Ads

December 9, 2009

Day 5 : Europe Tour (Paris - Lausanne - Zermatt)





Hari ke 5..kami berangkat ke Switzerland pula.
Dari hostel kami di Paris, kami naik cab ke Station Gare de Lyon. Actually dekat aje dengan hostel kami iaitu 5 minit macam tu tetapi charge yang kami kena ialah EUR24...aduhai mahalnya. Mulanya harganya ialah EUR21 utk seorang penumpang tetapi dikenakan lagi UER3 untuk 3 lagi penumpang. Then, sudah menjadi EUR 24. Guna meter tu...fuhhhh memang mahal kalau naik cab di sini.

Train kami ke Switzerland pada pukul 7.58 pagi dan akan turun di Lausanne. Perjalanan mengambil masa 4 jam dengan menaiki train Lyria TGV. Sudah booking awal secara online dari Malaysia. Harga ticket untuk seorang ialah EUR25. Ticket kami perlu ambil di Paris terlebih dahulu melalui mesin yang terletak di Station Gare de Lyon. Semua tu kami buat sehari sebelum pergi ke Switzerland.


Lyria TGV ticket (Paris- Lausanne)

suasana di dalam train....kami naik train kelas 2 aje...tetapi dah cukup selesa ...



Perjalanan selama 4 jam di dalam train tidak membosankan kerana pandangan kami dihiasi dengan permandangan yang cantik dan indah. Aku memang suka melihat bentuk muka bumi mana-mana negara yang aku pergi. Pengalaman yang berharga kerana kita tidak akan melihatnya di negara sendiri...sesuatu yang lain daripada pandangan biasa kita selama ini.

Percutian aku ini bermulanya musim sejuk. Permandangan indah dengan pokok-pokok berguguran daun kuning keemasan sungguh mengasyikkan. Selain itu aku boleh lihat ladang penternakan, tanaman pertanian, senibina rumah kediaman yang begitu unik dan macam-macam lagi. Sungguh cantik bumi ciptaanMu Ya Allah.

Permandangan sebeginilah yang aku suka. Sepanjang perjalanan aku tak tidur pun tetapi aku sibuk snapping permandangan luar sana sini tetapi gambar yang dihasilkan tidak begitu bagus. Al-maklum ada benda yang aku kurang faham menggunakan dslr ni.




tengok tu lembu di Switzerland yang begitu sihat....

kat Swiss memang banyak ladang lembu...

dah sampai Lausanne....



Kami sampai di Lausanne tepat seperti jam yang tertera pada ticket. Untuk pengetahuan semua, train kat Europe ni memang on time. Sesapa yang lambat alamat kena tinggal lah. Sebab itu kami di sini terpaksa rushing dgn membawa beg yg berat untuk mengejar train mengikut masa yang ditetapkan.

Masa kami tiba di Lausanne, kami ada masa setengah jam aje untuk membeli ticket seterusnya ke Zermatt. Nasib baik M pantas bergerak sana sini mencari kaunter ticket. Kebetulan pula kami belum menukar duit Euro ke Swiss Franc. Alahai kelam-kabutnya. Lepas tukar duit di money changer terus kami cari kaunter ticket ke Zermatt.

Patutnya sebelum beli ticket tu, aku kena pesan pada M supaya membeli ticket Swiss Half Price yang berharga CHF99 (RM337). Tetapi aku terus terlupa dan dia dah beli ticket ke Zermatt dengan harga penuh pula. Ruginyaaaa...bila dah beli baru aku teringat. Ini angkara kelam kabut punya pasal. Actually Swiss Half Price itu ialah discount setengah harga untuk semua jenis ticket train yang dikenakan kepada pelancong yang bercuti di Switzerland dan valid dalam masa sebulan. Still kena beli ticket tu dengan harga CHF99. Maknanya bila aku gi Zermatt dengan harga CHF 73 , akan dapat discount 50% daripada harga tu. Silapnya lupa nak beli, akhirnya kami bayar penuh. Lihatlah ticket kat bawah ni. Ticket Half Price tu akhirnya kami beli juga bila sampai di Zermatt.


ticket ke Zermatt

signboad ke Zermatt




Daripada Lausanne ke Zermatt akan berhenti di Station Visp iaitu kami kena tukar train di platform lain. Masa sampai tu kami ada masa 10 minit untuk ke platform seterusnya. Aduhai lagi sekali amazing race. Dengan luggage kami yg saiz XL tu kami tarik dan berlari-lari menuju ke platform lain. Fuhhhh.......cabaran betul. Nasib baik masa nak gi platform lain ada jalan mendatar di underground yang sesuai untuk menarik beg beroda kami. If naik tangga...memang pengsan.

