Ads

October 28, 2010

Journey to Melbourne : Philip Island Tour Part 2



Selepas menghabiskan masa kami di Churchill Island, we move forward ahead to Kaola Conservation Center. Tempat ini khusus untuk melihat habitat sebenar wildlife in Aussie iaitu Kaola. Tak habis-habis kan....asik tengok kaola ajer. Ni dah masuk kali yang ke-3 kami melihat kaola. Memang tak jemu sebab ia sangat comel. Kalau dapat peluk kaola lagi bestkan.

Apabila kami sampai di sini, tour guide kami menceritakan tentang kehidupan kaola di sini. Kat sini agak banyak juga bilangan kaolanya. Yelah di sini lah habitat sebenar binatang ini. Ia bebas untuk ke mana sahaja...nak makan...nak tidur...nak panjat. Memang ini tempatnya dan tidak dikurung pun. Tourist bebas untuk melihat kaola ini.
tengok tu kaola tu tengah tidur. Cara ia tidur ialah dengan menundukkan mukanya ke bawah. Kelihatan seperti membulat badannya. Memang betullah kaola ni tidur 20 jam sehari. Masa ni punyalah banyak kaola yang tengah tidur.


Yang ini pulak sedang asyiknya pandang sana sini. Sangat comel. Ia memang sangat hampir dengan kami. Senang sikit nak close-up.






haaaaahhh. Dapat jugak aku memeluk kaola. Sungguh empuk sekali. Tak percaya ke? Ni kaola yang paling besar di dunia. Huhuhuhu.


Ketika ini sudah lewat petang. Sebelum kami pergi tengok penguin parade malam tu, we had our dinner first. Kali ini kami dijamukan dengan pizza. Ia termasuk di dalam tour package kami. Biasalah makanan mat salleh...kalau tak steak, salad....mesti ada pizza. Belasah ajerlah. Tetapi mereka sediakan vege pizza for me and siti. Kami makan sekadar untuk mengisi perut yang kosong ini. Bukannya makan sungguh-sungguh pun.

In between that, ada masanya perut kami ni lapar jugak. Yelah, kami hanya makan sandwich sahaja for lunch. Tetapi still ada bawak bekalan lain seperti biskut, chips and coklat. Kenyang jugaklah tu. Nak tau tak mineral water kat Melbourne ni sangat mahal. Sebotol mineral ialah $3 (RM9). Mahalkan!! Jadi orang kaya kejap minum air mineral RM9. Nak wat camana....beli ajerlah. Sejak aku sakit dan batuk hari tu...memang mineral water menjadi minumanku ke mana sajer ku pergi. Masa ni simpan stok 2-3 botol dalam bagpack aku tu.


vege pizza...

our new friends during this tour. From left : lupa plak nama dia (Denmark), Eric (France), Katherine (Malaysia), me and Siti. Masa ni baru lepas makan pizza. Then, we had chit chat and gelak-gelak. I miss this moment.....


Then, destinasi kami seterusnya ialah The Nobbies - Philip Island Nature Park. This area offers spectacular coastal viewing from the boardwalks and lookout points set amongst natural sea bird gardens.

Things to do:
1. Stroll along The Nobbies boardwalk and enjoy spectacular views along Phillip Island's rugged south coast.
2. See the awesome blowhole, a spectacular sea cave that thunders during big southern swells.
3. Enjoy the sea bird gardens offering spectacular flowering displays in the spring.
4. Take a moment to learn about the local area from the educational signage.
5. Silver Gulls nest here and chicks can be seen during spring and early summer.
6. Little Penguins are often seen here resting between seasonal and daily duties.





cantik sangat tempat ni tapi bersepah-sepah taik burung. Cit!!! Kawan aku Katherine habis handbag dia kena taik burung.


nampak tak putih-putih kat rumput tu....tu ialah burung-burung yg berterbangan.


masa ni dah nak senja. Perrghhh sejuk giler sampai ke tulang. Angin bertiup sangat kuat




berposing dengan Katherine.... nice knowing you!!!


kat bawak laluan boardwalk itu tetiba nampak penguin ni menyorok....our tour guide yang tolong snappingkan pic ni. Tak boleh pakai flash sebab penguin amat sensitif dgn cahaya- boleh sebabkan ia buta. Penguin kat sini memang kecil-kecil belaka.


ombak yg sangat deras








Yehaaa.....dah sampai kat Philip Island untuk melihat penguin parade. Aku tak sure berapa harga entrance ke sini. Sebab semuanya dah termasuk di dalam package yang kami ambil. Masa ini dah nak malam...perghhhh sejuk giler. Tak pasti berapa degree temperaturenya.

