Ketika ini selepas kami pulang dari melihat kelip-kelip di Kuala Selangor sudah menunjukkan ke jam 12.00 malam. Weehuuuuu...takpa esok cuti beb!! Kami meneruskan lagi perjalanan kami ke i-City Shah Alam. Alang-alang dah berada area sana kan. So, selamba ajerlah pergi sekali.
Sampai di federal highway yg nak masuk ke simpang Uitm tu.....tetiba jammed teruk sangat. Apahal hah??? Ketika itu dah menunjukkan jam 1 pagi weiiiii.....apahal jammed ni???? Aku kalau bab-bab mcm ni memang cepat bosan...susah nak tahan sabar. Tapi kami teruskan juga perjalanan itu. Ghopa-ghopanya semua nya nak gi tengok i-city mak esah oiii!!!! Aku tengok plat number kebanyakannya dari luar KL/Selangor.....penuh sarat dalam kereta bawak anak-anak sedara mara tengok i-City. Adoyaii...apahal ler korang gi malam-malam buta ni. Ayohhhh...ingatkan pergi lewat orang dah kurang sikit...ghopa-ghopanya....hampeh!!!.
Sekali kami sampai i-city tu... kena tutup jalan lah pulakkkkk. Geram mak tau..ehhh ehhh mcm lah mak yg memandu..ahaks!! Terpaksalah parking jauh. So akhirnya mak dan kawan-kawan mak dengan penuh semangat membuat program 10,000 langkah menuju ke atas puncak i-city itieww. Habis mandi peluh kami. Orang yg ramai lagi....ooooo mak tak selesa tau. Mak mmg allergic gi tempat-tempat yg ramai mcm ni. Dah sampaikan.....belasah ajerlah.
Anyway...jom layan gambar-gambar yg diambil. Mood nak bergambar kureng skitlah....so gambar mak ada 2-3 keping ajer. Yg lain semuanya gambar lampu-lampu yg menarik, berkilau, bersinar, berkelip, berpinau.....semuanya lahhhhh.
ni dgn pokok warna merah....
then gi pokok warna hijau plak..huhuhu
Kesimpulannya...aku berbangga dgn terciptanya i-City ini sebagai tarikan pelancongan bukan sajer kepada rakyat tempatan malah juga tarikan kepada pelancongan luar negara. Cuma aku nak tegur sikit pasal kemudahan berjalan kaki yg tidak effisien kepada kami sebagai pengunjung. Dengan segala batu-batan bersepah susah nak berjalan...mcm belum siap sepenuhnya. Kami juga kena melalui satu laluan kecil pagar rumput yg sempit nak memasuki hutan lampu-lampu yg paling heaven bahagian last sekali tu (pic kat atas). So, harap pihak pentadbiran i-city alert tentang perkara ini. Make sure kemudahan kepada kami pengunjung diberi perhatian terlebuh dahulu.
Sampai rumah lebih kurang jam 3 pagi jugakkk....pecah rekod lagi aku jadi burung hantu 2 malam berturut-turut. Takpalah....bukan selalu. Sesekali ajerrrr!!!!..Kan mak esahhh!!!
p/ s - dah tak sabar nak jalan jauhhhhhhhh tak lama lagi...weehaaaaaaaa
No comments:
Post a Comment