Ads

August 31, 2010

MATTA FAIR : 3rd-5th September 2010





MATTA FAIR IS BACK!!


The most awaited and anticipated travel fair of the year returns with loads of offers from hundred of exhibitors. MATTA FAIR 2010 will be held at Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur from 3rd - 5th September 2010. Don't miss this magnificent event which comes twice a year.

Time : 10 am-9 pm













August 30, 2010

Persiapan Raya Yang Sederhana..

Lagi beberapa hari jer kita nak menyambut Hari Raya. Lagu raya dah mula berkumandang di corong radio. Orang ramai dah mula sakan bershopping sana sini. Sales sana....sales sini. Aku pulak yang pening kepala sebab aku tak buat apa-apa lagi ni. Ala kadar ajerlah Raya tahun ni.

Jangan tak tahu.....baju raya aku paling sakan tahun ni sampai 6 pasang. Aku memang dah siapkan sebelum masuk hospital hari tu. Yelah buat setahun sekali dan pastu tak buat lagi. Kain ela plak ada banyak. So, buat sekali semua. Itupun ada lagi kain yang belum berjahit. Bukan semua baju tu aku nak pakai pun. Sajer standby untuk jemputan majlis kahwin. Cousin aku pun nak kawin after Raya ni.

Selalunya di waktu ini sebelum Raya aku dah sibuk mengemas rumah. Lap segala habuk dan susun atur segala hiasan rumah. Tetapi di kali ini aku surrender awal bgtau mamaku...aku memang tak larat nak buat semua tu. Sakit pun belum sepenuhnya pulih. Masih ada batuk sikit. Aku pun sekarang ni dah allergic dengan habuk...mudah kena jangkitan. So, mamaku terpaksa mengupah orang untuk buat segala benda dari mengemas rumah, lap habuk, pasang langsir, pasang carpet dan kerja-kerja vacum rumah. Kena kuar duit sikit untuk mengupah orang membuat segala benda tu. Tahun-tahun sebelum ini....aku lah yang membuat segala benda tu. Tetapi...tidak untuk tahun ini. Apa nak buat dah sakit macam ni kan.

Tahun ini juga hiasan rumah tidak berganti. Masih pakai yang lama. Masih elok dan baru lagi. Ada lagi alas-alas meja dan sarung kusyen yang aku beli di oversea masih belum digunakan lagi. So, tak payahlah aku susah payah nak beli yang baru. Pakai ajer apa yang ada. Mamaku dah berbisik denganku...next year kita tukar sofa baru yea. Aduhhhhh...permintaan mamaku setahun awal supaya aku boleh sediakan duit untuk sofa baru nanti. Camno tu????

Alhamdulillah kerja-kerja membuat kueh raya hampir beres. Agak ramai jugak yang order...alhamdulillah rezeki. Proses menghantar kueh raya aku dah start buat sedikit demi sedikit. Moist choc cake pun ramai gak yang order. Insya Allah aku akan buat pelan-pelan sebelum raya nanti. Kalau ada sesapa nak order cake after raya pun boleh. Harap bgtau 2 hari awal yea...senang sikit aku nak plan masa.

Iftar pada tahun ini kebanyakannya di rumah ajer. Aku malas sebenarnya nak membazir makan di luar. Aku pun bukannya sihat sangat nak pi meronda kat luar tu. Makan pun tak seberapa. Beberapa hari sebelum raya ni ada 2 iftar dengan kawan-kawan. Sesekali takpalah kan. Insya Allah aku akan joint.

Di samping itu aku juga sibuk dengan persiapan vacation aku lepas raya ni. Benda dah plan lama...takkan aku nak burn ajer ticket tu. Mahal plak tu. Sekarang tengah sibuk nak booking hotel dan buat Visa. After semua dah settle...senang skit. Baju sejuk, glove, mafla, socks semua dah standby awal. Pakai yang lama ajerlah. Cuma aku belum tukar duit ajer. Dengar citer kat sana masih sejuk lagi. Aduhhhh...benda yang aku sangat risau. Doakan aku sembuh sepenuhnya sebelum percutian ini. Ameen.

Sorry yea....entry kali ni takda gambar. Aku macam malas nak upload. Nanti bila-bila aku sambung lagi update entry pasal percutian aku ke Pulau Redang sebelum bulan puasa hari tu. Tergendala kejap pasal aku masuk hospital hari tu. Aku janji akan update sebelum raya ni. Insya Allah.

