Ads

October 19, 2010

Trip to JB-Singapore : Shopping & Dinner @ Geylang


Lebih kurang jam 3.30 petang kami sudah beredar dari majlis perkahwinan cousinku itu. Kami tak terus balik tetapi singgah sebentar di rumah cousinku yang lain di Beduk Reservoir...dekat jer dengan Geylang Serai. Lepak sekejap untuk mandi, solat dan tukar baju santai. Tujuan kami nak pi shopping di Mustafar Center. Itu tempat wajib kami setiap kali pi Singapore.

Cousin aku kata.....nanti korang berebut-rebut dengan org Bangla dan India kat sana. Sebab masa tu hari Ahad...memang hari untuk mereka berlonggok di area sana. Ayohhhhh. Memang betul dan tepat. Kami adik-beradik 3 kereta berkonvoi ke sana dan memang pening kepala tgk org-org tersebut. Sesak nafas aku.

Actually kami nak cari perfume yg murah di sini dan aku pulak nak cari barang-barang souvenir...juga murah-murah kat sini. Kopak duit aku....sebab aku ni memang menggila barang-barang souvenir. Perfume tak beli pun sebab ada org tu nak bagi aku perfume...so tengok-tengok ajer.




ni dia Mustafar Center



Then, after kami dah puas bershopping...aku dan mamaku singgah jap makan murtabak singapore dan minum teh tarik kat depan Mustafar Center tu. Frustlah sebab tak sedap murtabaknya. Makan pun tak habis. Orang kata yg sedap kat Zam-Zam restaurant.

Semua dah lapar nak makan sup tulang merah terbaik di Singapore. Katanya di Beach Road yang terbaik. Tapi adikku kata kat Geylang Serai pun ada...sedap jugak. So, kami berkonvoi ke Geylang Serai semula untuk makan-makan. Alahaiiii.....tak sedap sangatlah sup tulang kat sana. Kurang manis supnya dan isinya sikit dan liat. Frustnya aku!!!!!


mee kuah merah..


mee goreng mamak


ni dia sup tulang merah yang kureng tu..... yg kat Beach Road paling terbaiklah!!!!




Lebih kurang jam 9 malam, kami semua beredar dari Singapore dan terus melalui Highway 2nd Link. Terus balik KL dan tak singgah mana-mana pun. Tetiba kat area Melaka after R&R Air Keroh jem teruk sangat. Lebih kurang sejam jugak kami caught in traffic jammed. Rupanya ada accident yang teruk dan melibatkan 13 nyawa melayang. Sungguh dahsyat dan tragis.

Ada hikmah kami pulang lambat sikit coz kalau kami pulang petang tu jugak...alamat kami berkelah di tepi highway tu. Katanya kedua-dua jalan ditutup semasa kejadian accident itu. Dalam jam 2 pagi kami pun sampai di KL. Penatnya aku........Esok plak dah nak fly ke Melbourne. Nasib baik aku dah siap packing baju semua. Alhamdulillah semuanya selamat.




Next entry - Percutianku di Melbourne. Best sangat2!!!!


2 comments:

Azian Elias said...

Salam Leez,

mengerikan kan accident tu..sedihhh..ALHAMDULLILAH Lezz selamat sampai

ANR said...

tau xpe kak..zam² is the best..i membesar dgn that murtabak smpai jadi bsar ni ha..hahahaa its a must klau pgi singapore..LOL