Ads

December 20, 2009

Day 10 : Europe Tour (Brussels, Belgium)

Perjalanan ke Brussels, Belgium pula.
Awal pagi jam 5.30 kami sudah check-out dari Damhotel dan terus ke Amsterdam Central Station. Kami keluar awal pagi kerana perlu mengambil bagasi yang kami tinggalkan di tempat locker berkunci di Central Station. Ketika ini bagasi kami sudah terlalu berat dan penuh denagn pelbagai barangan souvenir. Aduhhhh...nak pengsan.

Perjalanan kami ke Brussels pagi tu menaiki Thalys Train dari Amsterdam Central Station dan berhenti di Gare Du Midi di Brussels, Belgium. Train kami bertolak pada jam 6.26 pagi dan sampai di Brussels pada jam 9.08 pagi. Ia mengambil masa 2 jam 52 minit. Harga ticket seorang ialah EUR43 (RM219). Sudah booking awal semasa di KL lagi.

Di dalam train sepanjang perjalanan ke Brussels, aku hanya tidur sahaja kerana keadaanku yang tidak begitu sihat. Tekakku masih sakit dan amat tidak selesa. M betul-betul menjagaku sepanjang perjalanan ke Brussels ni. Aku nak mengambil gambar pun macam tidak ada mood.

Apabila sampai di Gare Du Midi Station di Brussels, kami kena ambil Metro train untuk ke Central Station di mana station yang berhampiran dengan hostel yang akan kami menginap. Ketika itu hujan di sini dan kami terpaksa menaiki teksi dari Central Station untuk ke hostel. Kalau kami berjalan kaki sudah tentu habis basah kami pagi tu. Tambang teksi untuk ke hostel ialah EUR8 sahaja.




Di sini kami menetap di Sleepwell Youth Hostel untuk 2 malam. Harga seorang untuk satu malam ialah EUR33 (RM168). Sepatutnya kami mengambil bilik untuk 4 orang tetapi di sini tiada bilik untuk 4 orang. So, kami yang perempuan ambil bilik untuk 3 orang dan M pula stay di bilik untuk seorang. Harganya kami share berempat. Lokasinya memang strategik berdekatan dengan kawasan membeli-belah dan Grand Place, tempat tarikan untuk pelancong. Nanti aku cerita apa yang menarik di sini.

Memang berpuashati dengan hostel ini. Biliknya luas, bersih, selesa dan ada disediakan tempat untuk berinternet di bawah. Tidak mudah untuk naik ke atas jika tidak mempunyai kad yang telah dicodekan untuk kita di dalam lift. Seperti di sesetengah hotel di KL.



tempat di mana aku berinternet setiap malam di sini


After dah check-in kat hostel ni, kami semua memulakan perjalanan kami. Destinasi pertama kami ialah ke Grand Place. Nanti kat bawah aku ceritakan sejarah tempat ini. Ketika ini masih hujan renyai-renyai. Aduhhhh...sejuk giler. Aku betul-betul tak larat masa ni.

Kami berjalan dalam 30 minit untuk sampai ke sini. Itupun beberapa kali berhenti seketika di kedai kerana nak berteduh daripada kena hujan dan berhenti tengok ada jualan sale di beberapa kedai. M sempat membeli di sini. Dia beli baju sweater. Murah beb!! Aku rasa kat Brussels ni memang murahlah barangannya berbanding negara Europe lain yang aku dah pergi. Even dah convert to RM...still can afford.

Then, kami sambung berjalan lagi. Keadaan kedai-kedai untuk bershopping di sini macam kat Zurich. Kat tepi-tepi jalan aje dan tak perlu masuk shopping mall. Aku sukalah style macam ni. Selepas bertanya orang di manakah Grand Place, akhirnya kami sampai juga.

The Brussels Town Hall stands 96 metres (310 ft) tall and is capped by a 3 metre (12 ft) statue of Saint Michael



Grand Place is the central square of Brussels. It is surrounded by guildhalls, the city's Town Hall, and the Breadhouse (Dutch: Broodhuis, French: Maison du Roi). The square is the most important tourist destination and most memorable landmark in Brussels, along with the Atomium and Manneken Pis. It measures 68 by 110 metres (220 by 360 ft), and it is a UNESCO World Heritage Site

Inilah dia Grand Place. Tempatnya dikelilingi oleh bangunan warisan architechture zaman kuno. Di tempat ini berdiri dengan megah gedung-gedung ber architechture kuno dari abad ke-17-18, seperti Brussels Tapestries, Maison du Roi, dan Hotel de Ville. Di sebelah kanan nampak Museum Kota Brussels yang dibangun pada abad ke-19.

Dualisme nama bangunan ini konon mencerminkan realiti sosial dan politik yang tengah berkembang di Brussels pada masa lampau. Pada abad ke-16 bangunan ini sempat digunakan sebagai tempat pemerintahan Raja Charles V. Namun pada abad ke-19, akhirnya bangunan tersebut dirombak secara total dan dibangun semula dengan gaya gotik.





hujan masa ni...gambar nampak blurr aje...suasana mendung aje




ketika ini di tengah-tengah kawasan ini sedang sibuk membuat hiasan christmas tree....

tempat ini ramai dengan tourist dan rombongan budak sekolah...