Oh ya lupa. Aku sambung lagi MC sampai Merdeka Day nanti. My boss suh duk umah berehat coz hari tu dia tengok aku masih belum sihat sepenuhnya. Muka pun pucat ajer. Masa aku gi check up dengan Dr Ravi hari tu...dia sambung lagi MC aku. Wahhhh.... betul-betul berehat aku kat rumah.

August 26, 2010

Rindu Dia !!!


Sepanjang 7 hari aku di hospital....boringnya yang amat. Udah ler takda sesapa dibenarkan melawat. So, aku macam orang bodoh dalam bilik. Makan ubat, tidur dan termenung. Menung pikir nasib.... pikir pasal penyakit aku ni. Aduhhh.....kadang-kadang berlinangan air mata aku masa kat hospital. Terasa diri ni keseorangan sangat. Nak wat camana kan.

Orang yang paling aku rindu ialah..... anak buah kesayangan aku tu... Zarieff. Yang pada gambar tu. Dialah teman aku ketawa dan bergurau senda selama ini di rumah. Bila aku sakit hari tu...aku rindu sangat-sangat kat Zarieff. Sampaikan aku terpikir nak suruh adik aku download skype untuk video call dengan anak buah aku tu. Aku rindu nak main-main dengan dia...nak cium dia. Tapi...aku pulak mcm tak larat nak mengadap netbook lama2 kat hospital tu. Tak larat betul masa tu.



pic ni aku amik masa baru balik ke rumah. Tapi aku tak dapat cium dia coz takut jangkitan. Duk tengok dia dari jauh jer. Sempat tu dia nak bergurau senda dengan aku masa aku snapping pic ni. Luv u my dear!!!!

Tengok tu...dengan wet tissue pun dia leh buat main...hehehe.

Pastu sempat lagi tidur atas wet tissue...hahahaha...

muahhh...muahhh...hobi terkini ialah wat bubbling kat sesapa yg menegur dia...siap meleleh air liur tu...hahahaha.

August 25, 2010

When I was In Hospital .....





Aku memaksa diri aku untuk upload pic-pic semasa di hospital. Masih malas actually tetapi kesian pulak kat my beloved readers yang tertunggu updates dari blog ini. Ku korbankan segalanya....hehehe.

Gambar di atas ialah di hari pertama aku di Pantai Cheras Medical Centre di mana malam tu jugak aku dimasukkan ke hospital. Tangan ku belah kiri kena drip untuk masukkan air dalam badan. Adoii...sakitnya masa doktor ni buat. Esoknya jam 5 pagi nurse datang inject 2 jenis antibiotik melalu drip ini. Aduhaiiiiiiiii..... sakit giler. Tangan ku dah mula membengkak. Boleh pulak staff nurse tu kata...sakit sikit jer. Aku pulak menahan sakit bagai nak giler.

Then petangnya staff nurse yang lain datang merawatku...sorang India lady...baik sangat. Aku lupalah nak tengok nama dia. Dia kata.....kesiannya tangan ku dah bengkak. Sapa yg buat tanya dia. Aku kata medical officer malam tadi dan sorang staff nurse main cucuk jer kat tangan aku...sakit giler weii. Nurse tu kata dia nak cucuk baru kat tangan kanan plak....sebab kesian tengok tangan kiri aku membengkak. Sekali bila dia bukak drip tu....rupanya jarum membengkok...alahai doktor. Patutlah sakit masa nak cucuk antibiotik tu.


ini kat tangan kanan pulak....staff nurse cucuk kat tempat baru plak...barulah okay skit..


ini lunch pertama aku...aku boleh pilih menu untuk breakfast, lunch, tea time and dinner. Aku memang tak lalu nak makan. Amik bubur ajer. Pun tak lalu. Seminggu duk hospital berat badan turun sampai 5 kg. Tak percaya??? Hehehe..



ini pulak....keadaaan dalam bilikku. Dah 5 hari duk hospital...barulah aku start tengok tv. Sebelum ni aku tak on tv pun...sebab sakit takda mood nak tgk tv. Aku baring ajer.




Gambar di atas menunjukkan aku mendapat bantuan oksigen kerana masalah dengan paru-paru ku. Buruksnya muka orang sakit...hehehehe. Rambut tak terurus dan muka weak giler. Sampaikan doctor menegur ku....muka sangat weak dan tidak bermaya. Terus dia suruh aku buat x-ray untuk check condition ku. Rupanya aku kena jangkitan paru-paru. Aduhaii...sedihnya. But doctor really care about me. Thanks doc!!!!

