Ads

January 10, 2012

Day 1 - Weekend Getaway @ Saujana Janda Baik, Pahang


Berjumpa lagi di dunia alam maya. Ingat tak aku ada buat intro sikit pasal percutian ku di satu tempat tu...siap ada teka lagi. Hehehe....nampaknya ramai yang pandai meneka. Percutian ini merupakan year end family gathering. Pada mulanya kami plan nak ke Awana Genting...last minit punya pasal semua bilik penuh sudah. So, aku cadangkan pada my bro....why not kita gi Janda Baik memandangkan kami belum pernah ke sana lagi. Ok fine...google info pasal Janda Baik kat internet.....search mana yang best. Finally my bro memilih tempat ini iaitu Saujana Janda Baik. Tengok gambar pada internet terus jatuh cinta. Esoknya my bro terus bayar.....sib baik masih kosong.

Tempat ini terdapat 2 villa sahaja dan dikelilingi oleh taman, dusun, kolam ikan dan sungai yang sangat jernih. Ratenya RM600 untuk villa pada gambar diatas - Chemperoh Villa. Di dalam villa ini boleh muat lebih kurang 10 orang. Di dalam villa ni tiada bilik...hanya ada satu katil dan 8 buah tilam. Lagi satu villa pula ratenya ialah RM400 - Meranti Villa boleh muat seramai 6 orang - ada satu katil queen, satu katil double decker dan tilam.

So 2 hari selepas kami booking iaitu pada tengahari 30 Disember lepas kami semua berangkat dari rumah. Cuma my bro Idham and wife datang lambat sikit bcoz dorang bekerja pada hari tersebut. Malam barulah dorang sampai. Alaaaa...kejap ajer dari KL...lebih kurang sejam perjalanan. Kami angkut anak depa sekali....pandai dia bawak diri bila mak ayahnya takda hehee.


ini adalah pandangan sisi Chemperoh Villa.....cantik dan sangat selesa. Parking kereta depan ni ajer. Kawasan sekeliling villa ini sangat luas. Verandah tu sangat sesuai untuk anak buah aku bermain bola...boleh? 

inilah katil yang terdapat dalam Chemperoh Villa. Dah macam katil pengantin kannn.....best betul lepak atas katil tu. 

 ini pula ruangan menonton TV. Di sini juga disediakan Astro B-yond...kelassss!!! Juga terdapat wifi uolssssss. Best tak? Memang aku tak boring di sini...sebab apa yang korang ada di dalam rumah...di sini pun ada.

dapur yang terdapat di sini....tetapi hanya di dalam Chemperoh Villa dan manakala di Meranti Villa hanya terdapat peti ais sahaja. Di disini tidak dibenarkan memasak. So, kami bawak sendiri periuk nasi untuk masak nasi. Lauk pauk pula kami bawa dari rumah dan boleh dipanaskan dalam microwave yang disediakan.

nampak tak gambar di atas? Dekatkan dengan sungai.....kelassss. Tu yang menariknya tempat ini. Turun ajer tangga villa dan jalan sedikit terus dah jumpa sungai yang sangat jernih dan sejuk. Tempat ini sangat best dan eksklusif sebab hanya kami sahaja yang berada di dalam kawasan villa ini. Privacy gitiewww!!!!

cuba tengok anak sungai yang mengalir ini......sure tak sabar nak terjun kan hehehe.

anak sungai ini betul-betul terletak di sebelah Chemperoh Villa. Airnya sejuk mengigil-gigil bila mandi. Tapi sekali dah berendam badan dalam sungai ni...terus tak nak balik hehehe. Sorry gambar aku takda sebab aku yang tukang snap...biasalah dah jadi tugasan tetap.

sebelum mandi kami lunch dulu di sini.....masing-masing sibuk mencari makanan di dapur. Aku pulak sibuk snap gambar anak buah sambil melihat telatah mereka...seronok plak. Yang ni plak my nephew Rayyan sedang asyik menonton TV......kusyuknya dia. Daddy dia pasangkan citer Upin Ipin.
lagi satu nephew Zarieff yang sangat comot sebab makan spaghettie. Tokma suapkan dia makan.... terus jadi budak comot hehehe. Sangat baik bawak diri sendiri sebab daddy dan mummy dia belum sampai masa ni.

my nephew Danish sedang asyik makan spaghetti...his favourite food. Candid camera...dia tak sedar gambarnya diambil. Inilah kerja aku...snap gambar anak buah buat koleksi peribadi.

nephew yang sorang lagi Daniel...alamak dia perasan pulak gambarnya diambil. 



Lepas perut masing-masing sudah kenyang...apalagi aktiviti seterusnya ialah bermandi-mandi di sungai. Tengoklah gelagat anak buah aku yang dua orang tu....suka sangat dan tak reti sejuk. Maid my bro terpaksa jaga keselamatan mereka berdua. Aku rendam kejap.....pastu naik semula sebab terlalu sejuk uolssss. Memang bestlah tempat ni....tak rugi kami check-in di sini. Highly recommmended.