Aku cukup bersyukur M banyak membantu aku. Dia yang bawa beg aku yang besar dan berat tu dan aku yg bawa beg dia yg comel tu. Memang aku cukup tersentuh dengan pengorbanan dia pada aku. Terlalu banyak nak diceritakan di sini. Dialah yang ikatkan tali kasut aku...dialah yang ikatkan mafla kat leher aku. Bukan aku yg suruh tetapi dia yang spontan melakukannya. Thanks my dear bucuk....oppss wangilah. Ishhh...aku masih teringat-ingat perfume yang dia pakai.

wahhh dah nampak snow di puncak gunung station ini dari Visp ke Zermatt..... transit yang 10 minit tu

keadaan dalam train yang kami naik....ke Zermatt


inilah train yang kami naik dari Visp ke Zermatt...

wahh...dah sampai pekan kecil Zermatt....sejuk giler masa ni dalam 3 degree

Kami dah sampai Zermatt. Dari pekan kecil ini kami kena naik kereta lain ke hotel penginapan. Kat sini keretanya tidak menggunakan petrol tetapi menggunakan elektrik. Ini untuk memelihara udara bersih di bandar pelancongan ini. Memang segar, aman, nyaman dan bersih di sini. Aku suka banget. Boleh nampak pergunungan tinggi yang dilitupi dengan salji.

Kat tepi-tepi hotel sekelilingan pun kelihatan snow yang sudah membeku. Katanya 2 minggu sebelum kami sampai, di sini turun snow tebal sehingga paras petis. Alamakkk...frustnya masa kami sampai snow tak turun pun. Saki baki snow melambak lerr.

Kami check-in di Apartmenthaus Monazit. Harga satu malam untuk seorang ialah CHF52.50 (RM177). Kami stay di sini satu malam sahaja. Appartment ini besar dan selesa sangat. Ada 4 katil semuanya tetapi satu bilik sahaja. 2 orang tidur di dalam dan lagi 2 orang tidur di ruang tamu ( ada katil yg melekat di dinding).

Appartment ni lengkap semua perkakas ada. Kami sempat masak nasi di sini dan basuh baju kami yang dah pakai menggunakn mesin basuh yang disediakan. Sayangnya kami stay sehari aje di sini.


dapur masak

bilik dengan 2 katil

ruang tamu....nampak tak dinding coklat cair di belah kanan ni...inilah katil dinding yang boleh diturunkan untuk dijadikan katil....

ini dia makanan kami sebaik aje kami check-in.... semua tu bawa dari Malaysia..

malam tu ke pekan Zermatt untuk beli souvenir kat kedai souvenir ini....mahal banget FM di sini...







6 comments:

ct said...

i'm surely need your advice nanti if nak pegi melancong tpt2 ni:)

Leez said...

ct - Sure!! You may ask anything if need my advice. Insya Allah.

Suziewati said...

I need your advice untuk Europe tour ni...u ada facebook tak since I jarang check blog..if ada please add saya Suzie NadiaSofea ...hajat nak pegi Europe...just 4 countries aje this Dec...London, Armsterdam, Swiss and Paris...so nak mintak advice you about everything...

Suziewati said...

Hi Leez...do u have Fbook tak?...coz I really need ur advice regarding this Europe tour, hajat nak pegi this Dec to 4 countries..London, Paris, Armsterdam and Swiss. So if you kindly add me Suzie Nadiasofea....please yee...thanks

Anonymous said...

slm...i akan ke germany n swiss end of this month...kat munich n swiss ada kedai muslim tak?..kedai makan pakistan ke?...kat mana tempat utk shopping yg harga dia padan2x....normally org beli apa kat sana utk buat ole2x?tk

noramins mohd radzuan said...

Nampak best betoi..trip u nih. I nak info lanjut pasal trip switzerland..