Dalam pada sakit tu...aku masih sempat snapping gambar. Sajer nak tunjuk pada ibuku...bahawa aku tengah sakit ketika ini. Masa aku sakit ni, tetiba adikku call tanya tentang condition ku. Terkejut dia bila dia mendengar suara aku yg tenggelam timbul menahan sakit sesak nafas. Masa tu memang dah ingat mati ajer. Aku siap pesan kat adikku...kalau aku sesak nafas lagi tolong bawa ibu ku datang hospital. Aku nak minta maaf kat ibuku....mana tau umur ku tak panjang nanti. Adikku tegur ku jangan pikir bukan-bukan. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah aku masih boleh bernafas lagi.



air dan antibiotik bersilih ganti masuk ke dalam tubuhku.....aduhhhh ubattt!!!!
ini pulak alat bantuan oksigen.....aku sentiasa meletakkan saluran oksigen ini ke hidung ku. If not.... aku memang sukar untuk bernafas..dan susah untuk melelapkan mata.


ini suasana dalam bilikku...isolated room. Bilikku sentiasa tertutup dan hanya doctor dan staff nurse dibenarkan masuk. Boring betul. Just imagine 7 hari dalam hospital dalam berkeadaaan begini. Pelawat tidak dibenarkan datang...takut jangkitan.

August 22, 2010

Mula Bekerja...

Aku akan mula bekerja esok setelah 2 minggu aku cuti sakit. Ikutkan.... doctor hendak menambahkan cuti sakit aku lagi 2-3 hari. Tetapi aku menolak dengan alasan aku sangat risau dengan kerja ku yg dah beberapa minggu pending di office tu. Sehinggakan client aku siap call beberapa kali bertanyakan bila aku akan mula bekerja. Tak sampai hati pulak nak pass kerja kat orang lain. Aku lagi senang dan selesa buat kerja sendiri.

Kondisi aku sekarang sudah ok sedikit. Cuma masih ada saki baki batuk. Lambat sikit nak baik kata doctor kerana masalah paru-paru itu. Tetapi akan baik juga cuma take time ajer. Aku memang risau sangat nanti kat office sebab kondisi aku sekarang yang tidak selesa dengan aircond. Nanti aku akan terbatuk tanpa henti jika terlalu sejuk. Ini kerana kekurangan oksigen di dalam tubuhku. Peritnya.....

Mood nak beraya pada tahun ini memang zero. Aku baru ajer start berpuasa 2 hari lepas. Ada lagi 10 hari aku kena ganti puasa nanti. Aduhai...nak buat camana dah sakit kan. Perit juga masa nak start berpuasa pada hari pertama tu sebab aku terpaksa menahan sakit gastrik yang teramat sangat. Tetiba perut sakit dan terasa hendak termuntah serta loya tekak. Aku memang tidak pernah menghadapi sakit gastrik seumur hidupku. Akan tetapi sebab aku dah kena sakit teruk ni dan banyak sangat makan ubat, maka menyebabkan aku diserang gastrik. Dugaan betul....

Bulan 10 nanti selepas raya , aku akan terbang ke luar negara lagi untuk bercuti. Doakan aku sihat nanti dan tidak ada masalah untuk pergi bercuti. Perancangan dan persiapan ke sana sudah dibuat beberapa bulan yang lepas. Insya Allah semoga semuanya berjalan dengan lancar. Ramai kata aku jadi sakit macam ni sebab banyak sangat berjalan. Aduhaiii...bukan pasal itulah. Puncanya aku sakit sebab antibodi aku sangat lemah dan sangat mudah diserang penyakit. Sebab itu aku ni kalau dah start kena batuk...memang berbulan-bulan jugak nak recover. So, selepas ini aku kena lebih berhati-hati jika berada di kawasan awam. Kesihatan kena diutamakan dahulu dari segala-galanya.

Nanti bila aku free...aku akan tunjukkan gambar-gambar aku semasa di hospital. Sekarang ni belum ada mood untuk upload gambar.....masih malas lagi. Tunggu yeaaaa......


p/s - sangat berterima kasih kepada Dr Ravindran...pakar physician yang telah merawatku semasa aku terlantar di Pantai Cheras Medical Centre dan juga kepada staff nurse yang sangat sabar merawat aku.. terutamanya kepada Faezah, Janet dan one India nurse (lupa nama) yang sangat peramah berborak dengan aku dan berkongsi informasi kesihatan dengan aku. Thank you so much !!!!

August 19, 2010

Dah Discharge !!!

