Tema raya kali ini di office ku ialah GLAMOR RAYA!!
First time aku celebrate raya bersama-sama teman baru di office ni. Dulu aku kat department lain. Office skrg ni memang tiap tahun gamat dengan kehadiran artis-artis. Antara jemputan artis-artis yang hadir ialah Rosyam Nor, Mawi & Ekin, Dafi, Aizat, Imran Ajmain, Zizan Raja Lawak, Norish Karman, Faradiyah, Farawahida, Roslan Shah, Haiza, Maya, Chef Zam dan ramai lagi. Tak larat aku nak tulis kat sini. Make-up artis ada, fashion designer ada, chef celebrity ada, kosmetik celebrity pun ada. Memang glamour lah kami masa tu. Glamour sebab kami dok sakan berposing dengan artis.
Ada yang aku wat dek ajer sebab dah biasa amik pic dengan depa. Ada yang aku terlebih excited...huhuhu. Kami semua sakan melaram sebab ada disediakan hadiah utk pakaian terglamor sesuai dengan temanya, Glamor Raya. Aku tak memang sebab mmg tak glamor pun . Aku pakai baju raya tahun lepas ajer..huhuhu. Malas mak nak melaram!!!
Hiasan office kami dibuat oleh Abang Joha, Senior Editor Entertainment. Bagi aku, memang cantik dan sangat klasik. Masuk ajer office kami, dibentang dengan carpet merah dan wangian bunga-bunga segar. Kelasssss!!!!! Sebelum tetamu datang, aku sempat snapping hiasan yang ada.
di tengah berkot tu ialah Chairman syarikat tempat aku kerja.....
pantang dihala dengan camera...laju jer semua nak bergambarAku joint department ini pada bulan Feb tahun ini dan aku dikategorikan staff baru. So, setiap tahun di majlis hari raya memang diadakan acara ragging staff baru. Sangat terkejut apabila nama aku di panggil untuk berlakon di hadapan semua hadirin yang terdiri daripada staff , artis dan para jemputan. Mak malu hokay!!! Semua tengok mak atas pentas.
First depa dok interview dan kena perkenalkan diri. Masa tu emcee ialah Chef Zam dan Haiza. Pastu mak kena berlakon hokay....terketaq-ketaq lutut ni. Buat selamba ajer...kenalah sporting. Aku kena jadi bini pertama watak manja...konon yg jadi laki aku ialah mamat baju merah sebelah aku tu. Aku siap buat lawak. Terbahak-bahak dorang ketawa. Hahahahah...menjadi jugak!!! Masa ni yang jadi emcee ialah Roslan Shah.
Overall sangat enjoy dan we had so much fun that day. Jom tengok gambar-gambar lain.
Sekian gambar-gambar kami. Sebenarnya ada lagi banyak....tak larat dah aku nak upload di sini. Ada juga artis-artis yang aku tak sempat bergambar. Maklumlah busy melayan jemputan aku pada hari tu. Thanks uols sudi datang ke opis aku yg glamor ini. Muahhhhh!!!

4 comments:
Salam Leez,
amboi3.. glamer mak u.. kemain awak ye.. Seronok nya
Sebelum ni akak agak2 je pekerjaan Leez...sekarang dah jelas..hihi
Bestnya dpt jumpa artis2...
Baju Leez pakai tu sangat cantikssss....akak suka.
adoiii tak berkenan mak tgk fazli zainal tuhh..makin menjadi2 plak dier ekk!!muahahaha
wahh zizan rajalawok pun ada.
takpalah lagipun masa pi ofis kak leez dengan bos aekali. so takleh nak terkinja-kinja. apa-apapun ku tetap plastik sekali dihari itew.
nak sangat tangkap gambaq dengan HUzz... tapi kena control sikit, kalo tak mesti bosku heran apesal la ku terkinja-kinja sangat.
Post a Comment