Ads

December 20, 2010

Kenapa Jadi Blogger ?

Sekarang ni aku tengok ramai betul yang jadi blogger. Oklah....at least you have something to chit chat or to share with. Setiap blogger mesti ada tujuan dan sebab kenapa anda berblogging. Dan ada juga blog yang ada konsep tersendiri. Tapi ada juga yg konsep merapu entah apa-apa yang depa merapek. Aku pun pelik kadang-kadang tu...nak baca pun malas. Ada jugak blogger yg ikut konsep meniru....orang tu nak jadi blogger...dia pun sibuk nak ikut jadi blogger. Kalau blog dia best tak palah jugak.... best jadi follower...but ada yg mcm rubbish merepek entah apa-apa. Bukan kata aku punya blog ni bagus sangat .... mungkin ada juga yg tak suka baca blog aku ni. Aku open kalau ada sesapa nak kritik blog aku. But at least my blog ada konsep ....travel and food.

Tujuan utama aku berblogging ialah :

1. Travelling - untuk berkongsi pengalaman selama aku berkelana di negara orang atau di negara sendiri. Sebelum aku menjadi seorang blogger, aku banyak merujuk informasi tentang travel pada blog orang lain. So, dari situ aku terpikir nak buat blog juga. Why not kita berkongsi cerita dengan orang lain and selain tu kita dapat pahala membantu orang. Selain dari itu,aku juga suka berkongsi apa sajer yang berkaitan dengan travelling cth: fridge magent, HRC and souvenirs.

2. Food - aku ni suka makan dan suka mencuba tempat makan baru. Dengan blog juga aku mendapat informasi tentang tempat makanan yang sedap-sedap. Kalau tuan empunya buat review tentang food tu sedap....and why not aku mesti mencubanya. Bila dah ada blog ni.... tak salah kita berkongsi ilmu dengan orang lain tentang tempat makanan tersebut. Aku tau ada yg menyampah baca blog ni sebab asik pasal makanan ajer...so sendiri mau ingatlah aku tak paksa korang singgah di sini kalau tak suka. Pi main jauh-jauh.

3. Networking - sejak jadi blogger ni aku dapat ramai kawan di serata negeri di seluruh Malaysia. Salah satu networking yang bagus. Bila kita dapat ramai kawan...luas pengalaman, pandangan dan meriah hidup ini. Bila aku ke utara...jumpa geng blogger belah utara dan bila aku ke selatan pun jumpa blogger selatan. Kalau blogger kat KL ni memang ramai dah aku jumpa. Boleh dikatakan semua yang aku kenal...semuanya baik-baik belaka. Thanks u guys. Geng2 blogger aku yg selalu aku hang out itupun aku kenal melalui blog...alhamdulillah kami kamcing sampai sekarang. Insya Allah sampai bila-bila juga.

4. Business Purpose - kalau nak online-business inilah tempatnya. So far aku pernah meniaga kasut crocs, kueh raya, choc cake dan kain ela melalui blog ini. Alhamdulilah business sangat rancak dan blog ini banyak membantu aku melariskan jualan. Bila kita ramai follower...mesti ramai yanag akan membeli barang yang kita jual. Satu lagi...kita mesti ada relationship yang baik dengan blog reader. Mereka dah kenal kita dan sure mereka trust kita dalam soal business ni.

Ini aje 4 sebab utama kenapa aku menjadi blogger dan masih setia berblogging hingga ke hari ini. Most of them yang aku letakkan blog list di sebelah ini kerana mereka juga travel blogger mcm aku dan mungkin juga ada yang close friend aku. So, kalau anda seorang travel blogger amatlah aku alu-alukan menjadi follower aku. If jadi silent reader pun aku tak kisah......belasah ajer..hehehehe.

Kadang-kala ada jugak aku selitkan aktiviti aku bersama family dan teman-teman rapat.....entry selingan tu sebenarnya. Ada juga terselit entry emotional aku lagi-lagi bila tengah mengong sikit ketika tu...huhuhuhu.

