersama anaknya menggayakan fesyen baju raya oleh Hajaba. Comel sungguh anak dia.

 dapatkan majalah Harmoni terbaru di pasaran sekarang!!!!

siapakah itu???....ngeh..ngeh..ngeh..


Entry akan datang aku nak share percutian masa cuti sekolah yg lepas bersama family ku....kami pergi cuti2 mesia ajer. Tunggu yeaa!!!!


p/s - Only You - terngiang-ngiang di minda ku


February 8, 2012

Santai Bowling Mangga @ Alamanda Putrajaya





Kembali lagi di alam maya. Terima kasih kerana masih setia bertenggek di blog ini....hehehehe. 
Sekarang ni aku sedang busy buat preparation for my next trip. Kali ni kena byk wat preparation. Insya Allah semoga semuanya berjalan dengan lancar. Banyak benda nak kena siapkan dan bekalkan.

Ok kali ni aku nak citer pasal event yg diorganize oleh opis aku. Dah lama iaitu 2 bulan yg lepas. Satu persatu aku selesaikan update pasal trip. Then, barulah aku wat entry pasal event ni. Next entry....trip aku ke Melaka pulak. Harap bersabar yea....

Even ini ialah Santai Bowling bersama majalah Mangga - majalah hiburan paling ramai pembaca dan jualan di Malaysia. Aku tidak bertugas masa ni...aku just datang untuk memeriahkan suasana. Kebetulah plak geng2 aku participate dalam bowling tournament ni. Staff tak boleh joint...kami mengutamakan peminat dan pembaca Mangga. Kami juga menjemput artis-artis bagi memeriahkan event ini. Artis-artis yg hadir boleh dikatakan semuanya artis remaja...sesuai dengan konsep majalah ini khas untuk pembaca remaja yg meminati hiburan. 

Kalau uols nak tau...masa ni aku baru balik dari Krabi. Sampai KL jam 7 pagi. Pastu balik umah terus membutoooo. Tidur dalam 2 jam...bangun terus gi Alamanda Putrajaya. Sib baik dah tidur....oklah segar sikit. Sesekali kita joint aktiviti mcm ni apa salahnya. Alaaaaahhh bukannya hadap sangat dengan artis-artis tu pun....just for fun get involve into this kind of activity. Actually artis-artis muda semua tu ramai aku tak kenal pun. Aku hanya kenal artis-artis zaman aku...hehehehe.


 verangannnn....padahal tak masuk punggg!!!

di antara artis-artis yang hadir.....satu group 4 orang termasuk seorang artis

 Imam muda Azim joint dalam group artis baru Miera Liyana.....hahahaha!!!!!! - dia kata tak kenal pun artis tu. Belasah ajerlah azimmm...yg penting dapat main bowling dan dapat hadiah!!!!

 lepak kejap kat group anak-anak Kak Rose.....

 geng-geng cabaran sihat pun mai utk tengok game ni. Thanks Mya and Faten sudi datang. Dorang berdua actually nak joint tetapi sayangnya dah penuh. Takpa darling...next time akak panggil kay!!!

 My beloved friends - From left : Kak Rose, Azuan, me , Kak Onah dan Azim. 

Masa ni perlawanan bowling dah tamat. Peminat dan artis-artis bergambar beramai-ramai.

aktiviti bowling ini dah pun masuk dalam majalah Mangga bulan Februari. 

 habis sudahhhh bergambar......duk lepak jap sementara menunggu keputusan diumumkan

 hamboii!!! bergurau senda dengan Ahkak Onah yg vogue tu.

Tengok tu memasing dapat hadiah.....(atas meja). Aku jerkkk melopong tengok memasing menggendung hadiah. 


Habis ajer event ni....aku duk melepak jap dengan geng-geng majalah Mangga dan artis-artis yang tak balik lagi. Sempat lah jugak berborak dengan artis Johan Ashaari yg sedang fofuler tu. Dalam masa yang sama wartawan akhbar duk interview dia jugak. Pastu aku gi solat Asar dan Maghrib jap kat dalam Alamanda tu. 

After solat....dah janji dengan Azim dan Azuan nak pi makan Satay Willy yg terkenal di Kajang tu. First time aku nak merasa padahal dah dekat sangat dengan opis aku. Ramai duk kata satay ni sangat sedap. So semestinya aku wajib mencoba. Sekali dah rasa...................wallaaaaaaaaaaaaaa sedap banget!!! Tetapi ramainya orangggg.....kena sabar menunggu at least sejam uolsss. Kalau korang datang petang....tak ramai sangat orang.

memang sangat sedap. Harganya 70sen sebatang. Tak payah cicah dengan kuah kacang pun dah rasa sedap. Rempahnya banyak gitiewww. Lokasinya.....dekat area Sg Ramal, Kajang. Kalau dari Highway Seremban-KL...kena exit tol Kajang. Then...after bayar tol ikut signboard ke Kajang. Jalan terus..... sehingga nampak stesen minyak Shell di belah kanan...bertentangan Shell minyak tu ada mcm food stall banyak org meniaga . Turn left.....then dah nampak satay willy kat bahagian corner.


 masa ni dah habis makan...kenyang gilosss dan alhamdulillah dapat jugak merasa Satay Willy. Thanks semua!!!