Untuk melihat penguin parade ini adalah sangat strict. Kami tidak dibenarkan membawa camera. Semuanya kena simpan dalam bag. Merata-rata security jaga kat sini. Antara sebabnya ialah penguin sangat sensitif pada cahaya. Flash pada camera itu akan membuatkan ia buta. So, sama sekali camera tidak dibenarkan. We have no choice. Maka snapping ajerlah gambar penguin yang ada kat papan tanda tempat ni. Kat dalam souvenir shop area sini pun banyak gambar-gambar penguin. Takpalah aku dah berjaya menangkap pic penguin masa kat Nobbies tadi..huhuhu.

Kami berkumpul di tepi pantai untuk melihat penguin parade. Ada disediakan tempat duduk bertangga untuk tourist melihat penguin. Lampu pun samar-samar ajer. Penguin itu akan keluar beramai-ramai dari dalam laut yg deras itu. So cute!!! Selalunya ia akan keluar berkelompok. Then, terkedek-kedek berjalan di pantai dan menuju ke bawah deck tempat kami berkumpul ni. Penguin ini akan masuk ke dalam semak. Bukan beratus-ratus sekali keluar...malah beribu-ribu ekor semuanya.

About an hour kami sini. Then, kami beramai-ramai menuju jalan keluar. Sampai berjalan tu kami still boleh nampak penguin tersebut terkedek-kedek berjalan ke semak. Cuma tak boleh peganglah sebab kami berada atas deck yg terkepung. Untuk pengetahuan, habitat penguin ialah di tempat sejuk. So, kalau korang ada hajat nak bela penguin kat rumah...hentikan sajer yea. Alamat mati terdampar ler penguin tu. Dulu sekali aku pernah nampak satu resort kat KL ni bela penguin tapi kena masukkan dia dalam tempat beraircond 24 jam. Anda sanggup??? Jawabnya bil letrik melambung-lambung ler~~~~.


inilah bentuk sebenar penguin di Philip Island....kecil dan comel




Then, lebih kurang jam 9 malam kami beredar dari tempat ini. Sejuk nyaaaaa. Tidak tertahan kami dibuatnya. Perjalanan pulang ke Melbourne City mengambil masa 2 jam. Sepanjang perjalanan apa lagi...tidur ler. Tapi half way ajer aku dah terbangun. Aduhai.....bila dah sejuk macam ni asik rasa nak ke toilet ajer. Terpaksalah aku menahan sampai ke Melbourne City sebab malas nak suruh tour guide tu berhenti. Sampai ajer kat hostel kami berlari-lari anak menahan kencing. Tak sempat nak ke 4th Florr...kami terus ke 3rd Floor utk buang air. Hahahaha...gitulah!!!!
Bila dah sejuk macam tu....haruslah lapar lagikan. So, kami makan lagi malam tu. Yang paling dekat ialah kat sebelah hostel kami tulah...Halal Kebab. Makan lagi kat sini dan kami makan nasi beriyani sekali lagi. Kami mintak satu tapi bahagikan kepada dua lagi. Alhamdulillah kenyang dah!!!!! Esok pagi, kami nak bangun awal lagi untuk pergi ke Tulip Farm. The most exciting place!!!!!



next entry - Tesselaar Tulip Festival

3 comments:

Fatt said...

leez,
puas hati tak kat philip island tu? sbb ramai bg feedback tak ok so i want to know ur opinion..

lagi 1, mgkin tak perasan kot leez tulis, but how much u pay for this package? tq

Puan Ninie said...

eeeeeeee comelnyer penguin tue..:)

Lady of Leisure said...

alah lah comelnya penguin yg tengah menyorok tu hehe