Setelah spent time setengah jam untuk berposing di sini, kami meneruskan perjalanan lagi. Di sepanjang jalan di kawasan ini juga ada kedai-kedai jualan souvenir, kedai coklat, kedai lace dan kedai hiasan barangan buatan Belgium. Memang unik dan tidak bosan berjalan-jalan di sini.

So, di sini kami mengambil peluang survey barangan souvenir dari satu kedai ke kedai yang lain. Kami nak mencari kedai yang paling murah lah. Satu perkara yang aku nak highlight di sini. Sebelum aku sampai di Brussels, aku imaginekan tentang negara ini yang sukar untuk mendapatkan makanan halal sebab knowledge aku tentang Belgium memang zero. Aku hanya tau tempat ini memang terkenal dengan coklat sahaja.

Rupa-rupanya kedai makanan halal memang banyak dan tauke kedai-kedai yang jual souvenir dan coklat ramai di kalangan orang Arab. Kebanyakan mereka daripada Morocco. Muslim yang memakai tudung pun ramai. Sekali lagi aku bgtau...memang ramai. Sana sini ada aje yang memakai tudung. So, bila tengok keadaan ini, aku macam lega sikit. Tidak seperti di Swiss....sudah nak jumpa yang memakai tudung.



satu lagi...Belgium juga terkenal dengan kain lace... ada aje barangan yang dibuat daripada lace

aku dah tengok harga...still mahal lah....agaknya sebab aku gi tempat tourist kot


keadaan jalan di sini...kami melalui banyak lorong-lorong bangunan lama seperti ini

kedai souvenir
kami jadi giler masa gi kedai souvenir ni....huhuhu



kedai coklat memang banyak giler kat area ni......aku pun jadi giler kejap..huhuhu


Then, kami jalan depan lagi sedikit untuk ke Manneken Pis. Apa tu? Tempat patung budak kecil tengah kencing lah..hehehe.

Also known as Petit Julien, is a famous Brussels landmark. It is a small bronze fountain sculpture depicting a naked little boy urinating into the fountain's basin. It was designed by Jerome Duquesnoy and put in place in 1618 or 1619. This famous statue is located at the junction of Rue de l'Étuve/Stoofstraat and Rue du Chêne/Eikstraat. To find it, one takes the left lane next to the Brussels Town Hall from the famous Grand Place and walks a few hundred meters to arrive at the spot. The statue will be on the left corner.


Manneken Pis.... patung budak kecil tengah kencing...comel aje


banyak rombongan budak sekolah masa ni..




muka aku pucat tak makeup ....masa ni muka aku kering giler....sejuk penya pasal ...badan pun tak sihat...




Lepas dah puas bergambar di Manneken Pis ni, kami serang kedai coklat pulak. Banyak kedai kat area ni. Aduhhhh jadi giler aku tengok coklat yang pelbagai jenis...pelbagai rasa dan pelbagai bentuk. Bestnyaaa..... Aku kena tengok gak coklat tu .... cari yang halal. Susah gak kena baca ingredients kat belakang kotak coklat tu. M kata coklat kat sini ada yang mahal sebab kat UK pun melambak coklat Belgium dan lagi murah. So, aku beli sikit-sikit aje.... cukup syarat membeli di Belgium.

Aku tengok ramai orang Cina Asia meniaga coklat di sini. Orang Arab pun ramai yang meniaga coklat. Masa aku beli tu kat kedai Arab dan dia tunjukkan mana-mana coklat yang halal untuk kami membeli. Aku juga sempat membeli waffle yang memang terkenal di sini. Aku beli chocolate waffle...sedapnyaaa. Aku memang suka chocolate waffle....sempat suap ke mulut M sikit. Sampai sekarang dia duk bagitau aku, saat-saat aku suapkan waffle ke mulut dia....kenangan manis katanya. Huhuhuhu... aku dah terlupa tapi dia kata ingat sampai sekarang. Romantiklah kononnya.

kat sana kalau nak beli coklat murah....beli yang ikat mcm ni....murah sikit


replika manneken pis yang diperbuat daripada 100% coklat....

chocolate waffle...sedap gilerrrr.....


tengok tu...chinese lady yang jual tau....
I'm here babe with chocolate waffle.....
masa nak balik ...aku ternampak kedai crocs.....mahal wei kat sini....sejak meniaga crocs ni...mesti aku singgah punya...hehehe


4 comments:

Lily.Lulu said...

kain lace tu kalau ibu saya tengok mesti dia suka dan beli
very nice !!
:)

akak .. mmg giler kalau gi kedai2 souvenir dan cokelat. tgk waffle tu pun lagi la menggiurkan
lapar dibuatnya .. weee !!

@xiM said...

kalau akak meniaga CROCS kat sana mesti kaya kann..hehe

Leez said...

Lily -

Kat sana memang banyak lace dan cantik2 belaka tetapi mahallah...tu yg tak beli.

memang terliur....skrg pun asik teringat waffle kat sana. Apalagi ibu mengandung mcm Lily kan...lagilah terliur..hehehe

Leez said...

Axim -

Crocs...hehehe..harussss!!!!!

Tapikan musim sejuk ni mcm kurang aje orang membeli crocs kat sana....walaupun ada kasut yg sesuai utk musim sejuk.
Orang sana pakai boot lah sejuk2 gini.