Ok guys....next entry aku citer pasal my trip to Melaka....actually tu ialah company retreat yg diadakan awal tahun hari tu. Jangan lupa singgah blog ni tengok aku grooming mcm artis dengan rambut pelesu...... hahahaha. Jumpa lagi...muahhh...muahhh.


p/s - this Friday aku gi bercuti lagi dengan my beloved family utk meraikan besday my nephew.




October 20, 2011

Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama iSihat & KevinZahri - Launching Ceremony


Jom kita citer pasal health pulak.


Sebelum ni aku ada bgtau pasal camana aku stress dengan kerja and event. Nah.... pasal event inilah yang aku stress tu....till today still in a stress mood. Selagi tak selesai....selagi tulah aku tak duduk diam. Cuti pun melambak lagi....sebab mcm dah lama tak amik cuti panjang sejak raya hari tu. Camana nak cuti.....hati aku tak senang duduk selagai event ni still on. Pas habis event ni.....i wanna go somewhere. Where to? Not sure yet!!!!. Ramai sungguh yang tanya aku next overseas trip gi mana? Huhuhu...camanalah aku nak gi bercuti selagi event ini tak habis lagi. Aku kalau gi bercuti tak kurang mesti seminggu aku apply leave. Insya Allah soon.


Gambar di atas semasa proses pemilihan peserta. Stress hokay masa nak pilih tu. Ada yang kata confirm nak joint tapi bila suruh bank-in duit....asik kata takda masa. Aku ni duk menunggu ler....bila dah nak start launching esoknya...terus off kan hp. Ini lah satu sikap rakyat Mesia yang aku paling benci. Suka berjanji....tapi bila tang mintak duit suh bayar......seribu alasan diberi. Rupanya propa ajer.....haishhhhhhh. Dah banyak kali terkena.


Event ini memang dikenakan bayaran RM370 seorang. Sebabnya.....segala aktiviti yang dijalankan memerlukan kos yang agak tinggi...termasuk yuran, makan dan minum. So, sebab tulah masa nak buat pemilihan tu aku agak stress giler. Akhirnya daripada 24 orang peserta yang sepatutnya terpilih.....yang betul-betul memberi kerjasama tinggal 22 orang sahaja. At the same time aku kena deal dengan para penaja yang pelbagai kerenah.....sangatttttttt stressss aku masa tu. Mana nak pikir peserta...penaja....booking lokasi ...makan minum perserta.....semuanya nak pikir sorang-sorang. Alhamdulillah hasilnya.....masa launching ceremony everything okay dan mendapat publisiti yang meluas di dada akhbar dan majalah. Syukur Alhamdulillah.


Sekarang ini kami telah melalui 2 aktiviti iaitu latihan kecergasan dan jungle trekking. Alhamdulillah semua ok dan para peserta pun nampak tersenyum ajer...sebab berat badan dah tunrun kannnn. Muka pun glamer masuk paper kannn!!!This weekend pulak perlawanan futsal. Utk urus futsal ni pun aku stress jugak. Aduhhhhhhh.


para peserta yang terpilih.......you go guys!!!

semasa hari pelancaran....para penaja dan peserta

sessi timbang berat peserta......semangat semua orang

sessi bengkel dan kaunseling dengan Mr Kevin..


Ada banyak lagi gambar....tapi cukuplah aku tunjukkan mana yang penting ajer. Nanti aku update lagi tentang aktiviti kecergasan di Celebrity Fitness dan jungle trekking di FRIM. Aku berharap agar event ini mencapai objektif dan target. Insya Allah sekiranya everything succes, kami nak buat lagi next year dan try to get collaboration with tv penyiaran pulak. Wallaaaaaaa......satu cabaran bagiku. Insya Allah ....jika kita jujur dengan kerja yang kita buat....Allah akan permudahkan segalanya. I love my job!!!!




p/s - dengan kesibukan aku sekrang ni....aku hanya pikir kerja...kerja...kerja. Personal thing aku tolak tepi seketika. Pastu gi makan angin ke oversea.....tenang hati, jiwa dan fikiran. Takda sapa nak ganggu hidup aku or celarukan fikiran aku. Hanya pikir kebahagian diri sendiri. Syukur dengan nikmat dan rezeki Allah. Amin Alhamdulillah. Oh yea...ada org bisik2 kat aku...pengantin tua tu honeymoon di Bali. Bali jerkk??? erkkk...