Ads

October 27, 2010

Journey to Melbourne : Philip Island Tour Part 1



Lebih kurang pada jam 11.30 pagi, kami sudah tunggu di depan hostel. Kali ini perjalanan kami ialah ke Philip Island untuk melihat penguin parade dan juga b4 that singgah di beberapa tempat utk melihat wildlife sanctuary. Kami dah booking tour ini melalui bunyiptours secara online. Dah booking dari KL lagi. Harga seorang ialah $109 (RM327).

Cuaca sangat terang, nyaman dan sangat cantik untuk mengambil gambar. Aku tak pakai sweater pun waktu siang tu. Di dalam tour group ini ialah seramai 11 orang yang datangnya dari pelbagai negara seperti England, Denmark, France dan seorang lagi rakan baru kami dari Malaysia - a chinese lady. This group agak gamat dan happening coz tourist from England tu datang in one group seramai 6 orang. Budak-budak muda semuanya. Dalam bas dok menyanyi, buat bising dan bergurau senda dengan tour guide. Hmmm..lantak pi depalah...yang pasti aku duduk belakang dok busy menikmati keindahan muka bumi Australia ini.

First destination kami ialah Moonlit Santuary iaitu Australia's Wildlife. Ketika ini jam menunjukkan ke waktu 12.30 tengahari. So, kami disediakan dengan simple lunch iaitu vege sandwich...itu ajer yg halal. After dah makan semua, kami dibawa ke tempat binatang wildlife ini. Dalam kawasan tu jugak. Luas betul tempatnya dan cantik kehijauan. Tumbuhan yg ada pun....agak berlainan daripada yg ada di negara kita. Kami dibawa melihat koala (koala yg pemalu), kangaroo, emu and wombat. Yang paling aku tak sabar ialah berposing dengan kangaroo. Orang kata kalau gi Aussie, wajib berposing dgn kangaroo. If not sia-sia ajer percutian anda ke Aussie. Kangaroo adalah binatang yg sinonem dgn Australia.





vege sandwich for lunch yg disediakan untuk aku dan Siti. Yang lain makan sandwich yg tak halal.



ni mak kangaroo.....melompat-lompat mengejar kami. Apa lagi bagai pelari pecut kami dibuatnya. Tapi tour guide tu kata...jgn lari coz kangaroo tu nak makanan dari kami sebenarnya. Tour guide tu ada bawakkan makanan utk kangaroo tu.

aduhai....aku ni terketaq-ketaq sebenarnya.....takut dia gigit tangan aku jer.

ni plak anak kangaroo. Ada jugak kangaroo yg lari menyorok pabila melihat kami ni.



ala comey nya dia.....

siap letakkan jari atas tangan aku....tajamnya adohai!!!

pokok bunga ni tajam rupanya...habis dicucuknya




Then, kami meneruskan perjalanan lagi menuju ke satu lagi tempat iaitu Churchill Island. Apa agaknya yang ada di sini? Untuk pengetahuan anda, jalan menuju ke tempat ini kena melalui satu jambatan merentasi muara sungai yang luas. Cantik sangat permandangan di sini. Permandangan heritage farm. Tak caya? Cuba tengok gambar-gambar di bawah.

Experience a piece of Victoria's heritage on this historic island, where you can enjoy a relaxing stroll through the fragrant cottage gardens and lawns. Coastline walks offer magnificent views of Phillip Island and Western Port, while the restored farmhouse and cottages provide a glimpse into the past lives of early Australian settlers and past farming practices.

Churchill Island, just off the coast of Phillip Island holds an important place in the history of European settlement in Victoria. The site of the first European agricultural pursuits in Victoria, the island has been farmed since the 1850's and in 1872 was purchased by Samuel Amess, former Mayor of Melbourne.

This tiny island of 57 hectares is now open to the public as an historic working farm that boasts significant natural and cultural values with world-class wetlands, ancient Moonah trees, heritage gardens and historic buildings.

cantikkan....terpegun aku seketika bila sampai di sini

amboi...gembiranya...







Mula-mula kami dibawa untuk melihat demonstrasi bagaimana cara-cara mengetam bulu biri-biri. Bila tengok blade yang digunakan....wahh sangat tajam dan canggih. Masa dorang tangkap biri-biri tu...kesian tengok. Meronta-ronta dia. Tapi bila dah start diketam....senyap jer menurut perintah. Bagus pulak!!! Agaknya biri-biri tu dah faham sangat tugas mereka. Pabila bulu dah panjang dan dah cukup matang untuk diketam...menyerah ajerlah.

Bila dah siap....alamak dah jadi kurus. Dah macam rupa kambing kat tempat kita plak. Di situ juga ditunjukkan bagaimana biri-biri tersebut dikejar oleh anjing untuk masuk ke kandang pabila dah masuk waktu senja. Masa ni aku mcm boring plak..so aku dgn Siti dok pergi ke ladang sebelah untuk snapping gambar permandangan farm yg cantik. Siap kami berguling-guling lagi atas rumput. Tak caya. Tengoklah pic di bawah. Huhuhu.



baiknya siap duduk lagi..huhuhu

wool...utk buat baju panas

sudah siap...


gini jadinya...huhuhu..







walla....


kalaulah Msia mcm ni..... tiap minggu aku dtg guling-guling kat sini.

berlatarbelakangkan ladang kambing biri-biri yang luas terbentang




Subhanallah cantiknyaaa.......


tak caya ke?


sib baik aku tak berposing terlentang....over kan!!!!


cuaca sangat cantik...maka gambar yg diambil pun cantik juga


ladang biri-biri



Memang aku sangat berpuashati menikmati permandangan yang cantik ini. Tidak sia-sia kami memilih tour package ini. Next entry sambung lagi cerita dan gambar-gambar menarik.



next entry - Philip Island Part 2


8 comments:

@xiM said...

wahhhh cantiknya gambar gambar pemandangan..

happening lah yek bebudak muda tu dalam van..haha

Nak jugak pegang kanggaroo..tapi rasanya saya macam tak berani jer..hahaa

Sian biri biri tu kena togel..

amboii nak buat filem hindustan ker duk berguling guling tuh..:)

Azian Elias said...

Amboi3.. sakan awak ye Leez.. jeles bebeno akak dibuat nya. Nnt kalau akak nak p sana, maybe akak leh ikut all the tips yang Leez nyatakan di sini. Or kita jumpa then Leez cerita lah kat akak.. Akak blanja.. Boleh???

Madam Sooyaree said...

cantik nye gambar! teringat time kat gold coast, saya tolong pakcik tu potong rambut biri2, hihihi... geli!

Lady of Leisure said...

terpegun tgk gambar2. sangat cantik.. rerumput pun berbunga...

Leez M. Saaid said...

axim -

hahahaha...
Aussie mmg cantik.
Biasanya bebudak muda...terlebih gedik skit.:)
kanggaroo tu ok jer...cuma kekadanga kita yg seram skit...
wajib lah guling2 sebab tempat tu cantik dan bersih...auww!!!

Leez M. Saaid said...

Kak Yan -

Hehehe.....org single haruslah rajin jalan2.
Ok kak...nanti kita jumpa.
Nanti saya contact akak....kita borak2 dan cerita2.

Leez M. Saaid said...

Madam Sooyaree -

Wahh bestnya GC...nak pergilah nanti.
Hebat tu dah boleh potong rambut biri-biri.

Leez M. Saaid said...

Lady -

Sebab gi musim bunga...so mmg byklah bunga kat sana.
sangat cantik!!