Anyway, hope all of u enjoy reading my travel blog. Kalau ada apa-apa nak comment tak kiralah yang positif ke...negatif ke...sangat-sangatlah dipersilakan. Aku sangat fleksibel dan open dalam perkara ini.

14 comments:

!eNa PnG said...

suka baca...



blog yang menarik...:D

kasihredha said...

kita serupa..sebab tu akak suka sgt blog Leez..
suka jalan2 cari mkn & hobby kumpul FM.
Teruskan menulis...I love your blog very much!!
Kalau akak pula salah satu kenapa tulis blog, jd sbagai dairi..kalau tak tulis bulan dpn mungkin dah lupa..

Madam Sooyaree said...

Leez, kita pulak blogging awal-awal konon nak buat traveling blog. Tapi malas nak update. Lagipun banyak traveling tu sudah kisam silam, hehehe...

Bila dah ada baby, masa balik US, family pesan rajin2 update blog untuk diorang tengok Cik Aiyu. Mula-mula malas gak, la ni naik syiok pulak!

xplorer said...

blog aku pun konsep mcm ko jugak , Food and travel .walaupun tujuan asal buat blog hanya untuk mengelakkan pengalaman travel daripada hilang begitu saja, tapi lama2 aku notice ramai org hantar email nak mintak advise psal travel and diaorg bagi feedback yg blog aku bnyk info psal travel . happy to help those who need my advice

Alin said...

Suker tengok Kak Leez pi melancong...x dpt pegi tengok negara org pun jadilah kak leez...ngeh..ngeh..

Blog Alin adalah tentang kehidupan peribadi yg suker jejalan gak..berposiing2...hehehe

Lady of Leisure said...

keep blogging leez i love reading yr blog terutamanya pasal travel tu, you know lah kan i ni hobi travel jugak hehe

Azian Elias said...

Salam Leez,

eehhh.. cam sama je pandangan Leez ttg blog yg tak de concept tu. hee.. tp nak wat cam ne kan..akak noticed blog anak2 lah..

sama lah juga kenapa akak buat blog ni. Share something about travel experiences, about food. Tgk tajuk lah ye Leez..hee..

satu lagi why akak buat blog. now mana ada lagi kita nak pegi cuci gambaq ke kedai. So, masukkan dlm blog adalah memory yg tak akan hilang .INSYALLAH

Leez M. Saaid said...

Iena -

Thanks Iena....pembaca semua pemberi semangat kepada kak leez utk terus berblogging.
tochehh...tocehhh.. :)

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

betul kak....blog ni juga kita boleh buat sebagai travel dairi.
nanti bila dah tua...bolehlah tgk balik..hehehe
Saya pun suka baca blog akak...byk ttg travel.. i likeeee!!!

Leez M. Saaid said...

sooyaree -

i pun ada gak masa travel dulu2 yg tak sempat nak dimasukkan dalam blog...zaman blog tak popular dulu.
But.. i like your blog especially citer pasal cik aiyu yg comel itiew...keep it up!!!

Leez M. Saaid said...

xplorer -

kita sama ler....blog kita dijadikan reference utk org cari info pasal travel. Seronokkan....bila ramai yg bagi good responds.
Keep on blogging xplorer!!!!

Leez M. Saaid said...

Alin -


thanks...rajin2lah singgah lagi yea.
Kehidupan peribadi dijadikan konsep blog pun ok gak..at least ada konsep.
Keep on blogging alin!!!

Leez M. Saaid said...

Kak Yan -

setuju sgt dgn akak....skrg ni mana ada nak pi cuci gambar yg beribu2 tu. Simpan dalam blog lagi senang.....bila time free bukak balik pasti baca senyum sorang2...hahaha.

Saya suka baca blog akak pasal food and tempat2 yg best utk makan...i likeeee!!!!

Leez M. Saaid said...

Lady -

Kita pun sama kan...suka travel.
I pun suka your blog especially bab food tu... i likeee.
keep on blogging lady!!!!