Ads

October 8, 2010

Glamor Raya @ My Office





Tema raya kali ini di office ku ialah GLAMOR RAYA!!
First time aku celebrate raya bersama-sama teman baru di office ni. Dulu aku kat department lain. Office skrg ni memang tiap tahun gamat dengan kehadiran artis-artis. Antara jemputan artis-artis yang hadir ialah Rosyam Nor, Mawi & Ekin, Dafi, Aizat, Imran Ajmain, Zizan Raja Lawak, Norish Karman, Faradiyah, Farawahida, Roslan Shah, Haiza, Maya, Chef Zam dan ramai lagi. Tak larat aku nak tulis kat sini. Make-up artis ada, fashion designer ada, chef celebrity ada, kosmetik celebrity pun ada. Memang glamour lah kami masa tu. Glamour sebab kami dok sakan berposing dengan artis.

Ada yang aku wat dek ajer sebab dah biasa amik pic dengan depa. Ada yang aku terlebih excited...huhuhu. Kami semua sakan melaram sebab ada disediakan hadiah utk pakaian terglamor sesuai dengan temanya, Glamor Raya. Aku tak memang sebab mmg tak glamor pun . Aku pakai baju raya tahun lepas ajer..huhuhu. Malas mak nak melaram!!!

Hiasan office kami dibuat oleh Abang Joha, Senior Editor Entertainment. Bagi aku, memang cantik dan sangat klasik. Masuk ajer office kami, dibentang dengan carpet merah dan wangian bunga-bunga segar. Kelasssss!!!!! Sebelum tetamu datang, aku sempat snapping hiasan yang ada.



hiasan masuk di tangga....siap riben dan fresh flower.


dinding di bahagian lobby ada hiasan warna putih tu...cantiks!!!


bunga melur ini membuat office kami berbau wangi...harummmm!!


hiasan bungan orkid putih menyambut kedatangan tetamu


makanan di sediakan di dua tempat dengan menu yg berbeza. Yang ini ruangan di bilik makan


yang ini pula makanan disediakan di ruang lobby office.


cantiks dan klasik


sebelum makanan dipenuhi.


satay yang sangat sedap...aku suka. Kalau tak silap aku ditaja oleh Kuzie Catering.


nasi beriyani ditaja oleh JM Beriani House


makanan ini pula ditaja oleh pelbagai syarikat lain..... byk sangat.


ini pula hiasan di dewan tempat tetamu makan...


di bahagian tengah dewan pula ada pentas kecil....utk sessi persembahan artis dan karaoke


jap yea...aku posing dulu sebelum tetamu hadir.


di tengah berkot tu ialah Chairman syarikat tempat aku kerja.....

bos aku yg baju hijau tu dan kiri kanan yang baju pink tu ialah pemenang pakaian paling glamor

pantang dihala dengan camera...laju jer semua nak bergambar


lagi-lagi bergambar...



Aku joint department ini pada bulan Feb tahun ini dan aku dikategorikan staff baru. So, setiap tahun di majlis hari raya memang diadakan acara ragging staff baru. Sangat terkejut apabila nama aku di panggil untuk berlakon di hadapan semua hadirin yang terdiri daripada staff , artis dan para jemputan. Mak malu hokay!!! Semua tengok mak atas pentas.
First depa dok interview dan kena perkenalkan diri. Masa tu emcee ialah Chef Zam dan Haiza. Pastu mak kena berlakon hokay....terketaq-ketaq lutut ni. Buat selamba ajer...kenalah sporting. Aku kena jadi bini pertama watak manja...konon yg jadi laki aku ialah mamat baju merah sebelah aku tu. Aku siap buat lawak. Terbahak-bahak dorang ketawa. Hahahahah...menjadi jugak!!! Masa ni yang jadi emcee ialah Roslan Shah.

Overall sangat enjoy dan we had so much fun that day. Jom tengok gambar-gambar lain.


dengan Kak Rosnah...wartawan Saji.


boss aku sgt sporting bergambar sakan dengan kami semua




tu diaaaa...jemputan aku dari Kementerian Kesihatan. Korang kenal tak wajah glamor ini? Sesapa yg selalu baca blog aku...mesti kenal dia kan. Wahhhh...serta merta berubah watak masa jumpa aku haritu. Datang bersama teman sepejabat yg lain. Anyway, thanks for coming to my office.


Chef Zam dan Haiza jadi emcee...

ini pula jemputan aku juga from Telcos.


2 orang jejaka tu from branch office, Jack and Azuan....datang sebagai jemputan. Yang chinese lady tu our Finance Manager.


bergambar dengan Zeha, Asst Editor URTV...pemenang pakaian paling glamor wanita


Aizat sedang membuat persembahan....sangat sedap vocal dia dan lagu-lagunya. I likeee!!


dengan Zizan Raja Lawak...memang lawak dia ni. Sempat lagi jadi emcee jemputan masa tu


Mawi in the house...aku tak bergambar pun dgn dia......dah ada pun sebelum ni!!!


Ekin sangat cantiksss.....kulitnya mulus


jangan jeles hokay!!!! Bergambar dengan pelakon cilik Mia Sara


Ekin dan kembarnya Ain...dua-dua cantik


dengan Chef Zam yg kelakar. Bila dia tgk aku....dia cakap macam pernah nampak. Dah tentu aku pernah meeting dengan dia 2 kali.....terlupa lah tu!!!


aku gerun tengok muka Fazli Zainal.....dah mcm pompuan...tgk kening dia!!! But suara tetap jantan hokay.


lagi sekali bergambar dgn Farawahida....hari tu masa kat NST Open House....masa ni dia nampak cantik


Dafi macam gula...di apit oleh bunga...hahaha


nampak tak kat belakang aku tu....Huzz, Editor URTV


bergambar dengan pelakon Syed Ali (baju hitam)




Sekian gambar-gambar kami. Sebenarnya ada lagi banyak....tak larat dah aku nak upload di sini. Ada juga artis-artis yang aku tak sempat bergambar. Maklumlah busy melayan jemputan aku pada hari tu. Thanks uols sudi datang ke opis aku yg glamor ini. Muahhhhh!!!



4 comments:

Azian Elias said...

Salam Leez,

amboi3.. glamer mak u.. kemain awak ye.. Seronok nya

kasihredha said...

Sebelum ni akak agak2 je pekerjaan Leez...sekarang dah jelas..hihi

Bestnya dpt jumpa artis2...
Baju Leez pakai tu sangat cantikssss....akak suka.

che'Burn@che'Qis said...

adoiii tak berkenan mak tgk fazli zainal tuhh..makin menjadi2 plak dier ekk!!muahahaha

sepul said...

wahh zizan rajalawok pun ada.
takpalah lagipun masa pi ofis kak leez dengan bos aekali. so takleh nak terkinja-kinja. apa-apapun ku tetap plastik sekali dihari itew.

nak sangat tangkap gambaq dengan HUzz... tapi kena control sikit, kalo tak mesti bosku heran apesal la ku terkinja-kinja sangat.