Ads

May 29, 2014

Day 1 : UK Honeymoon Trip - Gatwick, London




Salam semua.
Banyak betul entry tentang wedding. Sekarang jom kita baca entry tentang my honeymoon trip to London plak. Ikutkan planning kami nak honeymoon ke London dan Paris sekali tetapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan dan juga harga train tix ke Paris yang sangat mahal....kami cancel ke Paris...lain kalilah. Kebetulan juga my hubby tak dapat cuti panjang.....kami bercuti hampir 3 minggu juga termasuk cuti sebelum wedding. So...bila dah spent banyak utk tix tapi takat duk sehari dua di Paris....baik tak payahlah. Alang2 nak duk 3-4 hari jugak kat sana. Finally.... kami hanya makang angin di London ajer.

Sehari selepas wedding hari tu masa untuk bukak hadiah. My nephew sibuk tanya bila Along nak bukak hadiah tu. Masa malam wedding tu tengah penat lagi....nak bukak hadiah pun mcm takda jiwa gitiew. So esoknya kami berkumpul satu family buka hadiah satu persatu. Dikesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih banyak2 pada yg memberi hadiah dan sumbangan kepada kami berdua. Selepas wedding pun masih menerima hadiah lagi. Dalam gambar di bawah ialah diantara hadiah2 yang kami terima. Banyak sampai tak tau nak letak di mana. Lepas kami berpindah rumah nanti....mungkin boleh guna hadiah2 ni pelan2. 


 hadiah2 yang duiterima...terima kasih daun keladi

 banyak jugak dapat hadiah yang sama hehehe...anyway tqvm. Itu belum lagi campur hadiah2 yang diterima di majlis menyambut menantu di belah kampung suami.



Selang 3 hari selepas majlis perkahwinan kami.....kami sibuk packing baju untuk honeymoon trip yang lama dirancang. Agak kelam kabut jugak masa ni sebab....masa ni jugak sibuk nak kemas rumah...nak kemas bilik dan kemas barang2 suami yang dibawa ke rumahku. Flight kami jam 10.35 pagi.....malam sebelumnya baru aku kelam kabut packing baju. Sebelum ni pack baju tuk diri sendiri sahaja tetapi kali ni kena buat untuk 2 orang huhuhu.....pengsan ahkak. Dalam pukul 2 pagi juga aku habis mengemas...itupun ada jugak brg2 yang aku nak bawak London tertinggal kat rumah...kalut sangat masa tu. Sian hubby sampai tertidur tepi katil sebab kepenatan masa menolong aku packing...hehehe. Jam 5 pagi kami dah gerak ke stesen TBS untuk menaiki train ke KLIA. Tidur 2 jam ajer malam tu...mampu???

Perasaan aku ketika ini....happy, excited, teruja dan mcm2 lagi. Sebabnya first time gi jalan2 dengan hubby berdua. Agak kekok jugak hehehe. Yang penting mesti ada persefahaman dan saling bantu-membantu. 


 dalam train menuju ke KLIA....ada 3 luggage.

  A380 MAS ticket.....flite to London. 

 alhamdulillah flite tak delay....semuanya on time.

 hajat di hati nak dapatkan seat kat upper deck tapi apakan daya seat semua penuh. Dalam flite....kami asik ketiduran ajer sebab kengantukan dan kepenatan. Bangun hanya untuk makan ajer hehehe. Memang nyenyak giler. Petua untuk tidur nyenyak di dalam flite ialah jangan tidur sebelum nak gi airport. Memang confirm anda akan tidur nyenyak...huhuhu.

 sebaik kami sampai di Heathrow Airport London......ada teman kami dah tunggu di sini.

 di dalam airport semasa menuju ke tempat letak kereta.

 dalam perjalanan kami ke hotel di Gatwick. Perjalanan mengambil masa 1 jam ke Gatwick. Sebenarnya percutian honeymoon kami ke London adalah hadiah perkahwinan kami oleh seorang teman yang stay di sini. Kecuali flite ticket dan keperluan shopping kami gunakan duit sendiri. Accomodation dan food semuanya adalah hadiah honeymoon package kami. Tqvm my dear friend. Kami akan stay di sebuah hotel di Gatwick.

 sebaik sampai di hotel.....hari dah gelap. Hotel ini kecil jer tetapi sangat selesa untuk kami. Terletak di kawasan coutryside yang dikelilingi ladang dan rumah2 kawasan kampung. Sangat cantik dan aman jer. 

 memang sangat2 English style decoration di sini

 kami dapat suite room.....memang sangat besar utk kami berdua. Ada pulak tu xtra bed.



 malam tu terjadi satu kisah dan kejadiah yg tidak dapat dilupakan di sini. Biarlah menjadi rahsia kami suami isteri. Kami akan kenang sampai bila2. Oh suami ku...hehehe.

kami juga dibekalkan dengan hidangan nasi lemak. Isteri kepada teman kami siap masakkan kami nasi lemak lagi.....hehehe. Makan nasi lemak panas di London......korang ado??? Hehehe. Alhamdulillah dah kenyang.


Esoknya......pengalaman yang sangat berharga buat kami suami isteri ketika berada di tengah2 kota London. Apakah itu? Nak tau tak? Tunggu next entry kay.


p/s - syukur dapat suami yang juga kaki travel. Plan nak terjah London lagi...entah bila lah.




6 comments:

fifahnazri @ owner Kedai indah said...

Bestnye pergi bercuti ke london..

jom singgah di butik kami

www.kedai-indah.blogspot.com

maceh! heee...

Rozita said...

best kann...jalan jalan dengan hubby. Lagi best hubby yang sama sama minat dan sama kaki jalan..

Jari Manis said...

alaaa...Leezzz pendek sngat tak puas baca tau hee...mesti pengalaman sgt berbeza kan kalau dpt travel bersama orang tersyg...huhuh...bila lah turn JM pulak ni...

Rose Azadir said...

salam kenal, bestneyr berjalan tgk tmpt orang... anyway saya blogwalking kat sini. Jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

che'Burn@che'Qis said...

byk dpt oven tu..jual kat qis satu...heheheh

kembara destinasi said...

Bestkan g london..sy dan hubby teringin nak repeat jika ada rezeki lagi.