Satu keistimewaan di sini ialah terdapat dusun dibelakang Meranti Villa. Dusun tu terletak di lereng-lereng bukit...cumanya kena mendaki sikit kalau nak petik buah. Buah apa yang ada? Buah durian, rambutan dan cempedak. Sakan kami makan buah-buahan di sini. Semuanya free ok....cumanya kena ambil sendiri di pokok. Durian pulak kena tunggu dia gugur. Kebetulan plak ketika ni musim buah...makanya kami sangat kekenyangan dengan buah2an tersebut. Durian pulak banyak yang gugur...aduhhhh meriahnya.

Selain daripada tu....terdapat juga kolam ikan di sini. Masa kami pergi ni ikan talapia masih kecil dan tidak dibenarkan memancing. Rasanya kena bayar kot kalau nak memancing. Nak main outdoor aktiviti pun ada.....boleh main bola di laman depan villa, main badminton, bola jaring (ada jaring) dan volley ball. Kalau ada sesiapa nak tidur di dalam khemah pun boleh...ada disediakan khemah untuk disewa. Tapi......larat ke nak tidur malam dalam khemah? Sebabnyaaa...cuaca di sini sangatlah sejuk di waktu malam.


anak dan bapak sakan merendam di dalam air sungai....

budak kecik ni takut air sejuk. Berendam sikit dah menjerit ketakutan hehehehe. Akhirnya tokma terpaksa jaga dia di tepi sungai tu...hehehe.

tadaaaaaaaaaaa.... inilah dia durian yang terdapat di dusun tersebut. Naik muntah makan durian kami dibuatnya sebab terlalu banyak. Ni baru hari pertama kami di sini.


my bro Izam sakan membuka durian dengan parang. Disebabkan durian ni baru jer gugur....so agak sukar nak mengopeknya. Sampai 2 orang nak bukak sebijik durian. Tengok tu my nephew dah tak sabar tunggu daddy kopek buah durian. Rayyan memang peminat durian.

isi durian di sini sangat sedappppppppppp....memang terbaik!!!!!!

seorang lagi budak comot yang sedang makan durian. Dah makan seulas...dia mintak lagi. 

inilah dia Meranti Villa......ia terletak di belakang Chemperoh Villa iaitu jaraknya 50 meter sahaja.

pondok untuk melepak di tepi sungai. Kami kopek dan makan durian di sini sambil chit chat. 



Ok...sekian dulu entry pertama berkenaan percutian keluarga di Janda Baik. Esok aku sambung lagi apa aktiviti kami di hari kedua di sini. Kalau korang nak stay di sini aku cadangkan stay 2 malam barulah puas. Kalau satu malam....rasanya mcm tak cukup...kejap sangat.

Malam tu kami makan malam dengan makanan yang kami bawak dari rumah. Cuma kena masak nasi ajer. Malam tu hujan turun dengan lebatnya....so kami tidur selubung dengan selimut tebal.Sejukkkkkkkkkkkkkk!!!!!!


p/s- this weekend aku gi outstation lagi. Ke mana? tungguuuuuu.....

19 comments:

syieda said...

best nya cik liz... nanti jgn lupa bagi contact number tempat ni yer.. :)

@xiM said...

serius best!!!teringin jugak nak pi kat sini..suka bab mandi sungai tu..lama tak mandi sungaiiiiii

@xiM said...

bestnya!!sedap nampak durian tu.nak mandi sungai jugak1!!

Che Mad said...

Salam. Boelh saya dapatkan no. tel tempat ini. Nampak menarik dan tenang untuk istirehat. Che Mad

kasihredha said...

syokkkk nya

xplorer said...

Next on my list

Lily Riani said...

confirm i akan pegi!

sepul said...

saya pun nak mandi sungai jugakkkk. jangan bagi axim mandi !

Unknown said...

Good trip good place with good people around simply the best and awesome...tp itu coleslow and rambutan so tempted make my mouth watering now....haaa tidak...

Leez M. Saaid said...

Syieda -

Contact number tempat ni ada pada link website yg tertera.

Leez M. Saaid said...

Axim-

Silalah booking cepat2 kalau nak mandi sungai sgt....

Leez M. Saaid said...

Che mad -

Contact number ada pd link website tertera.

Leez M. Saaid said...

Kak hanim -
Mmg syokkkkkkkkk....

Leez M. Saaid said...

Xplorer -

Hope u enjoy it...

Leez M. Saaid said...

Lily -

Pergi jgn tak pergi. Semoga dapt sampai ke sini nanti.

Leez M. Saaid said...

Sepul -

Tak lari sungai di kejar....mandilah puas2...tp airnya sangat sejukkkk.

Leez M. Saaid said...

Tina -

Hahahahaha.....sajer nak bagi u teliur tgk food tu.

nurhidayu said...

Salam kak, link saujanajandabaik tu suspended la kak...

Saujana Janda Baik said...

Salam,
Kalau nak feature your post di Saujana Janda Baik punya website boleh? Boleh reply ke info@saujanajandabaik.com. Tq