Ads

December 1, 2010

Photography @ Putrajaya


Photography ini dibuat pada last weekend di Putrajaya.
Dari KL cuaca dah gelap...alamak camana ni?
Then kami proceed ajer sebab excited untuk menjalani photo shoot untuk si kecil anak buah aku, Zarieff. Half way on the road.....hujan turun dengan selebat-lebatnya. Hampeh betul. Punah segala perancangan kami

Kami satu family dah dress up cun punya. Siap sedondon pakai baju putih and seluar jeans. Plan nak buat fotografi di semua attraction area di Putrajaya. Dalam perjalanan tu, tetiba after bayar tol di Highway Putrajaya....terang benderang siap nampak cahaya matahari. Kuasa Allah semuanya. Lega dalam hati...bolehlah kami berposing petang tu.

Sempatlah kami berposing di jambatan Tasik Putrajaya. Masa ni cuaca plak dah mula mendung menandakan hari nak mula hujan di sini. Alhamdulillah kami sempat snapping kejap. Then, ingatkan nak ke Kelab Tasik Putrajaya...nak snapping tepi tasik. Tapi hampeh aku dah terlepas jalan pulak. Jenuh nak pusing semula. Akhirnya kami pergi pulak ke Taman Warisan Pertanian. Masa tu dah jam 5.45 petang. Alamak nasib tidak menyebelahi kami.... dah tutup lah pulak. Huhuhu.

Jom tengok gambar-gambar yg sempat aku snap. Maaf yea tuan punya blog ini gambarnya tiada sebab telah dilantik menjadi photographer. Tonggang terbalik aku dibuatnya. Siap aksi terduduk...terbaring aku jadinya. Photographer plak terlebih-lebih kan. Hihihihik!!!!














masa ni aku terbaring sebab nak amik pic ke atas...overkan!!!



ni plak aksi aku terduduk...gitulahhh~~~

~~~~ I like this pic ~~~~~
(dgn nada berlagak...tgklah sapa yg snap..huhuhu)



Hujan pun turun dengan lebatnya. End up kami terus ke Alamanda. Kalau nak tahu...ini kali ke 2 aku ke sini. Terukkan aku ni. Padahal dekat ajer dengan opis aku. Hmmmm....malas sebenarnya. Kami jalan-jalan dan sempat singgah makan donut Big Apple...i like!!! Lupa plak nak snap..aduhhh!!!!!.

Lepak kejap di sini sambil singgah kedai toys. Si kecil Zarief as usual memang jadi tak tentu arah tiap kali masuk kedai toys. Bagi dia main-main kejap dan merasa naik motor yg sangat comel. Sukanya diaaaa. Kalau pandai cakap....sure dia dah mintak kat bapaknya kan. Tunggulah dah besar nanti....hehehehe.

kena ikat dalam stroller..

hehehe...comelnya!!!

alahai terlentuk plak tangannya tu...hahaha

tengok tu.....apa plak yg dia pandang !!!

abang ajar adik naik motor

brooommmm...brooommmm...saya mahu jadi pakcik motor



dia sudah start menggaru telinga belakang.....itu namanya dia sudah mengantukkkks!!!!!

cakkk bahhh.....mengagah untuk bagi dia ceria dan hilangkan ngantuk..huhuhu



next entry - agenda kami makan-makan di Bangi pulak




6 comments:

kasihredha said...

cantik pics tu leez..
kalau cuaca terang lagi best kan

Lady of Leisure said...

agre pic semua cantik lelebih lagi bila semua pakai putih.. :)

sepul said...

hai akak fotografer.... nak booking untuk photoshoot Umar bleyy?

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

tulah kak...masa ni dah mendung...tanda hari nak hujan.
kalau terang lagi cantik gmbrnya kan..

Leez M. Saaid said...

lady -

ha'ah semua sedondon putih nak bg gambar cantik.

Leez M. Saaid said...

sepul -

tunggu umar dah besaq kita wat shooting kay..
abah umar lagi terror apa....