Alhamdulillah pada hari Selasa yang lepas saya telah pun keluar dari hospital. Setelah lebih kurang seminggu terlantar di hospital. Rasa peritnya duduk di hospital dan perasaan meronta-ronta hendak pulang ke rumah.

Sekarang saya masih lagi MC dan hanya stay di rumah. Insya Allah akan mula bekerja pada Isnin depan. Kondisi kesihatan saya beransur pulih cuma badan masih terasa lemah lagi. Batuk pun masih ada sedikit. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, saya telah didapati menghidap H1N1 positive serta menghadapi jangkitan pada paru-paru. Doktor kata keadaan paru-paru saya tidaklah membimbangkan cuma rawatan lanjut mesti dilakukan jika didapati saya mengalami masalah untuk bernafas.

Bagaimana saya terkena H1N1 pun...saya tidak pasti. Yang pastinya keadaan antibodi saya sangat lemah ketika itu dan menyebabkan virus mudah menyerang ke atas diri saya. Ketika itu demam panas mencecah 41 degree celcius berlanjutan selama 3 hari dan tidak kebah-kebah. Akhirnya saya terus merujuk ke hospital untuk rawatan lanjut. Doktor mendapati saya H1N1 positif dan admitted serta-merta di Pantai Cheras Medical Centre.

Keadaan saya ketika di hospital hanya Allah yang tahu. Sukar untuk bernafas, batuk tidak berhenti-henti, muntah dan suhu badan semakin panas. Saya sudah mencongak....agaknya saya hidup tak lama lagi ni. Sakit, perit, lemah dan terlalu lemah ketika itu. Saya bernafas dengan bantuan oksigen. Pelawat juga tidak dibenarkan datang melawat. Itupun adikku hadir sekejap untuk menghantar baju. Doktor dan nurse diwajibkan memakai mask setiap kali hendak memasuki ke dalam bilikku. Saya dimasukkan ke dalam isolated room. Dah seminggu saya di hospital barulah ibuku datang melawat. Itupun sekejap ajer. Tidak dibenarkan lama-lama di bilik rawatan. Selera makan pun sudah berkurangan. Ubat-ubatan tidak berhenti2 di masukkan ke dalam tubuhku. Antibiotik dan panadol menjadi ubatan utama setiap beberapa jam. Sehinggakan aku diserang gastrik...sebab terlalu banyak makan ubat.

Sekarang ni badan aku masih lemah sebab masalah gastrik pulak. Tetapi keadaan masih terkawal lagi. Insya Allah nanti aku dah baik betul-betul...aku akan aktif berblogging semula. Mood pun kureng sekarang ni.

August 13, 2010

Sakit !!

Minta maaf kepada pembaca blog sekelian.
Sejak beberapa hari ni blog saya rasa sunyi semacam. Baru jer tinggalkan beberapa hari....rasa rindu plak nak berblogging.

Saya tidak dapat berblogging selama seminggu ini kerana keadaan diri saya yang tidak begitu sihat. Sekarang saya masih berada di hospital. Saya terpaksa dikuarantinkan buat seketika.
Itu ajer yang boleh saya maklumkan. Keadaan masih stabil.
Minta doa dari kalian semua semoga saya cepat baik dan dapat menjalankan aktiviti seharian seperti biasa. I'll be back soon. Insya Allah.

Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga amalan anda di bulan yg mulia ini diberkati olehNya. Ampun dan maaf dari saya.

August 8, 2010

Tempahan Kueh Raya Dan Moist Choc Cake




Tempahan kueh raya dan moist choc cake dibuka SEKARANG !!!!



1. TART NENAS TRADISIONAL
Kueh tart tradisional buatan sendiri. Sekarang ni sukar untuk mencari kueh tart tradisional seperti ini. Rasanya memang sedap.... dan tidak rugi anda membeli.

HARGA : RM22.00
KUANTITI : 50 pieces
untuk satu balang bulat



tart nenas tradisional - hand made
satu balang bulat seperti ini - 50 pieces



2. CHOCOLATE CHIP
Buatan sendiri dan rasanya sebijik seperti Famous Amos. Amatlah rugi jika anda tidak mencubanya. Sudah merasa sekali...sudah pasti nak rasa lagi.

HARGA : RM22.00
KUANTITI : 55-60 pieces untuk satu balang bulat (500 gram)



tengok pun dah terasa kelazatannya....moh beli!!!!

satu balang bulat untuk 55-60 pieces








3. CORNFLAKES COOKIES
Cookies buatan sendiri. Adunan dicampur dengan kacang gajus dan salut dengan coklat. Rasanya sangat rangup dan sedap. Rugi jika anda tidak mencubanya. Jom beli!!!!

