Ads

January 12, 2011

Tuanku Raja Nazrin Shah @ My Office


Hari ini dalam sejarah pabila seorang anak raja hadir ke office ku di Bangi.
Keberangkatan Menjunjung Kasih Tuanku Raja Nazrin Shah mencemar duli ke offlice kami. Kami dikehendaki hadir ke bahagian foyer untuk menyambut ketibaan tuanku. Pertama kali aku melihat dengan mata kepalaku sendiri seorang anak raja yang sangat kukagumi dan berjiwa rakyat ini. Perrghhhh so charming dan aku terpaku seketika. Dap dup dap dup rasanya jantungku ketika itu. Hahahah...over plak kan.

Ketika ini aku tak bawak camera pun....belasah handphone camera ajer. Pastu terselit gambar-gambar aku di bawah plak ni aku cilok from my officemate's photos. Yang pic tuanku turun dari kereta tu aku yg snap sendiri pakai handphone.

Yang frust sangat nak citer ni. Lepas lebih kurang 2 jam tuanku di dalam bangunan pejabat kami...tibalah masanya untuk tuanku pulang. So, kami sekali lagi kena turun bawah untuk melambai-lambai kepulangan tuanku. Masa ni aku malas nak turun sebab ada benda nak buat kat ofis. Ghopa-ghopanya dorang citer tuanku siap bersalam dengan seorang demi seorang yg menunggu tuanku pulang masa tu. Frustnyaaaaa aku...takda rezeki nak berposing dengan tuanku. Tulah padan muka...sapa suh taknak turun..hehehehe.

Ampun tuanku....patik sungguh berbangga dengan kehadiran tuanku ke pejabat kami di Bangi ini. ~~~~Terima kasih ~~~~



sedang menunggu.....dgn penuh kesabaran

sempat lagi tu posing ramai-ramai..


dah beratur panjang di bahagian bawah...


tuanku dah sampai...nampak tak yg dok melambai tu..


aku nampak tuanku di ketika ini...sangat jelas..



p/s - sedang berpikir....lepas ni anak raja mana plak nak datang yea... hehehe




5 comments:

Yan said...

Ni lah lelaki idaman akak dulu Leez. Siap ada simpan gambo dia lagi..hee

kasihredha said...

lelaki idaman malaya suatu ketika dulu...hihi

Leez M. Saaid said...

kak yan -

samalah kita....
tp sy taklah sampai simpan gambar dia...hehehe

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

adakah baginda juga jejaka idaman akak dulu??? heheheh

momma said...

sama cantik sama padan ng tuanku pemaisuri