Happy New Year 2011 to all my blog readers!!!
Semoga di tahun baru ini akan menambahkan lagi semangat, perjuangan, azam dan cita-cita anda semua. Insya Allah semoga diberkati. Alhamdulillah aku telah berjaya mengharungi segala ranjau suka duka di tahun 2010 yang lepas dengan jayanya walaupun ada sedikit peristiwa duka telah berlaku. Nanti aku ceritakan yea. Alhamdulillah byk yang gembira dan aku sangat berpuashati setakat ini. Terima kasih Allah!!!
Apa yang aku harapkan di tahun baru 2011 ini ialah :
1. dimurahkan rezeki dgn apa cara sekali pun. Aku akan berusaha untuk sentiasa membantu orang yg memerlukan dan Insya Allah ada rezeki yang akan Allah beri nanti.
2. berjaya dalam kerjaya dan diberi kepercayaan oleh boss untuk mencuba sesuatu yang lebih mencabar
3. diperolehi kesihatan yang baik, sihat dan dijauhi daripada penyakit yg berjangkit dan merbahaya.
4. sentiasa disayangi oleh keluarga, saudara-mara dan teman-teman rapat. I luv all of you!!
5. dapat melancong lagi ke negara orang sebagai menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan di tempat orang
Di sini aku nak refresh semula suka duka sepanjang tahun 2010. Bila teringat balik...ada yang suka dan ada yg duka. Jom kita tengok satu persatu.A. WORKING -
dunia baru bagiku kerana telah dipinjamkan ke anak syarikat bahagian majalah dengan tugas kerja yang sangat baru dan mencabar bagiku.
Februari - menjalani tugas pertama di pejabat baru yang lokasinya terletak di Bangi. Walaupun lebih jauh dari tempat kerja dulu tetapi aku berjaya mengharungi dugaan ini dengan tenangnya. Padaku...takpalah jauh sikit asalkan hatiku tenang dan seronok bekerja. Rezeki tu ada dimana-mana. Alhamdulillah setakat ini aku sangat suka dengan tugas baru ini dan semoga aku terus diberikan kepercaan oleh boss dengan tugas-tugas yg lebih mencabar. Kenapa aku suka? Sebab banyak berjumpa dengan orang luar dan bukan hanya duduk di pejabat. I like my job. Cabaran yag aku kena lalui ialah perlu kreatif untuk mencari peluang menambahkan pendapatan syarikat. Aku bekerja di bahagian Business Development - Marketing Support.
**********************************************************
B. FAMILY - dapat 2 orang anak saudara. Alhamdulillah bertambah lagi ahli keluarga kami.
Eemran Damien Zarieff lahir pada 10hb Feb 2010. Luv u my babe !!!
Emir Rayyan lahir pada 3hb March 2010 . Luv you my babe!!!
*********************************************
C. HOLIDAY - pecah rekod tahun ni paling banyak berjalan tak kiralah dalam negara ke..luar negara ke. Hampir tiap bulan aku berjalan. Syukur dgn rezeki Allah.
Januari : me@ Hadyai/Perlis/Penang bersama teman-teman
Februari : me @ AFamosa Melaka bersama teman sepejabat
Mac : me @ Port Dickson bersama teman-teman
April : me @ Genting Highland bersama teman-teman
April : me @ Chiang Mai, Thailand bersama teman
Mei : me @ Port Dickson bersama family dan saudara-mara
Jun : me @ Ho Chi Minh, Vietnam bersama teman-teman
July : me @ Kuantan/Cherating bersama teman-teman
Ogos : me @ Pulau Redang bersama teman-teman
October : me @ Melbourne, Australia bersama teman
October : me @ Singapore bersama family dan saudara-mara
November : me @ Port Dickson bersama teman-teman sepejabat
***********************************************
D. BLOGGER - tahun 2010 juga aku telah berjumpa buat pertama kalinya dengan rakan-rakan blog yg baru ku kenali dan yang menjadi silent reader blogku. Terima kasih semua kerana sudi bersabahat dengan ku. Seoga perkenalan kita akan terus berpanjangan.
Januari - pertama kali berjumpa rakan blogger
Tempurung Emas - Kak Ani (baju merah) dan Abg Amir (baju hitam). Mereka berdua suami isteri yg juga suka melancong sepertiku. Macam-macam pengalaman telah kami kongsikan bersama.
May - pertama kali juga berjumpa rakan blogger
Catz's Cafe. Selepas pertemuan itu, boleh dikatakan kami kerap juga lepak sambil chit-chat bersama after ofis hour. Lagipun tempat kerja kami dekat ajer.
September - setelah berhubungan di alam maya...pertama kali juga jumpa rakan-rakan blogger ini
Azim, Nikli dan Ziana. Mereka sempat juga singgah ke rumahku. Semoga persahabatan kita kekal sambil bila-bila. Insya Allah. Azim , maaf akak cilok pic ni fm yr FB.
September - Juga sempat juga berjumpa my silent reader Zakiyah. Sudah dua kali pertemuan kami dan terima kasih kerana sudi bagi souvenir dari oversea. Maaf gambarnya takda....lupa plak nak snap..hehehe.
Oktober -pertama kali juga berjumpa my silent reader juga Inzarin yg menetap di JB. Ketika ini aku berada di JB dan sempatlah juga kami pi makan-makan. Keep in touch kay!!!
November - juga pertama kali berjumpa my silent reader Madi Ketereh dan isterinya yang ketika itu dia berada di Residence Hotel di Uniten kerana ada urusan. Mereka juga suka melancong seperti aku. Kami juga banyak berkongsi cerita tentang pengalaman melancong. I like!!!. Maaf, gambar juga tak ada.....segan nak snap pic masa tu..hehehe.
**************************************************
E. SAKIT - peristiwa duka dalam hidup ku sepanjang tahun 2010. Aku telah dimasukkan ke hospital selama 7 hari akibat jangkitan H1N1.
Ogos - peritiwa yang paling menyedihkan dan paling juga menakutkan kerana penyakit ini boleh membawa maut. Aku tetiba diserang jangkita H1N1 dan dimasukkan ke hospital Pantai Cheras Medical Centre. Deman panas berpanjangan hingga 40 degree celcius yang dicampur dengan batuk yg teruk, selesema dan masalah pernafasan. Selepas 2 bulan barulah aku betul-betul sembuh dari batuk. Sepanjang tahun ini juga aku sering kali kena batuk yg berpanjangan. Puncanya aku memang ada masalah tonsil yang teruk. Di harap pada tahun 2011 ini aku akan sembuh sepenuhnya dari masalah tonsil dan menjalani cara hidup yang sihat. Doakan yea...
**************************************************
APAKAH AZAM ANDA ????
7 comments:
Salam Leez,
mudah2an 2011 lebih bermakna buat u..INSYALLAH.
jln mana lepas ni..hee
salam...sy br jmp blog kak leez....
very enjoy read ur blog...sy pn mcm akak, suke sgt pg travel....makin lame, makin addicted pulak....
salam leez, all the best in this coming year 2011... didoakan semoga sihat dan ceria bahagia sentiasa hendaknya.. amin...
kak yan -
happy new year kak..
insya Allah doakan yg baik2 utk tahun ini.
tahun ni? hehehe...surprisedd.
anony..
thanks for viewing my blog..
nanti singgahlah lagi yea...
samalah kita suka travel...
yanti -
happy new year..
samalah kita....semoga semua sukses di tahun baru ini.
amin...
salam,
happy new year k.leez..
Post a Comment