HARGA : RM22.00
KUANTITI : 50 pieces untuk satu balang





cornflakes cookies yang sangat sedap...percayalah!!!!

50 pieces untuk saiz balang ini



4. MOIS CHOC CAKE
Chocolate cake yang memang moist dan dimasak kukus. Tahan lama dan boleh simpan di peti sejuk selama 10 hari. Mesti cuba!!!!
Tempahan selepas Hari Raya untuk majlis Rumah Terbuka juga diterima.

HARGA : RM48.00
BERAT : 1.5 kg



kek ini sangat moist dan lembut.....jom cuba!!



saiz kek ini dengan seberat 1.5 kg




JIKA ADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN...SILA HUBUNGI SAYA DI :


TEL : 013-3305023 (Leez)

(sila nyatakan tempahan dan no hp anda)


BAYARAN 50% UNTUK TEMPAHAN (MELALUI BANK)
DAN BAKI 50% SELEPAS ANDA MENERIMA TEMPAHAN


LOKASI DELIVERY : PETRONAS TESCO AMPANG, KAWASAN PANDAN DAN BANDAR BARU BANGI





Day 1 - Terengganu-Redang Trip : Pasar Payang & Kebun Durian



Kami sudah pun sampai di Kuala Terengganu.
Orang kata kalau dah sampai ke sini, tidak sah kalau tak singgah ke Pasar Besar Kedai Payang. Tempat wajib tu dan rugi rasanya kalau tak pergi. Yelah segala jenis kain batik sutera Ganu, songket, makanan Ganu dan macam-macam lagi ada di sini. Kecik jer pasar ni...tak leh lawan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu.

Ketua rombongan kami...Ahkak Rose memang orang Ganu. So, dialah yang menjadi GPS kami untuk petunjuk arah belok kiri ke...kanan ke. Dia pun bukan selalu balik Ganu...masa raya ajer. So, ada kalanya sesat jugak..hehehe.

Sampai Pasar Payang, aku dah set dalam kepala ni...tak nak beli apa2 pun. Sajer nak singgah dan tengok-tengok. Hmmm....tak percayakan bila aku kata gitu. Hahaha. Akhirnya memang pun aku membeli. Sempat gak membeli kain batik sutera utk baju kurung, kaftan batik untuk my mum dan telur penyu untuk atukku. Jangan lupa yea...FM banyak dijual di sini. Kena pandai tawar-menawar. Memang lebih murah daripada yang kami beli di masjid terapung tu. Kalau ada penjual yg kerek tak bagi murah....jangan layan. Kat kedai sebelah-sebelah banyak lagi yg menjual.




ini lah Pasar Besar Kedai Payang....dah nampak buruk dah. Dah kena renovate ni....

rombongan cik kiah.....opss silap...cik rose

I'm here babe!!!

ni kat bahagian bawah....jualan bahan makanan kering dan basah. Nampak sangat dah uzur tempat ni.

inilah dia telur penyu.....akhirnya dapat gak atuk aku makan telur penyu...

cantikss...batik digital katanya....



Memang dah lama aku tidak membeli batik sutera. Sebab kalau beli di KL ni memanglah mahal...berganda-ganda harganya. Sebab itulah aku buat tak pandang batik sutera ni. Tetapi sebab dah jejak tempat ni..aku menjadi rambang mata. Cantik gilosss....jadi tak keruan aku dibuatnya.

Akhirnya terbang duit aku RM200 membeli batik sutera untuk baju kurung. Ada lagi yang lebih mahal dan warnanya sangatlah striking. Memang taste aku dan aku jadi giler sekejap. Susah jugak yea nak menawar harga kat depa ni. Dah bawak orang Ganu tolong kurangkan pun....dapat sikit ajer kurang. Tapi aku rasa kalau beli kat KL lagilah mahal kan.

Orang Ganu kata...pompuan sini mesti pakai batik Ganu utk baju kurung raya. Kononnya memang menjadi satu tradisi. Tapi pelikkan....mampu plak dorang membeli kalau harga dah beratus-ratus. Rupanya kalau yg kurang berkemampuan tu...boleh beli hutang. Bayar ansur-ansur tiap bulan. Sebab nak bergaya...sanggup yea dorang berhutang. Nak wat camana sebab itulah tradisi mereka.


colournya sangat cantik sebab striking...i likeee. Tetapi corak bunga aku kureng skit...aku lebih suka corak abstrak....



songket Ganu....inilah the latest design. Harganya RM8K tau. Tetapi di KL boleh jatuh ke RM15K-25K. Aku percaya sebab aku pernah nampak sorang menteri ni beli songket mcm ni kat satu expo songket di KL dengan harga tu.

wahhh.... wowww!!!

jom beli FM di sini.....

macam-macam jenis FM ada...jadi rambang mata kami ni.



Perut kami dah terlalu lapar di waktu ini. Sebab jam sudah menunjukkan ke pukul 4 petang. Lapar weiii!!!!. After sudah selesai bershopping kami berangkat pula ke Mengabang Telipot. Apa yang istimewanya di sini yea???? Atas permintaan aku pada Kak Rose.......aku pohon makan di sini. Dulu aku pernah makan di sini sekali. Memang best!!!!! Tepi pantai sampai menyaksikan laut yg terbentang luas. Ada pulak tiupan angin...i likeeee.

Keistimewaan di sini ialah seafood goreng tepung dan dicicah dengan sambal colek. Orang sini makan ni pada waktu petang. Umpama macam kita makan goreng pisang waktu petang-petang. Sedappp ya ampunnn!!! Kami pilih ikan kembung, ketam, ikan pari, udang dan sotong. Semuanya digoreng dengan tepung. Che Burn dah jatuh cinta dengan ikan kembung goreng tepung...sedap katanya. Semua seafood tu fresh baru sampai ke darat. Memang sedap gilossss!!!!



ketam goreng tepung

udang goreng tepung...

ikan kembung goreng tepung

kopok lekor pun ada tapi beli kat tempat lain.....ibu kepada kak rose datang ke sini tolong belikan untuk kami...

tu dia...marvelousss....

abc jagung parut.....kat KL tak jumpa kan...sedap weiii!!!


habis licin kami makan...yang tinggal hanya sisa tulang ajer....alhamdulillah rezeki dari Allah..



Perut kami sudah kekenyangan tau. Boleh pulak Kak Rose kata jom kita gi anak bukit pulak. Anak bukit???? Ada apa yea??? Rupanya dia nak ajak kami ke kebun durian gitu. Waduhhhhhh...perut dah ketat...camana nak makan ni. Takpa rezeki jangan ditolak.

Kami pun segera ke anak bukit @ kebun durian di sini. Wahhhhh banyak giler durian di atas pokok. Ada juga pokok rambutan dan duku langsat. Rezeki weii. So, dengan diketuai oleh Ahkak Rose (nampak tak gambar di atas siap pegang kayu tu...hahahaha). Memang lawak ahkak ni. Dah macam samseng kampung dusun plak yea. Anak-anak ayam ikut dari belakang nak masuk kebun ni.



tengok tu durian masih tergantung pada dahan pokok....

duku langsat pun ada.....

durian sudah siap menanti kami....yes!!!!!

wahh posing lagi gitu......

sedapnyaaaa....

salah tu che burn...ada ke parang kat belakang??? uikkk bahaya wei...

tetap jugak nak posing dgn durian kannnn....

tu dia..... ahkak kita sudah sedia utk mengopek durian....dengan penuh semangatnya. Anak-anak ayam sudah sedia menanti utk ngap.

orang sana kata....ini durian anak ramai...hahaha. Sebab satu ulas durian ada banyak biji...

sangat sedap lemak berkrim...slurppppp

waduhh..waduhhh tak pandang kiri kanan weiii.....

tengok tu Qis...sangat bersemangat memetik rambutan. Burn sebagai heronya...cayalahhhh..



Malam tu kami check-in di rumah kakak kepada Ahkak Rose. Alhamdulillah dan terima kasih kepada tuan rumah membenarkan kami tinggal di sini. Sangat selesa dan bilik kami siap ada aircond lagi. Kami terus mandi segarkan badan dan bersiap pula untuk ke rumah satu lagi. Kali ini ke rumah adik kepada Ahkak Rose pula untuk menjamu selera dinner kami malam tu.

Actually perut masih kenyang lagi tetapi sebab adik Ahkak Rose sudah masakkan untuk kami. Tak baik menolak jemputan orang. Maka kami makan lah juga. Lauknya simple tetapi sedap dan masih berselera kami semua makan. Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak.

Mata kami pun sudah kuyu mengantuk yang amat. Malam tu kami tidur awal sebab hendak bangun awal pagi esoknya untuk ke Redang Island pulak. Next entry pasal Redang pulak yea........